Sunday, December 27, 2009

cerita malam minggu

Malam tadi aku santai gila kat rumah. Rumah pakcik aku. Sejak duduk rumah dia, aku dah rasa liat gila nak keluar lepak malam. Haha. Padahal aku tak kan lah nak keluar suka suka hati. Plan tipu kena baik punya. Kalau tak, hari-hari boleh buat party buih kat luar. Layan youtube (video aku tak percaya cinta budak sekolah punya, ya Allah, loya gila) photoshoot untuk jual tudung makcik aku, dan cerekarama. Bila tah last sekali aku tengok drama malam minggu kat tv3 tu. Macam dah lama gila tak tengok. Makin lama makin tak berkesempatan. Ceh, sebenarnya makin lama makin aku dapat teka apa ending cerita melayu. So, tak mencabar.

Aku tak sangka lah pulak cerita malam tadi buat aku gelak. Walaupun skrip sumpah macam gampang. Tapi ada satu scene tu aku gelak sampai menangis nangis. Habis cair maskara aku (yang aku pakai untuk memodelkan tudung, ah, ambil gambar dari belakang je pun). Sedar sedar kepala aku bengang. Berbisa gila sebab terhantuk kerusi gara gara ketawa macam kena rasuk. Hm, nampaknya, cerita melayu masih ok. Muka pierre dan pelat 's' dia yang tak mendapat tempat kat hati aku pun boleh buat aku terhibur semalam.

Lepas tu, seperti biasa, seperti yang aku harapkan dia panggil panggil aku kat ym. Yessss

'nanti i nak mintak tolong u belikan tiket balik johor lah. tapi nanti lah'. Aku mintak tolong dia sebab tak ingat dah lah mana tempat rahsia beli tiket dia tu. Malas nak pergi pudu.

'u turun jb mana? pasir gudang? pukul berapa'

'hmm'. dalam hati aku cakap, relaks lah dulu, bukan suruh beli sekarang.

'jap..'

'lepas balik kerja'. lepas aku kira kira pukul berapa agaknya aku boleh sampai pudu. asalkan lepas kerja.

'kul 9 boleh?'

'ada ke? i x ingat ada pukul berapa. Mana u cek?' . Aneh gila, dia sibuk nak tanya masa tu jugak. Macam polis.

'ade..kul 9, 10.30, 12..u nak pukul berapa..' Ok, aku dah rasa dia macam kerja kat kaunter tiket bas pulak.

'9 lah'

'jap..ok dah..pasir gudang 31hb pukul 9 malam'. Geramnya, mana dia dapat ni.

'U buat macam mana.'

'seat no 4c..nah ambik ni reference no.' Ah, makin geram pulak aku. Tak jawab soalan aku. Gila was was.

'ish, u buat macam mana?' Aku tanya lagi. Aku dah heran dah kat sehati berdansa masa tu. Ah, lantak lah.

'hahahaha..rahsia..ni u confirm tak tahu..' Bunyi berlagak. Kalau dia kat sebelah dah lama aku tarik telinga dia.

'u bgtau i..online booking ke?' Aku dah makin panas. Tanya bukan nya nak jawab.

'Online je sayang. tp i tak boleh bagitau detail macam mana.' Ah, malas lah aku nak tanya lagi. Nanti makin berlagak. Boleh je aku cari sendiri macam mana dia buat. Tapi, malas lah. Dah malam. Mata aku dah pinar-pinar ngantuk.

Sembang nak kencang. Tapi, tak apa. Aku tetap suka....suka suka suka suka sangat!




Kalau aku tau adik aku pernah buat macam ni, aku rotan dia, tak nak dah belanja dia topap. Gedixxx

p.s: ini entri ke-100, 2009

Saturday, December 26, 2009

Embun pun belum kering lagi

bila bangun awal, bergambar pun macam tak bertenaga


Seawal 6.30 pagi aku dah bising-bising kejut dorang mengalahkan alarm handphone aku sendiri. 'Ain, bangun. Kata nak pergi muzium. Cepat. Aku dah lah nak hentam je jalan ni.' Sambil kejut ain, aku teruskan tidur. Biasa lah yang muda perlu hormat yang tua. Aku paksa yang muda-muda pergi mandi dulu. Alasan, aku driver hebat so aku kena cukup tidur (macam lah nak jalan jauh sangat).

Siap laju-laju, ingat nak singgah mana-mana kasik adik-adik saudara aku makan dulu. Dahlah, pagi masih basah lagi. Mana lah sempat ria (orang gaji maklong aku) nak masak breakfast. Kalau aku yang sediakan, mesti dorang kekenyangan terus taknak pergi mana-mana lalu aku dipersalahkan pakcik aku sebab tak bawak pegi muzium. Yelah, aku masak memang 'superb'. wohohoh.

Lepas daftar izwan untuk seminar spm tu, (ah, comel je, kakak dia yang isikan borang sebab dia masih lagi pisat pisat), aku dan dua lagi adik sedara aku terus sibuk ambil gambar kat muzium (adakah aku lupa bagitau seminar spm tu kat muzium? sooooo boring -,-). Well well well...aku dah pernah datang sini 2 tahun lepas, diorang sebenarnya yang jakun. Aku tak. haha. (tengok gambar pun tau, yang paling tua lah paling eksaited). Sayda sayda...

tangan aku ketar ketar nak tangkap gambar sendiri.haha.


keretapi err apa tah


suka bergambar je tanpa ambil tahu dengan apa aku bergambar. ruginya... (bunyi kesal)


seronok masuk muzium free tak kisahlah hari masih gelap atau apa (atau bergambar sama-sama dengan orang yang tak mandi) omaigod teha!



p.s: lepas tu, breakfast kat mahbub. mcm selalu, 'dia' tak sekolah, suka buang rata-rata.



Friday, December 25, 2009

TQ Saida, ur presence....


Pagi tu, aku letak sampul surat Damini yang aku rembat dari dalam rak. Dalam sampul tu, aku lipat lawa lawa surat cinta untuk bos dan sekalian warga Damini. Isi dia lebih kuarang macam ni ' Please accept this written statement as an advance notice of my resignation..' Aku tekad. Walaupun takde siapa pun tau, aku nak berhenti kerja yuolsss.

