Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

seperti di surga


Sroot sreet sroot sreet. Alahai kesian betul aku tengok dari tadi tak berhenti henti sedut hingus. Menahan hingus dari tertumpah adalah mengemosional kan ye aku tahu. Mahu saja aku mengambil tempat mu supaya aku sahaja yang menghadap siksa mu itu sayang.

Sungguh geli sekali bila aku baca balik.

Seronok betul berada di rumah sendiri. Dengan tv terpasang tak ada siapa yang tengok. Dan telinga menangkap bunyi kamera fikah mengambil gambar ciko dan bubu kadang kadang ada sayup sayup dengar suara mama dan ayah berdengkur. Harmoni. Menjeling handphone sekali sekala kot kot mr handsome ada wasap manja ke apa, woi surga nya rasa sekarang ni. Lagi surga esok baru ahad dan aku masih bercuti isnin nanti. Weehoooo !!

Hari ni, aku kira kira aku betul betul berada di rumah adalah 3 jam sahaja tak termasuk waktu tidur. Selebih nya adalah aktiviti outdoor bersama mama, fikah dan hafiez. Mama sungguh liar sekali bila aku pulang ke johor dan melupakan ayah tertidur di rumah. Hahaha.

Saja saja merepek. Sebab sebenarnya aku tengah skodeng timeline. Kot kot lah kan hans isaac reply mention aku.


untung nya awak sayang, bergambar dengan datin norjuma. err, maksud gua bergambar dengan tudung juma.


p.s : yeayyy, tinggal beberapa lagi yang tinggal (((:


Saturday, September 3, 2011

riang ria hari raya 1



Sukanya aku dengan perasaan aku sekarang ni. Perasaan berada di rumah yang dari tadi berpeluk tubuh tengok ciko meleset leset kat aku. Mama dari tadi jerit jerit kakak apakah makna raya kali ni kalau dari tadi tak mahu mandi dan fikah sibuk bersiap sebab ingat mak aku nak bawak dia pergi jalan haha padahal tipuan semata. Ayah aku dah membawa diri pergi jogging, katanya banyak makan raya kali ni, sedangkan kami bertiga perempuan perempuan gemuk bersantai sahaja di rumah. Haha.

Baru balik dari kampung memang memenatkan. Selain banyak kerja sebab tetamu tak putus putusss datang, faktor lain juga menyumbang kepada keletihan aku. Contoh nya cuaca. Rupanya malaysia negara tercinta jauhhhh lagi baik dan selesa suhunya berbanding kampung. Kampung ku di negara bersalji lah katakan. Kelainan masa juga dah menyebabkan aku sedikit jetlag. Sekarang aku tahu lah kenapa melampau sangat eye bag aku ni.

Beraya sakan betul kali ni. Eh, bukan kali ni sahaja. Setiap kali raya lah sakan nya. Tak ada sekali pun aku memakai baju kasual lebih dari 2 jam. Sebab selalunya aku memakai baju raya. Nenek, pakcik makcik aku, dan adik adik saudara aku banyak betul mencipta memori terindah dalam kepala otak aku ni. Oh, kamu juga. Hehe. Nah gambar raya aku selama 6 hari di kampung.


sesuai dengan tema diri yang skema, semua gambar adalah dalam bentuk senang diri dan jaga sedia


kalah urtv gittewww


kelopak tudung aku macam karipap karipap cinta kan


nampak tak paksu aku tengah bergelak tawa di belakang.



Bila tengok semua gambar aku tak sangka, pandai aku behave bila bersama keluarga. Haha. Kalau tak semua gambar tak senonoh. Haha. Okaylah, aku nak keluar nak ambik udara pasir gudang pulak. Rindu.



macho jugak bila aku ada kumis.


p.s: esok aku buat open house, mini punya. Kalau sempat, kau datang lah.


Tuesday, May 31, 2011

roda roda kotaraya


Hai sayang. Ceh ceh ceh. Semua kak nithaa sayang. Sejak sabtu lepas, kredibiliti aku sebagai orang kl betul betul mencabar. Seluruh kl aku redah semata mata nak bawak mama dan fikah jenjalan. He, cuma kau kau je yang tau aku tak tau jalan pun. Mereka tak tahu.

