Thursday, August 30, 2012

Tengteng

Yang paling penting bagi aku sekarang adalah mengawal tangan daripada menaip yang 'tidak tidak' dan publish ke laman sosial. Tak nak mengundang nahas di kemudian hari. Tak kena backlash esok, mungkin akan kena aib masa tua kelak. Tak pun anak cucu terbaca maki hamun nenek nya yang tak berpengkalan? Ish, insaf sekejap. Kalau nampak aku post yang bukan bukan di fb, twitter, formspring, apa apa sahaja yang berbaur kurang ajar, sama ada berbentuk direct mahupun sinis dan sarkastik mohon dilempang sahaja wajah ini. Tak pun, sila mengadu kat mak aku biar mak aku mai sini ajaq aku sikit.

“Wahai Mu’awiyah jauhkan olehmu sifat amarah. Karena amarah itu dapat merusak iman seseorang sebagaimana makanan pahit merusakkan madu yang manis.” - Rasulullah menasihati sahabatnya, Mu'awiyah. 


Teringat masa kecil dulu aku pernah berapi bila mama tegur aku supaya tak melaser anak jiran wow tak sangka kecil kecil adalah sangat longkang mulut aku haha. Okay aku telah menyindir secara separa keras anak jiran aku agar tidak bermain emak-emak depan rumah aku kerana ibu nya telah memarahi aku bermain tingting conteng di kaki lima rumah dia di masa ayah parking pulak motor dia di situ. Jadi kau rasa mana perlu aku lukis ting ting tu? Tak kan lah di dinding dan main secara melintang kan. Maka, aku tumpang saja lah depan rumah dia sebab anggap hujan akan tolong padam kan nanti. Tak sampai berapa lama kena marah dengan makcik itu, anak dia boleh pula diri kan khemah dan main pondok pondok depan pokok bonsai mak aku. Masa ni aku pun pulang kan paku buah keras jangan main depan rumah kita lah pergi lah pacak depan rumah awak.

Keluar dari rumah malam tu dah ada sticker terlekat kat pintu rumah jiran aku tu. Sticker 'No Fear'. Aku bukak kamus. Acececeh. Tergelak gelak sendiri aku bila dah besar tinggi gemuk macam ni. Marah yang nak dipulangkan dah jadi bahan lawak pulak lebih kurang 15 tahun kemudian nya. Hahaha. 

fearless


Okay bai. Hafiez dah sampai.

Tuesday, August 28, 2012

raya sikit

Jakun main photo collage. Jakun tapi tak berapa seronok lah buat online. Lagi seronok buat pakai handphone. Kecil dan boleh sorok sorok. Tak perlu takut jiran sebelah jengah dan gelak kan ketaksuban aku. Haha.

Beraya kat kampung memang happening gila. Yang potong sedikit adalah tetamu yang tak henti datang dan aku tak habis habis basuh pinggan angkat sampah susun kuih buat air potong ketupat punggah karpet tangkap kucing dan sebagai nya. Lagi tambah potong mood raya adalah sebab berlakunya perebutan remote control astro. Hnff hnff hnff. Boleh ke tahun hadapan dinding dapur dijadikan lutsinar, sambil godak air sambil tengok kabhi kushi kabhi gham?

Selebih nya, aku memang suka beraya kat kampung sebab dari danial yang paling kecil sampai lah balong yang tua bangka umur 29 tahun suka bermain main. Termasuk lah paklong yang senyum tak senyum dan ayah iaitu sarjan garang bermisai tebal bedada rata berambut kerinting. Hehe. Masa ni aku akan berlagak jadi warden kawal situasi.


cuba tengok sarjan misai. haha.

yang kibar kibar tangan tu usia nya adalah 29 tahun ye

p.s: Yeay! Ada orang nak bawak pergi mandi manda!


Wednesday, August 22, 2012

parti, bukan partayyy

Aku tengah berhempas pulas mengguna kan gadget baru oh yang dah sah sah bukan gua punya haha i'd prefer iphone yaww, oh ya dan juga fb yang baru. Siapa punya idea tukar jadi timeline ni woi. Aku tak pernah setuju sebab aku bingung sama ada nak tengok kanan atau kiri dulu. Dengan bendah alah gabak ni semakin buat aku haru. Nampak sangat sayda dan teknologi baru tidak serasi. Aku adalah manusia ortodoks. Haha. Segala typo  ku halal kan sendiri.