Ada banyak sebab aku perlu keluar dari kepompong Damini ni. Bukan sebab kerja yang tak henti-henti datang. Bukan sebab kerja dia bapak susah nak fikir macam mana nak selesaikan. Bukan sebab aku tak boleh kecap apa yang diorang ajar. Tapi, sebab kadang kala aku terfikir aku terkongkong dengan situasi. Kena ikut pergi sana lah. Kena ikut pergi sini lah. Kena jaga hati ramai sangat orang sampai hati aku sendiri sesak gila. Kehendak orang yang nak layanan lebih dari aku (tak tahu lah sebab apa) mengatasi kehendak aku yang nak tonjolkan reputasi sebenar aku semasa bekerja. Ceh, geli gila ayat aku. Tapi, betul. Aku rasa aku memang suka.

Ah, lagipun, sebab aku cepat rindu kat mak aku. Senang mimpi mimpi pasal kekucing aku kalau sebelum tidur aku tertengok kucing tepi jalan. Susah hati betul bila JARANG sangat dapat balik rumah buat aku macam nak cari kerja di pasir gudang.

Tapi, sebab kawan-kawan yang best..dan yang lagi penting, pengakuan bos pian yang berani di wall fesbuk aku pagi tadi, rasa terharu dan berat nak tinggalkan Damini. Errr, tak jadilah nak teruskan angan-angan nak letak surat berhenti kerja bawah pintu bilik bos pian. Haha.

"Tq saida, ur presence in the office makes life changes for many."


Aku tak tau lah pulak, aku berguna. haha

bos aku. sangat pandai bergambar. olololo


geng yang selalu buat rahang aku sakit sebab ketawa




p.s: lagipun ada tanggungjawab perasaan yang sayang aku nak tinggalkan


Wednesday, December 23, 2009

mak mahu kurus nyahhh!

Berat badan dah naik? haha. Cuak cuak bila tengok makin lama penimbang tu macam nak buat lahanat kat aku. Rasa nak pijak sebelah kaki. Konon berat akan nampak kurang sikit. haha. Buduh gila. Aku nak kuruslah. Nak nak bila dah ada pesanan kalau gemuk, habislah..tak dapat hadiah. wtf? Nak hadiah! Nak!

1. Makan sikit je. Kalau takut termakan banyak, mintak orang sebelah je. Lagipun jimat gila gila.

2. Jangan pakai baju baju besar ah. Bahaya. Gedoboh sana sini pastu bajet masih kurus sebab baju gabak tu masih muat lagi sumbat daging lemak berair tepu.

3. Kurang makan coklat, kek, biskut, cuppies, gula gula. Hm. Aku akan fikir banyak untuk tolak benda benda ni. So, tak jadi lah.

5. Eksesais. Naik tangga rather than lif atau eskelator. Ha, lagi lagi lepas ada kes kat kelantan tengah kat eskelator pun ada kereta boleh langgar eh hempap. Lagipun, lif selalu dijadikan lokasi untuk cerita hantu (hantu lif masa naik sorang sorang, bangang). Nah, tangga yang boleh motivasi kau naik tangga beriadah sambil berhibur. Boleh kurus yoooo. Its fun too yoooo.



Oh, lupa...No 4, aku nak cuba jugak lah. Tapi, takut nampak poyo. Nak pakai makan minum semua yang diiklankan boleh buat orang kurus.

p.s: aku nak tinggalkan dunia blogging

Tuesday, December 22, 2009

Bukan menipu

Hati tak tenang langsung bila tadi dengar dia kata ada benda lagi aku tipu dan dia tak terus terang dengan aku bila aku tanya apa lagi yang aku tipu tapi tak declare. Aku risau, kalau2 ada lagi penipuan aku yang aku tak bagi tahu.

Semalam, balik dari kerja, aku lepak dengan dia selepas aku rasa kena 'tinggal' untuk lebih sebulan. Selama tempoh tu, memang tak terkata lah aku punya rindu gila bayang tak keruan semua. Penat woh. Dari bercerita tentang masalah rumah sewa aku yang masih tergendala ni sampai lah cerita apa aku buat selama dia jauh dari aku. Senang cerita, aku bukak segala cerita yang aku tak bagitahu dia. Dengan harapan, dia tak anggap aku menipu dia. Kadang-kadang, aku bukan menipu, tapi aku nak menjaga hati orang sekeliling aku. Terutama sekali, hati orang tersayang. (betul, aku sayang). Dan terutama lagi, aku tak tau sampai bila aku ada masa dengan dia. Jadi, aku nak bagi the best kat dia sepanjang-panjang dia ada dengan aku.

Okaylah, aku tambah lagi satu, selain nak nak start mengaji quran sebagai azam tahun baru..aku nak berazam, aku nak kurangkan penipuan (ces, terpakasa cakap aku menipu padahal aku cuma sorok perkara sebenarnya).


Akhir kata, hambek kau gambar HODOH NAK MAMPUS aku masa jadi pengapit. siut. Kenapa muka aku tak boleh blah???!!



Nak keluar, nak sedapkan hati. Babi. Eh, babai.

p.s: susah nak jaga hati orang yang aku suka.

Saturday, December 19, 2009

Adik pun ok

Lupa nak cerita, satu masa dulu, masa aku terserempak dengan cinta hati aku, Faizal Tahir...aku pun sebenarnya berkenalan dengan adik dia. Nama dia Anas. Tapi, dia masih tak dapat menandingi bakat dan kebolehan abang dia memikat hati aku. "Tak apalah faizal, i suka u sangat..nak dapatkan u, i kena tackle adik u juga.." Haha. By the way, dia kelakar macam celaka ok? Video dia semua tak boleh blah. Suara dia akan lebih sedap kalau dia tak buat muka aneh. Haha.



Amacam?


p.s: masa aku bagitau anas, aku kenal dia sebab aku layan dia nyanyi kat youtube, dia terkiput-kiput malu. masa tu aku rasa dia hensem jugak~

Tuesday, December 15, 2009

boleh tak?

