Showing posts with label alergi. Show all posts
Showing posts with label alergi. Show all posts

Monday, August 30, 2010

D.I.Y

Hai. Apa khabar. Seminggu aku tak update. Sibuk. Haha. Macam gampeng je sibuk. Sebenarnya saja nak menjauhi rasa rindu kat orang kl. Biasalah, bila jauh dengan kekasih hati, mestilah rindu deeeendam. Grrrrr.

Memang tangan aku sibuk gila pun sepanjang 5 hari duduk rumah ni. Ada sahaja pekerjaannya. Semalam berjalan jalan di Angsana cari barang raya. Seperti selalu, kalau shopping macam ni, sang emak yang paling berjaya. Senyum dari telinga ke telinga. Aku tak beli apa sangat. Rembat sehelai baju murah dan 2 pasang kasut murah. Sangat murah. Dan aku memang pantang kalau aku jumpa barang murah yang walhal di tempat lain sangat mahal. Jadi tak tentu arah.

Kasut aku malas nak cerita sangat. Tapi hal baju seronok weh. Haha. Tiba tiba teruja nak sembang pasal baju aku ni. Aku gatal habis nak letak sesuatu di baju. Gara gara tengok rancangan Smart Shop dulu lah ni. Tak pun sebab selalu sangat tengok Martha Stewart. Lagipun, suka tengok Project Runway. Daripada baju tu sangat kosong (ah sebenarnya ok je kalau pakai), aku rasa tak ada unsur glamour, aku patut buat sesuatu.

Dulu masa kecil, aku suka sangat buat aktiviti DIY. Baju sukan sekolah aku sangat kuning. Plain kuning. Jadi, aku tak suka. Cikgu kata kalau aku ada masa, suruh mak aku lekat lekat riben ke apa kat baju. Nanti mungkin dapat anugerah baju paling kreatif. Tak apa mak, kita boleh buat sendiri. Ni semua berkat belajar pendidikan seni sungguh sungguh. Hasilnya sungguh giur. Cantik je. Ada cop cop bentuk love dan bintang. Hehe. Aku buat cop pakai kentang.

Nak ulang balik kejayaan dulu tapi kali ni aku tak pakai kentang. Sangat sa (sakai). Aku pakai manik. Rizman Ruzaini tak boleh calen gua bang. Mula mula ingat tak salah kalau aku kata boleh bawak pergi high tea kat hotel hotel.

Boring kan.


Tengok, aku dah buat apa. Tak tau kenapa bila tengok lama lama, macam nak bakar je baju aku ni. Kesal. Besah daripada tadi, cantik sayda cantik sayda. Haha.


Dah lah. Aku sakit perut ni. Esok kena bercuti sakit. Bai kawan kawan.


p.s: kalau dah dapat tanggungjawab tu, buat sehabis baik.

Tuesday, August 24, 2010

lele penyek

Terdetik kat hati tadi nak ikut je lah ecah dan pakwe buka sama. Walaupun, hari ni aku masih bercuti. Haha. Apa salahnya. Terhibur jugak bila dapat sembang dengan dorang walaupun setiap hari kerja asyik nak menyembang saja.

Selain menyembang, aku sempat meninjau meja sebelah menyebelah. Aik, mat mata sepet pun ikut makan waktu berbuka. Siap tunggu azan kumandang jugak. Sangat satu Malaysia.

Aku tenung tenung lele depan aku ni. Kalau lu makan gua, lu serba salah. Sebab lu dah jumpa bapak besar lele macam lengan bina badan malik nor masa kat bandung bulan lepas. Sepupu sepapat gua tu. Ah, aku tak peduli. Aku nak juga. Kau tak faham selok belok dunia ada hati nak warning panas kat aku. Ratah kepala baru tau. Ecah jerkah aku. Apesal mulut kumat kamit pandang lele aku. Aku kata, aku ok. Tak ada masalah. Cuma hati terusik terkenang peristiwa sayat hati makan lele dulu.

Tanpa belas, aku tak tahu kenapa aku sebat puas puas lele tu. Tak kisahlah walaupun masih panas. Dendam. Siap selang selikan dengan semua lauk depan mata. Bercelaru perut aku. Mana nya amylase nak menukar nasi jadi maltosa nya, mana protease nak tukar peptone jadi polypeptydes lagi. Akibatnya, sekarang aku tak senang duduk. Asyik ulang alik ke bilik air.


Macam lengan awek ni.




p.s: sayang, hensemnya awak.

Thursday, August 5, 2010

rugi kalau culik aku

Aku masa kecil dulu selalu berangan apa nak buat kalau kena culik. Dulu kan kecoh semalaysia jenayah culik ni (sekarang lagi kecoh). Tak payah tunggu mak aku bebel bagitau langkah keselamatan, aku lagi maju setapak ke hadapan memikirkan apa aku buat untuk elak atau pun untuk lari dari penculik. Mak mak. Kita kan sebenarnya lagi banyak idea.

