Tuesday, March 30, 2010

aku dan maka

Aku dah malas nak tunggu, maka aku nak balik.

Aku lepak kejap kat luar pintu, tapi tiba tiba perut memulas, maka aku masuk balik, buang siap siap.

Aku risau kereta aku parkir jauh nak mampus, maka aku nak gerak cepat pergi kereta.

Aku malas nak jalan sorang sorang, maka aku angkut dua orang pakwe eskot aku pergi ke kereta, nanti pandai pandai lah aku tinggalkan diorang kat mana mana.

Aku nak lintas longkang, tiba tiba jefrey (bangla yang kerja kat kedai makan depan ofis aku) panggil, maka aku berhenti. Ingat nak apa lah.

Aku cuba nak faham apa dia cuba bagitau. Aku sabar. Sabar gila. Maka, aku dengar dan cuba sambungkan sendiri kosa kata dia satu satu.

Aku jadi panas bila dia kata aku nak ngurat dia masa di kedai makan tu. Katanya aku buat bos dia marah sebab aku customer yang perlu dijaga bukan menggatal. Maka sekarang ni dia cuba salah kan aku.

Aku memang marah, tiba tiba darah naik sampai kepala. Tak boleh blah. Tak kan aku nak goda mat bangla yang baru belasan tahun, duit tak ada, cakap sebutir haram pun aku tak faham, dan dia tak faham kami semua kuat bergurau. Maka, aku tertinggi suara kat dia.

Aku masuk kereta dan muhasabah diri. Aku fikir balik, sia sia je aku layan temper aku. Budak tu hingusan saja dan buat apa layan budak bangla yang perasan diminati. Maka, aku maafkan dia dan blah dari situ.

Aku bukan diskriminasi sangat. Maka, aku tegur semua orang.

p.s: sekarang sudah ada benchmark. u are the best i've ever had.

Anak ayah

Aku rasa aku bukan pedendam pun. Kalau ya pun, aku dah lama gila tinggalkan. Tak kuasa aku nak simpan dendam kesumat kat orang. Aku sendiri ada banyak masalah dan banyak kerja nak fikir. Aku tak kacau orang, jadi jangan lah aku kena kacau. Tapi, aku tak nak pulak benda ni berterusan tanpa dibendung. Apa kata, kalau lepas ni aku main cakap lepas je dan setiap kata kata aku pedas macam cibai eh cabai.

Ok, aku malas nak cakap pasal marah marah ni. Kali ni aku nak cerita pasal ayah aku. Dalam era 90 an (cis tak agak agak era, pakai tahun sudah). Tak silap aku, masa tu umur aku 8 tahun. Ayah aku baru dapat hadiah pen parker sempena anugerah pekerja terbaik. Pen tu memang terbaik. Aku yang suka main cikgu cikgu memang suka gila pen tu lah. Dakwat dia basah jadi aku jakun. Selama ni aku guna pen ayah aku yang lauya je. Ah, budak baya aku mana ada guna pen lagi. Jadi, memnag pantang habis dapat pegang pen macam tu.

Jadi, aku selalu pinjam (curi curi). Aku test tanda tangan kat kertas lah. Kat surat khabar lah. Buku resipi mak aku. Oh, masa tu dah gatal nak ada tanda tangan dah ye sebab seronok tengok cikgu aku menenyeh sain kat buku laporan kemajuan kitorang. Kira kemaruk nak ada signature lah. Entah apa apa bentuk sign aku masa tu. Ni memang tak boleh taruk kat blog. Nanti saham aku jatuh.

Dah puas kat kertas, aku buntu dah tak tau mana lagi nak tanda tangan. Aku punggah punggah bag plastik kat almari bilik mak ayah aku. Aku jumpa satu helai baju kerja ayah aku. Aku kira ni mesti dia taknak pakai dah lah. Sebab dah nampak lusuh semacam je. Apa lagi, aku terai lah sign kat baju tu. Ni semua sebab aku tiru artis sign kat baju peminat. Lepas penat main sign sign, aku tidur.