Semak-semak...Seperti nak cabut sekejap ke alam fantasi dan bila dah dapat ke'sukaria'an, barulah aku nak balik semula ke dunia realiti. Ewah, berangan tak hengat.

1. Boleh tak aku nak rumah yang aku boleh duduk sendiri tak payah bayar sewa ke apa dan cukup dengan perabot indah mahal segala?

2. Boleh tak nak dapat rumah yang walau kena bayar sewa tapi bapak murah (range harga RM20-RM50 sebulan). Murah-murah pun tapi aku still nak lengkap (atau sikit-sikit pun boleh) dengan perabot moden kontemporari dan orang gaji juga? Jadi, malam-malam tak payah fikir nak masak apa. Hujung minggu tak perlu susah hati fikir nak basuh baju buat berapa kali trip. Bibik buat semua.

3. Boleh tak nak duduk rumah yang selamat dari segala jenayah? Kalau ada pun sikit-sikit je macam buang sampah tepi jalan dan memijak rumput. Dan selamat sebab ada abang polis yang sikit punya hensem tak boleh blah jaga kawasan kejiranan. Tak nak pakgad myanmar, bangla, indon, dan semua yang imported mengawasi kawasan rumah aku malam-malam round pakai motor yang ada lampu pusing-pusing dan cota panjang sehasta??? Ha, bagilah senjata api hebat sikit. Bolehlah aku tidur berdengkur dengan aman.



4. Boleh tak dapat rumah yang jiran-jirannya terdiri daripada artis-artis terkenal? Tak payah lah aku nak berharap sangat terserempak dengan artis masa jalan-jalan kat shopping complex. Senang-senang bolehlah mintak autograph masa tukar-tukar juadah, lepas tu bergambar dan mengambil tahu hal semasa artis lain. Macam..gosip lah.

5. Boleh tak agaknya aku nak ada rumah yang free parking? Lupa, free tapi sangaaaaaaaat selamat ditinggal macam tu saja. Malas lah malam-malam balik kerja aku kena berhempas pulas nak pasang besi berat kat stereng.

6. Boleh tak nak dapat rumah yang walaupun bukan free parking tapi sekali masuk kena bayar? haha. Tapi, ni bukan aku yang bayar. Tapi management yang bayar. Sekali parking kat kawasan rumah dia, aku dapat bayaran RM5. Kira penghargaan aku nak parking kat tempat dia lah. Hari-hari RM5 selama 2-3 tahun, bolehlah aku beli sebijik lagi kereta baru. Yahuuuu!

7. Boleh tak nak ada rumah (lagi pasal parking) yang ada bumbung parking dan tembok-tembok parking aku dibaluti span agar kereta aku tak tersagat kalau salah estimate. Lagi best kalau tempat parking kereta aku tu ada sensor. Kalau salah masuk, tempat parking tu yang berbunyi. Aku nak suara faizal tahir (berbisik manja sahaja) cakap 'sayda sayang, kanan sikit, u belok lebih sangat tu' hespesyeli ketika masuk reverse parking.

8. Boleh ke tak aku nak ada rumah yang dekat dengan semua tempat? Tempat kerja, shopping mall, LRT, masjid (ecececeh), tempat-tempat percutian....yang tak ada apa-apa 'cas tersembunyi' untuk ke sana.

9. Boleh tak nak ada rumah yang kalau aku tak duduk sorang tapi ada housemate yang kaya raya, banyak makanan lazat, baju-baju hebat, tapi tak kedekut dan tak kisah kalau-kalau aku nak angkut kawan-kawan aku 'karox' kat rumah?

10. Boleh tak nak ada rumah yang sebenarnya sekentut je dari rumah mak bapak aku tapi aku nak kat kl dan mak bapak aku kat johor? Ah, senang cakap, boleh tak kl dan johor jaraknya sekangkang kera saja sebab kalau malam-malam rindu mak boleh balik rumah mak dan tidur bawah ketiaknya.

11. Boleh tak...boleh tak...boleh tak kalau kau cari kan aku rumah sewa baru? Kawasan rumah aku parking mahal nak mampusss tapi kes pecah kereta dan dibawa lari semakin menjadi-jadi. Sewa rumah lagi murah dari kotak parkir. Serabut kepala aku. Rambut pun dah caca marba asyik garu-garu fikir solusinya.


p.s: carikan je lah. Ciri-ciri idaman kat atas tak susah sangat pun.


Monday, December 14, 2009

Pre-bandung (episod: Nani budak pandai)

Mulai semalam, apa-apa perjumpaan bersama kawan-kawan-yang-pergi-bandung-bulan7-tahun-depan akan dianggap pre-bandung. Kali ni episod 'nani budak pandai' sempena meraikan kebijaksanaan beliau dapat 4 dalam semua subjeknya. Cis, aku jeles dengan budak pandai bila dapat kek besarmahallazatyangdibelanja sebab dapat result canggih. Nani, lain kali tak payah foflet, nanti aku bankrup.



"Mulut saka dapat 4 flat!! congratzzz"



Oh, ada video ucapan tahniah juga dari kami semua. Ish, aku terlupa nak wish sebab sibuk merakam. Nani, tahniah. Anda berjaya buktikan anda sama pandai dengan saya. Ah, kabir lagi nak selit-selit ucapan untuk baby natali.




Gambar penutup depan pokok krismas. Ok, sangat jakun.

p.s: bila berjumpa kawan-kawan, semak dalam kepala hilang terus walaupun tenaga habis terus.

Sunday, December 13, 2009

aku suka anak kecil

Best betul baru bangun tidur. Macam ni barulah anak dara sebenar. Haha. Dah 3 hari hidup aku bergelumang dengan anak2 bos aku. Mengendalikan anak2 kecil sepanjang di kedah (nanti aku sediakan cerita pendek semasa di sana) memang sesak wehh. Perangai masing2 memang mencabar kesabaran dan keayuan aku. Dari elok2 aku melayan, terus aku berubah jadi singa yang nak menampar sesapa je yang lalu depan aku. Macam mana lah nanti rupa dan gaya anak aku sendiri? Haha. Baru berangan nak ada anak mcm sinche (shinchan), tapi rasanya boleh meningkatkan tekanan darah je.

