Ok sekarang kau faham tak kenapa aku terpaksa buat buat garang bila makwe usha usha kereta aku. Buat buat jual mahal bila brader brader tu senyum ngurat bila tengok kereta aku. Dan aku terpaksa buat buat hey ni bukan kereta aku bila abang kat tol senyum manis pandang aku selepas memandang kereta aku.
Ni siapa yang beduk aku punya fog lamp ni. Aku ingat boleh lah tahan amarah tapi dah 2 minggu lebih tak ada siapa berani tampil mengaku. Dah merata dah aku sebar flyers ke bunting semua pencuri fog lamp dikehendaki. Satu kl brahhh. Seluruh kl.
Naik bingung aku fikir macam mana nak hadapi masa depan kelak bila memakai lampu kabus alza punya. Haha. Dah bayangkan. Memang macam sahkai. Dah sah sah lah terjojol jojol bracket lampu tu nanti. Haha. Sabar ok kakak akan pastikan awak kacak balik.
Tambahan pula tadi tiba tiba ada memo derma kilat di ofis. Aku baru je berniat nak seluk dompet sebab aku agak ni mesti untuk anak sorang kawan aku baru meninggal. Kasihan bayi tersebut. Baru 3 hari tengok dunia. Sejuk je tadi pipi dia. Kita yang dah tua bangka pun bila bila je boleh dicabut nyawa. Tak sempat berbakti kat semua orang, sekurang kurang nya buat baik kat diri sendiri dah kira bagus. Al-Fatihah.
Rupanya derma itu adalah untuk belikan aku fog lamp. Sekarang, ramai ramai koir, bagitau aku mana nak sorok muka. Haha. Ah tak peduli. Rasanya esok aku migrain. Tak nak datang ofis.
Teruja tak tengok gambar di bawah. Gila ah sexy blond tengah mandi air terjun. Tunggu esok aku cerita.
Ala tak apa agaknya bawak ke hulu ke hilir kereta aku ni. Semat je lagi. Laju pun boleh tahan je. Break pun makan lagi. Bukan berkesan sangat pun fendi conteng apa kat kereta aku ni. Walaupun menjengkelkan, tapi, tak kisah lah weh bukannya kereta aku tak ada minyak ke apa. Gurau kawan kawan je pun.
Pagi bangun awal, sembahyang subuh, baca doa mintak mintak hidup hari ni penuh keberkatan. Indah kan hari ni. Kesan semalam hujan buat tingkap kereta aku penuh kesan kondensasi.
Mata masing masing macam lebih terarah kat kereta (tak mungkin pandang aku pun sebab tudung aku tak bergosok siap ada kesan terbakar) Alamak. Pehal ah. Aku lupa kenapa. Hm, mana tau kain baju kurung aku tersangkut ke. Padahal gua pakai kemeja hari tersebut. Kereta belakang pun macam nak cium bontot kereta aku je. Rapat rapat.
Sampai sampai je ofis, aku lantas keluar dan cek keseluruhan kereta. Dah tumbuh apa apa ke kat kereta aku. Mana tau, kepak ke sisik ke. Oh, rupanya lukisan fendi semalam memang macam haram. Terpaksalah lupakan je niat nak basuh kereta selepas musim tengkujuh sebab kereta aku dah bertattoo terlampau. Kesian awak adik, kakak akan bersihkan awak. Lepas ni, menyusur membelah KL laju laju tau.
Sebenarnya, lukisan belakang tak boleh letak sini. Biadab sangat. Haha. Sebab ada hidung ba alip ba ya pa alip kaf alip ya ba wau nga alip ra alip ya.
Sumpah semalam aku dah tak boleh blah lagi dah dengan mandiri kereta aku. Tengok tengok dalam dia masyarakat.... memang tak boleh terima akal. Dengan resit tol sepah sepah. Dengan air kotak straw dah jahanam aku gigit gigit (loya bila tengok balik). Dengan payung tak berlipat tersadai kat belakang. Dengan keadaan penumpang percuma aku kat belakang yang dah tunggang terbalik. Tak tengok lagi yang luar. Berbedak bedak dah. Kalau tersentuh debu kat luar tu, aku terpaksa keluar masuk bilik air banyak kali nak cuci tangan. Tak nak kena penyakit.
kesian. buas.
aku konon nak jimat dan cepat. sental laju laju pakai pembersih cermin kereta free kat stesyen minyak. hasilnya macam hareeem.
