Wednesday, July 31, 2013

tanggungjawab

Hai. Sebenarnya hari hari online dan browsing dan jengah blog dan sebagainya tapi tak tahu kenapa malasssss betul nak update apa apa kat sini. Yang padahal dah berikrar dari sebesar besar cerita sampai seremeh remeh nya nak tulis sebab masa tua kang boleh malu malu sendiri bila baca tulisan masa muda mudi.

Semalam, aku ada site kat lendu, lendu melaka tu. Ceh mentang mentang dah tahu daerah lendu tu kat melaka, siap nak highlight bagai bila cerita hahahaha. Cerita nya bukan pasal aku ada site kat sana. Tapi, hmm nak cerita pasal tanggung jawab. Bukan sebab aku bertanggung jawab sangat pun tapi aku sebagai perempuan dan pencacai di sini rasa aneh ye.

Macam mana agaknya perasaan sanggup hantar perempuan pergi site jauh dan risiko macam tu yang pada idea asal nya sebenarnya nak hantar aku dengan sorang budak lelaki SAHAJA. Okay satu dah sah sah isu sensitiviti agama di sini akan timbul (berdua duaan dengan lelaki dia laki orang aku tunang orang dan tak tahu lagi site tu semak macam mana???), satu lagi adalah, ada 3 set barang bapak gedabak dan berat yang obvious sangat aku tak dapat angkat dan 99% budak lelaki tu angkat sorang. Menangis tak tengok work partner kau punggah macam tu tapi kau tak boleh buat apa pun dan bulan puasa kot helllooooo, setakat boleh angkat kan dokumen pergi site je T_T macam hishhh macam apa benda ni???!@#$$%^& Walaupun, dapat lagi sorang budak lelaki masuk team kitorang (setelah aku suggest dan berharap dia offer diri sendiri), panas hati aku cuma terpujuk sikit sahaja sebab rasa senang nya main pass pass kerja. Biasalah, selamat kan bontot sendiri dulu.

Ish, sepatutnya mood adalah gembira sebab minggu depan rayo. Raya terakhir sebelum kahwin. Lepas ni kena sedia jadual tahun ni balik rayo mano tahun depan balik rayo mano. Macam jauh je rumah mak masing masing haha. Nak raya ke nak kahwin ni. Nak dua dua. Haha tanya sendiri jawab sendiri. Okay lah, sebagai penutup sila nikmati pemandangan di bawah, dan doa banyak banyak engsel pintu dia terbukak dan terlepas lah syurga dunia bergolek ke jalan raya. Harap harap uols dapat bau juga.



Wednesday, July 24, 2013

Sujud Sahwi

Pagi tadi tertinggal bacaan doa qunut sebab masa solat sibuk fikirkan memerut. Sebenarnya, terlupa cara nak sujud sahwi, sebab masa dalam kelas ustazah fatimah dulu aku cepat boring. Derhaka betul.

Nah, sharing is caring,

"Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat, tepatnya sebelum mengucapkan salam. Kata-kata sujud sahwi artinya "Sujud Lupa". Tetapi Sujud sahwi dilakukan bukan saja disebabkan lupa, juga disebabkan meninggalkan SUNNAH AB'ADH (Sunnah yang sangat ditekankan dalam sholat, seperti Tasyahud Awal dan Qunut dalam sholat Subuh) saja dengan sengaja pun tetap disunnahkan melakukan Sujud sahwi"

Bacaan ketika sujud sahwi: 



سُبْحَانَ مَنْ لَايَنَامُ وَلَا يَسْهُو
SUBHAANA MAN LAA YANAAMU WA LAA YAS-HU, (Maha Suci Dzat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa).

Bai, assalamualaikum

Tuesday, July 23, 2013

Kasut raya


Sedikit update untuk persiapan raya kali ni. Hehe. Tak beriya sangat pun sebab ada satu lagi perkara yang mengujakan tapi mendebarkan pada masa yang sama! Okay okay, tahun ni baju raya kitorang warna pas. Haha macam perempuan saiko masih nak cakap pasal parti politik. Tak lah, tahun ni warna hijau. Tahun lepas warna biru. Tahun yang lepas lepas warna kelabu. Oh man, aku harus save list warna ni kat somewhere supaya next year aku dah terus lincah decide nak warna apa untuk raya.