Ya bila agak nya aku nak balik ni. Dah berapa kali round aku belek gambar raya. Dua tiga kali pandang pun tetap tahu saya undi dia, saya okay. Haha. Mintak mintak kami tak dipandang serong balik raya pasir gudang nanti.


lorat makcik hujung tu pakai selipar baru dalam rumah
ps: nak mintak maaf kat aku tak perlu via mak aku, sekian

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya

Sekarang ternganga depan pc masing masing. Memang seminggu suntuk ni aku pemenang datang lambat. Hehe. Nanti naik cuti, aku berubah. Ceh ceh ceh. Walaupun semua nampak nya tekun menghadap kompiter. Bila aku jeling sebelah, kak ikan tengah buat kad raya sendiri, pakai word. Aik, aku tak tahu pulak job scope dia ada kerja kerja pendidikan seni. Aku tengok belakang, bad pun sama tekun. Oh, rupa nya tengah baca utusan. Seberang sana, gafar hensem pun rancak menulis. Cis, dia ni saja nak bodek bos ke apa buat buat rajin. Okay tak, beliau tengah tulis kad raya. Haha. Eh. Apa kurang nya aku.

Jasad je tinggal. Soul dah tak ada. Dah kat rumah sana agak nya. Itu pun, jasad yang ada, tinggal tak sampai 100% sebab mata aku sumpah mengantuk gila. Jangan lah waktu genting macam ni, bos masuk belakang dan jadi bursa saham kembali.

Tak sabar nak beraya. Hehe. Kali ni beraya maknanya lain sikit. Balik raya dengan hafiez. Err, bukan macam tahun lepas, dengan hafiez juga tapi masa tu bekas ketua kelas aku yang sangat gagah dan aku buat buat tak berminat. Haha. Mintak mintak hafiez bertolak ansur membiarkan aku berdengkur sepanjang masa dia memandu nanti. Mintak mintak mama juga bersimpati dengan aku yang asyik akan bersin bila duduk di kampung lalu membiarkan aku menemani adik saudara aku tonton nada cinta. Mintak mintak nenek aku juga bertoleransi bagi aku bangun lambat sikit masa hari raya pertama nanti. Tak merajuk merajuk suruh aku bangun awal susun kuih sana. Mintak mintak.

Okaylah. Kang aku lupa nak ucap selamat. Nak bagi kad, memang ada banyak. Tapi aku kedekut nak cari setem. Nak whatssapp ke ym ke, aku tengah tak boleh. Nak call, nanti, bagi aku consider dulu. Haha. Nak sms, pun boleh. Nanti aku fikirkan. So, aku ambik kesempatan ni nak mintak maaf banyak banyak. Terkasar bahasa ke apa ke. Tercuri ke. Terngumpat ke. Terhutang ke. Tersepak ke. Terjerit jerit kat telinga kamu orang ke. Haha. Macam dalam video ni. Ma, ampun kan kakak. Kakak dah tak jinak malam itu.

video

Selamat hari raya aidilfitri !


Tuesday, August 14, 2012

buka puasa

Kalau tahun lepas, aku kira dalam seminggu cuma 2 hari aku berbuka dengan makcik aku, kali ni tak ada langsung. Haha. Derhaka betul. Asal aku nak buka kat rumah, maklong balik nusarhu, asal maklong buka di rumah, aku buka dengan hafiez, hamster, wanita, abesah, kak ikan, fendi, azmi, gafar, shahmie, ajib *sesiapa sahaja yang ajak, aku on. Berjumpa pun bila lepas solat terawikh. Masa tu mata aku dah kuyu, berat.

Kali ni punya bulan puasa, adalah edisi paling banyak buka puasa secara larung. Haha. Aku pernah makan menghadap masjid putrajaya. Kalau maria nanti berlagak makan hotel itu hotel ini, aku nak sembang aku pernah buka depan masjid putrajaya. Dia bawah lembayung lampu warna warni. Siapa kalah sekarang. Haha. Selain tu, aku dah berbuka di jalan tar. Masa bahu berlaga bahu, masa itu lah aku menggogok air cincau. Berbunyi srot srot sebab cincai cincau tersekat. Lagi 5-6 tahun lagi lah baru aku nak repeat jalan jalan kat situ. Pernah berbuka lagi 2-3 minit nak azan, baru menggelabah cari makanan apa nak makan. Ha, ni selalu. Berpecah dengan besah dan wanita beli makanan sedangkan aku harus menjaga meja. Yes, nasib baik jadi pesakit. Berbuka yang tak tahu nak makan apa, yang akhirnya baru sedar balik dari bazar cuma taufufah. Mak aih, putih kenyang kah aku makan taufufah sahaja. Dan, hari ni bakal berbuka secara huru hara lagi sekali. Bukan sebab tak tahu nak makan apa dan di mana, tapi makan dengan budak budak ofis. Lagi liar sebab hari ni ada penyampaian kuih raya dan er er er duit raya yawww.