Macam biasa, tujuan mak aku datang kl selain siasat apa kegiatan harom aku kat sini, dah menjadi tabiat ulang tahun mak aku shopping baju raya. Ma, kakak ada 8 hari lagi nak ganti puasa. Baju raya dah nak masuk separuh. Makruh kan tu. Oh, ni pun dia tak tahu. Haha.

Pejam celik dah 4 hari mama kat sini. Esok dia balik. Ha sesiapa yang masih ada hutang kasih sayang janji punama setia dengan dia, jumpa lah. Mak aku penyayang dan pemaaf. Naif lagi. Hehe. Ma, kejap lagi kita pergi barkah lah pulak. Murah sikit. Duit kakak dah tipis selayaknya kita lepak mamak lah yuk. Kau kalau dah kaki mamak dengan mak kau sekali nak diangkutnya ke mamak.

Oh ya, bila mama tanya tak jumpa sgf ke bergenang genang mata aku memikirkan dah sepurnama aku tak jumpa diorang. Serius rindu. Sabtu ni kita jumpa ok. Pakai warna pink tanda sayangkan kawan kau ecah.

Nah gambar mak aku galak mengirai kasut dan kain.

dik, kat johor tak ada jual kasut ini macam, kata mama.


mak mengirai, adik saudara mengilai. amacam ?


kan kan. mama asyik menilik kain.
walhal, aku fikah dan teha tersadai bergambar macam si sakai.


Ok, cun sangat. Sekian.

p.s: haha, sugar candy. tak tahan tersengih

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Walaupun hari dah nak petang baru nak keluar kan post hari ibu, itu tak bermaksud aku terlupa meraikannya. Walaupun dari jauh. Mama tak reti nak skrol post lama twitter aku yang aku buat dedikasi khas untuk nya sempena hari istimewa dia. Hehe. Berbulu dada orang baca asyik mamasays mamasays.

Untuk pertama kali nya aku terperap kat rumah macam ni, mencari bahan untuk presentation esok. Ah, cakap pasal duit yang tak kepuk kepuk. Mama pesan kat aku duit yang ada tu simpan, well pesanan biasa para ibu untuk anak anak nya setiap kali dapat duit. Tapi, mak aku macam biasa lah selalu selit selit pasal emas.

Seingat aku lah, dulu setiap kali raya mesti mak aku paksa aku sarung barang seutas dua rantai ke gelang ke cincin ke. Memandangkan aku masa tu bajet macho, lebih gemar sarung tali hitam apa tah maka aku selalu kasi alasan alergi. Gila tipu.

Sebab sekarang aku tak alergi. Malah sangat alergi. Sikit sikit try cincin sana. Pakai gelang sini. Bukak website azmi tengok harga emas. Bukak website entah apa apa yang cakap pasal emas. Paling teruk, cerita pasal raja midas pun aku dah terhafal.

Ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi. Aku sekarang bercita cita untuk tambah stok emas lagi. Tak lah. Bukan berlagak cakap pasal harta. Tapi kan manis kalau jadi perempuan tu pandai mengendali wang sendiri dengan membeli emas daripada mengikis bekas pakwe suruh beli itu dan ini.

yang kiri tu aku, yang kanan tu aku juga di waktu tua nanti.

Ma, terima kasih di atas ciri ciri fanatik emas yang mama turunkan. Happy mother's day mama, love you !

p.s: terima kasih kerana masih sudi dengar cerita aku (:

Tuesday, April 5, 2011

syafikah

Hai. Hari tu balik kampung. Nenek aku baru sihat dan boleh makan. Alhamdulillah. Walaupun aku rajin melawan nenek aku, tak sampai hati rasanya tak hadir kenduri mak kepada mak aku. Seperti aku, mak aku pun perlukan sokongan aku. Yelah, duduk je lah depan kipas. Memandangkan aku alergik habuk.

Dah lama rasanya tak sembang pasal adik aku. Ni aku teringat pulak masa aku darjah 5-6 dulu, adik aku tadika. Setiap kali maksal suruh aku pergi jemput fikah balik tadika mesti aku badmood. Singgah taman permainan lah. Buat buat ada study group lah. Pura pura cari barang lah. Dan dan nak pergi sekolah agama awal lah. Kesian fikah. Nasib baik fikah muda muda lagi dan berdikari. Balik sendiri. Mengepalai rombongan pulang bersama rakan sekelas pulak tu. Kalau tak, nescaya sampai sekarang aku menyesal adik hilang kena culik. Haha.