Umur 4-6 tahun (baru pandai mengeja, menyanyi, gosok gigi sendiri)
Nak berjalan-jalan pun susah sebab tak reti duduk diam. Umur2 mcm ni baru berpengalaman berjalan dan berlari sendiri (4 tahun pengalaman), biasalah, jadi buas. Kejap kau nampak kat depan kau, kejap kat belakang. Kejap lagi kau nampak dah dia dalam longkang terjatuh. Arghhhh..tension.

Umur 7-12
Dah masuk sekolah rendah. Dah banyak tahu benda. Dah banyak kawan. Mestilah dah banyak cerita. Ana macam ni lah. Hawa ada tu lah. Rini kawan kita olok2 lah. Adui, macam-macam. Tangan pun bukan main aktif. Selongkar handbag, ambil lipstik dan cuba di jari!!!! Ternganga aku.

Umur 13-15 (Umur lebih dari 15 aku malas nak heran dah).
Masa umur baru macam ni tapi dah pandai nak ada boyfriend memang tak tahan. Dah pandai nak memadu kasih asmara sewangi cinta abadi seharum kasturi semua tapi tak sedar yang duit topap handphone pun mak yang kasik. Lagi siut, dia lupa yang baju dalam dia pun sebenarnya belum mampu nak beli sendiri tapi marah-marah kata jangan halang cinta suci dia bila mak marah.

Aku takut nak ada anak. Macam mana kalau aku terhilang sabar lalu tercepuk anak dan anak telefon teledera? Haha. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang sabar dan tabah melayan kerenah saya masa kecil dulu sampai sekarang (aku lupa aku nakal macam mana masa kecil).

Kan bagus kalau anak-anak di dunia ni berperangai seperti aku semasa kecil. Pasti dunia aman dan damai.

p.s: aku suka anak-anak kecil sebenarnya.

Wednesday, December 9, 2009

skandal

Masa zaman persekolahan, rasanya aku tak pernah rasa bercinta. Macam tak. Eh, memang tak. Settle je spm, aku terus jadi gatal nak bercinta. haha. Tapi semua tak jadi. Paling lama 3 bulan. Semua tak tahan lama sebab..aku pun tak tahu kenapa. Haha. Macam semua sebenarnya bukanlah boifren, tapi skandal/kekasih separuh masa/peneman (ceh peneman..mcm gampeng je).

Bagi sesetengah orang, ada pasang skandal pun tak apa walaupun dah ada boyfriend/girlfriend. Tak salah kot asalkan kau adil dan saksama. Dan jangan lupa kalau tak pandai menyimpan, jangan ngada-ngada nak ada boifren kedua/ketiga/keempat (ikut kemampuan). Ada kekasih simpanan ni bukannya salah pun. Alah, kan boleh jadi peneman bila-bila kau rasa kau terabai. Bukannya kau curang kat kekasih primer kau pun, cuma kau perlu belajar bercinta dengan orang lain jugak. Bagus untuk pengalaman. Cuma, berpada-padalah.

Aku kadang-kadang sebenarnya terlebih cinta pulak pada skandal.

Okay lah, selamat malam dari aku untuk kau faizal tahir.



p.s: malam-malam aku tetap cari dia

Tuesday, December 8, 2009

This is why i love both JT and BK



Geram betul aku tengok penari latar beyonce rambut kerinting (bukan justin). Menggigil-gigil aku ketawa. Nak lagi best ketik sini. Ceh, ketik dalam bahasa indon adalah klik.


p.s: macam mana nak buat gerudi-gerudi mcm beyonce?

Mari mengaji mulai tahun depan

Pergi ke tak pergi. Pergi ke tak pergi. Pergi ke tak pergi. Ah, terpaksa pergi pulak. Daripada telinga bernanah nanti, baik aku ikut je. Sebenarnya bukan taknak pergi sebab aku anti sosial atau aku sombong, tapi sebab aku TAKUT RIMAS dan aku tak tau nak buat apa kat sana dengan duit yang sebanyak segenggam sahaja. Haha. Macam beras pulak.

Lantaklah, ni nak cerita, aku tiba-tiba macam teringin nak pergi kelas mengaji. Macam dah lama pulak aku tak mengaji, baca yasin, baca quran. Rasa jauh pulak dengan Tuhan. Tahun depan punya azam aku nak selitkanlah azam nak baca quran sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ni semua gara-gara aku dan kawan aku main-main menulis jawi semalam. Sedar yang tulisan jawi aku masih boleh dibaca, buat aku rasa sebenarnya aku mungkin masih lancar mengaji.


Tulisan kat atas ni adalah biodata / biografi / pengenalan diri kawan aku. Nama aku dah padam sebab nak menjaga maruah dia. Haha.



Hahaha. Yang ni pulak hasil kreativiti dia. Sumpah kelakar. Meh, biar aku tafsir. Line yang atas tu, dia cuba tulis macam ni ; 'pernah kumencintaimu'. Line kedua pulak; 'sayda india'. Kurang ahhjjjaaaarrrrr betul. Menulis jawi macam melukis awan/ombak/rumput pun ada hati nak mengutuk aku.


p.s: teringat masa kecil dulu aku pasti singgah main monkey bar sambil makan sagun lepas kelas mengaji. hebat betul.

Saturday, December 5, 2009

Jangan pernah kau buat macam ni


Jangan buat macam ni kat aku.
Perlahan-perlahan kau cuba sisih aku.
Dah tak ada khabar berita macam dulu.
Dah tak ada manis-manis macam dulu.
Dan kau cuba buang apa yang sama dengan aku.

Aku beri bukan tanpa perasaan.
Bukan suka-suka.
Dan ia memang untuk kau.
Jadi, jangan pulang benda tu.
Sebab.
Itu mungkin akan jadi tanda aku pernah ada dalam hidup kau.
Dan.
Itu bukti setiap masa aku ingat pada kau.
Oh ya.
Sampai sekarang..



