Tuesday, August 31, 2010

Perlumbaan Pertama

Mama: Sayang. Nanti lari laju laju tau. Buat mama bangga.
Aku: Ok mama. Jangan risau. Kita dah minum milo tadi. Lagipun kacang je tu.
Mama: Bagus. Lari paling laju tau. Laju macam kijang.


Sejak aku kecil lagi aku dah berjinak jinak dengan bidang sukan. Alah kan dulu aku ada sembang pasal aku aktif sukan. Semua acara balapan aku masuk. Semua jenis permainan aku terlibat. Semua lah. Tak ada yang tertinggal.

Cuma bila dah dewasa ni je aku dah anti sukan. Senang cakap anti sosial. Semua sukan macam tak kena. Haha. Tak lah. Aku sebenarnya bersukan sangat ala kadar. Sukan ikut ikutan kawan. Tapi, aku tak ada lah menolak nolak ajakan main bowling bagi alasan tak minat main, tapi kat belakang senyap senyap main dengan kawan kawan lain sebab rasa hebat. Ha, siapa tu.

Kali ni sumpah kau kena percaya aku. Bakat kesukanan diasah dan kejayaan pertama ditempa dalam bidang sukan masa kecil. Perlumbaan yang sangat mencabar untuk budak usia aku. Gempak tak gempak lah. Laju macam kilat aku lari wow wow wow.

Daripada perbarisan pun tahu sang juara di situ.

Berdebar debar tunggu pistol. Dalam otak aku fikir fikir tahap mana laju nak pergi.


Ha, nasib baik laju. Boleh rebut gula gula paling banyak.




Hadiah tupperware. Rasa nak melempang pun ada.


Itulah sedikit sebanyak asal usul rahsia dari mana mulanya pelari negara mengasah bakat. Sesuailah sempena dah 31 ogos ni. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-53 rakyat malaysia sekalian.

Caudemau.

p.s: seronok celebrate merdeka dengan ahbang faizal tahir. love love faizal tahir.

Monday, August 30, 2010

D.I.Y

Hai. Apa khabar. Seminggu aku tak update. Sibuk. Haha. Macam gampeng je sibuk. Sebenarnya saja nak menjauhi rasa rindu kat orang kl. Biasalah, bila jauh dengan kekasih hati, mestilah rindu deeeendam. Grrrrr.

Memang tangan aku sibuk gila pun sepanjang 5 hari duduk rumah ni. Ada sahaja pekerjaannya. Semalam berjalan jalan di Angsana cari barang raya. Seperti selalu, kalau shopping macam ni, sang emak yang paling berjaya. Senyum dari telinga ke telinga. Aku tak beli apa sangat. Rembat sehelai baju murah dan 2 pasang kasut murah. Sangat murah. Dan aku memang pantang kalau aku jumpa barang murah yang walhal di tempat lain sangat mahal. Jadi tak tentu arah.

Kasut aku malas nak cerita sangat. Tapi hal baju seronok weh. Haha. Tiba tiba teruja nak sembang pasal baju aku ni. Aku gatal habis nak letak sesuatu di baju. Gara gara tengok rancangan Smart Shop dulu lah ni. Tak pun sebab selalu sangat tengok Martha Stewart. Lagipun, suka tengok Project Runway. Daripada baju tu sangat kosong (ah sebenarnya ok je kalau pakai), aku rasa tak ada unsur glamour, aku patut buat sesuatu.

Dulu masa kecil, aku suka sangat buat aktiviti DIY. Baju sukan sekolah aku sangat kuning. Plain kuning. Jadi, aku tak suka. Cikgu kata kalau aku ada masa, suruh mak aku lekat lekat riben ke apa kat baju. Nanti mungkin dapat anugerah baju paling kreatif. Tak apa mak, kita boleh buat sendiri. Ni semua berkat belajar pendidikan seni sungguh sungguh. Hasilnya sungguh giur. Cantik je. Ada cop cop bentuk love dan bintang. Hehe. Aku buat cop pakai kentang.

Nak ulang balik kejayaan dulu tapi kali ni aku tak pakai kentang. Sangat sa (sakai). Aku pakai manik. Rizman Ruzaini tak boleh calen gua bang. Mula mula ingat tak salah kalau aku kata boleh bawak pergi high tea kat hotel hotel.

Boring kan.


Tengok, aku dah buat apa. Tak tau kenapa bila tengok lama lama, macam nak bakar je baju aku ni. Kesal. Besah daripada tadi, cantik sayda cantik sayda. Haha.


Dah lah. Aku sakit perut ni. Esok kena bercuti sakit. Bai kawan kawan.


p.s: kalau dah dapat tanggungjawab tu, buat sehabis baik.

