Friday, October 30, 2009

obsesi

Hah, hanya kerana taksub dan dah menghambakan diri pada teknologi maju, aku dah banyak kali susah. Bukan saja susah malah memalukan. Moral kisah aku..berpada-pada sahaja.

1. Bad suruh pergi tengok website. Kalau sebelum ada benda tu, aku jumpa je tempat tu. Pakai direction mulut-mulut je. Tapi sejak ada alat canggih tu..konon-konon nak pakai GPS (tapi masih jahil) maka aku sesat. Sesat kat tengah2 bangunan2 tinggi yang aku nampak sebelum ni dari jauh je. Poyo pakai GPS..padahal jalan kaki.

2. Ada satu kali tu, lepas balik kerja, nak balik ke arah Universiti, aku tersalah naik train ke Kelana Jaya. Lagi best, sampai2 je rumah bila ingat dah tak akan ada masalah sbb dah naik train yang sepatutnya, aku buka handbag ada kunci kereta Azmi. Ah, sial je kena patah balik naik train semula pergi office. Kalau tak, mcm mana dia nak balik rumah. Semua gara-gara main benda alah tu melampau-lampau.

3. Sebab asyik sangat explore handheld baru tu, masa berjalan-jalan dgn kawan2 aku sesat. Tu memang disengajakan mereka sbb dengki.


Masa ni aku nak cakap "handphone ini canggih". Padahal masa tu aku pegang handphone tu pun still belum betah. (eh, kodinya.."betah"?)

Sekarang, jangan risau dah. Aku dah biasakan diri dah dengan kemajuan teknologi. Tak akan sesat dah. Dah tak akan jakun lagi. Aku masih suka handphone yang lama.

Monday, October 26, 2009

m.i.m.i

Dah 2 minggu usia nya dgn aku. Gembira betul aku dgn kelahiran dia. Hehe. Putih, bersih, menarik...Memang nampak menarik bila aku tengok lama-lama. Macam nak tidur dengan dia je. Tak nak berjauhan langsung. Kalau malam tak jumpa..aku cuma menghitung jam je bila nak pagi sbb nak berjumpa dengan dia semula. Betapa kuatnya sayang aku kat dia. Baru tak jumpa berapa jam sebab tuntutan kerja, rindu dah menggunung. Macam tu lah penangan cinta 'mimi'.

Kawan-kawan turut tumpang gembira dengan kelahiran 'mimi'.


Ini lah 'mimi'..cinta hati yang baru..Hadiah daripada ayah dan mama. Sempena menjadi anak yang solehah.

Tapi, apa kan daya..'mimi', i tak pandai jaga u sayang. I dah terbusukkan u sbb i terlanggar tahi anjing time i nak hantar shuze jumpa kawan dia. (siut kau shuze). I dah terlanggar divider parking sbb i tersalah estimate, ni semua salah kereta sebelah..I dah termalukan u sbb i fail reverse parking depan mat myanmar masa kat perodua (I tak tenteram sangat sbb mat myanmar tu kenyit2 mata kat I), lagi... i dah penatkan u masa i sesat nak pergi beli waffle kat A&W (ni semua salah GPS, i tak pandai pakai)...sorry sayang..i kecewa sangat..tp i janji, i takkan bagi u kehausan. Setiap minggu i akan hantar car wash belakang office i untuk grooming u. I takkan langgar lubang sesuka hati. Time kat bumper i slow2 je. I takkan buat u pening kepala atau senak sbb i terlupa nak break. I janji sayang. I sumpah jugak. Sumpah 1, 2, 3..


Sebab dah ada kereta, aku terfikir2..mcm mana lepas ni aku nak shopping weh!! Ah..takpelah..roger mama dan mengadu tak cukup makan. Pasti dia hulur, seratus dua. Lepas lah baju selai. Haha. Jangan bgtau dia!

p.s: mimi ni betina. mana2 kereta yg macho boleh lah datang mengurat. auwwww

Friday, October 23, 2009

Wajihan's Wedding = Back to School

Pada 16hb yang lalu, tambah seorang lagi member aku yg dah menukar status bujang. Tumpang gembira. Dan aku mmg nampak wajy pun gembira. (weh, sapa tak gembira kalau kahwin kan). Bertemakan warna baby pink (kenapa kau pilih warna yang diorang boleh kutuk aku?) Macam la aku hitam sangat kan. Haha. Siot. Nasib baik ada solution. Dengan konon kreatif, aku pakai baju adik aku masa dia darjah 5. Aku form 5 masa tu. Lebih kurang 6 tahun lepas. So, corak2 di baju aku agak nampak kuno. Si mulut celupar ecah kata itu baju kurung adidas. Macam nak lempang laju2 je.