Kegembiraan maksima yang kau pernah beri dulu,
janganlah kau ambil dari aku.


p.s: sekali-sekala aku berhenti merepek dan cuba menjadi puitis pun ok jugak kan. walaupun susunan ayat mcm musibat. Haha.


Luahan hati




Luahan rasa dari seorang kawan baik aku pasal life dia yang sedih. Tak boleh tengok dari depan. Aku hormat kat identiti dia. So aku shoot dr belakang je.


p.s: Video ni dirakam khas untuk Nani, ecah kerana korang sangat ada sifat INGIN AMBIL TAHU.

Thursday, December 3, 2009

Kenangan Terindah

Udara nyaman gila siakk

Sampai-sampai je kat pulau ni, aku hirup puas-puas udara kat situ. Weh, first time weh jejakkan kaki kat pulau ni. Pulau Sipadan. Sayang pon nampaknya mcm teruja je nak bermain-main kat pantai. Ah, macam budak kecik je aku tengok. Ada ke dia kata dia nak buat istana pasir?? (dalam hati aku terharu sbb dia kata tu istana cinta kita..ececece).

Malas nak buang masa, aku ajak sayang cepat-cepat pergi pantai. Eksited gila ok. Haha. Tiba-tiba, aku dengar ada suara-suara sumbang kat belakang. Ceh, cilaka nani nak ikot berenang pulak. Dia kata dia nak ajar ikhlas berenang gaya unik.

Tempat bermadu kasih abadi (aku tiru ayat dalam novel ombak rindu)


Tengah sibuk-sibuk nak tanam-tanam badan dengan pasir bersama sayang, echah datang baling-baling air laut masin kat aku. Ngada-ngada betul sbb sebenarnya nak main-main renjis air dgn norman tp terkena aku. Terkena mata pulak tu.

Lepas penat main-main kat pantai, mcm biasalah, perut pon lapar. Nasib baik lah shuze ada bawak jajan dr semenanjung. Jajan mahal lak tuh. Haha. Nasib baik ada dia. Tapi makanan yang patutnya banyak nampak sikit sebab wanita makan banyak gila. Siot betul nak makan banyak-banyak. Siap nak tapau untuk penjejak awan.

Seperti dalam tentatif, kitorang ramai-ramai pergi diving. Aku dah agak dah. Diving memang best walaupun aku seram sejuk jugak nak mulakan. Lagi best, tengah syok2 tengok binatangan akuatik ni pun budak-budak ni nak bergurau senda. Bahaya tau tak.

Gambar-gambar yg sempat aku snap semasa diving. Gambar kawan-kawan tak payah letak sebab semua pun aksi merepek.

Seronok betul pergi honeymoon bawak sekali kawan-kawan sama. Suasana yang patut romantik jadi lucu. Haha.Ah, cukuplah aku berangan. Bila selalu sangat seorang diri sejak akhi-akhir ni, aku kuat berimaginasi. Amacam fantasi bulan madu aku? Hehe, Oh, 'sayang' tu sudah semestinya sang suami. Tapi belum tau lagi siapa yang bertuah tu.


p.s: kiterr menci taw dok sowunk kt umah. bowink cgttt!!! <---bahasa perbualan yg paling diminati sekarang ni.

Wednesday, December 2, 2009

Perangai bulanan

Kenapalah aku mesti terlibat dengan orang-orang yang tak buat aku gembira tapi tambah sakit hati. Ah, benci lah. Aku dah malas nak bereksperimentasi dengan diri sendiri. Sakit kepala fikir. Mungkin tak ada apa-apa sangat pun, tp sebab dah nak cukup bulan aku jadi tambah-tambah emo. Hormon tengah tak stabil. Eh, tapi mcm mana nak stabilkan?

Walaupun kepala tengah semak dengan masalah yang entah tak tahu boleh settle ke tak, aku enjoy la pulak melayan babak pergaduhan yang aku rakam masa bos tengah sibuk tadi. Haha. Ini pergaduhan antara 2 pihak. Seorang ada senjata (walaupun payung sahaja), seorang lagi cuma berharap pada kolar baju yang bajet gangster. Seronok wohh sambil makan megi sambil tengok orang gaduh. Hah, amek kau video orang gaduh serius punya.





Ok, rasanya ni lagi seronok ditonton.








p.s: semakin hari, dia semakin pelik, semakin cuba pikat aku. haha.

Sunday, November 29, 2009

cinta main-main atau main-mainkan cinta?

Tadi aku ajak abang sedara dan adik sedara aku , ain pergi tengok wayang. Oh, lupa nak bagi tau, aku kaki wayang. So, apa-apa cerita terbaru, aku memang keralatan kalau-kalau aku ter'missed' ke apa walaupun sebenarnya aku dah 'cop' someone yang sangat special untuk teman aku tengok cerita tu. Tapi, seems dia maybe tak sempat nak teman aku, better aku pergi dulu. And, learned from experience, jangan terlalu tunggu.

Sebenarnya, apa yang aku nak cakap kali ni agak private. Tapi, aku rasa gatal mulut sangat nak cerita (hah, sebenarnya gatal tangan nak type cerita). Ok, rasa-rasanya ada ke beza antara cinta main-main atau main-mainkan cinta? Bila fikir lama-lama sikit, korang akan perasan dua-dua tu ada beza. Cinta main-main tu tak apa wehhh, aku boleh maafkan sebab aku akan anggap pihak yang salah tu masih kanak-kanak, tak matang untuk go through benda berat mcm ni. Tapi, main-mainkan cinta tu kejam.

Apa yang terjadi kat dia adalah sangat kejam. Bayangkan, bercinta for almost 9 years, paksa2 untuk bertunang tapi akhirnya, dia kena tinggal tanpa belas? Bercinta dari zaman sekolah yang aku rasa masa tu nak lap hingus sendiri pun belum bersih tapi dah gatal-gatal nak bercinta, lepas tu macam biasa lah, gaduh sana, gaduh sini, nangis sampai mata keluar urat-urat merah segala, pergi cari bahan baju tunang sampai bandung ke bali aku dah lupa, buat buku folio konon nak everything nampak perfect masa hari pertunangan, kau beli seluruh keluarga, janji-janji manis kat semua, tiba-tiba kau tinggal macam tu je? Siap buang keluarga. Ni kali kedua pulak tu. Kau memang kuat main-main cinta lah senang cakap.