Aku tak pernah anggap fikah tu kawan aku sebab aku nampak dia memang adik. Dan ego sebagai kakak, tak mungkin aku bercerita hal aku sangat selain pelajaran, masa depan dan aktiviti adik beradik. Tapi, sepanjang kat kampung hari tu, aku macam sedar. Boleh tahan jugak fikah ni tahan dengar rahsia aku. Tenang je dengar. Tak ada pulak fikah buat muka budak tak faham apa aku rasa. Deretan nasihat dan sokongan dia buat aku terharu. Tak sangka fikah yang dulu aku selalu buat buat lupa nak ambik dia balik sekolah, sekarang penyejuk hati aku. Ish, sebak pulak. Langsung tak pelawak.

Fikah, kalau kau nak aku pindah johor sekarang pun aku sanggup. Boleh lah kau ajar aku naik motor. Dem, kenapa aku tak pandai pandai kona kanan bila bawak motor. Adakah tu masalah jiwa atau tiub separuh bulat aku rosak. Lepas tu boleh aku ajar kau cara tidur yang berkualiti. Kita give and take lah. Amacam dik.


mangsa mangsa buli di rumah


p.s: sooner or later, people will know.

Friday, March 18, 2011

tawakal

Hai semua. Apa khabar. Kat sini hujan. Lebat woh. Kalau tadah setempat 2- 3 jam dah boleh buat basuh kereta aku. Ye ye. Lupa nak update apa cerita terbaru pasal si kereta aku tu. Manjhaa sangat. Ikut pergi dungun. Baru kena batu sikit dah luka parah. Seluka hati tuannya.

Sebelum cermin ni serkup muka aku, baik aku tukar. Memang sakai keadaan aku sekarang. Tak cukup cermin berderai, lampu kabus juga turut kena culik. Sampai hati curi hati aku bersama lampu fog aku. Nak pasang kat rumah sendiri pun agak agak lah. Aku dah lah sosial gila balik malam malam mana nak suluh jalan.

Baru nak mandikan bunga kereta aku ni. Hujan dah turun. Terima kasih hujan. Kau turun bagaikan air mata. Selesai dah dua masalah.

Bukan senang nak hadapi masalah selambak macam ni serentak. Saat saat kehidupan ni dah macam pangkah aku gila gila, perasaan kena buang tu membuak buak okay sumpah aku tension sampai loya. Mak aku selalu bisik sayup ke telinga aku yang anak dia kuat. Rasa dekat sangat bau mak aku sekarang. Rasa macam nak masuk balik perut mak aku dan selama lamanya sembunyi. SGF pun selalu ada. Terima kasih rakan. Terima kasih atas segala kata kata semangat dan doa (genang dah mata aku siyee). Kadang kadang je aku rasa aku tak berguna. Selebihnya, aku masih berjuang dan aku tak lari. Pakcik teksi pun tawakal.

Dan, percaya lah (aku pun ingat kan diri sendiri) kemurungan seperti ni Allah SWT anugerahkan pada orang yang layak terima ujian Nya. Semoga aku dan kau semua tak putus asa.


sekarang percaya tak, aku gadis sosial?


p.s: tergugat betul ada persaingan antara penidur berdengkur. cuak cuak.

Tuesday, February 1, 2011

khurafat

Macam mana aku nak feel tengok cerita hantu kalau sepanjang scene malam director dia pakai cahaya bulan bintang. Dah terpaksa mengisi masa kosong masa tengok khurafat tadi dengan berbalas bbm dan sms kawan kawan. Tengok timeline twitter. Balas komen gambar facebook.

Sedar sedar je, adik saudara aku tutup mata dan telinga. Bila tengok skrin, ah kantoi suara kerbau aku. Haha. Ah, aku benci lah cerita hantu. Lain kali pasang lah lampu. Kalau cerita nur kasih tu sumber cahaya melebih lebih sampai silau aku tengok tudung tiz.