Saturday, August 28, 2010

Setiap kali aku jejak kan kaki ke rumah, hati sebak gila. Rindu keluarga satu hal lah. Tapi lagi mengusik hati aku adalah sebab aku macam ternampak nampak garfield. Macam mencari cari lah juga tempat tempat garfield selalu duduk setiap kali aku balik rumah.

Walaupun dah 3 bulan garfield dah pergi, perasaan sedih tu masih ada. Lebih lebih lagi rantai dia tergantung elok je kat bilik aku. Ni kalau aku sibuk menaip ni, mesti garfield dan ciko berlegar legar kat keyboard. Sejak garfield tak ada, ciko duduk diam sahaja. Nampak muram.

Semoga nanti aku dapat jumpa semula garfield di syurga. Mintak mintak dia masa tu sihat segar bugar je.

Tuesday, August 24, 2010

lele penyek

Terdetik kat hati tadi nak ikut je lah ecah dan pakwe buka sama. Walaupun, hari ni aku masih bercuti. Haha. Apa salahnya. Terhibur jugak bila dapat sembang dengan dorang walaupun setiap hari kerja asyik nak menyembang saja.

Selain menyembang, aku sempat meninjau meja sebelah menyebelah. Aik, mat mata sepet pun ikut makan waktu berbuka. Siap tunggu azan kumandang jugak. Sangat satu Malaysia.

Aku tenung tenung lele depan aku ni. Kalau lu makan gua, lu serba salah. Sebab lu dah jumpa bapak besar lele macam lengan bina badan malik nor masa kat bandung bulan lepas. Sepupu sepapat gua tu. Ah, aku tak peduli. Aku nak juga. Kau tak faham selok belok dunia ada hati nak warning panas kat aku. Ratah kepala baru tau. Ecah jerkah aku. Apesal mulut kumat kamit pandang lele aku. Aku kata, aku ok. Tak ada masalah. Cuma hati terusik terkenang peristiwa sayat hati makan lele dulu.

Tanpa belas, aku tak tahu kenapa aku sebat puas puas lele tu. Tak kisahlah walaupun masih panas. Dendam. Siap selang selikan dengan semua lauk depan mata. Bercelaru perut aku. Mana nya amylase nak menukar nasi jadi maltosa nya, mana protease nak tukar peptone jadi polypeptydes lagi. Akibatnya, sekarang aku tak senang duduk. Asyik ulang alik ke bilik air.


Macam lengan awek ni.




p.s: sayang, hensemnya awak.

Monday, August 23, 2010

makan kapur

Sikit masa dulu aku ada cerita pasal hafiz akib. Ingat tak. Pakwe yang aku suka masa sekolah rendah dulu. Aku tiba tiba teringat pasal hafiz ni. Aku terbayang terjumpa dia bertuala goodmorning kat leher sambil bawak van. Dan kami terserempak di tol. Selisih masa nak bayar tol. Aneh aneh imaginasi aku.

Aku suka dia dulu. Tapi tak tau kenapa konon konon dulu aku perasan pasang ramai. Ah, gatal sekali. Ada hati nak bercinta secara pukal. 2-3 orang sekali gus. Masa tu aku suka pakwe lagi satu ni. Tak silap aku nama dia shairazi. Haha. Dia agak cohmel. Mata sepet dan dia pemalu. Lagi satu nama dia iskandar. Tapi, yang ni aku suka sikit sikit je sebab dia pelat r.

Ada satu hari ni. Cikgu kelas aku ada meeting ke apa aku tak ingat. Dia suruh aku kawal keadaan kelas. Jangan bising. Kang kena denda. Tak pun, cikgu aku malas nak dengar ada pengumuman kelas 6 ikhlas tolong senyap sikit. Sungguh sakai. Jadi, cikgu aku pesan sebelum keluar. Jangan bising. Siapa bising, saidatul tulis nama kat depan. Kalau lagi bising nanti saya suruh saidatul suruh awak makan kapur. Aku tau itu gurau je. Aku angkat angkat kening bangga. Sebab cikgu samirah suka aku. Yabedabedu.

Hafiz akib buat bising. Aku jelinglah. Dia bising lagi aku tulis nama dia kat papan hitam. Lantak. Suka tak suka. Nama kau dah kena tulis. Eh eh. Tak makan saman nampaknya. Kinja kinja pulak. Ini sudah lebih. Kawan kawan ramai dah batu api. Weh. Kalau awak bising. Kita sumbat kapur dalam mulut awak. Dia terdiam kejap sebab aku dah jadi awek garang. Nak ambil hati punya pasal agaknya. Dia terus ke depan. Aku ingat nak buat apa. Tapi dia ambil kapur dan sumbat ke dalam mulut sendiri. Gentleman kan. Malas taip panjang. Nasib baik tak jadi apa apa.