Lepas layan newmoon tu, aku rasa macam tambah emosional pulak. Siot, edward keluar kadang-kadang je. Dia takkan tak tau aku dah jatuh hati gila kat dia? Jadi, termarah pulak kat benda-benda yang tak ada kaitan. Dah lah, baik aku abadikan kisah cinta aku untuk tatapan umum. Aku tau, nampak cokia gila. Dah pukul 4.30 pagi weh, hasil kreativiti jadi mcm tahi saja. Haha.


p.s: tak sabar nak pergi kerja!


Thursday, November 26, 2009

Bila terbangun malam terngiang-ngiang lagu cinta

Malam tadi entah apa pasal aku terjaga lagi pukul 2.30 pagi. Dah berapa malam dah asyik terjaga malam. Sebenarnya lagi seram bila aku teringat malam tadi aku tidur seorang kat rumah sebab budak lain dah selamat balik beraya. Bangun-bangun je teringat lagu Khatimah Cinta. Terus je la youtube lagu ni. Haha. Eh, tiba-tiba aku rasa aku gila. Malam-malam seorang diri layan youtube dengan baju kerja yang tak sempat nak tukar.

Monday, November 23, 2009

kalau rindu i, tengoklah blog i


Tiba-tiba aku teringat kata-kata kawan aku yg suruh aku tengok blog dia kalau aku rindu dia. Hehe. Memang aku asyik bukak blog dia je bila aku teri
ngat kat dia walaupun aku tau tak ada apa yang dia update. (Lepas kena 'tegur' pagi ahad hari tu, aku jadi makin kerap baca blog dia).

Sebab kawan2 aku pun sibuk cakap pasal topik 'rindu' sejak akhir2 ni, aku pun taknak ketinggalanlah. Aku nak bagitau apa yang aku buat ka
lau aku rindu.
1. Kalau aku rindu nak dengar suara dia, aku akan call, (selalunya, aku tak suka texting, aku suka call terus) cakap berjam2 kalau larat. Kalau tiba2 bosan walaupun tengah rindu, aku cakaplah nak terberak ke apa.
2. Kalau rindu nak tengok kawan2 bergurau (dalam situasi aku, bergurau dengan kawan adalah sangat kasar..penuh kata nista dan aksi kasar) aku akan ajak atau join apa apa perjumpaan. Berjumpa diorang memang letih gila. Boleh kata habis tenaga untuk satu minggu lah weh. Nak nak kalau ahli2 yang datang cukup semua. Dengan ecah, nani, shuze, wanita, syaf..ok, baru sebut nama sekor2 dah letih, apa lagi kalau jumpa.

3. Kalau rindu nak bergossip, macam mana pulak?
Dengan kecanggihan masa kini, aku senang2 je boleh update diri sendiri. Online, cari je diorang kat ym. Aku baru je buzz, ewah2..dia dah jerit 'ada hot gossip!!' Tak pun, kau bukak fesbuk, join la mana2 wall post yang ada diorang galak bercerita. Lagi senang. Rindu kat sorang je, tapi boleh dapat gossip semua orang.
4. Kalau rindu nak rasa dia ada dekat dengan kau. Ajak jumpa. Kalau taknak, rasa je lah dia ada dekat dengan kau. Tengok gambar ke, tengok fesbuk dia ke. Terbaru sekali, aku pakai perfume bau dia. 5. Kalau rindu nak ulang balik masa2 gembira masa zaman sekolah, buat mcm apa yg aku dan kawan kawan terhebat aku plan ni (walaupun dah ramai org buat). Kitorang plan nak pergi bandung tahun depan bersama-sama dan bergembira dan ketawa ketawa, tangkap gambar banyak banyak, naik angkutan seperti cadangan nani, buat BBQ malam malam, ikut tentative aku dan jadikan tentative ikhlas plan B, bawak baju sikit sahaja dan pakai baju ikhlas share 2-3 orang satu baju, tak payah risau pasal cikedis sebab shuze akan bawak dr malaysia, malam malam tak payah risau homesick sbb kau akan sangat rasa feel at home bila bersama kawan lepas tu rasa annoying gila bila nak tidur ecah nak selit selit kaki bawah bantal kau lepas tu konfem geli geli sebab nani mesti nak rumin rumin almaklumlah dia masa tu dah kawin lepas tu rimas affa paksa letak bantal hijau dia kat mata kau sebab dia kata tu terapi wtf??, kutuk sana kutuk sini kutuk mentol kutuk lapis lapis wanita, buat rakaman video dokumentari kat sana dan hantar kat mana mana stesyen tv untuk jual untung untung boleh dapat royalti, kalau sempat buat shootimg rasukan ablasa 2 versi sendiri, dan macam2 lagi. Semput kalau nak taip lagi wohhh.

6. Kalau rindu kat mak ayah adik dan kucing kucing, aku balik johor. Eh, tak sabar pulak nak jumpa diorang jumaat ni.


p.s: aku semakin jauh dengan jaket topshop idaman. sigh..kena consider repair kereta dulu.

Sunday, November 22, 2009

tercedera

Malam tadi, lepas bawak orang2 China bersukaria kat melaka, aku hantar terus ke KLIA. Masa tu dah pukul 12. Sepanjang panjang perjalanan dari KLIA, dalam bas, mama asyik call. Sikit sikit call follow up sampai mana. Dalam hati aku 'Ma, kakak penat sangat. Nanti sampai kakak bagi tau la'. Aku tak sampai hati pulak nak marah dia mengenangkan mama sangat risau pasal anak dia yang jauh dari dia ni. Last call, mama ada cakap, 'Kak, kalau ada apa apa, call mama ye, kakak sorang sorang tu'. Masa tu aku tak fikir apa apa.