Adakah ini balasan cuti tanpa sengaja aku. Lepas kantoi menjerit suara rabak, aku terpaksa cover macho jalan jalan kat jusco dan rembat selai dua sotong dan selipar baru. Selipar tangkuban perahu 14 rupiah aku dah menipis. Siut sakit tapak kaki aku dapat rasa batu batu jalan saiz apa semua.

Terboik lah cerita hantu melayu. Memang serem. Ni malam ni aku nak tidur kang aku tertengok tengok tingkap siapa nak bertanggung jawab. Tak apa tak apa, aku nak redakan kesereman dengan stalk adik aku punya facebook. Oh dah macam sembilu kasih. Malas ah belanja kau topap.

Tu awek gemuk pakai overall tu lah adik aku. Dulu comel. Sekarang tak. Sebab dia sekarang lebih penting kan picit henfon dari melayan cerita aku. Ah, soda lah dik.




Esok balik kampung yeah. Boleh bergurau dengan ciko. Dah lama tak timang dia tinggi sampai cucur atap.


p.s: adik manis, jadi lah diri sendiri. jangan asyik cedok idea orang. mak cik sebelah rumah tengok macam musibat tau.

Wednesday, October 6, 2010

Ubat gigi pilihan semua

Haha. Gila kelakar. Ada je balong (oh lupa nak bagitau balong ni abang sedara kita tau) aku ni punya cerita dongeng. Rasa nak maki sebab melampau sangat ceritera dia tak sampai hati. Lagipun mimpi je.

Anjing: Farhan, kau kena pilih antara garfield dan lembut, mana yang kau akan korbankan untuk bagi aku makan. (oh ya, garfield dan lembut dua dua pun kucing)

Farhan: Aku takkan pilih mana mana. Dua dua pun aku sayang.

Anjing: Kau kena pilih. Kalau tak nahas lah hidup kau.

Farhan: Baiklah. Kau ambik lah garfield. Makan lah dia.

Padahal, sebelum tu Farhan membelai belai belakang garfield. Tersengguk sengguk garfield sebab asyik sangat dengan usapan Farhan. Seolah olah sayang Farhan hanya untuk garfield sekor. Siapa sangka, bila tiba masa kena buat pilihan yang sangka disayang itu lah jadi pilihan. Padahal Farhan mampu untuk hapuskan sang anjing yang tak ada hati perut tu. Tapi kali ni, Farhan lah yang tak ada perut sebenarnya. Dan aku tengok garfield pun berlalu pergi sebab kecil hati dengar cerita Farhan.

Tak sedar berapa banyak air mata aku keluar sebab mengetawakan cerita haiwan balong. Siap bunyi gung gung ke woof woof masa gayakan anjing tu bersembang dengan dia. Terbawak bawak ketawa aku sehingga ke bilik air. Sambil gosok gigi pun aku masih ada saki baki ketawa. Tiba tiba aku loya. Bukan sebab mengandung. Tak tak. Gua belum bersedia. Aku loya sebab ubat gigi aku rasa menjengkelkan. Tak ada pulak rasa mint ke pedas ke apa. Tak berbuih macam biasa. Sampai ke pagi ni aku dapat rasa pencuci muka dalam mulut aku. Kelat ke payau ke aku tak pasti.


Saja letak gambar aku comel, hadiah sebab dah lama tak update blog diari kehidupan.


p.s: the emptiness is now filled ('',)

Wednesday, September 15, 2010

Riang Ria di Hari Raya

Aku nak tulis banyak banyak tak larat, kang hapa kau merapu, nak tidur pulak tak selesa. Jadi aku tempek je lah gambar seberapa banyak yang boleh. Jalan cerita nanti nanti aku reka, sementara tu kau agak agak je lah eh. Yang penting cerita dia memang riang ria di hari raya tak kisah lah hari ke berapa. Ha, gituuu.



Budak budak ni hyperactive betul. Sehingga aku pun terpalit sama. Galak yang tak terbendung.

Tak tak. Gua bukan nak berak. Gua nak lompat.


Alamak, posisi ni nampak aku macam tabung kecemasan. Cuba lagi.