Budak kecil pun reti dah nak mengurat. Haha. Adik adik jangan ikut miang miang ok. Kakak dulu perangai memang tak terkawal walaupun kakak pengawas sekolah. Selekeh. Jahitan kain terbelah belah. Aku harap tak berjumpa hafiz akib. Sebab mungkin aku segan kalau dia ungkit perangai aku minta sos lebih lebih masa makan mcD. Oklah, selamat meneruskan ibadah puasa semua pembaca blog ku yang seru sekali~

Kenapa aku seram sejuk nak makan mcD lepas ni. Haha.




p.s: kenapa suka ajak bila masa dah suntuk.

Sunday, August 22, 2010

Buka puasa sama: Ayam Penyet

Halo halo halo. Sekarang aku kat rumah echah. Kat sebelah kanan aku, awek manis, shuze. Kat atas katil depan aku pulak awek kedekut, echah. Kedekut sebab kasik aku dengan shuze tidur lantai. Dia kata orang gaji tak boleh dimanjakan nanti naik lemak.

Konon pagi tadi nak pergi sahur lah. Haha. Bertuah lah sangat. Aku ni hah sejak azali asyik bangun awal je daripada dorang. Agaknya semalam lepas gian berada dalam suasana bandung, makanya liat terus nak bangun. Lainlah aku, penuh disiplin.

Riuh satu Ayam Penyet dengan budak budak ni bantai gelak. Padahal cerita yang sama setiap kali jumpa pun. Kalau ada nani, wanita, mai, besah dan lain lain mesti lagi hingar. Aku ambik 2 lauk je. Tapi ecah aku kira macam sampai 6 lauk. Siap hirup air orang. Entah apa yang dah merasuk. Haha.

tak tahan zaneq usha nasi pokya

ni lah lauk echah. aneh kan. tapi aku suka lah sebab ada lele nya. gado gadonya bukan gratis ya.



dah lama tak buat okie dokie.

Okaylah. Nampaknya, echah dan shuze macam nak bangun dah. Aku kena buat buat masih tidur lagi. Caudemau.

p.s: nombor telefon apek mana entah yang dia kasik.



Thursday, August 19, 2010

Selangkah ke pelaburan emas

Aku suka betul berkempen pasal emas ni. Sekadar nak ajak ramai kawan sebaya menyimpan dan menabung dari awal. Tak kisahlah apa jenis emas pun. Tapi, lagi seronok kalau dapat emas fizikal. Kau pegang sendiri, kau tentukan sendiri tujuan emas tu.

Ok ok. Kali ni aku tunjuk macam mana nak mula membeli emas. Kalau tak sempat lagi nak jumpa aku atau mana mana agen yang boleh dipercayai, kau kaji dulu. Bacalah mana mana sumber seperti blog blog emas macam brader ni atau brader ni punya atau brader ni punya. Yang lain lain nanti aku tempek. Baca sampai puas hati.



Lepas tu, kau kena sentiasa perhati graf emas tu. Sebagai langkah awal turut serta, kau kena lah selalu tengok harga 'we sell' kat blog tadi tak pun terus tengok kat www.publicgold.com.my. Harga yang tertera adalah secara live bergantung pada harga semasa dunia.



Tengok, kalau graf tengah menurun, dan harga pun sedang elok je dengan wang simpanan kau, kau terus je 'lock'.

Cara 'lock', kau call mana mana agen emas tu, bagitau kau nak beli yang mana. Janji janji lah dengan dia. Nak jumpa ke nak delivery ke suka hati kau. Asalkan kau dan dia betul betul tak tipu. Haha.

Lepas dah beli, kau simpan kat mana mana yang kau rasa selamat. Kat peti besi ke, kat bank ke. Asal selamat bukan bawak ke hulu ke hilir dalam handbag. Maklumlah, perompak kalau nak buat kerja dia cari emas dulu, bukannya tv ke sofa ke meja solek ke. Sambil sambil tu, kau tengok jugak harga semasa emas kau. Contoh dalam tangan kau ada 20gram kan, sentiasa tengok. Analisa kat harga 'we buy' pula. Jangan risau, harga dia tak akan mendadak naik lepas kau beli. Tunggulah sikit. Bergantung pada kau, sama ada nak jual atau pun tunggu lagi. Haha. Selepas setahun dua, aku tau kau pasti terpempan gila bila tengok nilai emas kau dah menaik. Macam mana nak jual, nanti esok lusa aku cerita.

Ni selepas sebulan je harga emas kau beli.


Tapi, hakikatnya kalau kaji lebih sikit, nilai emas sebenarnya meningkat dari semasa ke semasa walaupun ada sikit sikit turun sekejap sekejap.

