Tuesday, October 30, 2012

Raya haji hari tu

Meleleh leleh air liur tengok tudung bermanik macam tu. Basah kertas. Lagi banjir kertas kerja aku tu sebab mak datuk harga dia mahal bak hang. Sementelah pula aku ni terkenal sebagai makcik kedekut. Jadi, untuk nikah nanti aku nak jahit tudung sendiri. Lepas tu sebut lah dari butik jenama cap apa. Padahal sengkang mata jahit sendiri. Paksa sedara mara beli lepas tu paksa depa juai dengan sedara mara dorang belah laki bini masing masing lepas tu paksa nenek bukak bazar dekat dewan kat kampung. Kan senang kan nak luaskan empayar? Besar cita cita kau sayda (amboi).

Ha cakap pasal kampung hari tu raya haji, selain sembelih abu (nama lembu tu abu dhabi) benda lain yang dikorbankan adalah tenaga dan peluh dan lemak dondai. Mama yang bermulut manis telah pengaruh aku dan yang lain berkebun. Ala tak kan lah sampai hati tengok mama yang lagi kurus 2 kali kurus dari aku tu menyangkul ye tak (aku saspek mama ambik dr rozmey ke romzey punya produk). Kurus semacam.

Sampai sekarang tangan aku rasa seperti tertinggal di kampung. Nampak sangat ringan tulang kan.

Thursday, October 25, 2012

Farewell party

Setelah hampir 2 bulan juga lah tak jumpa dan setelah berkali kali cancel nak meeting sejak bulan puasa haritu, baru semalam sempat jumpa hamster wanita dan nazreen. Jumpa sebab lepas ni dah tak jumpa dah hamster. Sob sob sob.

Rasanya memang dah lama tak gelak sakan. Ketawa terbahak bahak yang yang kalau mama ada memang berbirat kena cepuk. Kali ni ketawa yang agak tertahan tahan sebab erm erm sedih lepas ni hamster tak ada. Sob sob sob.

Makan tetap sama macam dulu. Tak ada istilah sorang satu pinggan. Mesti nak kongsi punya. Aku sendiri tak faham kenapa. Boleh main tolak tolak meatball ni aku punya lah woi dan campak campak jem ke pinggan orang depan. Tapi lepas ni hamster makan lagi sedap. Belajar kat obesi lah kata kan. Sob sob sob.

Nak berpisah semalam, lain macam je sedih nya. Serba salah dan takut takut. Hamster takut. Hamster takut nak berterus terang. Sob sob sob.

Wednesday, October 24, 2012

Kurang asam

Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi mata tertangkap iklan di billboard. Wo wo wo apesal aku tak alert dah ni? Berdebar debar countdown nak tengok sambungan dari part 1 dan feeling feeling macam aku bella nanti. Hahaha!

Nak menaikkan lagi mood, pagi pagi gua layan lah apa apa trailer ke lagu ke yang ada kena mengena dengan breaking dawn kan. Dan terima kasih banyak banyak youtube. Mana kau dapat muka yang lebih kurang sama dan itu sungguh kurang asam tahu!??


Monday, October 22, 2012

Little India

Sepanjang sabtu hari tu aku memang meliar sementara tunggu bola. Mengisi masa lapang sampai ke klang. Nak feeling berada di bangalore sikit. Hihi. Sebenarnya nak survey baju untuk annual dinner damini nanti. Hum aapke chupke sanam (nak nampak cantik kena lah banyak buat study) Haha!

Little india. Semua ada. Saree, punjab, rambut pelesu, gelang tangan, gelang kaki, manisan, shah rukh khan, rani, devdas haha, semua ada. Tuk tuk je belum ada. Terus terang, memang aku teringin nak pergi negara suasana macam ni haah salah satu nya sebab aku tak putih sangat hahaha. Tak ada lah, sebab memang dah dilahirkan sebagai anak gadis comel yang suka manik manik, kilat kilat dan warna warni selain aku masa sumbangsih dulu selalu menari untuk pertandingan mod dance, menari hindustan pun dikira modern dance ye. Setiap kali menari, orang kata macam nampak bayang bayang aishwarya rai gitu. Ha ha ha.



Kau tengok kak ika, eh mahima chaudry. Senyap senyap pergi sana dan terai baju. Chori chori, chupke chupke.



Dan aku, sedang syiok terai rambut pelesu kajol, raj malhotra skodeng dari celah pintu.

p.s: miss my man so muchy muchy!

Friday, October 19, 2012

Cekodok Pisang

Musim musim hujan macam sekarang ni, buat aku teringat cekodok pisang mama buat. Cekodok yang bentuk nya yang tidak bulat dan bukan seperti rasa kek pisang itu. Minyak minyak dan penuh rasa pisang. Terliur tahu.