Tapi, aku dah janji dengan dia, aku akan hantar dia grooming hari ni. Nano mandi, nano vakum, nano polish, nano wax semua lengkap. Wah semua nak nano. Paling teliti lah tu. Kesian dia. Dah lama sangat terabai sejak aku pergi bandung. Dah lah kena tinggal. Tak belikan apa apa. Malas nak jaga pulak tu. Bukan apa, kakak takut kalau mandikan awak, menyesal, sebab musim hujan kan (tiba tiba kereta aku adalah adik aku). Lagipun, aku anggap ni reward untuk kereta aku sebab pandai jaga diri sendiri. Tak melanyak apa apa sahaja. Pandai dia.
ah, terima kasih ahbhang
Nantilah. Lagi setengah tahun baru aku bawak dia pergi mandi besar macam tu lagi. Kalau tak, kita mandi biasa biasa je kat macha belakang ofis tu ya. Baru RM8.
Bila kereta dah cantik, dan dan boleh jadi laju pulak. Zup zup je pergi. Semua pun kena pakai seatbelt semula. Duduk diam diam.
Bersyukur sangat hari ni sebab aku terselamat dari masuk jel. Bukan apa, tadi masa nak pergi makan tengah hari, aku nyaris nyaris langgar satu awek india yang tak reti lintas jalan. Langsung tak ada skil. Sepatutnya, tak boleh lintas kat situ. Kalau nak lintas pun, kena bijak. Dia agaknya bijak tapi entah mana datang terlebih genius, dia bukan berhenti kat tengah garisan antara dua jalan (susah nak eksplen, aku kena lakonkan jugak) tapi dia berhenti kat tengah tengah jalan aku.
Kereta aku tak adalah besar sangat. Tapi bukan lah kecil macam makhluk halus yang kalau lalu boleh tembus badan. Pakwe kat sebelah boleh tahan panik. Tu lah, siapa suruh main ngiaw ngiaw. Aku agak lah kan, minah ni memang saja nak bunuh diri. Sebab, masa aku hon panjang, dia tak terkejut langsung malah tak bergerak sesentimeter pun. Terpacak lama kat depan kereta aku. Weh weh kalau aku langgar macam mana nanti. Gelap ke masa depan aku. Seumur hidup ke aku kena berkampung dalam penjara. Penjara mana. Parents boleh lawat setiap minggu tak. Aku dah tak akan berkahwin ke. Setiap hari mesti aku akan recall balik cara cara nak pecah penjara dari filem Prison Break. Ye, konfem aku lukis pelan penjara kat badan. (lepas ni, nak stop melukis menggunakan paint walaupun tu je aku reti)
Aku banduan versi lelaki maskulin
Aiyoyo minaci, nak bunuh diri kalu, terjun jambatan sana lah. Jangan kasik kereta aku kena badi sama. Tak pun, entah entah aku dah ada uniform banduan. Pakwe sebelah aku pulak jangan harap nak terlepas. Aku pasti heret sama. Nasib baik aku sempat break. Bukan emergency break. Aku risau kereta belakang aku hentam je. Masuk hospital lagi kereta aku. Merempat lagi. Susahkan orang pulak tu.
Gara gara minachi tu, aku tak lalu makan. Sampai sekarang pun aku tak sempat makan lagi. Duit dah habis. Takkan nak seluk saku orang dalam lif kat Annexxe lagi. Cis, aku dah taknak buat kerja hina tu. Esok, siapa siapa nak serah diri kat kereta aku untuk dilanggar, memang cari bala. Aku turun kereta aku alih orang nak bunuh diri tu depan lori, baru feel. p.s: aku lemah tanpa kamu. ku ingin mu dampingiku.