1. Masa umur aku 5 ke 6 tahun, mak aku riuh gila pesan. Kak, balik sekolah jangan sorang sorang. Pimpin tangan kawan. Dia tak tau aku lagi bijak. Aku siap singgah di taman permainan sebab tunggu kawan dari tadika lain jalan balik rumah sama sama. Konsepnya senang. Kalau ada seorang diminati, maka culiklah semua. Tak sedar yang menunggu tu lagi sempat diculik.

2. Lepas tu kalau nak jalan pergi rumah kawan yang agak jauh dan naik basikal, aku mesti cicir cicirkan bantal mini sepanjang perjalanan (batu seremban yang aku jahit sendiri tapi yang rejek punya). Nanti senang, kalau aku kena culik ke apa, mesti orang tertanya tanya eh mana datangnya batu seremban ni. Ni mesti ada sesuatu buruk berlaku.

3. Dulu kan tak ada handphone. Kalau ada pun bapak besar dan sah sah lah bapak aku yang pakai. Jadi, aku sediakan buku rekod kat belakang pintu rumah. Mana aku pergi. Pukul berapa keluar dan dengan siapa. Senang mak aku monitor. Walaupun mak aku marah sebab dia kata aku buat rumah macam setinggan je gantung sana sini.

4. Kalau jalan kat pasar malam ke pesta keramaian apa apa ke. Aku dengan inisiatif sendiri melaram. Kat celah celah orang ramai tu lah aku pakai gown labuh bajet dress lah padahal jubah nenek aku beli kat mekah haha lepas tu bukan main lagi dengan rantai dan cekak rambut. Mak aku senang cari kan sebab anak dia wowwy sungguh lain daripada yang lain.

lain daripada yang lain kan. sangat orang asli.

5. Kalau lah ditakdirkan kena culik, aku dulu selalu terfikir nak buat buat mati di tempat kejadian. Sebab aku selalu praktis tahan nafas lama lama masa kat rumah.

6. Dulu aku aktif sukan. Semua jenis sukan lari aku pegang. Dulu dulu tau. Jadi, aku rasa kalau lah aku sikit lagi nak ditangkap penculik aku nak lari ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. Nanti penculik pening dan terus givap. Haha. Bila besar sikit baru aku terfikir kenapa aku anggap penculik akan lari macam ba alip ba ya. Haha.

Nasib baik kau tak kidnap aku dulu penculik. Aku manusia tak berguna. Perengus dan bengis.

Oklah adik adik. Kakak harap adik adik ambil iktibar apa yang kakak cuba sampaikan di sini ya. Jangan berseorangan di tempat gelap dan sunyi. Tiba tiba pembaca adalah kanak kanak. By the way adik adik, ni gambar kakak masa kakak kanak kanak. Ayah kakak yang membentuk tangan kakak kat tempurung tu.


p.s: i love u. and it grows everyday

Friday, July 2, 2010

mesin tapi nampak macam beluncas

Lepas mandi, aku rasa lega gila. Lega ke. Seharian aku kena asak dengan tekanan tekanan tekanan yang sebenarnya aku boleh tahan lagi. Tiba tiba ada pulak satu cerita tak best tentang aku yang aku dengar yang buat aku betul betul hilang ingatan eh imbangan. U really fail me.

Dengan jumlah besar macam tu, dengan masa yang terkorban, dengan beban yang aku tahu bukan seorang mampu tanggung, tak faham kenapa aku dirasakan tak berbaloi. Bergelen dah toksik kat badan sebab sakit sakit. Frust jugak bila fikir fikir. Jadi, adakah tak payah fikir dan buat tak tahu. Ha, mungkin lagi bertenang kalau aku pentingkan diri sikit.

Agaknya lah, aku nak persekitaran baru ke aktiviti baru ke minat baru ke baju baru. Ok, aku decide, nak rehat lama sikit.




p.s: kawan-kawan, dapat stok baru, lawatlah dole-boutique

Sunday, April 18, 2010

i would do anything to ease your pain

E: Weh, pek tu tinggal satu
S: Hah, hambek lah. Kang kita rugi. Kita share share. Kau ambik yang botol kecik tu.
E: Banyak cantik kau. Share share tapi aku dapat yang kecik jek.
S: Haha. Yelah. Kau rasa stock kita tahan sampai bila.
E: Setengah tahun

ni sebelum aku tekad nak angkat 'benda' tu


Kat ofis aku pulak.