Gelek gelek dahulu pisang dengan kulit dia sekali sampai rasa benyek. Benyek tu macam lebam lah. Lepas tu kupas kulit dan tabur dalam 4-5 sudu gula dan sikit garam atas pepisang tersebut. Lepas tu lenyek bahan tu semua sampai lunyai dan tabur dalam setengah cawan tepung untuk nisbah 15 biji pisang kecil. Lepas dah sebati, biar dalam setengah jam dulu. Baru goreng. Goreng sampai 70peratus hangus hahahahaha. Baru lazat.

Tadi call mama dan melaporkan bahawa aku berjaya tiru sebiji rasa cekodok pisang dia. Amacam. Kalau aku jual 4.30 petang nanti lu orang nak beli tak? Hahaha.


Tuesday, October 16, 2012

Wkwkwkwkwk

Sejak macam macam jenis penulisan yang boleh dijumpai especially dalam mesej tak pun laman sosial fb twitter semua, lidah aku pun rasa tergeliat geliat. Sedikit stress. Haha. Tak kisah pun nak tulis gaya rempitz gitu. Apa ada hal. Gua pun pernah dulu.

Tapi yang musykil dan asyik dijadikan isu dalam hati aku ni sejak dahulu lagi adalah gaya ketawa. Faham tak. Maksud aku, kalau kau taip haha okay aku bayang kan kau gelak haha memang kelakar doh. Kalau gelak HAHAHAHA, sangat jelaka kelakar. Kalau hehe kelakar sikit dan biar nampak sederhana. Gelak terbaru kegemaran aku sekarang hihi adalah biar nampak ala cumilnya aku woi dengan harapan hafiez terdetik dalam hati nya yaAllah cute nya dia hahaha. Kalau gelak kah kah kah tak pun keh keh keh, okay itu aku rasa kelakar sangat dengan bahu terhenjut henjut macam baca ujang gittew.

Dulu masa belajar, rasa cool juga bila aku tulis ahaks ahaxx hahahaha tak sangka aku boleh tulis macam tu. dalam kepala otak aku bayangkan ketawa gaya itu sangat macho dan ketawa seadanya tanpa goyang kan dada dan kecil kan mata sikit. Pernah juga aku tulis tulis surat cinta tulis gelak hoho dan sekarang aku menyesal kerana mengenangkan gaya buka mulut serupa itu adalah memberi bau mulut yang pekung.

Okay apa lagi ye, oh oh ye aku pernah perasan kelakar lah sangat ketawa hahahahaharunsalimbachik. Lempang aku sekarang kerana sangka mak lawak. Menyesal menyesal menyesal!

Sekarang, macam mana nak bunyi kan gelak wkwkwkwkwkwk seperti yang banyak kali aku jumpa sekarang?

Haha nampak sangat aku wanita komplikated, cara orang tulis dia gelak macam mana pun menjadi masalah dalam kepala genius aku ni.

kakakakakaram singh walia, okay tak kelakar

p.s: hmm, ada awek cun gelak hikhokhikhok. Okay, ni aku terbayang kan satu haiwan pula. Zzzzz.

Tuesday, October 9, 2012

Checklist Kahwin Part 2


Okay, abang ku ceh abang gitu, sungguh romantis kan haha gatal kau sayda, gatal. Hafiez dah bagi hint pergi kurusus kahwin. Dari cari tempat pergi kursus kahwin terus aku gelabah baca checklist yang hari tu aku buat. Berdebar debar nya! Baru ada kemajuan sedikit sahaja! Haha. Terus buat checklist seterus nya untuk majlis resepsi pula. Ada tak mana mana button yang berfungsi menjerit jerit remind aku countdown dan apa lagi benda belum buat untuk aku pacak kat blog aku ni? Haha!

Jom aku kongsi senarai semak majlis resepsi pula.

MAJLIS RESEPSI PEREMPUAN

1. Tarikh Resepsi
2. Tempat
3. Warna Tema
4. Jumlah Jemputan
5. Khemah / Meja / Kerusi
6. Catering
7. Kad Kahwin / Bunting / Banner
8. Doorgift
9. Bunga Telur
10. Pelamin
11. Pintu Gerbang (lorat)
12. Baju Kahwin Lelaki
13. Baju Kahwin Perempuan
14. Mekap
15. Hand Bouquet (haha nak juga!)
16. Kompang
17. P.A system
18. Photographer
19. Videographer
20. Bunga Manggar
21. Kek
22. Makan Beradab
23. Centerpiece (Mahu! Mahu!)
24. Pengapit Lelaki & Pengapit Perempuan
25. Baju Keluarga Lelaki & Baju Keluarga Perempuan
26. Penanda Arah
27. Dekorasi Bilik Pengantin

Bila diteliti balik, amboi lorat kau. Haha. Tak apa lah kan. Yang mampu, diteruskan. Yang tak mampu, hmmm, nanti mama urus kan. Hahahaha.