Dalam beberapa hari kebelakangan ni, aku dengar dah banyak kompelin pasal aku penyepah. Selalunya, mak aku lah. Kalau mak tak bising anak dia buat sepah, memang tak munasabah. Busuk busuk pun jeling lah kalau dah tak larat sangat nak cubit, piat telinga sampai capang, jentik, luku, bebel dan sebagainya bila anak dia buat kecah.
Tapi, masuk hari ni dah ramai dah kata aku penyepah. Kak ikah officemate aku hari tu bukan main dia kompelin aku sepah kan bilik masa family day. Oh, nampak macam tak kisah, tapi, bila sampai ofis dia ngadu kat orang ramai. Nanti, kak ikah. Saya curi curi minum air nescafe kak ikah. Tau tau dah habis. Biar padan muka. Bos aku pun ada yang kompelin. Dia kata secara general je pun. Dia kata, tempat kerja kitorang macam pasar. Bila aku selidik, kebanyakan barang yang dia kata sepah tu macam banyak hasil kerja aku je. Haha. Kalau nak kira balik berapa orang yang kata aku kuat buat sepah memang susah. Sebab memang ramai. Tapi, diorang semua tak tau. Aku sebenarnya pembersih. Cuma aku bersih dengan cara tersendiri saja.
1. Penat macam mana pun. Tak larat mandi macam mana pun. Aku akan pastikan aku gosok gigi sebelum tidur. Sebab aku risau, kalau kalau aku mati masa tidur, aku berada dalam keadaan yang bermulut busuk. Tapi, selalunya aku akan mandi. Risau kalau ada cendawan tumbuh kat badan.
2. Walaupun aku suka buang sampah rata rata, aku akan pastikan aku buang bukan kat tempat aku. Aku akan campak kat wilayah orang lain. Asalkan tempat aku sedap mata memandang.
3. Kereta aku kotor macam mana pun dari luar, aku akan pastikan dalam kereta aku tak ada sampah. Sesiapa yang buang sampah dalam kereta aku, aku tak marah pun. Tapi, aku akan letak sampah lain lain dalam kereta dia atau bag dia atau pensel box dia atau kocek seluar dia senyap senyap. Padan muka.
4. Aku memang tak kisah sangat makan kat mana mana. Tapi, aku akan pangkah gila kat mana mana kedai yang dah terkantoi banyak tikus lari lari tanpa takut. Tak pun, yang ada anjing selamba landing kat depan kedai dia siap baring baring hilang kan rasa gatal belakang badan. Kalau boleh, hari hari aku nak makan kat tempat yang ada aircond, duduk atas sofa, latarbelakang lagu lagu romantik. Mahal sikit tak apa, asalkan perut dan seluruh tubuh badan aku boleh tahan sampai tua nanti.
5. Aku penyepah aku mengaku. Tapi, aku akan pastikan sibuk macam mana pun, kuku aku tak panjang. Aku tak suka kuku panjang sebab khuatir banyak kuman masuk mulut aku dan hidung aku. Yelah, sebab aku ada habit suka korek hidung masa memandu. Cari nahas je kalau kuku hitam hitam bawak masuk lubang hidung.
6. Kadang kadang aku bukan pengotor. Tapi, aku yakin yang selekeh aku ada gaya yang susah rakyat biasa nak tafsir. Serabai aku memang nampak kool dan style. Sambil aku tambah dengan perfume dua tiga das. Wangi melambangkan bersih dengan aura tersendiri. Amacam? Haha.
stail 1
stail 2
stail 3 (stail igauan gadis masa kini)
syahdu siut layan lagu ni malam malam
p.s: yang suka kasik perlindungan paling aku suka (protective)
Kalau ada orang rajin nak tanya, sebanyak mana aku sayang kereta, jawapannya, adalah sebanyak sayang aku pada orang orang yang aku sayang. Kau campur campur lah sendiri. Banyak.
Jadi, peristiwa aku eksiden buat kali yang ke 2 ni, bukan sebab aku tak sayang kereta, tapi sebab aku tak sengaja. Sumpah.