Esok pagi masa aku nak siap siap pergi sekolah, tak sempat nak mandi, aku kena marah teruk gila. Ayah aku paksa aku padam apa yang aku conteng kat baju tu walau apa cara sekali pun. Malas cerita panjang, sampai sekarang aku tak tau macam mana nak hilangkan tanda tangan komplikated aku kat baju tu. Banyak gila. Dan masih ada dalam bag plastik bawah katil aku.


Agaknya, aku masa kecil memang anak yang buas. Haha.

p.s: aku rindu ayah aku.

Saturday, March 27, 2010

Tidur cukup bagus untuk mood.

Kalau hari ni aku ada gang dan larat, memang aku nak lepak kat luar. Hm, sebenarnya, shopping. Nak ajak kekasih hati, dia sibuk. Lagipun, dah berapa hari tah dah tak berborak lama dengan dia. Rindu betul nak manja manja dengan dia. Tapi tak apa lah. Masa lain mungkin ada.

Macam ni lah kalau tak cukup tidur dan tambah tambah pulak, aku kaki tidur. Jadi, kalau kurang 10 jam waktu tidur, aku jadi bengap. Malas nak layan semua orang. Dan cepat terasa. Ni semua gara gara konsert malam tadi yang tak masuk betul dengan jiwa aku. Aku nak rock. Tapi, rock macam tu rupanya bukan tune aku. Tersengguk sengguk aku.

Nak nak abang sedara aku dera teman dia main yang bukan bukan kat kedai mamak. Orang dah lama main kad, dia baru sekarang nak belajar. Tu lah natijahnya. Tak pasal pasal aku terpacak kat meja dia lama lama sebab aku tak ada kunci rumah.

Okaylah, aku kena jana balik tenaga aku ni. Bateri dah nak habis.

Mak aku cakap, aku sleeping beauty. Ye, aku tau versi togo.

Chow da mow.

p.s: nak beli jaket topshop. nak bergaya masa family day. ahah

Thursday, March 25, 2010

Gigi tak cukup tak apa




Lawak siak budak budak ni. Yang drummer teruja gila sampai tersembur sembur gula gula dia. Penyanyi dia pun boleh tahan sedap. Tak cukup gigi tak bermaksud tak sedap menyanyi.


p.s: If u love a girl, dont let her feel unappreciated when she sings u your favorite song or brings u your favorite food or serves u your favorite drinks or runs her finger through your hair or laughs at your not so funny jokes. Because she loves u for real.

Wednesday, March 24, 2010

with my head in my hands i sit and cry

Entah apasal, tadi dalam bilik air, aku tunduk tunduk dan nangis. Tak mampu nak tipu diri sendiri. I am hurt.

Memang betul, aku kuat sorok cerita diri sendiri. Malas nak dengar orang kompelin. Lagipun, tak akan ada jalan penyelesaian. Lagipun, ramai sangat tak nak bercakap dengan aku. Kalau ada pun, nasib nasib lah. Dah hampir sebulan aku terbangak bangak macam ni. Macam patung barbie hodoh bodoh piang mak datuk aii yang tak ada orang nak beli (cilaka affa) . Nasib baik aku pandai berlakon. Aku pun senang terhibur jugak. Baru ada beberapa orang buat lawak sikit, aku dah gegar gegar ketawa. Masa tu, masalah dah bukan lagi masalah.

Baiklah sekarang, jom layan emosi aku. Walaupun, kau selalu kata aku banyak terpengaruh dengan emosi, tapi aku tak peduli. Sekurang kurang nya aku bukan terpengaruh dengan najis dadah.




p.s: kadang kadang dapat dengar kau sayang aku pun dah cukup seronok. tak apa pun kalau tak sayang betul.

Tuesday, March 23, 2010

Aku lah heroin nya.

Budak depan aku, tak ingat nama siapa, mengaji lama sangat. Ni mesti kes nak potong aku ngaji. Padahal aku dah cuak gila. Kat luar dah berdentum dentum guruh. Macam nak runtuh je langit. Kejap lagi mesti hujan lebat. Apa yang aku takut sangat pasal hujan ni, sebab siap ada pakej petir kilat semua.

Lagi gabra, aku pakai baju lawa hari tu. Bahagian belakang baju kurung aku tu, aku letak reben. Siap ada belah kat baju. Kain aku mintak design kipas. Kira cun melecun lah tu. Jadi, aku tak nak lah baju cantik aku tu basah kena hujan.

