Wednesday, September 26, 2012

Elak ragut

Jumaat lepas ada kes ragut kat area ofis aku. Kes ragut yang tak pilih sangat mangsa dan tak pilih masa dan tak pilih tempat. Depan sekolah, waktu tengah hari panas buta dan mangsa adalah awek cantik. Tak ada lah. Bukan aku.

Kes dia simple je. Duduk sebelah pemandu dan buka tingkap besar tapak tangan dia je. Oh tapak tangan dia memang kecil sebab orang nya kecil sahaja. Silap nya dia tengah belek handphone masa kereta berhenti lampu merah.

Kesimpulan nya awek cun sekalian, JANGAN main handphone masa kereta berhenti oh masa kereta berjalan pun JANGAN kalau kau memandu. JANGAN letak handbag di sebelah duduk pemandu. Letak handbag bawah kerusi please. JANGAN bukak tingkap tapi kalau kedekut macam aku jimat minyak taknak bukak aircond, bukak tingkap masa kereta gerak laju je. JANGAN selalu berseorangan sangat JANGAN balik malam.

Tapi, kalau mahu juga pun boleh. Kalau kau spiderwoman lah.

Friday, September 21, 2012

dot.





you have become my best friend, my lover and the man of my dreams. you are the best thing that happened to me in a very long time. love you lots, mohd hafiez.

Wednesday, September 19, 2012

Kalung emas

Bila dah tahu kalung emas 916 yang nampak klasik gila tu kepunyaan awek cun yang mati sebab terjatuh dengan sofa ke jalan raya masa lori pindah barang tu berhenti mengejut, mak aih, berderau darah aku. Aku dah jual kot. Dah buat beli nasi. Dah jadi najis dah agak nya. Sepanjang malam fikir macam mana. Dan akhirnya, roh arwah perempuan cun tuan punya rantai tu menghantui aku. Tak berapa ingat apa yang dia seru kan, mungkin cakap 'pulangkan , pulangkan' malam tu. Tapi dah cukup untuk buat aku nak terluruh jantung. Ni bulu roma aku dari tadi berdiri woi.

Mana aku nak cari galang ganti rantai emas tu. Menyesal jadi tamak hari tu. Sebab terlampau takut, apis suruh aku membaringkan diri sementelah dia drive kat sebelah. Dapat je idea baca surah al ikhlas, aku disuruh baca tanpa henti. Kurang sikit gangguan nya lah. Tapi punya lah jauh nak sampai ke destinasi yang mungkin boleh selamat kan aku, kering tekak aku baca al ikhlas. Dalam kereta kak ika ni tak ada pulak air. Tapi aku tetap terus baca, asalkan nyawa tak tergadai. Berpeluh peluh seluruh badan aku. Dan tak ada surah lain lagi dah aku boleh ingat sekarang ni.

Gunung ke bukit yang aku tak tahu dah geografi dia macam mana, aku panjat laju laju. Bayang kan, sepanjang perjalanan ke puncak tu pun roh perempuan tetap tak putus asa mintak pulang pulang. Aku yang nak putus nafas tapi aku dah tak fikir dah macam mana nak buat. Emas dinar aku semua kat johor. Mama pegang. Itu pun berapa je boleh dapat.

Kitorang disuruh tunggu sekejap untuk tunggu orang yang boleh tolong aku itu. Dengan air yang tak tahu datang dari mana, tiba tiba ada gua yang air dia asyik keluar dari stalactite ke stalagmite, jadi lama pulak masa menunggu. Roh perempuan tu makin memberontak sebab aku dah letih nak baca al ikhlas.

Rasa lega gila bila keluar satu lelaki dari pintu mana tah dengan jubah putih dan berpeluk tubuh. YaAllah, lega nya aku. Bila toleh, dia perkenal kan nama dia malik. Tengok muka, aaron aziz.

Okay sekarang aku mimpi apa. Hantu ke misteri kalung emas ke kl gangster?

Sedar sedar dari tidur, dengan saki baki ketar ketar tangan. Aku siap siap nak pergi kerja. Tak sabar nak cerita kat dorang.

Friday, September 14, 2012

Checklist Kahwin Part 1



Dah sesuai sangat masa nya untuk aku plan dan buat checklist kahwin. Kahwin mau, tapi persediaan nya tak mau. Haha. Tak lah. Sebenarnya, mak aih cuak nya bila fikir fikir apa yang perlu disediakan untuk majlis perkahwinan nanti. Kenapa langsung tak sama macam majlis hari raya? Majlis hari jadi syafikah? Majlis kenduri kesyukuran cukur jambul? Majlis ulangtahun perkahwinan mama ayah? Baik lah. Nampak nya dah harus pergi sana sini haha padahal google sahaja, tak, kali ni dah harus bangun dan jalan kan survey dan mencari cari apa apa yang patut. Masa ni lah aku selalu berangan ada kakak dan beliau bagi tolong tunjuk ajar. Hehe.