Tengok kereta aku remuk macam tu, lagi remuk hati aku. Tak terkata. Bukan je kereta aku sakit, aku patah kaki. Aku dah tak ada kawan yang paling setia lah setakat ni nak bawak aku jalan jalan especially bila aku tengah sedih. Tengah susah hati, tak akan ada siapa dah nak sejukkan aku macam kereta aku boleh buat. Dia pasang ekon je, aku dah gembira balik. Tak ada kereta, tak akan ada lagi sesi jalan2 bersama kawan. Tak ada kereta, habis hilang semua almari bergerak aku. Aku terpaksa tumpang barang barang peribadi di stor ofis. Sedih. Macam merempat. Lagi sedih, bila nak selesaikan masalah kereta aku ni ada pulak orang keji yang menipu aku. Weh, tak baik tau, buat celaka lahanat kat aku yang jauh di perantauan ni.
Tapi, tak apa. Selagi ada orang orang yang selalu ada dekat dengan aku bagi sokongan. Dah cukup best. Walaupun cuba menjadi penyelesai. Walaupun cuma teman dan dengar aku menangis. Walaupun cuba tenangkan aku dengan offer bantuan. Walaupun kau dari jauh. Walaupun kau cuma tanya khabar kereta aku je. Dah cukup weh.
p.s: aku tak rasa hari jadi sebab sibuk fikir masalah.
Lepas ambil syiling dari tabung kebajikan (untuk bayar tol), aku pergi ke kereta. Panaskan enjin jap, tekan tekan minyak, bila enjin dah menderum, orang sekeliling dah jeling jeling sebab iri hati, nak2 yang parking depan aku tu, semacam je usha kereta aku, tau lah, kereta aku laju macam rimau bintang. Aku pun gerak. Lupa nak cerita, sebelum gerak, pastikan gaya mesti ada. Aku pakai cermin mata hitam bapak besar konon selari dengan kehebatan kereta aku. Gaya weh gaya.
Sambil drive berlatarbelakangkan bunyi radio yang hiruk pikuk gila, aku makan goreng pisang. Siut. Aku beli tapi tak laku. Budak budak ni bukan nak makan kasi habis. Daripada nanti mak menti makan lepas tu berkampung kat opis aku baik aku ambil semula. Buruk siku pun buruk siku lah.
Aku bajet bila lalu depan satu sekolah ni dah shortcut. Tiba tiba jalan kat situ sesak terkepam. Mampus. Aku dah kat tengah tengah jalan depan sekolah. Kereta penuh tepi tepi. Kat depan aku ada kereta masuk dari jalan besar. Belakang aku pun ada kereta jugak. Lama jugak aku fikir nak buat apa. Aku ingat kereta depan mengalah dan dia bagi laluan kat aku. Tapi, tiba tiba eh, kenapa apek nyonya keluar depan kereta aku buat isyarat suruh aku reverse. Oh, rupanya kereta belakang aku pun dah reverse. Tunggu kereta aku je nak kena reverse gak sebab nak kasik kereta dari depan lepas. Jap lagi budak budak habis sekolah. Lagi lambat aku gerak, lagi parah lah aku.
Jadi, aku reverse. Baru ke belakang sikit dah ada nyonya tepuk tepuk kereta aku suruh aku stop sebab aku dah nak langgar kereta orang. Jadi, aku ke depan sikit nak ambil lajak sebab nak reverse balik. Reverse sekali lagi, aku dah disuruh berhenti sebab aku nak langgar kereta sebelah sini pulak. Ke depan balik. Ke belakang balik. Bukak tingkap sebab senang orang orang kat luar nak mengarah aku. Makin lama makin ramai orang yang tadi tunggu dalam kereta keluar sebab mungkin nak tengok apa yang kecoh kat luar. Aku la sumber kekecohan. Berkali kali aku reverse forward, tapi gerak setakat sekangkang je. Macam mana ni? Tangan aku dah basah basah berpeluh ni. Goreng pisang aku dah tak rasa apa.