Betul kan? Lebih kurang 27% kenaikan dari 2009 - 2010. Wowwy, kalau aku, dah terlonjak lonjak.

Kalau nak lagi terperinci dan optimis, boleh jugak tengok graf harga emas dunia, macam graf kat atas. Haha. Kau convert sendiri. Lepas kau sibuk tekan tekan kalkulator lepas tu sikit sikit jeling emas kau, mata kau tak lama lagi silau silau dah. Amacam?

Sedangkan nabi Muhammad pun pernah bersabda akan sampai satu masa tak ada apa yang berguna selain dinar atau dirham.



p.s: duit boleh dicari

Wednesday, August 18, 2010

Buka puasa sama : VS

Seingat aku, masa aku elok darjah 2-3 entah aku tak ingat, aku sibuk nak puasa penuh, sampai petang. Bukan nak kan upah seringgit sehari. Gua tak main lah. Sebab air tebu kat tempat gua masa tu pun dah 80sen. Mana nak cukup beli 2 bungkus kacang bilis masak sambal dengan sagun.

Jadi, mak aku bagi pilihan lain. Sehari seringgit ataupun masa berbuka aku boleh mintak apa sahaja nak makan, aku boleh berehat rehat selepas buka tak payah tolong kemas meja, aku boleh sibuk main main dengan saudara mara dan jiran, tak payah tolong mak aku pasang langsir dan masukkan kuih dalam balang. Seringgit, tak apalah, kita tak ada jodoh masa bulan puasa, tapi kita tau mana mak kita simpan seringgit dia banyak banyak. Haha.

Macam macam aku buat supaya larat puasa sampai ke petang.

1. Sahur tak payah banyak banyak. Nanti aku loya bila bangun dan jadikan alasan puasa separuh hari.

2. Masa kat sekolah, diam sahaja. Bila cikgu tanya, baru jawab. Dan pastikan jawapan aku betul supaya tak payah nak ulang ulang balik jawapan lain. Kering tekak nanti.

3. Bila kawan yang puasa separuh hari ajak sembang, aku selalu buat buat termenung. Kalau agak agak aku tengok ramai dah rasa aku macam budak kena dera lalu jadi pendiam, barulah aku ajak bermain. Tu pun main 'warisan' sahaja. Ala game yang kau kena list nama negara, nama orang, nama buah, nama benda ikut pilihan huruf korang.

4. Bila haus dah tak tertanggung, aku bukak peti ais. Bukan curi curi minum air, tapi saja nak dapatkan wap sejuk. Untung untung kondensasi air tu termasuk mulut aku.

5. Petang petang, daripada aku melepet kat rumah tunggu 3-4 jam lagi nak berbuka, aku sanggup pergi main basikal tak pun main roller blade depan rumah. Boleh berangan konon konon join X-Game.

Tapi, kalau tak tahan sangat, aku telefon mak aku, aku rayu rayu kat dia kasik aku berbuka sikit. Kang aku basuh pinggan kemas rumah basuh baju semua. Janji.

Seronok pulak plan tiba tiba buka puasa dengan ecah norman yang sangat lovey dovey hey aku hari hari mengadap muka korang. Siap angkut wanita lagi. Bukan reti nak beradab kat tempat makan awam macam ni. Ketawa sampai nampak anak tekak masing masing. Wanita pula sangat ah-dorable.



kan? sangat adorable.


p.s: kenapa diam sahaja

love, is so unpredictable

Wahai diari,

Selembut lembut hati kau, walaupun berkali kali kau terluka sebab perbuatan kekasih kau, dan kau terus terus pula maafkan dia, kekuatan tu tak akan tahan lama. Lebih lebih lagi kalau dia lebih dahulukan kepentingan dia berbanding perasaan kau. Pentingkan keinginan sendiri. Bila dia biarkan kau seorang diri fikir sendiri, selesaikan masalah sendiri, biarkan kau keluar sendiri dengan kawan kawan kau, biarkan orang lain jaga hati kau, memang betul betul buat kau dah dah dah. Kau dah tak akan nak permainan macam ni.

Sangat tak terduga. Selama ni bukan main cinta sayang intan payung. Tapi, bila sampai masa, semua aura, kepercayaan dan perasaan sayang ke kekasih ke buah hati ke semua hilang. Sekelip mata.

Masa tu kau dah tak rasa apa. Macam nestapa semata mata. Dah tak ada makna dah perasaan yang kau bangga banggakan satu masa dulu.

Yalah, perasaan mana tak hilang, kalau guru yang kau tunggu selama bertahun tahun ni rupanya membela setaman lalang di ketiaknya. Ajar muzik lagi. Memang menjegilkan mata. Haha.




p.s: tekak aku sakit gila. mungkin berjangkit dari ecah masa cakap kat telefon tadi.

