Tiba-tiba aku teringat kata-kata kawan aku yg suruh aku tengok blog dia kalau aku rindu dia. Hehe. Memang aku asyik bukak blog dia je bila aku teringat kat dia walaupun aku tau tak ada apa yang dia update. (Lepas kena 'tegur' pagi ahad hari tu, aku jadi makin kerap baca blog dia).
Sebab kawan2 aku pun sibuk cakap pasal topik 'rindu' sejak akhir2 ni, aku pun taknak ketinggalanlah. Aku nak bagitau apa yang aku buat kalau aku rindu.
1. Kalau aku rindu nak dengar suara dia, aku akan call, (selalunya, aku tak suka texting, aku suka call terus) cakap berjam2 kalau larat. Kalau tiba2 bosan walaupun tengah rindu, aku cakaplah nak terberak ke apa.
2. Kalau rindu nak tengok kawan2 bergurau (dalam situasi aku, bergurau dengan kawan adalah sangat kasar..penuh kata nista dan aksi kasar) aku akan ajak atau join apa apa perjumpaan. Berjumpa diorang memang letih gila. Boleh kata habis tenaga untuk satu minggu lah weh. Nak nak kalau ahli2 yang datang cukup semua. Dengan ecah, nani, shuze, wanita, syaf..ok, baru sebut nama sekor2 dah letih, apa lagi kalau jumpa.
3. Kalau rindu nak bergossip, macam mana pulak? Dengan kecanggihan masa kini, aku senang2 je boleh update diri sendiri. Online, cari je diorang kat ym. Aku baru je buzz, ewah2..dia dah jerit 'ada hot gossip!!' Tak pun, kau bukak fesbuk, join la mana2 wall post yang ada diorang galak bercerita. Lagi senang. Rindu kat sorang je, tapi boleh dapat gossip semua orang.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGLxLLCbuiPR-JwWyqlRk9Et6ZDqC3mM4XcoT1NDZ5euPnGYH-mLSFO8Ts_qb-ehtIsgLKP8C7s8kWtYH7ILCBzSFOV0M0jZh1yLkoeQjXOl8qOX8Qs9jggNj4PcEcvVItIOJUIOTKrZft/s400/gossip.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRP7H2DVjqH9uNgxMQlaAOLkksFV0byXStrKGTec3FA-dCLyapocKwo_Tv-06XcDQHEcFOrAElmKvJoIHtXl9ZYZGofDD8-LnXGu1dsH02gcpKla-fBQYavXxE0dEM208v1rovEXwdTyT1/s400/CHERCH100TSM.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfsoMFnRyE2SElAnTB8H5HQeY1IlnvyYm9bw5M5p0q50wozoKcHkM5HWMd4OCQeVyhyphenhyphenj9FAODhze6ho7S-T1f-J02xvJ-_Ijj8M8C6FeQ0VF57a0SrBbnVvngwMMUCUCh657UyyJYZ8Bu7/s400/2971_76240222205_692017205_1631368_4243460_n.jpg)
6. Kalau rindu kat mak ayah adik dan kucing kucing, aku balik johor. Eh, tak sabar pulak nak jumpa diorang jumaat ni.
p.s: aku semakin jauh dengan jaket topshop idaman. sigh..kena consider repair kereta dulu.
2 comments:
celaka kau. apa pulak tentative ikhlas plan B. kau punya patut tak payah ditimbang langsung. tak boleh pakai semua tu!
haha.suka-suka dia nak amek plan dia jadi main plan kita.mmg tak boleh diharap.
Post a Comment