Banyak ke sikit ke, sedap ke tak sedap ke, mahal ke murah ke, orang belanja ke bayar sendiri ke, kat rumah ke kat luar ke, yang penting nikmat kan. Nikmat berpuasa. Lagi nikmat kalau puasa tu pahala dia penuh. Tak bazir, tak mengeluh, tak poyo, tak menunjuk, tak memaki, tak marah marah. InsyaAllah.

tiada pembaziran berlaku, percayalah
ps: tak sabar nak balik raya woi!

Friday, August 10, 2012

# 1






as we celebrate our anniversary and look to the future,  
let’s focus on loving each other, heart and soul

Wednesday, August 8, 2012

sakit gigi

Hallo. Sekarang aku nampak tulisan kat monitor macam menghanjing sahaja. Bayang kan, aku non-top menaip report untuk 14 sites. Kegilaan sebenar. Apa lah dosa aku masa belajar dulu.

Semalam, untuk julung julung kali nya aku mengunjungi klinik mediveron memandangkan allocation untuk medical treatment baru sekelumit je guna nya. Sakit gigi yang mampu menarik rambut siapa sahaja yang tergamak lalu lalang depan mata. Mahu meraung tapi harus control cun. Dilemma terbesar yang dihadapi sepanjang bulan puasa ini. Okay berbalik pada kisah borong boring aku jumpa dokter, aku beriya bercerita aku perlukan mc sebab gigi aku sumpah sakit nak tumbuh, tapi dokter muda membuat muka siapa-suruh-kau-sakit-gigi-dan-jumpa-dokter-biasa-macam-aku. Padan muka aku. Sehari suntuk mengerekot dan penyudah nya tak diberi simpati.

Sepanjang 3-4 hari meratap sakit gigi terubat juga sikit sikit dengan aktiviti hujung minggu dengan keluarga. Sempat berbuka dengan mama ayah fikah dan kucing kucing ku. Sempat juga berbuka dengan keluarga bakal in-law ku. Berbeza dengan ayah aku, ayah hafiez sangat suka membuat kelakar. Terhibur aku tapi dapat kah bayang kan ketawa yang tertahan tahan, muka yang terkembung kembung sendiri tapi kalau orang jauh tengok macam bajet comel. Haha. Kalau lah ayah aku mat lawak, ke dia memang tak melawak depan anak anak, mesti mak aku terkekeh kekeh di meja makan memandangkan mama punya tahap gedik, nauzubillah, boleh tahan. Hehe. Mak aku memang begitu. Manja.

Semoga tahun depan pun, ada lagi kesempatan dan peluang berbuka sama dengan kedua-dua keluarga ini. Doa doa kan lah. Tak doa tak apa. Kalau doa, gua sayang sikit. Memuah.

Nampak tak, senang nya aku terpesong dari tajuk entri sebenar.

Wednesday, August 1, 2012

dejavu

Seperti 3 tahun lepas, pasti ada majlis berbuka puasa sama sama dengan budak budak ofis aku. Aku dah sah sah lah tak kan duduk setempat lebih 2-3 minit nescaya rugi rasa nya RM58 aku nanti. Maka, aku akan berperangai seperti tidak cukup makan gamak nya. Bangun duduk bangun duduk ambil dari sup, roti, nasi, lauk, bubur, sate, spaghetti, mee, kuih, puding, abc, wowowowow air liur sekarang dah bertakung.

Semoga kejayaan aku meraih segala macam makanan seperti tahun lepas dan 2 tahun lepas dan 3 tahun lepas terulang kembali. Tak kisah gemuk sedikit. Nanti cakap lah sebenarnya berat dengan pahala alhamdulillah syukur.

Tetapi, semoga, aku tak terjelepok kat tangga sebab gelakkan makcik tu punya brooch dah sampai pipi lagi kali ini. Dan itu bukan dejavu. Bukan rasa nya dah lalui. Tapi aku dah alami. Jatuh, dan kaki aku berbekas lebam sampai  sekarang.



p.s: the moment, i miss my ayah so much