Sebenarnya, yang lagi mengujakan adalah sebab berjumpa semula kawan2 sekolah lama yg dah lama tak jumpa. Gila seronok. Jumpa kawan2 terhebat mmg wajib, tp bila dapat jumpa yang selebihnya adalah bonus untuk aku. Sbb aku jarang dapat jumpa diorang. Bila dah berjumpa, mulalah majlis perkahwinan bertukar jadi kelas form 5 yang hingar bingar. Pengantin tengah bersanding, diorang bergambar sakan sambil bergossip tanpa menghiraukan pengantin. Kalau aku jadi tuan rumah, aku halau sekor2. Hahaha. Tengok je lah gelagat diorang kat gambar bawah ni. Kau boleh agak betapa hingar bingar nya majlis orang. Heh, muka tetamu je banyak. Macam aku kata tadi, pengantin terbai. Haha. Kalau lah boleh kontrol masa, aku nak pause je time2 yang menggembirakan macam tu. Biar lama sikit.






ni je gambar wajy yang selamat tanpa dirosak oleh diorang


Ok, lepas bersuka ria di majlis kahwin orang, kami semua sambung kegembiraan dengan kembali ke zaman sekolah. Dalam pukul 5 tu, walaupun aku tgk masing2 dah mcm belacan je muka dan rambut, tp masih lagi bernafsu nak melawat sekolah. Pulang ke Tun Fatimah mcm mimpi yg aku tak pernah terpikir pun weh. Sumpah best gila..Rindu gila sekolah..Dapat hirup udara sekolah pun dah cukup bagus. Huhu. Lagi best, aku dapat jejak lagi kaki ke bandroom. Lagi best aku pegang Trombone. Lagi-lagi best.. ak u masih boleh tiup Trombone. yahuuuu..berlagu2 ok...Haha. Mampus, berlagak ke apa ke, aku tetap berbangga (kembang2..)

yang bukan bandgirl pun turut over. haha




last, but not least..dedicate gambar aku yg aku kiut. kiut gila. (ecah, kau saja tangkap gambar aku yg huduh2 semua, benci kau).


ok, cukup2 lah gambar2 ni. aku risau aku yang tak larat nak baca balik nanti. hehe. ecah, nani, shuze, affa, syaf, wanita, syeela, aku miss korang!

Wednesday, October 21, 2009

pakai otak lah

aku tau kadang2 blur, lembab, pekak, lost aku melampau2. makin lama makin menjadi2. tapi tu tak bermaksud, aku bodoh. memang selalunya aku slow bab2 menangkap cerita pun. sbb aku malas nak dgr cerita kalau aku mula dengar dari separuh saja. alasan nya, aku taknak susah kan hati aku nak pikir cerita apa tu. dan aku taknak susahkan pencerita ulang cerita balik. mulia kan? hmm..kadang2 sebenarnya aku paham walaupun dengar tak penuh, tp aku saja buat2 percaya cerita yang diorang tipu aku kalau aku tanya diorang cakap apa. hehe. aku malas nak amek port lah tu.

naim: sayda, bla bla bla bla.. (sumpah aku tak dengar)
sayda: apa?
azmi: memo kita makan kat vichuda tu cc ke kedai tu hari tu. sbb tu kedai tu tutup.
(aku paham tu melawak)
sayda: oh.. yeke.. (sambil khusyuk makan, sbb aku layankan je lah lawak tu, lagipun lapar kot)
anynomous: hey sayda, use your brain!!


aku rasa tu kasar. sbb hilang dah selera aku nak makan. ye, aku tak ada otak. dia je tau semua. dia la 'miss know it all'. wtf??!!

dia buat aku realize yang aku takkan jumpa kawan2 best selain kawan2 terhebat aku. baru tak jumpa tak sampai seminggu aku dah mula rindu nak bersuka ria dengan diorang. walaupun penat sampai semua orang demam.

Monday, October 12, 2009

sawah padi

Sepatutnya pergi ambil gambar pengantin. Tp aku lebih interested upload gambar aktiviti2 selepas majlis kahwin. Mcm ni lah rupa org2 yg jakun tak pernah berumah tepi sawah. Haha. Paling tak boleh blah bila Fendi bukak tingkap laju2 ambil jerit "Hei sawah padi, aku datang!!!".

Aku dah pesan banyak kali, jgn bergambar mcm untuk kelas.


Benci tgk gambar sendiri. Gedik gila.

Cover album



Last but not least, satu koala..



p.s: tak sabar nak balik johor ambil mimi!! (hey, sape mimi??)

Thursday, October 8, 2009

aku ada hadiah untuk korang

Tangan aku berpeluh gila. Sejuk. Makan tak lalu padahal sebelum tuh aku lapar gila sebab puasa. Rambut dah terkeluar2 dr tudung. Tudung pun jd selebet gila. Hati berdebar-debar. Kaki mcm susah dah nak berdiri. Haha. Cinta aku semakin kesampaian. Aku tak nak orang lain dah. Memang dia sorang. (tak cover miang).

Baru je sebelum tu aku layan video klip dia. Semua lagu dia aku dengar. Sambil tengok, sambil terjerit2 mcm pergi konsert dia. Hahaha.