Monday, August 16, 2010

Buka puasa sama : Palace of Golden Horses

Walaupun perut aku kriuk kriuk gila gilaan semalam, jari aku buat aku bangga sebab laju lagi weh nak menaip. Melayan echah punya perangai. Tiba tiba nak makan luar. Aku pula sempena dah jaga adik saudara aku 2 hari, maka inilah habuannya, boleh berlibur bersama teman di luar. Sangat bersosial.

Palace of Golden Horses memang superb. Jangan risau, ni bukan cerita bongkak haloba makan konon tempat mewah. Tapi ni tempat dapat murah murah murah murah murah sempena promosi awal ramadhan. Mana boleh lepas peluang makan kat sana kalau harga murah gila. Lebih lebih lagi, tempat tu banyak kekudanya. Ada kuda lumba. Kuda belang. Kuda emas. Kuda tembaga. Kereta kuda. Unicorn ke pegasus ke apa pun ada. Memang mengasyikkan.

Makanan memang banyaaaaaaak dan sedap. Sesuai untuk semua jenis peminat makanan. Aku macam biasa lah. Kalau ada buffet, jangan harap duduk setempat lama lama. Kena sentiasa bangun duduk dan survey makanan mana lagi tak cecah mulut. Kalau tak, buat aniaya duit je. Lepas ni kena bajet makan di rumah sahaja atau pun kena beli sikit sahaja di bazar.

Belakang: kereta kuda



Belakang: kuda juga


Lupa nak bagitau. Ada kuda berbadankan manusia juga. Haha. Gerek sehh.

Bandoengers, nanti kita makan sama ya. Terawikh sama sama.


p.s: senang suka, dan senang lupa. tapi, yang tulus suka, mestilah lain sikit.

Saturday, August 14, 2010

beli baju raya

Lepas bersahur, aku terus je bukak tv tengok ceramah. Sambil urut urut kaki aku. Semalam masa kemas meja, fail terjatuh atas kaki aku sekarang dah lebam. Lepas sembahyang, aku pergi dapur kemas kemas apa yang patut. Basuh pinggan semalam. Korek baju baju kotor humban dalam mesin basuh. Ha, kejap lagi bersih sendiri lah tu.

Kemas tempat tidur. Mak datuk banyak gila bantal dengan selimut aku guna. Nak tidur balik pun ok jugak. Tapi tak boleh tak boleh, anak dara mana boleh bangun dan tidur balik. Tak cun. Berpeluh lengai jugak walaupun kemas sikit je. Aku terus mandi. Wah mandi pagi macam nak pergi kerja je.

Pakai baju cantik cantik, aku keluar join jiran sebelah menanam pokok, sembang ala kadar, aku mintak diri kata nak masuk rumah dah. Matahari dah naik, nanti kulit hitam. Sebenarnya, aku ada plan dah. Nak pergi jalan jalan cari baju raya tak pun baju puasa kat midveli.

Kat midveli entah apasal ramai sangat orang berpusu pusu. Nak jalan pun susah terpaksa berasak asak. Tapi, semua tak menghalang aku untuk masuk semua kedai. Wowwy seronoknya keluar masuk semua kedai dengan berlatar belakang kan lagu raya. Rasa sembangat nak puasa lagi 26 hari. Aku beli macam macam. Ecah lagi lah bukan main lagi. Aku kesian tengok norman angkut bag bag dia. Haha. Nani daripada tadi merungut. Nak duduk nak duduk. Shuze pulak mana tah dapat tenaga semua kasut dia try. Ke depan ke belakang ke depan ke belakang. Hamster daripada tadi kata ok semua ok shuze. Wanita tak payah cerita lah. Nak ikut tapi tak bermaya. Puasa lah katakan. Tapi, besah natrah dengan mai pun tak tahan ye. Sibuk lah menangkap nangkap gambar. Kata dah lama tak berjumpa. Haha. Siap mms gambar kat ped dan azeela. Nak ajak natali dengan affa, jauh lah pulak. Zack mana zack. Zack ambik pokya.

kat kedai kasut teman shuze pilih kasut kesukaan

ok, ni bukan kat midveli. haha.

Dahlah. Dari tadi aku tak bangun lagi. Lama lagi nak berbuka. Lagi 7 jam. Kan bagus kalau hari sabtu bekerja. Oklah, sekarang aku betul betul nak bangun. Tadi bangun acah acah je. Haha.


p.s: ha, tikus putih makan apa hari ni

Wednesday, August 11, 2010

warna mata saya

Sejak seminggu lepas aku giat mencari nak warna apa nak warna apa. Haha. Adik saudara aku dah naik muak nak cari link yang best semata mata nak layan aku. Nasib baik budak sekeliling dia ramai bisnes benda tu. Ni mesti terpengaruh dengan anak mata pelajar luar negara lah tu. Aku pun sama. Terpengaruh dengan awek awek korea jepun yang suka tangkap gambar comel comel tengok kamera mata tak kedip ketap bibir dan ada blink blink kat mata dia. Yaw, mak pun nak mata mengancam nok.