Habis je ngaji, aku, ella dan zizi lari lari nak balik rumah. Rumah kitorang tak ada lah jauh sangat. Tapi, kena lintas satu longkang besar gila ni lah. Longkang ni kalau hujan, memang bapak deras air longkang dia. Hujan dah mula nak lebat. Alamak. Ella lintas dulu longkang tu. Lepas tu aku. Tiba turn zizi, dia tak konfiden. Nama je zizi. Tapi, dia memang takut. Ke depan ke belakang. Konon ambik step. Aku dah gelabah. Cepat lah cepat lah. Hujan dah lebat. Air longkang dah laju. Maksudnya, kat area rumah bahagian atas atas sana dah hujan lebat. Aku suruh zizi ambik step.

Dia undur beberapa langkah, lari dan terus lompat. Aku ingat lepas. Tapi, dia salah jangka. Dia terjatuh dalam longkang. Aku dengan ella ingat nak blah je. Tapi, kesian lah pulak. Pergi sama sama. Balik takkan nak tinggal kawan dalam longkang. Maka, aku pun mencemar duli masuk dalam longkang dan tarik zizi keluar. Naik je atas, zizi nangis. Muqaddam dia terjatuh dalam longkang. Bila aku tengok, memang air longkang tengah hanyutkan muqaddam zizi. Aku nak selamatkan muqaddam tu. Mak zizi ni memang garam semacam. Lagipun, mesti aku dapat pahala kalau aku selamatkan muqaddam ni.

Kejar kejar muqaddam dalam air. Dapat lah hasil sikit, 4-5 helai. Yang lain lain aku tak sempat. Lagipun nanti takut dengan aku aku sekali hanyut, aku pun tawakal je lah naik. Apa lah budak umur 5-6 tahun macam kitorang ni boleh buat. Baru nak blah, dengan baju aku ikut zizi basah lencun, tiba tiba ada orang panggil aku. 'Mai mai' (dulu nama glemer aku mai). Tengok belakang, rupanya ada satu budak ni jerit dari hujung longkang sana tengah cedok apa tah dari longkang. Oh, rupanya muqaddam zizi yang hanyut tadi. Aku rasa budak tu memang tengah berkubang kat longkang. Jadi, dia pun selamatkan lah sebahagian besar muqaddam zizi. Kuasa Tuhan. Kalau benda tu mulia, memang terpelihara.

Nama budak tu, Khairul bin Rawi. Masa tu, aku suka dia sebab dia macam hero. Haha. Lantaklah, dengan rupa aku masa tu dah. Sekarang budak tu dah kahwin dengan budak kelas aku.

Akulah heroin dalam cerita ni.

p.s: bibir aku ada ulser. tergigit masa comolot. haha. masa makan burger hasil pow khairul daud lah.


Sunday, March 21, 2010

Cerita PSIKO yang buat aku jadi psiko

Semalam ecah bagitau hari ni kitorang akan tengok wayang psiko. Weh, aku kan memang suka cerita seram, mistik, misteri semua, jadi memang eksaited lah. Cerita The Lovely Bones. Hmm. Nasib baik mood aku hari ni memang baik punya. Cerita yang konon konon psiko dan mempunyai jalan cerita bunuh bunuh sebenarnya buat aku psiko dan rasa nak bunuh si pembeli tiket rm12.

Hari ni aku puas betul dapat teman nani kerinting besar bergumpal cari kasut kahwin. Memang cun kasut tu. Ah, celaka betul sebab sebenarnya aku berharap dapat tengok ketuat kat jari kaki dia masih ada, boleh lah aku buat bahan gelak. Tapi, tadi aku curi tengok, tak ada lah pulak. Takpe, nanti masa bersanding aku nak kantoikan dia. Tengok gaya nani cerita. Memang joyah sport habis. Tangan alam angker.