Malas nak type banyak. Tengok je lah..

hajar: u faizal kan?
FT: eh..haah..
hajar: kawan i nak ambil gambar dgn u.
(aku blushing!!!!!)
FT: hmm..tp i tak boleh berdiri la. i br lepas eksiden. u duduk sebelah i boleh?
(aku sekali lg blushing! omg, he's sooooooo adorable!!!!!!)

sayda: Faizal, u eksiden ke? (peramah kan?)
FT: Haah. thanx eh ambil gambar dgn i. Thank u very much.
sayda: eh, i yg patut ckp thanx.

amacam??

Wednesday, October 7, 2009

raya woiiii (part ii)

Semalam mama bagitau khabar gembira. Hahahahahaha (tanda aku gembira). Baby aku sihat walafiat! Weeewittt!!! Dan sudah ada nama. Nama sempena percutian aku. Nanti aku nak bawak org2 kesayangan aku pergi bersiar2 dgn bayi aku lah. Nak bawak pergi zoo, genting highlands, uptown, downtown,oh.. oldtown pun boleh.. dan mana2 lah yg diorang nak pergi. Aku tak kisah. Hm..cakap pasal percutian ni, aku rasa aku ada masalah besar. Aku mcm nak pergi percutian lain lah. Haha. Gila siut.
....................................

Seperti yang dijanjikan, aku nak hidangkan korang berderet2 lagi gambar2 raya aku. Tengok sampai bosan.



Gambar kat bawah diambil selepas aku 'berpenat lelah' pergi marhaban. Haha. Aku dah hafal sikit weh selawat2 dia!!


Shuze, nani dan tunangnya juga sudi datang rumah aku. (heh, malas aku nak edit gambar)


p.s: aku terhibur gila dengar dia sebut...alif ba ta ca...fa ko ka...sod dod to gho...
pecah perut aku weh..haha..apa tu??

Tuesday, October 6, 2009

wangi

aku senang tertarik pada benda2 yg wangi. orang yg wangi pun sepatutnya berhati2. aku senang melekat pada benda yg harum. haha. amacam? seram x?


p.s: baru2 ni aku beli perfume baru, org kata bau mcm cempedak la, bunga cengkih la..

Friday, October 2, 2009

sampai bila perlu tunggu?

Aku rindu percutian. Sumpah aku still tunggu.

Thursday, October 1, 2009

Bayi sendiri

Perangai kuat berlibur, berhibur, berfoya-foya semakin hari semakin meningkat pula. Sebenarnya bahaya kalau tabiat aku ni tak boleh dikawal. Sebab tak lama lagi aku akan belajar hidup ada tanggungan. Haha. Geli siot ada tanggungan.

Mempunyai bayi sendiri mmg sukar sebenarnya. Bayi putih seputih mutiara perlu jagaan rapi weh. Tapi aku pemalas gila. Aku takut aku yg mencomotkan bayi aku sendiri nanti. Takkan nak suruh org yang mandikan tiap2 hari? Aku takut org tu tak pandai jaga bayi aku tu nanti luka2 kan pulak badan dia. Tak apa lah, tu aku boleh belajar sendiri macam mana nak mandikan dia. Yang penting sekarang, mcm mana aku nak survive setiap bulan dgn duet gaji aku sendiri? Ceh, sikit2 duet gaji. Hari2 nak kasik minum susu. Bayar yuran sana, bayar yuran sini. Hmm, sesak gila pulak kepala aku bila fikir nak ada bayi sendiri kelak. Perut aku dah besar gila ni. Tunggu meletup je.


Hajar, kau kena teman aku bawak bayi aku jalan2 nanti tau sambil jerit2 nama aku "Mummy sayda!!!!" bangga weh!


Dalam tak sampai sebulan aku dah start kena fikir guna duet secara wasatiah. Supaya kat hujung bulan aku tak call mama, "ma, duet tak cukup, pinjam duet". Malu weh. Atau, hujung2 minggu tak ada duet pergi rumah maklong aku minta belas kasihan. Semua akibat daripada kehebatan aku jadi kupu-kupu malam. Duet mmg macam air. So, nekad aku bulan ni, aku taknak keluar2 malam dah lah (walaupun aku rasa mcm selalunya bukan aku yg keluar duet bila keluar) Tapi, entah duet aku mcm tak ada jugak. Haha. Kena waras...aku perlu fikir mcm mana nak jaga duet. Semua demi bayi aku yang tak lama lagi akan dilahirkan.


Aku tak sabar gila nak ada bayi sendiri. Tak sabar nak jadi mummy!!! Yuhuuuuu!!!

red flag

Menjelang hari2 datang bulan, aku mudah terasa. Jalan kengkang ke, cakap penuh dgn kata2 kasar ke, suka dgr lagu rock ke, aku tetap perempuan. Sensitif mesti ada. Sesiapa yg tgh dekat dgn aku mmg kena tempias. Aku perasan aku emo tak tentu pasal, tp benda tu uncontrollable. Sorrylah. Aku mintak maaf ni. Nanti aku cubit diri sendiri ye????




p.s: let me fix it.