So, aku pun buat experiment lopek punya. Nak cek mana yang lebih cantik.

Ok, mula mula tengok warna coklat keemasan ni memang menarik. Tambah tambah pulak aku tengah berjinak jinak dengan emas. Sesuai agaknya. Tapi, mata aku macam kelapa parut bila tengok lama lama. Coconut coconut coconut.

Lepas tu, aku cuba nak bayang kan mata aku warna hijau. Ah, comelnya. Memang mendapat tempat kat hati. Tapi, aku rasa aku macam bini incredible hulk. Tak pun awek lumut. Cis cis.

Sempena tahun ni aku punya baju raya warna ungu, aku pun terfikir jugak nak warna ungu. Mana tau nampak gempak sedondon. Haha. Cantik cantik. Tapi bila kat mata aku dah macam apa aku tak reti nak cakap.

Ok, sebab terikut ikut sangat budaya barat, aku terikut ikut jugak gaya warna mata. Tapi, ni aku tak lalu lah. Sebab aku nampak macam fast and furious sangat. Geli.

Ha, warna kelabu pun nampak cun. Macam manja manja je kan. Yes yes. Tapi, taknak lah. Sebab nampak macam koooooonon futuristik. Nanti kena umpat.

Malas fikir banyak. Dah taknak susahkan kepala otak aku. Aku nekad nak warna pink. Walaupun nampak macam mata ikan. Gua tak peduli. Nak jugak.

Habis semua blog jual benda alah ni aku bongkar. Bila aku baca balik kat atas ni, aku mual. Haha. Selamat berpuasa kenkawan, kita puasa, kamu orang pun puasa ok. Caudemau.

p.s: ada satu pakwe ni cakap, kalau makan kurma masa berpuasa tak apa. tak batal bai. sebab tu buah dari syurga. haha.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Tadi nasib baik sempat walaupun balik lambat. Walaupun tiba tiba je jalan sesak. Walaupun kenapa tah hari ni kereta banyak sangat. Wakaupun demam aku tak kebah habis. Aku sempat pergi ikut makcik aku. Haha. Tapi, yang kelakar nya kenapa lah aku macam budak budak je perangai. Sikit sikit terjengah jengah sekeliling. Jakun habis.

Ramadhan kali ni aku harap dapat puasa penuh. Semoga aku bersabar puasa. Semoga aku rajin nak bangun sahur. Semoga aku selalu pergi sembahyang terawikh. Lepas tu, mintak mintak lah, masa sembahyang, mata aku tak gatal melilau. Kepala tak gatal gatal sampai nak garu. Tak menguap nguap. Pagi pagi sebelum kerja aku tak bantai tidur tapi bangun dan baca sikit quran. Ambil berkat. Mulut tak cakap merapu mahupun mencarut (susah). Tak mencari pasal dengan orang. Cakap guna ayat yang indah indah je. Tak terlupa bagi kad raya kat kawan kawan. Setiap hari telefon mak. Tanya, mak mak, pagi tadi sahur apa. Ha, semoga aku berjumpa dengan seorang yang sangat baik hati. Dan membawa aku makan berbuka sedap nyum nyum. Duit aku nak bajet beli kasut raya tak pun beli barang perhiasan diri brooch ke rantai ke selendang ke em em em emas (tak boleh sebut selalu, nanti aku mengigau ngigau nak beli) ke.

nah gambar raya tahun lepas. aku pakai 4 jam je baju tu.

Sempena bulan baik ni, kalau ada sesiapa yang teringin nak rasa kad raya aku, meh lah hantar alamat kau kat email aku. Bukannya apa, sah sah company tempat aku kerja kasik kad raya. Kawan kawan rapat aku, aku kasik yang tahun lepas punya. Haha. Jadi, yang baru ni, aku kasik korang ok. Email kat sini ---> deep_red1416@yahoo.com.

Dah dah, jangan lupa niat puasa. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.


p.s: aku jumpa orang yang sangat best selepas berjumpa dengan orang yang sumpah menyesal kenal.

Monday, August 9, 2010

kugiran jutawan

Sepanjang malam mulut aku tak henti henti cerita kat sanak saudara pasal dinar sekeping yang aku beli. Mata masing masing bersinar sinar dan ternganga nganga mendengar kepetahan adik sayda menglipur lara. Cohmel. Lagi cohmel, mak aku senyap senyap je tolong simpankan dinar aku dalam bag tangan dia. Haha. Eh, ingatkan kakak lupa.