Ok, ni pulak masa tengok alice in wonderland. Si hitam ecah, belikan aku tiket bapaaaaaak jauh dari seat dia. Tanpa banyak bincang, aku pindah duduk sama sama dia dengan norman kat couple seat. 3 orang 2 seat. Memang bagai aur dengan tebing. (Kalau korang perasan, macam semua gambar aku buat pis. Haha, gila bosan gaya macam tu. Lepas ni nak gugel gaya terbaru yang lagi memberahikan)




Sebenarnya, aku nak cerita satu benda penting ni. Tapi, dah malas nak mampus. Tangan dah cramp. Mata pun macam biasa lah, dan ngantuk tahap sakai.

p.s: lepas ni aku berdegil nak bercerita jugak sejarah masa kecil. tak peduli. sebab aku dah teringat cerita aku jatuh cinta kat longkang depan rumah 'mak ngaji'.


Friday, March 19, 2010

toksik

Agak agak kalau aku berhenti kerja sekarang, senang tak nak dapat kerja baru yang lagi bagus dan seronok? Mak aku cakap, cuma budak budak je yang kerja dan asyik fikir nak cari kerja lain. Sikit sikit tak sesuai. Sikit sikit tak selesa. Sikit sikit ada masalah sana sini. Tapi, kalau kerja dan asyik fikir macam mana nak sesuaikan diri dengan kerja, suasana kerja, gaji kerja, rakan sekerja, musuh dalam selimut kerja dan belajar untuk suka kerja tu, barulah dikatakan dah dewasa. Barulah matang. Barulah style. Hah, aku selalu fikir apa mak aku cakap tu. Susah betul nak faham.

Tapi, ok gak kalau aku buat kerja sambilan sebagai britney spears. Lumayan jugak pendapatan rasa rasanya.




p.s: malam malam nanti, aku nak layan cd lucah - spy next door.

Wednesday, March 17, 2010

Astaghfirullahalazim..

Sekarang dah pukul 8.48 malam. Sepatutnya, aku dah sampai rumah dah mandi dan bersedia untuk membikin tahi mata dan me-naga tak pun aku mungkin tengah lepak dengan kawan kawan ofis aku, tak pun busuk busuk aku tengah siap siap nak balik rumah dah. Tapi, apa aku tengah buat sekarang weh. Masih kat ofis. Tunggu mat mat IT ni berkarya. Mata aku pulak dah barai gila.

Kalau nak ikut prinsip dan filosopi hidup aku, aku nak kena tidur sekurang kurangnya 12 jam. Ni, mana aku nak cari 10 jam lagi ni. Mati akal. Santau betul.

Nasib baik hebat, tenaga aku banyak walaupun mata aku tak beri kerjasama sangat. Yang gempak tetap gempak lah. Yang putih tetap putih. Yang bergulung tetap gulung gulung jangan gatal kata nak lurus. Yang besar pun mestilah tetap besar, takkan lah nak mengecil. Maka, aku dapat jugak tahan daripada amuk sebab tak cukup tidur aku ni. Haha. Tak baik betul aku cakap besar. Astaghfirullahalazim..



p.s: hari ni kawan kawan aku baik betul, teman hantar meter, layan cerita aku di telefon, belanja makan burger ayam.

Monday, March 15, 2010

ADRENALINe addicted

Terjaga lebih kurang pukul 3, aku rasa ada basah basah kat sekeliling pipi aku dengan mulut. Ingat air liur basi. Tapi, macam pelik, sebab selalu tabiat buruk tidur aku adalah cuma berdengkur macam naga je, mana pernah ada air liur basi. Aku pun sentuh lah, aku bau. Bau besi. Shyt.

Tengok cermin kat bilik air, memang konfem. Basuh basuh sikit, turun pergi dapur, rembat 2 biji ubat, aku telan laju laju pasal tiba tiba rasa seram pulak kat dapur keseorangan. Tanpa buang masa, aku sambung dengkur.

Pagi ni, aku bangun awal gila, mandi awal gila, siap siap awal gila, panaskan enjin awal gila, gerak pun awal gila. Eksaited sebab nak rasa semuanya awal, gua tertinggal nyawa kat rumah. Dah terbukti aku dah menghampiri penyakit pelupa tua ganyut.

Ah, soda lah. Aku tak pedulik. Member member dah bising aku nyanyi lagu bukan bukan satu hari ni. Jiwa tak tenteram sebab mana tau ada panggilan daripada 'sayang'. Haha. Mama, kakak tak sengaja buat mama risau. Handphone tertinggal. Dah. Cek cek cekidout.


p.s: cepatlah masa berlalu. aku nak pengsan dah.