Terlampau banyak jenis dan versi checklist yang dijumpai memang membingungkan. Haha. Ni lagi rumit dari matematik tambahan uolss. So, aku buat checklist ikut hari hari nya lah kot lagi mudah. Bermula dengan senarai semak hari nikah.

NIKAH

1. Tarikh nikah
2. Tempat nikah
3. Tok kadi (tempahan / upah nikah)
4. Wali
5. 2 orang saksi
6. Dokumen penting ( ic / borang nikah / HIV test / etc)
7. Duit hantaran
8. Duit mas kahwin
9. Barang kemas
10. Barang hantaran pihak lelaki
11. Barang hantaran pihak perempuan
12. Pakaian nikah lelaki
13. Pakaian nikah perempuan
14. Mekap
15. Photographer
16. Jamuan ringan selepas majlis nikah

Ada apa apa lagi ke yang aku miss? ke ada apa apa ke yang salah?


p/s : Hari ni dah 8 kali sebelum sempat malam lagi. Haha.

Monday, September 10, 2012

Padang golf

Hidup macam nomad seh sekarang. Haha. Tapi tak apa. Aku enjoy hidup macam ni. Boleh belajar banyak jalan baru.

Kasik je apa apa permainan ke cerita bunuh bunuh ke cerita hantu ke kena berkenalan dengan ramai orang ke jumpa pelbagai orang ke memang aku berani kamikaze. Tapi bila berkenaan dengan kereta dan jalan, haaa tu gua angkat tangan surrender. Apa ke aku tak berjodoh dengan jalan. Dah 5-6 kali datang rumah maklong aku pun aku masih menyasar terlajak masuk bandar lain. Haha. Sakai kau sayda.

Bukan main macam pendekar tawan gunung angsi, berlagak gayut macam monyet masa skytrex dulu, menjerit booo sana sini orang yang tak main roller coaster, ni nak masuk gua tempurung bukan main kobar kobar lagi. Tapi bab jalan raya dan arah jalan raya memang fail. Ada ke sesiapa yang boleh sistem kan otak aku agar tak bebal sangat bab jalan raya? Biar kan aku membelah jalan raya dengan berseni nya. Tolong lah.

Ni esok aku nak ke tempat kerja ada harapan terlajak ke klia. Haha.

Oh ya. Tengok baju aku waaaaah macam rempz gitew tapi tak reti bawak motor. Bawak kereta pula asyik sesat. Berangan cun macam tuan puteri saadong agak nya. Zzzzz.

Luas nya muka you. Macam padang golf. <-- kata hafiez dalam hati. Dan aku terpaksa kerat sikit muka sendiri.

Tuesday, September 4, 2012

Bukan rindu

Semalam cuba berkali kali call syafikah. Tak berangkat pulok. Ke salah nombor. Trend remaja masa kini bertukar tukar nombor telefon. Saja je nak tanya khabar. Ada orang buli kah kat sana. Makan sedap kah. Bukan bukan. Bukan sebab gua rindu adik gua. Geli jek rindu. Wek tak mungkin rindu.

Harap harap nya fikah dapat membiasakan diri dengan kehidupan kampus. Kesian. Dah tak boleh merempitz lagi. Tapi tengok gaya hari tu macam boleh je hidup sendiri. Dah pandai isi borang sendiri. Dah pandai susun baju sendiri. Pandai tidur sendiri. Dah tak payah ada ciko. Eh apasal cakap pasal fikah pulak ni. Bukan lah. Bukan rindu.

Hujung minggu ni nak buat lawatan mengejut lah. Mintak mintak tertangkap dia masa dia tengah cucuk langit. Boleh ngadu dengan mama. Boleh jadi anak kesayangan mama. Haha.

Tak lah. Nak melawat sebab nak sampai kan rindu mama dekat anak dia. Kesian suara mama dah serak semalam.

Monday, September 3, 2012

Cekodok ikan bilis

Saja letak tajuk yang bukan main lagi macam chef chef gittew. Padahal beza antara sengkuang dan lengkuas masih teragak agak. Semalam maklong buat open house. Dan aku tertangkap satu adegan di mana ada satu budak kecil bukak bukak peti ais maklong dan hambek kek lapis sarawak yang aku rasa tu mesti maklong simpan untuk makan sendiri. Angkat kek tu dan tuju ke mak nya. Minta dipotong. Mak dia tengok sekilas dan mintak mak mentua dia potong kan.

Moral di sini bukan nak kata akak ni mendera orang tua nya. Tak tak. Tak kuasa. Tapi kalau aku lah kan yang selak peti ais tu dan ambil kek tu dan mintak mama potong, sekejap lagi kau boleh nampak lebam merah bawah ketiak. Mama kutil kutil.

Oh ye hari tu aku buat cekodok bilis. First try out yang agak nya jadi lah kot. Haha. Nasib kau lah chef anis nabilah. Bisnes cekodok bilis pun aku dah sapu. Hahaha.

Campur je apa yang mahu, asalkan masa menggaul tu, curah air panas. Gaul. Kalau nak gaul pakai tangan pun boleh. Tambah sikit sikit air suhu biasa lepas tu.

Kan? Memang macam gaya anis nabilah kan?