Ni pun macam harem. Nak lompat lagi dah malas sebab tudung dah macam roti canai.


p.s: kejap je lagi balik kl. yes, boleh jumpa orang kesayangan

Monday, August 9, 2010

kugiran jutawan

Sepanjang malam mulut aku tak henti henti cerita kat sanak saudara pasal dinar sekeping yang aku beli. Mata masing masing bersinar sinar dan ternganga nganga mendengar kepetahan adik sayda menglipur lara. Cohmel. Lagi cohmel, mak aku senyap senyap je tolong simpankan dinar aku dalam bag tangan dia. Haha. Eh, ingatkan kakak lupa.

Badan aku sakit sakit sekarang ni. Kat kampung tadi membersihkan kebun macam esok dah hari raya. Semua jenis alat berkebun aku pegang. Mencangkul, menebas, menggaruk, memotong, mencantas dan semua jenis 'me' aku buat. Paling menyeronokkan, semua pun ringan tulang. Bagus bagus. Sambil membersihkan kebun, sambil minum air kelapa dan makan durian. Oklah, kena taip sikit sikit je. Tangan aku dah ketar habis.

Kerja kerja jugak. Lebih seronok kalau bekerja sambil gurau gurau. Haha.


Lagi lagi lagi seronok kalau masa rehat, sempat main kugiran. Tak peduli mak aku sekodeng dari belakang. Dia selalu kata suara aku yang terkantoi kantoi tu lah yang sedap. Ah, sayang mama.





p.s: cis weekend dah habis


Thursday, August 5, 2010

rugi kalau culik aku

Aku masa kecil dulu selalu berangan apa nak buat kalau kena culik. Dulu kan kecoh semalaysia jenayah culik ni (sekarang lagi kecoh). Tak payah tunggu mak aku bebel bagitau langkah keselamatan, aku lagi maju setapak ke hadapan memikirkan apa aku buat untuk elak atau pun untuk lari dari penculik. Mak mak. Kita kan sebenarnya lagi banyak idea.

1. Masa umur aku 5 ke 6 tahun, mak aku riuh gila pesan. Kak, balik sekolah jangan sorang sorang. Pimpin tangan kawan. Dia tak tau aku lagi bijak. Aku siap singgah di taman permainan sebab tunggu kawan dari tadika lain jalan balik rumah sama sama. Konsepnya senang. Kalau ada seorang diminati, maka culiklah semua. Tak sedar yang menunggu tu lagi sempat diculik.

2. Lepas tu kalau nak jalan pergi rumah kawan yang agak jauh dan naik basikal, aku mesti cicir cicirkan bantal mini sepanjang perjalanan (batu seremban yang aku jahit sendiri tapi yang rejek punya). Nanti senang, kalau aku kena culik ke apa, mesti orang tertanya tanya eh mana datangnya batu seremban ni. Ni mesti ada sesuatu buruk berlaku.

3. Dulu kan tak ada handphone. Kalau ada pun bapak besar dan sah sah lah bapak aku yang pakai. Jadi, aku sediakan buku rekod kat belakang pintu rumah. Mana aku pergi. Pukul berapa keluar dan dengan siapa. Senang mak aku monitor. Walaupun mak aku marah sebab dia kata aku buat rumah macam setinggan je gantung sana sini.

4. Kalau jalan kat pasar malam ke pesta keramaian apa apa ke. Aku dengan inisiatif sendiri melaram. Kat celah celah orang ramai tu lah aku pakai gown labuh bajet dress lah padahal jubah nenek aku beli kat mekah haha lepas tu bukan main lagi dengan rantai dan cekak rambut. Mak aku senang cari kan sebab anak dia wowwy sungguh lain daripada yang lain.

lain daripada yang lain kan. sangat orang asli.

5. Kalau lah ditakdirkan kena culik, aku dulu selalu terfikir nak buat buat mati di tempat kejadian. Sebab aku selalu praktis tahan nafas lama lama masa kat rumah.

6. Dulu aku aktif sukan. Semua jenis sukan lari aku pegang. Dulu dulu tau. Jadi, aku rasa kalau lah aku sikit lagi nak ditangkap penculik aku nak lari ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. Nanti penculik pening dan terus givap. Haha. Bila besar sikit baru aku terfikir kenapa aku anggap penculik akan lari macam ba alip ba ya. Haha.

Nasib baik kau tak kidnap aku dulu penculik. Aku manusia tak berguna. Perengus dan bengis.