Saturday, March 13, 2010

superhero

Bosan betul hujung minggu yang macam ni. Nak keluar tak boleh, sebab terkunci. Tu lah, tadi siapa suruh bantai tidur gila gila. Nasib aku lah.

Apa lagi, aku layan lah 30 sec preview lagu lagu baru FT, wah, mana ni album faizal tahir bersama setem dan poster nya nih. Haha. Mana mana mana. Tak sabar nak rasa dalam genggaman sendiri. (aku dah ada berita baik - lusa aku update)

Aku keseorangan gila sekarang ni dan sejak beberapa hari yang lalu. Jadi, apa aku buat supaya aku tak gering kebosanan sementara tunggu sesiapa yang dapat menyelamatkan aku dan bawak aku kembali ke alam riang ria, aku biarkan je fanatik terhadap faizal tahir aku terus meluap luap.

Bosan bosan macam ni kalau aku pergi buat magic show kat jalan pudu tak pun kat jalan TAR tengah tengah orang ramai nak pilih tudung la kain lah pun ok gak.



p.s: Sebenarnya, aku ada banyak sangat rahsia dan cerita. Tapi, aku tak larat nak bercerita. Dada aku sakit kuat.

Thursday, March 11, 2010

aku tanpa cintaMu


Saat saat genting menunggu untuk menjulang setem faizal tahir sambil sikit sikit aku tengok handphone, kot kot adik aku call bagitau result spm dia atau kot kot kapten pengaman dunia aku call, aku khayal layan video clip ni. Faizal Tahir gaya ustaz hensem. Konfem aku nak lengah lengah kan khatam mengaji atau khatam banyak kali kalau dia yang ajar aku mengaji.

Pak lawak sebelah aku ni bukan nya reti nak pakai tali pinggang keledar. Siap cakap besar. Kata, ala takpe polis takkan tahan punya lagipun ni ni bukan kereta dia. Nak tampar takut kena tampar balik. Nak marah, takut kena keluar kereta walaupun tu sebenarnya kereta aku. Haha. Shahitan betul.

Sampai kat satu selekoh curam kawasan rumah rumah besar bangsar, ada 3 bijik kereta polis. Aku memang ada habit tak boleh nampak kereta polis berhenti atau polis berkerumun ramai ramai macam ni apa lagi 3 kereta polis yang ada kat tepi jalan ni tak buat apa apa sekatan jalan raya pun. Buat aku berdebar kuat je.

Tapi, aku tak perasan pulak yang sebelah aku ni rupanya lagi debar besar. Bukan main dia tadi sembang nak kencang lah bagai, aku curik tengok pakai ekor mata aku ni, hah gabra tak cukup udara je gaya tarik tali pinggang keledar. Lagi penyedap cerita, aku selalu dapat cerita dia ni memang ada penyakit 'pannick attacked' tiap kali ada serbuan atau seprais seprais yang macam ni. Haha. Nak ketawa besar tak sampai hati, member kat sebelah dah menitik nitik peluh kat dahi. Gua simpan dulu.

Rupa rupanya, pakwe pakwe polis yang berhenti tepi jalan sampai 3 bijik kereta tu sebab salah satu kereta diorang memerlukan pertolongan. Aku nampak ada 2 tayar pecah tersadai tepi jalan. Memang dasar mengamalkan tabiat kerjasama.

Masa tu, aku dah tak ingat apa dah. Tak tahan gila. Dah menggelegak gila dah aku punya empangan ketawa ni. Aku capai handphone, aku call member aku lagi sorang kat ofis untuk bercerita. Kesian tak kesian, aku bantai ketawa. Hari tu aku berpuas hati dengan prestasi diri sendiri membuat laporan kepada kawan kawan on-time.

p.s: dah lama tak main ejek ejek poyo poyo

Tuesday, March 9, 2010

zabeda zabidi zabedu

Hari ni aku kena pergi ambil permit SPAN kat Cyberjaya. Ingat tak ingat jalan sangat. Daripada aku menyesat dan melanggar apa sahaja yang mehalang laluan aku, baik aku cari mangsa untuk teman. Kebetulan, dia pun nak jumpa pakwe bernama Zabidi.