Datang lah satu apek ni, pakai helmet turun dari motor kapcai dia dari belakang. Dengan heronya, dia tawarkan diri tolong reversekan kereta aku. Aku keluar kereta. Malas nak fikir panjang sebab makin lama jem yang aku buat depan sekolah makin teruk. Sampai melibatkan jem dari jalan besar depan aku. Aku keluar je kereta, apek tu reverse kan kereta aku bukan main laju dan sekejap lagi. Tiba-tiba aku dengar orang kat situ semua tepuk tangan. Tepuk ramai ramai meraikan kejayaan kereta aku dialihkan dan menyelesaikan masalah lalu lintas. Aik. Apa tu? Vavi betul! Malu betul.
Sebelum masuk kereta aku semula, ada satu nyonya ni tepuk bahu aku. 'Amoi, baru dapat lesen ka?' Aku dengan rendah diri nya mengangguk. Gila ke apa. Aku dah dapat lesen nak dekat 7 tahun!! Kurang asam punya nyonya.
Tebalkan muka, aku sambung drive balik rumah. Eh, goreng pisang aku ada lagi rupanya. Sebelum keluar tadi, aku rupanya letak pisang goreng aku atas dashboard. Nasib baik tak kena rembat dengan apek tadi. Dia memandu pakai helmet woh.
Malas dah nak fikir apa cara nak improve skill memandu aku yang sangat aneh ni.
p.s: aku rasa aku boleh je reverse kereta sendiri tadi, tapi aku penat dan mengantuk sangat tu..tak fokus
Hari tu balik dari kerja, aku bawak kereta laju. Laju yang luar biasa. Tiba-tiba sampai satu selekoh ni, entah bila satu van ni keluar gelojoh nak mampus. Dia himpit himpit kereta aku. Nak jugak masuk jalan aku. Tak nak mengalah. Eh, lebih lebih pulak van ni. Apa lagi. Aku himpit balik. Guna semua skill selit menyelit aku, dan macam biasa, kereta aku berdesup cepat memancung van tu. Akhirnya, van tu makan asap kereta power aku.
Haha. Aku mana berani buat macam tu. Berani berani ayam je. Bawak laju pun sebab nak elak orang ramai perasan kereta aku yang dah macam belacan.
Petang tadi, lepas melihat kereta aku mempunyai lapisan pembedakan yang melampau lampau tebalnya, aku rasa dia perlu mandi. Tapi, ajak adik saudara lah sebab konfem tangan aku tak larat buat sorang.
Kau tengok. Bedak tebal sampai orang boleh buat onar kat kereta aku. Heh, aku sendiri yang conteng.
Meh, aku kongsi sedikit tips membasuh kereta supaya lepas tu boleh pandu kereta perlahan lahan sebab dah bersih bergaya dan menggamit perhatian orang ramai. (ni macha kat snow wash pun tak aplikasi tau)
1. Basahkan keseluruhan kereta dengan air. Tadi aku terkejut, bukan senang comot-comot tu nak tanggal rupanya.
2. Gosok kereta dengan kain dan sabun. Usaha lebih sikit masa ni sebab kotoran sangat degil. Kurang asam punya asap lori.
3. Bilas kereta sambil gosok dengan kain.
4. Ulang langkah 2 dan 3 beberapa kali sampai puas hati. (aku ulang sampai stress gila)
5. Biar kereta kering kejap sebelum tempek liquid wax kat atas permukaan kereta. Usap dengan tenang secara berputar putar.
(Cara membersih tayar dan bahagian dalam kereta aku cerita lain kali, tangan dah kebas sebab basuh kereta tadi)
Kereta dah bergilap gila. Maka, kena buat aksi berbangga. Pakai baju 'I love London'. But, don't worry malaysia, I love u more.
6. Sebelum tinggalkan kereta dengan selamat, pakai kan baju. Takut demam.
Tangan aku sumpah tengah bisa-bisa sekarang ni. Terpaksalah aku ambil cuti sakit esok. tak daya nak bangun. haha.
p.s: Bila tengok adik saudara aku ni 'mabuk asmara', teringat pulak masa aku mula mula jatuh cinta dulu. Cis, gatal gila rupanya muka aku masa tu.