Nampak nya itu sahaja baju raya aku yang nyata. Yang lain lain adalah baju topap dari majlis kahwin orang atau baju raya tahun lepas yang baru siap awal tahun hari tu dan baju tunang pun boleh dan baju ihsan damini untuk raya. Ah boleh lah. Bukan budak kecil lagi nak berpasang pasang. Hahahaha padahal meratap kenapa hanya itu baju raya ku. 

Kuih raya pun boleh lah. Aku dah beli lebih kurang 6 balang kuih raya nak bawak balik johor nanti dan mungkin 3 extra kuih raya damini kasi. Baik hati bos aku ni. Lagi apa eh. Ohh kerepek nanti aku borong sama sama dengan hafiez 2 hari sebelum raya nanti. Lagi apa lagi apa. Kad raya tahun ni tarak sebab aku reserve setem untuk kad kahwin. 

Oh ya, tahun ni ada kasut raya tapi aku yakin sangat kasut tu aku guna masa nak ambik gambar keluarga pagi raya pertama je nanti. Mana boleh kasut kita kena tanah wehhh. 



kasut 10-15 minit

Monday, July 15, 2013

hujung minggu

Esok isnin tapi aku masih bersantai santai sekarang. Tak santai sangat lah sebab kat belakang tv tengah pasang dendam sundel bolong wtf !#$%%^^&* walaupun bulan puasa tapi aku tetap serem. Seronok hujung minggu macam ni aku di rumah. Rasa malas gila nak balik kl walaupun aku cinta kan lampu lampu waktu malam di kl dan aku rindu kan kesesakan jalan raya sama ada waktu pergi kerja mahu pun ketika balik, aku tetap berat buntut nak balik sana. Report aku yang bakal menjadi setimbun lagi, aku halal kan ha ha ha! Sekali sekala nakal begini tak menjadi kudis harap nya. Ceh ceh ceh tak ada sekelumit pun rasa nak jadi pekerja cemerlang.

Walau bagaimana pun dah sedikit lega sebab kad kahwin dan doorgift semua dah bawak balik kl. Maka boleh fokus benda lain pula. Macam risau sedikit lagi tak sampai 2 bulan tapi tak sedar ada apa apa lagi tak yang aku terlepas pandang.

Oh, macam biasa balik johor, teman mama ke mana dia nak pergi adalah sudah menjadi habitat habit aku walaupun bukan aku yang pandu kereta. Pergi giant lah pergi jusco lah pergi kipmart lah, sekarang nampak perangai jalan jalan aku adalah dari gen siapa. Haha. I love you nevertheless mother. Berbuka kat rumah sendiri sekali sekala walaupun 4 manusia je, tapi makan macam lauk harus letak bawak meja betapa berbondong nya pinggan mangkuk juadah berbuka astaghfirullahalazim. Tapi mama memang begitu. Suka hidang makanan sampai ayah kata pinggan ayah nak letak mana ma. Lepas tu paksa paksa fikah bawak aku naik motor tapi telinga aku geli geli kena pakai helmet sebab rasa getar getar kat situ bila fikah bawak laju.Bubu dan ciko pula seperti gelisah bila aku asyik menghimpit dorang saja tanpa mempedulikan aku alergi sebenarnya dengan bulu kucing. Tapi, ubat kan ada.

Okaylah, cerita adalah sedikit boring dan sundel bolong kat tv dah nak habis, dah tak takut dah. Babai.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Kareem semua. Aku baru sahaja bangun tidur tiba tiba teringat akan satu entri aku yang dah lama nak update tapi siap lagi tapi aku dah menguap sampai berkriuk kriuk rahang dan berair air mata aku menguap. Tapi entri tu nanti aku upload sebab ah rasa poyo poyo sangat pulak. Hahahahahaha.

Semoga ramadhan kali ini, memberi didikan kepada kita untuk menjadi ummat yang sentiasa dilimpahi kesabaran dalam menghadapi apa apa pun. Semoga semua ibadat kita ramai ramai diterima dan doa kita sama sama diangkat. Amin.

Hati hati tidur bawah meja bulan puasa ni, sebab akan ada orang berperangai seperti bayi ini nanti.


chow da mow.