Oklah adik adik. Kakak harap adik adik ambil iktibar apa yang kakak cuba sampaikan di sini ya. Jangan berseorangan di tempat gelap dan sunyi. Tiba tiba pembaca adalah kanak kanak. By the way adik adik, ni gambar kakak masa kakak kanak kanak. Ayah kakak yang membentuk tangan kakak kat tempurung tu.


p.s: i love u. and it grows everyday

Monday, July 5, 2010

Rumah Strawberry

Ni lebih kurang rumusan kepada 2 hari bercuti (ceh ceh padahal cuti hujung minggu je). Sabtu pagi tu, nasib baik lah aku tak sedar orang call call aku. Haha. Kalau tak, buat aniaya je, kena bangun awal teman echah pergi renew passport norman.

Sampai je makbul, aku terus melantak 2 keping roti telur konon sebab saki baki marah malam semalam belum setel lagi, tambah pulak dengan mood masih nak tidur aku. Lepas pergi setel hal felait kat klsentral, gatal pulak nak pergi midval. Memang gatal habis, sebab aku pakai tshirt lopek. Ni semua persediaan nak pergi jauh (jauh sangat). Siap gaduh gaduh pakwe makwe depan aku ni kira duit rupiah. Haha. Sebut juta juta padahal berapa je ada. Duit orang pulak tu.
Balik tu, siap siap terus balik pasir gudang. Wowwy memang best gila sebab tiba tiba je boleh sampai rumah dan jumpa mama dan ayah dan adik dan ciko dan nenek dan semua sedara mara aku. Malam tu sokong German ramai ramai wahh.

macam biasa lah, gambar beramai ramai mesti ada

fika, aku dan mama

Aku sebenarnya ada belikan sesuatu untuk ciko. Sebab nampaknya dia macam sangat behave sepanjang aku di kl. Haha. Tak merengek. Makan tak tumpah tumpah. Beristinjak kat tempat yang betul. Lagipun, kasihan. Garfield dah tak ada (aku sangat rindu garfield).

betul kan aku cakap, dia buang kat tempat yang betul


ni lah hadiah untuk ciko. muah muah.


haha. ciko dapat rumah baru, aku pun tak faham kenapa aku belikan strawberry, padahal ada je design kereta. Strawberry buat ciko nampak macam kucing pondan.



p.s: ah, esok isnin lah pulak.

Tuesday, March 30, 2010

Anak ayah

Aku rasa aku bukan pedendam pun. Kalau ya pun, aku dah lama gila tinggalkan. Tak kuasa aku nak simpan dendam kesumat kat orang. Aku sendiri ada banyak masalah dan banyak kerja nak fikir. Aku tak kacau orang, jadi jangan lah aku kena kacau. Tapi, aku tak nak pulak benda ni berterusan tanpa dibendung. Apa kata, kalau lepas ni aku main cakap lepas je dan setiap kata kata aku pedas macam cibai eh cabai.

Ok, aku malas nak cakap pasal marah marah ni. Kali ni aku nak cerita pasal ayah aku. Dalam era 90 an (cis tak agak agak era, pakai tahun sudah). Tak silap aku, masa tu umur aku 8 tahun. Ayah aku baru dapat hadiah pen parker sempena anugerah pekerja terbaik. Pen tu memang terbaik. Aku yang suka main cikgu cikgu memang suka gila pen tu lah. Dakwat dia basah jadi aku jakun. Selama ni aku guna pen ayah aku yang lauya je. Ah, budak baya aku mana ada guna pen lagi. Jadi, memnag pantang habis dapat pegang pen macam tu.

Jadi, aku selalu pinjam (curi curi). Aku test tanda tangan kat kertas lah. Kat surat khabar lah. Buku resipi mak aku. Oh, masa tu dah gatal nak ada tanda tangan dah ye sebab seronok tengok cikgu aku menenyeh sain kat buku laporan kemajuan kitorang. Kira kemaruk nak ada signature lah. Entah apa apa bentuk sign aku masa tu. Ni memang tak boleh taruk kat blog. Nanti saham aku jatuh.

Dah puas kat kertas, aku buntu dah tak tau mana lagi nak tanda tangan. Aku punggah punggah bag plastik kat almari bilik mak ayah aku. Aku jumpa satu helai baju kerja ayah aku. Aku kira ni mesti dia taknak pakai dah lah. Sebab dah nampak lusuh semacam je. Apa lagi, aku terai lah sign kat baju tu. Ni semua sebab aku tiru artis sign kat baju peminat. Lepas penat main sign sign, aku tidur.