Malam tadi, lepas bawak orang2 China bersukaria kat melaka, aku hantar terus ke KLIA. Masa tu dah pukul 12. Sepanjang panjang perjalanan dari KLIA, dalam bas, mama asyik call. Sikit sikit call follow up sampai mana. Dalam hati aku 'Ma, kakak penat sangat. Nanti sampai kakak bagi tau la'. Aku tak sampai hati pulak nak marah dia mengenangkan mama sangat risau pasal anak dia yang jauh dari dia ni. Last call, mama ada cakap,'Kak, kalau ada apa apa, call mama ye, kakak sorang sorang tu'. Masa tu aku tak fikir apa apa.
Selesai je hantar kawan, aku drive terus ke rumah. Penat, mengantuk, sakit perut, rimas dengan bunyi handphone tak tau siapa call, bercampur aduk. Bila dah nak sampai rumah, lagi laju aku bawak. Sumpah aku tak sabar nak capai bantal busuk aku, ngantuk gila. Tiba tiba, sampai kat satu tingkat blok parking aku, ada call yang aku rasa dari mama. Aku tak sabar nak bagitau dah sampai. Nak bagitau jangan risau. Aku nak dia tidur sebab kesian dia tunggu aku call bila dah sampai. Tengah nak meraba raba cari handphone, aku dengar bunyi yang menyeramkan dari pintu kereta bahagian belakang. Menyumpah nyumpah aku dalam kereta bila ingat kereta aku terkena tembok tepi. Macam disagat sagat. Aku cepat cepat cari parking kat atas. Matikan enjin, dan bawak keluar steering lock kot kot boleh jadi senjata kalau apa apa berlaku, pergi kat pintu kereta yang kena tembok tadi. Sambil duduk mencangkung, aku suluh tempat eksiden tu, aku call mama. Menangis nangis kat tepi kereta. Serius, aku sedih.
Lama jugak aku meraung tepi kereta tu. Berkali kali mama pujuk suruh turun balik rumah. Aku pun takut jugak sorang sorang kat atas, aku sambung menangis dalam kereta. Lantaklah, nampak macam buat kerja bodoh sekali pun tak apa. Aku sedih bila aku terkenang balik kenapa agaknya boleh jadi macam tu. Oh, aku ingat, tu mungkin sebab aku tak menghargai mama call risau pasal aku... Antara kata-kata yang buat aku menangis teruk dalam kereta semalam bila mama cakap,' Kak, tak apa, jangan nangis dah. Mama ada kat sini. Pergilah balik...Mama risau ni kakak kat atas tu sorang sorang. Mama tak boleh datang sana tolong kakak. Kakak balik dulu, esok mama masukkan duit hantar kereta pergi bengkel ya. Kakak mintak tolong dengan siapa2. Azmi ke, Fendi ke..Nanti mama upah diorang. Tak apa, asalkan kakak selamat'.
Ma, kalau kalau mama terjumpa blog kakak ni, kakak nak bagitau, kakak memang sayang sangat kat mama. Bukan sebab duit ke apa. Tapi sebab kakak tau mama sayang kakak sangat. Kakak teringin nak duduk dengan mama lepas dah hampir 10 tahun tak duduk dan tengok mama setiap hari sejak kakak masuk asrama. Kakak dah banyak miss masa masa berharga dengan mama. jadi, kakak nak bayar balik masa masa yang tertinggal selagi sempat.
Aku dah sebarkan resume aku kat sekitar johor. Aku tekad nak pindah sana. Dekat dengan mama. Tapi mama belum tahu lagi, aku plan nak buat surprise. Ni sebagai hadiah untuk mama sebab aku tau dia memang berharap aku selalu ada depan mata dia.
Dah 2 minggu usia nya dgn aku. Gembira betul aku dgn kelahiran dia. Hehe. Putih, bersih, menarik...Memang nampak menarik bila aku tengok lama-lama. Macam nak tidur dengan dia je. Tak nak berjauhan langsung. Kalau malam tak jumpa..aku cuma menghitung jam je bila nak pagi sbb nak berjumpa dengan dia semula. Betapa kuatnya sayang aku kat dia. Baru tak jumpa berapa jam sebab tuntutan kerja, rindu dah menggunung. Macam tu lah penangan cinta 'mimi'.