Sebelum berjaya jumpa parking, ada lah lebih kurang 6 kali kitorang round tempat yang sama. Aku sampai dah terhafal, ada berapa lekuk bekas eksiden kereta myvi yang parking kat selekoh situ. Cis, nasib baik sambil melawak, kalau tak, memang aku mabuk kenderaan dah. Dah lah dari mula jalan asyik togok air Green Tea.

Aku sebenarnya teruja juga nak jumpa zabidi zabedu dia tu. Daripada nama dia, macam boleh ngurat je. Lagipun, kawan aku tu tak bawak bisnes kad. Ah, cantik lah tu. Boleh gak aku hulur aku punya kad.

Balik dari SPAN, aku jadi lapar gila. Tambah tambah pulak, sesat yang melebih lebih aku punya sesat. Nasib baik dia belanja aku makan kat kedai kerbau. Walaupun cara dia mintak makanan aku agak kuno, tapi sekurang kurangnya aku gembira dapat habiskan masa dengan mengejek ejek kerimbunan rambut beliau. Tapi, tak sangka lah pulak aku gurau over sampai tak sedar pun, dia tengah tak sihat. Kalau dia sakit, habis lah aku. Tak ada tempat untuk berhibur.

Kalau kau sakit, layan cerita lama macam ni pun ok gak.



Cerita mamat zabidi zabedu tu tak berapa menarik. Rupa rupanya, dia jalan kepit. Pandang bahagian atas, nampak macho dengan janggut tajam. Tapi, part berjalan, aku rasa seram sejuk. Jalan bersopan sangat mengalahkan aku perempuan sebenar. Mungkin nama yang lebih sesuai adalah Zabedah.


p.s: kalau esok aku kebosanan aku nak lari pergi kedai akuarium lah

Monday, March 8, 2010

Air hujan dan air mata, mana lagi masin?

Tadi, ingat nak lagak hero balik sendiri ke rumah lepas sampai pudu. Tiba tiba hujan. Berita malam tadi tipu kata cuaca hari ni panas terik. Ke aku tak perasan tu sepatutnya cuaca johor. Lalu, aku pun roger sorang sorang kawan aku ajak teman on the phone sementara tunggu hujan reda. Baju hujan aku tak bawak. Payung yang kawan baik bagi, aku dah bagi anjing gigit.

Semua orang aku call tak angkat. Semua orang aku mesej tak reply. Adakah aku punya call dan sms semua ghaib belaka ataupun aku kat alam ghaib. Aku pun tak pasti. Agaknya maxis perdajal aku. Saja lah tu nak aku putus kawan dengan semua orang. Bertambah gabra kaki aku bila aku call dia tak dapat dan tak ada langsung tindakan dan cadangan kreatif dan kritis dari dia. Kata dia, aku yang salah. Pergi bilik air kat pudu yang bapak kuat bau ekzos, aku memerut sambil menghabiskan air mata. Sempat jugak aku jeling dan men-sound ulat tiket yang tak habis habis tanya aku nak pergi mana. Kurang bijak ke apa aku tak tau. Dah tentu kaki aku ke arah tandas, mestilah aku nak beristinjak bukan beli tiket. Kalau nak tunjuk handal jual tiket, bukak laman web e ticketing lah.

Dalam komuter tadi, apa nasib aku kena berdiri sebelah 2 awek yang aku kira ketinggian diorang dan aspek aspek lain, umur lebih kurang 18 tahun agaknya. Sepanjang panjang dari kl sentral ke kepong, awek awek ni tak bosan langsung meng-komen pasal lelaki tu lelaki ni pakwe kita pakwe awak boy tu boy ni sambil picit picit butang handphone dia. Scroll scroll gambar Alif, Muaz, Zarif, kata dia hensem pakai rantai hitam, kata dia smart bila pakai baju lengan panjang tapi sinsing lengan. Aku pening lepas tu beralih pandang kat nyonya depan aku, lagi tenang.


Ada tak orang yang boleh buat aku ketawa terbahak bahak macam dulu.


Kejap lagi, aku nak makan rot canai dengan pak tam. Lama tak mentekedarah roti sedap kat spicy.

p.s: kalau aku cakap aku miss, memang betul pun. aku tak ada idea nak tunjuk bukti apa.