Selesai je hantar kawan, aku drive terus ke rumah. Penat, mengantuk, sakit perut, rimas dengan bunyi handphone tak tau siapa call, bercampur aduk. Bila dah nak sampai rumah, lagi laju aku bawak. Sumpah aku tak sabar nak capai bantal busuk aku, ngantuk gila. Tiba tiba, sampai kat satu tingkat blok parking aku, ada call yang aku rasa dari mama. Aku tak sabar nak bagitau dah sampai. Nak bagitau jangan risau. Aku nak dia tidur sebab kesian dia tunggu aku call bila dah sampai. Tengah nak meraba raba cari handphone, aku dengar bunyi yang menyeramkan dari pintu kereta bahagian belakang. Menyumpah nyumpah aku dalam kereta bila ingat kereta aku terkena tembok tepi. Macam disagat sagat. Aku cepat cepat cari parking kat atas. Matikan enjin, dan bawak keluar steering lock kot kot boleh jadi senjata kalau apa apa berlaku, pergi kat pintu kereta yang kena tembok tadi. Sambil duduk mencangkung, aku suluh tempat eksiden tu, aku call mama. Menangis nangis kat tepi kereta. Serius, aku sedih.

Lama jugak aku meraung tepi kereta tu. Berkali kali mama pujuk suruh turun balik rumah. Aku pun takut jugak sorang sorang kat atas, aku sambung menangis dalam kereta. Lantaklah, nampak macam buat kerja bodoh sekali pun tak apa. Aku sedih bila aku terkenang balik kenapa agaknya boleh jadi macam tu. Oh, aku ingat, tu mungkin sebab aku tak menghargai mama call risau pasal aku... Antara kata-kata yang buat aku menangis teruk dalam kereta semalam bila mama cakap, ' Kak, tak apa, jangan nangis dah. Mama ada kat sini. Pergilah balik...Mama risau ni kakak kat atas tu sorang sorang. Mama tak boleh datang sana tolong kakak. Kakak balik dulu, esok mama masukkan duit hantar kereta pergi bengkel ya. Kakak mintak tolong dengan siapa2. Azmi ke, Fendi ke..Nanti mama upah diorang. Tak apa, asalkan kakak selamat'.

Ma, kalau kalau mama terjumpa blog kakak ni, kakak nak bagitau, kakak memang sayang sangat kat mama. Bukan sebab duit ke apa. Tapi sebab kakak tau mama sayang kakak sangat. Kakak teringin nak duduk dengan mama lepas dah hampir 10 tahun tak duduk dan tengok mama setiap hari sejak kakak masuk asrama. Kakak dah banyak miss masa masa berharga dengan mama. jadi, kakak nak bayar balik masa masa yang tertinggal selagi sempat.

Aku dah sebarkan resume aku kat sekitar johor. Aku tekad nak pindah sana. Dekat dengan mama. Tapi mama belum tahu lagi, aku plan nak buat surprise. Ni sebagai hadiah untuk mama sebab aku tau dia memang berharap aku selalu ada depan mata dia.






p.s: mungkin dah sampai masa.

Friday, November 20, 2009

macam bertahun lamanya

Hari ni aku dah jumpa member yang betul2 sekepala di office selain fendi, azmi, shahmie, bad.. iaitu kak ikah. Kalau selama ni aku memang di cop 'lost', rupa-rupanya kak ikah pun sama. EH, LAGI DAHSYAT. Entah jalan mana dia bawak aku tadi. Perjalanan ke kilang di shah alam yang sepatutnya mengambil masa tak sampai setengah jam jadi 2 jam setengah. sesat..wtf?? Aku menyumpah2 shah alam sepanjang perjalanan tadi. Lama gila dan aku dah mula putus asa. Tak sempat bukak GPS. Kalau bukak pun, aku tak pandai pakai. GPS kat sebelah pun memang tak boleh pakai. Gila Punya Sesat. Abang posmen pun tak guna. Bagi direction mcm haram. "Pegi stretttttt je, pastu nampak balai bomba, belok kiri". Siot betul. Flyover aku dah nampak mcm bersilang silang je. Macam nak tampar tengok kereta simpang siur. Dah nak muntah aku asyik pusing2 kat jalan yang sama. Nasib baik ada petunjuk.Nasib baik terubat sebab ketawa berdekah dekah dalam kereta sampai kereta sebelah jeling jeling. Lain kali takmo ar guna direction kak ika lagi. Haha.

p.s: Lamanya tunggu.

Wednesday, November 18, 2009

Tak sangka aku tak ada langsung bakat menyanyi

Selama ni aku ingat aku boleh menyanyi sebab aku suka menyanyi masa buat kerja, mandi, masak, main internet, tengok tv, dengar radio...bila-bila masa pun aku suka menyanyi. Lagipun, aku yakin boleh nyanyi sebab aku pandai mengaji. Ewah. Walaupun ada gagap gagap. Tapi, rupanya aku menyanyi buruk. Sumpah buruk. Memalukan sebab aku tak malu menyanyi di khalayak ramai masa majlis hari raya tempat kerja aku. Siot, malu gila. Macam bunyi itik kena cabut sesudunya. Dan aku menerima banyak sungguh penghinaan dari diorang. Hmm. Taknak menyanyi lagi dah.




Gambar terakhir aku bajet suara aku sedap dan merdu gila. Haha.


p.s: petang ni main badminton dengan kawan2. tak sabar nak kalahkan diorang.

Tuesday, November 17, 2009

Rap kegemaran ramai

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam lebih dari sekali aku kecewa. Tak serik-serik sebab semata-mata nak sedapkan hati sendiri, aku pergi kerja walaupun aku masih demam. Haha. Tapi, sakai betul lah hari ni..petang aku diakhiri dengan benda-benda yang mengecewakan lagi.

Jadi, aku nak menggembirakan hati sendiri, aku nak ajak semua layan video klip rap zaman 90an dulu. Gila. Masa layan kat ofis tadi, aku bajet nak kutuk la siapa yang suka video ni. Haha. Lawak dan malu gila bila kepala aku sendiri dah banging2, kaki aku dah start tapping. Siot. Terlayan pulak.