Badan aku sakit sakit sekarang ni. Kat kampung tadi membersihkan kebun macam esok dah hari raya. Semua jenis alat berkebun aku pegang. Mencangkul, menebas, menggaruk, memotong, mencantas dan semua jenis 'me' aku buat. Paling menyeronokkan, semua pun ringan tulang. Bagus bagus. Sambil membersihkan kebun, sambil minum air kelapa dan makan durian. Oklah, kena taip sikit sikit je. Tangan aku dah ketar habis.

Kerja kerja jugak. Lebih seronok kalau bekerja sambil gurau gurau. Haha.


Lagi lagi lagi seronok kalau masa rehat, sempat main kugiran. Tak peduli mak aku sekodeng dari belakang. Dia selalu kata suara aku yang terkantoi kantoi tu lah yang sedap. Ah, sayang mama.


video


p.s: cis weekend dah habis


Saturday, August 7, 2010

Mat tembakau

Banyak kali aku cuba pejam mata. Tak boleh. Asyik ternampak nampak je muka brader tua tu. Sepanjang malam tidur tak nyenyak. Ni semua bahana keluar sendiri sebab merajuk dan kepala batu. Brader tua ni pun satu. Kenapa nak jual tembakau kat aku dan menayang nayang sesuatu kat aku. Sepanjang petang aku menggeletar. Durjana kau brader tua yang gila s**s. Bila menggeletar geletar macam tu, aku tak fikir lain. Memang dia yang selalu ada untuk aku. Macam seminit lepas kau roger, kau sekarang rasa selamat.

Menyakitkan betul bila bergaduh. Lagi menyakitkan bila tak bertegur. Macam kehilangan. Because you are the wonderful man i ever wanted to talk to. Tak kisah lah siapa salah siapa betul dah. Yang penting, rasa memang sakit bila dia sakit.

Trauma punya pasal, aku bercerita pada kawan kawan aku. Diorang perlu tahu, supaya lebih hati hati. Jangan ikut macam aku. Nasihat budak kecil pandai, sendiri pun terjerat. Adik adik manis, kalau ada mat mat mana entah yang stare and senyum kat kau lama lama, kau better blah cepat cepat.

Gaya je dah tau betapa seriusnya cerita aku



dan kat bawah ni para pendengar. (bila masa tah si hitam echah buat kerja snap snap sana sini)


p.s: Mintak mintak kau berjaya ecah. nanti kita boleh sembang lagi lama di rumah baru.

Thursday, August 5, 2010

rugi kalau culik aku

Aku masa kecil dulu selalu berangan apa nak buat kalau kena culik. Dulu kan kecoh semalaysia jenayah culik ni (sekarang lagi kecoh). Tak payah tunggu mak aku bebel bagitau langkah keselamatan, aku lagi maju setapak ke hadapan memikirkan apa aku buat untuk elak atau pun untuk lari dari penculik. Mak mak. Kita kan sebenarnya lagi banyak idea.

1. Masa umur aku 5 ke 6 tahun, mak aku riuh gila pesan. Kak, balik sekolah jangan sorang sorang. Pimpin tangan kawan. Dia tak tau aku lagi bijak. Aku siap singgah di taman permainan sebab tunggu kawan dari tadika lain jalan balik rumah sama sama. Konsepnya senang. Kalau ada seorang diminati, maka culiklah semua. Tak sedar yang menunggu tu lagi sempat diculik.

2. Lepas tu kalau nak jalan pergi rumah kawan yang agak jauh dan naik basikal, aku mesti cicir cicirkan bantal mini sepanjang perjalanan (batu seremban yang aku jahit sendiri tapi yang rejek punya). Nanti senang, kalau aku kena culik ke apa, mesti orang tertanya tanya eh mana datangnya batu seremban ni. Ni mesti ada sesuatu buruk berlaku.

3. Dulu kan tak ada handphone. Kalau ada pun bapak besar dan sah sah lah bapak aku yang pakai. Jadi, aku sediakan buku rekod kat belakang pintu rumah. Mana aku pergi. Pukul berapa keluar dan dengan siapa. Senang mak aku monitor. Walaupun mak aku marah sebab dia kata aku buat rumah macam setinggan je gantung sana sini.

4. Kalau jalan kat pasar malam ke pesta keramaian apa apa ke. Aku dengan inisiatif sendiri melaram. Kat celah celah orang ramai tu lah aku pakai gown labuh bajet dress lah padahal jubah nenek aku beli kat mekah haha lepas tu bukan main lagi dengan rantai dan cekak rambut. Mak aku senang cari kan sebab anak dia wowwy sungguh lain daripada yang lain.

lain daripada yang lain kan. sangat orang asli.