Kawan-kawan turut tumpang gembira dengan kelahiran 'mimi'.
Ini lah 'mimi'..cinta hati yang baru..Hadiah daripada ayah dan mama. Sempena menjadi anak yang solehah.
Tapi, apa kan daya..'mimi', i tak pandai jaga u sayang. I dah terbusukkan u sbb i terlanggar tahi anjing time i nak hantar shuze jumpa kawan dia. (siut kau shuze). I dah terlanggar divider parking sbb i tersalah estimate, ni semua salah kereta sebelah..I dah termalukan u sbb i fail reverse parking depan mat myanmar masa kat perodua (I tak tenteram sangat sbb mat myanmar tu kenyit2 mata kat I), lagi... i dah penatkan u masa i sesat nak pergi beli waffle kat A&W (ni semua salah GPS, i tak pandai pakai)...sorry sayang..i kecewa sangat..tp i janji, i takkan bagi u kehausan. Setiap minggu i akan hantar car wash belakang office i untuk grooming u. I takkan langgar lubang sesuka hati. Time kat bumper i slow2 je. I takkan buat u pening kepala atau senak sbb i terlupa nak break. I janji sayang. I sumpah jugak. Sumpah 1, 2, 3..
Sebab dah ada kereta, aku terfikir2..mcm mana lepas ni aku nak shopping weh!! Ah..takpelah..roger mama dan mengadu tak cukup makan. Pasti dia hulur, seratus dua. Lepas lah baju selai. Haha. Jangan bgtau dia!
p.s: mimi ni betina. mana2 kereta yg macho boleh lah datang mengurat. auwwww
Perangai kuat berlibur, berhibur, berfoya-foya semakin hari semakin meningkat pula. Sebenarnya bahaya kalau tabiat aku ni tak boleh dikawal. Sebab tak lama lagi aku akan belajar hidup ada tanggungan. Haha. Geli siot ada tanggungan.
Mempunyai bayi sendiri mmg sukar sebenarnya. Bayi putih seputih mutiara perlu jagaan rapi weh. Tapi aku pemalas gila. Aku takut aku yg mencomotkan bayi aku sendiri nanti. Takkan nak suruh org yang mandikan tiap2 hari? Aku takut org tu tak pandai jaga bayi aku tu nanti luka2 kan pulak badan dia. Tak apa lah, tu aku boleh belajar sendiri macam mana nak mandikan dia. Yang penting sekarang, mcm mana aku nak survive setiap bulan dgn duet gaji aku sendiri? Ceh, sikit2 duet gaji. Hari2 nak kasik minum susu. Bayar yuran sana, bayar yuran sini. Hmm, sesak gila pulak kepala aku bila fikir nak ada bayi sendiri kelak. Perut aku dah besar gila ni. Tunggu meletup je.
Hajar, kau kena teman aku bawak bayi aku jalan2 nanti tau sambil jerit2 nama aku "Mummy sayda!!!!" bangga weh!
Dalam tak sampai sebulan aku dah start kena fikir guna duet secara wasatiah. Supaya kat hujung bulan aku tak call mama, "ma, duet tak cukup, pinjam duet". Malu weh. Atau, hujung2 minggu tak ada duet pergi rumah maklong aku minta belas kasihan. Semua akibat daripada kehebatan aku jadi kupu-kupu malam. Duet mmg macam air. So, nekad aku bulan ni, aku taknak keluar2 malam dah lah (walaupun aku rasa mcm selalunya bukan aku yg keluar duet bila keluar) Tapi, entah duet aku mcm tak ada jugak. Haha. Kena waras...aku perlu fikir mcm mana nak jaga duet. Semua demi bayi aku yang tak lama lagi akan dilahirkan.
Aku tak sabar gila nak ada bayi sendiri. Tak sabar nak jadi mummy!!! Yuhuuuuu!!!