Jangan nak tipu kalau kau hidup zaman 90an tapi kau tak layan Fiona. Haha. Gila kelakar. Ada CD tergantung di leher. Dan stokin nampak sangat 'ada style', sebelah pink sebelah kuning. omaigod. AC di mana? AC di video klip ni!!




Selain 4U2C, aku jugak cukup2 layan Feminin. Haha. Especially, lagu Untukmu. Ewah, masa tu, kalau dapat hafal step tarian masa diorang perform lagu tu dah sangat hebat lah. Macam dikir barat berdiri pun ada jugak. Ah, sebenarnya lebih sama dengan senamrobik. Comelnya!





Nico pun aku layan jugak ok. Haha. (Malu dengan kegemaran aneh masa kecil). Sumpah aku terpikat dengan gaya Dino. Haha. Aku punya nama Dino tu sempena nama lead singer dia lah. Ah, tipu. Dengan berbekalkan seluar dan baju mcm design Pulau Pangkor besar, gaya Nico memang mencuri tumpuan.




Kali ni, aku tak malu sangat. Kalau masih minat hingga sekarang pun, aku tak malu nak mengaku angkat tangan. Aku pernah suka gila Yusri. Tangkap cintan habis. Sampai gaya tarian dia pun aku cuba tiru. Haha. Pernah banyak kali mimpi aku berkahwin dengan Yusri. Ceh, sekarang pun masih berpeluang aku rasa. Cuba tengok gaya tangan ular masa awal2 video ni. Mengancam kan??




Seronok pulak layan sekali lagi video2 lama ni. Kaki aku dah start nak gerak2 dah. Tangan aku pun dah mula terawang2 ambil mood. Kalau masa kecil dulu, aku suka betul pura-pura jadi rapper depan kawan sekelas. Haha. Pakai snow cap.Pakai sunglass bulat.

Monday, November 16, 2009

susah nak berubah menjadi matang sebenarnya

Dah berapa banyak kali baca post tu pun, aku still rasa semacam. Sedih. Hm..memang gaya penumpang. Hehe. I have to admit, i am a loner.

Ok, berbalik pada tajuk, aku dah lama plan nak berubah menjadi sedikit matang (sbb aku tau aku takkan menjadi 100% dewasa). Aku ingat, tamat zaman sekolah (stf) aku akan berubah sikit. Tapi macam tak boleh sebab aku masih berhubung dengan diorang semua. TAK NAK PUTUS HUBUNGAN ok. So, aku set mind yang bila bersama kawan sekolah SAHAJA tak payah behave jadi besar.

Masuk alam kerjaya pun aku berharap perangai kekanak-kanakan aku dapat dibendung. Nampaknya, memang silap jugak. Bayangkan, macam mana aku nak jadi dewasa kalau aku berkawan dengan orang sangat dewasa tapi perangai serupa anak-anak tadika?

Eh, ada harapan lagi lah sebenarnya. Aku rasa bila bergaul sakan dengan budak-budak rumah aku mungkin dapat serap perasaan dewasa dalam diri. Tapi, bila aku fikir balik, mana ada aku berlagak dewasa bila dengan mereka?

Cubaan jadi matang (gaya mencari buku memang nampak matang sikit)

berjayaberjaya jugakFail.

ok fail..


Dengan kak ika (officemate aku)..aku selalu berharap kak ika dapat bimbing aku melangkah ke alam yang lebih dewasa, matang..tapi setiap kali pun, dia yang terikut2 perangai aku. Dari ambil gambar beramai2, dia lebih suka melayan aku ambil gambar kaki.

Tengok? Dia pun ikut sama terbuat aksi luar batas.


Dengan budak rumah harapan aku untuk latih aku jadi waras pun gagal.


Kesimpulannya, aku dah malas nak berusaha. Biar je lah. Kadang-kadang, aku teringin nak jadi matang sbb aku nak nampak sofistikated, elegen, gorgeous, etc..Haha. Ok lah, kepala aku semakin berat ni, mata berpinar gila. Chow.

Saturday, November 14, 2009

menyesal rakus

Sepulangnya dari cheras tadi, aku tiba2 mcm dah sedar. Kenapa mesti taknak faham? Aishhh, aku patut kena faham, aku cuma apa. Aku parasit. Hmm..dia dah ada kadang2 untuk teman aku dah cukup2 bagus. Sangat2 bagus. Mungkin aku dah terlampau tunggu hari yang disebutkan, aku jadi tak tenteram. Haha. Bila tak jadi, aku jadi lagi tak tenteram. Itulah akibatnya bila kalau terlampau berharap. Sayda2..(geleng kepala menyesal sikap sendiri yang rakus). Haha. Sekarang, aku rasa serba salah gila. Ah..mcm mana?


p.s: sayang, i bukan apa, i cuma nak rasa dekat2 dgn u bila i macam nak demam..kot

Wednesday, November 11, 2009

Perkahwinan anak bos saya

Minggu lepas, anak en harith, Gibran (oh..my ex-scandal)..hahaha.. berkahwin. Akhirnya dia berkahwin jugak. Sebab sayang kasik lebih kat en harith, aku willing gila nak kerah seluruh tenaga menolong dia. Yelah..aku tahu aku orang yang rajin. Pagi2 dah sampai kat restoran seri melayu. Nasib baik breakfast 'banyak gila' pagi tu dgn fendi, azmi dan shahmie sebab banyak berkejar sana sini masa majlis. Tan Sri tu nak duduk situ lah. Dato' ni nak duduk sini lah. Tuan haji tu nak duduk sana lah. Ada rakyat jelata nak duduk tempat vvip juga. Tu memang aku mati kutu. Aku pass kepada azmi je. Haha. Tak cukup kaki. Tengoklah gambar kat bawah. Hasil kerja john-the-photographer. Kalau nak dia ambil gambar, kontek saya. Saya ok.



Ni pakai kamera handphone je. Sebelum majlis mula. Kena buat2 rajin dahulu.


Sangat klasik kan? Aku nak john ambil gambar kawin aku nanti.


Orang-orang yang paling kerja keras


p.s: bila turn aku?