Friday, March 5, 2010

Ini namanya kecewa

Rasa rasanya, aku dah terlebih guna tenaga yang ada melebihi tenaga perempuan yang berumur 24 tahun baru habis belajar, baru rasa pekerjaan pertama, di samping masalah masalah aku yang aku rimas nak fikir dan masalah masalah orang lain yang aku sehabis daya cuba nak selesai. Fuh. Bunyi nak gempak tapi haprak.

Hari ni aku balik johor. Kejap je lagi. Eksaited weh. Semakin petang semakin teruja. Semakin habis office hour, semakin mencanak canak perasaan gembira. Senang cakap, over excited. Tapi, entah mana salah, aku tiba tiba masam macam cuka basi. Apa sebab sebenar, aku tak sure. Yang penting, aku kecewa. Jadi, nak tune balik aku punya perasaan tu, terpaksa lah aku tulis blog, menyinggah nyinggah kat facebook orang sambil tonton video iklan lama. Ni kawan aku pernah war war kat ofis dulu paksa aku tengok. Caya lah aku pernah tiru gaya rambut mak Pierre Andre untuk majlis penyampaian hadiah sekolah dulu.



p.s: mungkin usaha yang aku buat tak ternampak.

Thursday, March 4, 2010

Assalamualaikum kum kum

Dari sejak kecil, aku dah dimomok momokkan dengan cerita seram oleh orang sekeliling aku. Sampai besar pun, aku lebih suka dengar atau tonton atau baca cerita berunsur mistik. Rasa macam mencabar minda gila kalau tengok cerita seram weh. Yelah, kau kena sentiasa berjaga jaga bila agaknya hantu tu nak terkejutkan kau. Mencabar.

Dulu, aku ingat lagi, kawan aku Ella ada cerita hantu kat aku. Hantu tu nama dia hantu kum kum. Aku tak tau lah korang pernah dengar ke tak. Hantu ni spesies islam aku rasa.

Masa tu musim mak mak suka sangat kumpul Tupperware. Lumba siapa ada dulu keluaran paling terbaru dan siapa paling banyak. Nanti boleh tayang tayang masa berkelah sama sama. Setiap kali nak borong Tupperware terbaru, anak tak boleh ikut, nanti ganggu konsentrasi. Oleh sebab mak aku pengumpul sejati Tupperware dan aku pula masa tu masih tunggal, adik aku belum lagi keluar ke dunia, aku konfem akan tinggal kat rumah seorang diri.


Jadi, Ella pesan, kalau kau takut tinggal sorang, kena baca kuat kuat ayat kursi. Aku pun angguk je. Aku tau nak baca macam mana. Sebab mak aku ada baca kat aku dan aku tulis dalam bahasa rumi.

Lepas tu, kalau ada orang bagi salam kat pintu, intai dari tingkap dulu siapa yang datang dan kalau boleh pasang telinga betul betul. Kalau dia bagi salam 'Assalamualaikum kum kum'. Jangan buka atau jangan jawab salam pun. Kalau buka, akan ada seorang perempuan bawak baby nak jual kain Cindai dan nak mintak sikit air untuk minum. Bila kau bagi air, nanti dia suruh pegangkan bayi dia sebab dia nak minum. Kau sedar sedar je, dia dah hilang dan tiba tiba kat tangan kau ada batu nisan. Sungguh seram. Kalau kau tak bukak pintu tapi dah terjawab salam pun bahaya. Sebab bila dah terjawab, tengok tengok, dia dah ada kat belakang. Bengong, seram sejuk tengkuk aku sekarang.


Tak lah seram sangat. Tapi, kalau dengar cerita macam ni masa umur baru 4-5 tahun, tidur boleh ngigau ngigau tu. Lagipun, Ella cakap (cis, asyik asyik percaya cakap ella) dah ada budak terkena. Nama dia Ananthi. Dia budak India. Dulu aku percaya bulat bulat. Baru sekarang aku terfikir, macam mana Ananthi tu boleh kena kacau hantu yang bagi salam? Boleh tahan jugak sewel bila aku nak fikir balik.

Aku masa kanak kanak macam budak terbiar je gaya



p.s: Aku tak senang duduk bila ada orang kena aniaya tapi aku tak pandai nak selamatkan..