Sekarang, yuk cari tempat nak kursus kahwin! ---- tempat kursus kahwin


Tuesday, October 2, 2012

Gua Tempurung, Gopeng

Kalau belum pernah cuba sukan ini, harus rebut peluang. Ini bisikan arahan serius kerana nikmat nya memang berbaloi. Aktiviti kesukanan yang dianjurkan bersama sama jabatan kitorang yang diberi nama kelab ceh nak nama kelab juga, RFCOP2 ini memang menyeronokkan!

Aktiviti yang melibatkan merangkak, terjun, gayat, meniarap, mengecilkan badan, mendongak, mengecilkan mata, dan ketahanan diri mengawal perasaan ingin buang air besar kecil ini sangat mencabar. Tambahan pulak, kena berlagak, mana main aktiviti yang average sahaja tahap marabahaya dia. Tak gaya dah naik gunung angsi lah kalau macam tu. Haha.

Kitorang pilih course yang paling extreme berharga rm22 sahaja. Rombongan terakhir masuk adalah pukul 11 sebab perjalanan eksplorasi bahaya itu mengambil masa paling sekejap adalah 3 jam. Lagi ramai, lagi banyak sembang, lagi banyak ketawa, lagi lambat ye tak?Kalau dah 50 orang satu kumpulan tak ke dah macam bursa saham bising nya nanti?

Beberapa tips yang harus aku kongsi di sini memandangkan aku yang mengalami nya dan tak mahu anak anak aku yang bakal minat sukan lasak haha nampak sangat berangan anak berderet yawww, nanti tak berseronok habis habisan masa giliran mereka pula masuk gua tempurung. Gitteww!

1. Pakai head lamp. Yang LED punya. Haha selain takut dibahan sebab yang semua lampu putih pasai pa hampa sorang lampu kuning penting juga untuk keselamatan. Lagi terang dan lagi luas pancarannya.

2. Seluar harus dua lapis tak termasuk yang dalam itu. Ada 3 kali sliding yang 2 pertama itu berliku dan kasar rupa muka buminya dan yang terakhir itu adalah licin tapi panjang perjalanan gelongsor nya. Nampak tak bila seluar itu akan menetas?

3. Jangan bawak barang yang harus dipegang. Kalau taknak bawak bag sebab takut nanti susah dalam sana nak hangkut ke hulu ke hilir, dicadangkan botol air tu boleh lah selit dalam baju lapisan kedua.

4. Pakai baju long sleeve sebab banyak aktiviti crawling yang kena melintasi batu kecil dan pasir. Lagipun, erm itu aurat. Pakai 2 lapis please. Bila bila masa baju luar tu terkoyak, we all ada second baju yo!

5. Nanti masa nak panjat dan turun tangga 1280 anak tangga tu duduk laluan kiri. Tak adalah gayat sangat memandangkan ada gaung di bawah sana. Oh, sebelah kiri juga gaung sebenarnya tapi tak nampak sangat, tak ada lampu di bahagian situ.

6. Oh, untuk mengelakkan cilaka, masa sliding yang 3 kali yang boleh buat koyak seluar tu, kaki kena rapat dan lurus dan bukan kangkang dan posisi badan tu harus bukan berbaring. Tunggu orang ramai sambut lu orang di bawah sana.

7. Kena berjaga jaga. Tengok bawah, depan dan tepi tepi pada bila bila masa. Sebab walaupun bukan di bawah siling rendah pun aku dah terhantuk dengan stalagtite yang berbahagia tumbuh merata tempat. Haha terlupa sekejap nama sendiri apa. 

8. Nanti kat pintu keluar tu, ada satu kawasan tempat perbaringan haha sebenarnya bukan untuk berbaring pun. Tempat berbaring di atas lantai marble ada aliran air sejuk di atas nya dan bila baring ada panorama indah di atas. Macam, di surga.

Kalau tak try, tak wira lah : gua tempurung 


tangga yang hanya orang kurus boleh lalu haha
sliding
nampak tak lampu kepala yang bagak ittew?
sebelum ke pintu keluar
konon konon askar wataniah
warga emas pun join, bukan shahmie
ha, ini lah gaya ahli sukan yang betul. kecuali lampu nya! haha.


p.s: yeayy petang ni tengok JOHO!