5. Kalau lah ditakdirkan kena culik, aku dulu selalu terfikir nak buat buat mati di tempat kejadian. Sebab aku selalu praktis tahan nafas lama lama masa kat rumah.

6. Dulu aku aktif sukan. Semua jenis sukan lari aku pegang. Dulu dulu tau. Jadi, aku rasa kalau lah aku sikit lagi nak ditangkap penculik aku nak lari ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. Nanti penculik pening dan terus givap. Haha. Bila besar sikit baru aku terfikir kenapa aku anggap penculik akan lari macam ba alip ba ya. Haha.

Nasib baik kau tak kidnap aku dulu penculik. Aku manusia tak berguna. Perengus dan bengis.

Oklah adik adik. Kakak harap adik adik ambil iktibar apa yang kakak cuba sampaikan di sini ya. Jangan berseorangan di tempat gelap dan sunyi. Tiba tiba pembaca adalah kanak kanak. By the way adik adik, ni gambar kakak masa kakak kanak kanak. Ayah kakak yang membentuk tangan kakak kat tempurung tu.


p.s: i love u. and it grows everyday

Wednesday, August 4, 2010

tak kisah

Dia tak kisah langsung apa orang kata pasal dia. Tak kisah jugak kalau orang marah marah kat dia. Tak kisah orang terlangkup bakul sampah kat dia sebab bengang dia selalu tak memuaskan hati bila jawab soalan. Tak kisah jugak pakai baju lusuh padahal company ada bagi baju baru. Tak kisah langsung belanja kawan kawan makan pizza selalu walaupun kawan kawan selalu tinggalkan dia masa makan pagi. Yelah, mana dia nak sarapan di kedai bapak walhal di ofis selalu sedia sarapan subsidi.

Dia tak kisah. Langsung tak kisah. Asalkan dia datang kerja sebelum pukul 8.30. Lepas tu tak payah kerja lebih masa. Boleh selalu cuti hari sabtu. Mengadap laptop pemberian bos dan dengar lagu kegemaran sendiri. Macam hanya ada dia, komputer, screw driver dan bateri. Dan asalkan dia kerja sepenuh hati. Jujur dan ikhlas. Sehingga tak sangka eh licin jugak batang paip ni. Hehe. Khai khai. Lain kali kena hati hati. Nasib baik tak ada biawak. Saya bangga dengan awak.


video



p.s: aku dah susun esok nak buat apa

Monday, August 2, 2010

cerita makwe cun

Makwe cun depan aku ni kenapa lah agaknya kepala tertoleh toleh. Cakap pun bisik bisik. Entah apa yang dirahsiakan sangat dengan abang kat kaunter ni.

Tengah hari buta macam ni, cabut kejap ke bank memang leceh. Kena ada peneman. Tak sampai hati nak biar pakwe lama lama bersalai dalam kereta. Aku kena cepat ni. Tapi, sekali lagi aku memang asyik gila tengok makwe cun tu.

Aku curi dengar sikit. Abang kaunter tu cakap, eh ni tak boleh submit ni kalau borang print sendiri, tak boleh buat reference. La apasal pulak, kawan saya selamba je print sendiri lepas tu hantar macam biasa je. Makwe cun tu menjawab macam cari gaduh. Abang tu agaknya malas nak sembang lama, dia suruh makwe cun tu pergi kat satu sudut dan isi balik kat borang yang sebenarnya.

Aku pun tak tahu kenapa aku sibuk sangat nak tahu kisah seterusnya makwe cun tu. Aku tengok dia isi borang. Kalut kalut dia isi borang tu. Entah apa yang dia kejar. Agaknya dia pun macam aku. Ada orang tunggu dalam kereta. Tapi kenapa entah kepala dia sikit sikit dongak. Macam risau ada orang perasan dia buat apa. Tak pun risau macam tiba tiba eh kantoi kau isi borang apa tu. Tapi, borang apa dia isi aku tak tahu. Laju gila isi. Sebab mungkin dia dah terbiasa isi borang tu kat rumah semalamnya. Sampai terhafal apa yang perlu dituliskan.

Lepas tu, aku nampak makwe cun tu terkocoh kocoh pulak pergi balik kaunter tadi bagi abang tu borang. Sorok sorok dia keluarkan sesuatu dari fail dia. Nampak macam ada satu pakwe lain belakang abang tu terkiput kiput gelakkan makwe cun tu.

Dah lah. Aku pun pulang macam biasa. Dalam hati aku. Kenapa lah makwe tadi tu cun habis. Menyemat betul dengan kemeja kelabu, slack hitam dan selipar indo bandoeng dia sambil kunyah gula gula getah walaupun dia selalu terkantoi menggali emas kat tempat awam.


p.s: semua pun mesti sederhana je. barulah waras.