Esok pagi masa aku nak siap siap pergi sekolah, tak sempat nak mandi, aku kena marah teruk gila. Ayah aku paksa aku padam apa yang aku conteng kat baju tu walau apa cara sekali pun. Malas cerita panjang, sampai sekarang aku tak tau macam mana nak hilangkan tanda tangan komplikated aku kat baju tu. Banyak gila. Dan masih ada dalam bag plastik bawah katil aku.


Agaknya, aku masa kecil memang anak yang buas. Haha.

p.s: aku rindu ayah aku.

Tuesday, March 23, 2010

Aku lah heroin nya.

Budak depan aku, tak ingat nama siapa, mengaji lama sangat. Ni mesti kes nak potong aku ngaji. Padahal aku dah cuak gila. Kat luar dah berdentum dentum guruh. Macam nak runtuh je langit. Kejap lagi mesti hujan lebat. Apa yang aku takut sangat pasal hujan ni, sebab siap ada pakej petir kilat semua.

Lagi gabra, aku pakai baju lawa hari tu. Bahagian belakang baju kurung aku tu, aku letak reben. Siap ada belah kat baju. Kain aku mintak design kipas. Kira cun melecun lah tu. Jadi, aku tak nak lah baju cantik aku tu basah kena hujan.

Habis je ngaji, aku, ella dan zizi lari lari nak balik rumah. Rumah kitorang tak ada lah jauh sangat. Tapi, kena lintas satu longkang besar gila ni lah. Longkang ni kalau hujan, memang bapak deras air longkang dia. Hujan dah mula nak lebat. Alamak. Ella lintas dulu longkang tu. Lepas tu aku. Tiba turn zizi, dia tak konfiden. Nama je zizi. Tapi, dia memang takut. Ke depan ke belakang. Konon ambik step. Aku dah gelabah. Cepat lah cepat lah. Hujan dah lebat. Air longkang dah laju. Maksudnya, kat area rumah bahagian atas atas sana dah hujan lebat. Aku suruh zizi ambik step.

Dia undur beberapa langkah, lari dan terus lompat. Aku ingat lepas. Tapi, dia salah jangka. Dia terjatuh dalam longkang. Aku dengan ella ingat nak blah je. Tapi, kesian lah pulak. Pergi sama sama. Balik takkan nak tinggal kawan dalam longkang. Maka, aku pun mencemar duli masuk dalam longkang dan tarik zizi keluar. Naik je atas, zizi nangis. Muqaddam dia terjatuh dalam longkang. Bila aku tengok, memang air longkang tengah hanyutkan muqaddam zizi. Aku nak selamatkan muqaddam tu. Mak zizi ni memang garam semacam. Lagipun, mesti aku dapat pahala kalau aku selamatkan muqaddam ni.

Kejar kejar muqaddam dalam air. Dapat lah hasil sikit, 4-5 helai. Yang lain lain aku tak sempat. Lagipun nanti takut dengan aku aku sekali hanyut, aku pun tawakal je lah naik. Apa lah budak umur 5-6 tahun macam kitorang ni boleh buat. Baru nak blah, dengan baju aku ikut zizi basah lencun, tiba tiba ada orang panggil aku. 'Mai mai' (dulu nama glemer aku mai). Tengok belakang, rupanya ada satu budak ni jerit dari hujung longkang sana tengah cedok apa tah dari longkang. Oh, rupanya muqaddam zizi yang hanyut tadi. Aku rasa budak tu memang tengah berkubang kat longkang. Jadi, dia pun selamatkan lah sebahagian besar muqaddam zizi. Kuasa Tuhan. Kalau benda tu mulia, memang terpelihara.

Nama budak tu, Khairul bin Rawi. Masa tu, aku suka dia sebab dia macam hero. Haha. Lantaklah, dengan rupa aku masa tu dah. Sekarang budak tu dah kahwin dengan budak kelas aku.

Akulah heroin dalam cerita ni.

p.s: bibir aku ada ulser. tergigit masa comolot. haha. masa makan burger hasil pow khairul daud lah.