E: Aku dah bahagi sama rata. Cepatlah makan sama sama.
Lepas makan.
S: Gua rasa gua weng gila dowwwhhh.
E: Lu ambik terlebih dose ke. Tapi gua pun dah rasa terbang terbang. Gua nak meniarap kat opis lu boleh ke.
S: Boleh je. Gua rasa bulan depan kita kena tambah dose lah. Gua nak lagi feel. Eh, jarum lu tadi bersih ke tak.
E: Gua lap dah tadi. Jangan risau. Selamat punya.


tengah 'high' pun, member aku boleh jumpa benda ni kat meja kawan aku, maka, dia perdajal.


Akibatnya, mungkin kerana 'benda' yang aku ambik tu, aku buang buang hari ni. Tak apa lah kan. Sekurang kurangnya ada lah jugak aktiviti aku pada hari ni.


p.s: sayang, let me ease your pain.

Wednesday, April 7, 2010

Sunyi

Dari plan nak jalan jalan kat midveli, aku u-turn nak balik rumah kat kubur taman tun tadi. Meremang remang bulu roma aku masa lalu kat situ. Tiba tiba, aku rasa semacam. Cek cek, eh hari ni baru rabu, takkan lah ada apa apa. Seram pulak aku rasa. Jalan yang aku rasa sepatutnya kejap jadik lama. Jalan yang tadi mulanya ramai jadi dah tak ada orang. Ah, sial, kenapa tiba tiba radio aku bercelaru gila ni. Aku terus sumbat dengan cd faizal tahir. Lepas ni, aku akan bekalkan cd mengaji dalam kereta aku. Untuk halwa telinga sepanjang memandu. Dan juga, sebagai dinding dari gangguan syaitan. Dalam hati aku masa tu, aku kena kacau h****u ke? (bajet takut nak eja hantu lah. Cd yang aku pasang tu dan dan lah keluar bunyi zzzzzzzz. Kenapa ni. Kenapa lama sangat nak sampai tempat yang ada lampu ni. Lampu jalan tak ada langsung. Ada kabus kabus lah pulak. Macam mana ni.

Aku cuak. Mulut aku tak henti henti baca ayat kursi. 3Qul. Al-Fatihah. Semua aku baca. Hukum tajwid tak tahulah betul ke tak. Macam main langgar je. Peluh aku dah mula lumba lumba keluar. Tapi, aku tetap drive. Taknak jadi orang yang lemah. Takkan lah baru kena usik sikit aku dah rasa nak terkencing. Baca bismillah kuat kuat. Aku pecut laju siap kona baring.

Akhirnya, aku malas dah nak berangan konon aku tengah berlakon filem seram alam angker. Alhamdulillah. Aku sampai di mohsin lalu menyambar nan cheese sekeping dan teh tarik. Sedap tak ada lah sedap sangat. Boleh lah setakat nak melayan mengidam aku. Memang nampak sofistikated lah jugak makan kat mamak pakai baju kerja sambil perhati pelanggan lain menyantap macam aku dan pekerja mohsin yang serabut aku tengok ke hulu ke hilir ambik order hantar order. Hingar gila. Tapi, aku tetap sorang. Berharap sorang pakwe yang baik hati dikirimkan kat aku.




p.s: tapi sekarang, memang ada pakwe yang baik hatinya pun dengan aku. bersyukur sangat.

Wednesday, March 17, 2010

Astaghfirullahalazim..

Sekarang dah pukul 8.48 malam. Sepatutnya, aku dah sampai rumah dah mandi dan bersedia untuk membikin tahi mata dan me-naga tak pun aku mungkin tengah lepak dengan kawan kawan ofis aku, tak pun busuk busuk aku tengah siap siap nak balik rumah dah. Tapi, apa aku tengah buat sekarang weh. Masih kat ofis. Tunggu mat mat IT ni berkarya. Mata aku pulak dah barai gila.

Kalau nak ikut prinsip dan filosopi hidup aku, aku nak kena tidur sekurang kurangnya 12 jam. Ni, mana aku nak cari 10 jam lagi ni. Mati akal. Santau betul.

Nasib baik hebat, tenaga aku banyak walaupun mata aku tak beri kerjasama sangat. Yang gempak tetap gempak lah. Yang putih tetap putih. Yang bergulung tetap gulung gulung jangan gatal kata nak lurus. Yang besar pun mestilah tetap besar, takkan lah nak mengecil. Maka, aku dapat jugak tahan daripada amuk sebab tak cukup tidur aku ni. Haha. Tak baik betul aku cakap besar. Astaghfirullahalazim..



p.s: hari ni kawan kawan aku baik betul, teman hantar meter, layan cerita aku di telefon, belanja makan burger ayam.

Friday, February 12, 2010

Runsing.

Aku dah kering akal nak tulis lately. Penat agaknya. Tapi aku nak jugak update.

Tadi petang, aku rasa luar biasa gila. Simptom apa aku tak pasti. Yang penting, suasana ofis aku tetap lintang pukang. Bersimpang sial eh siur. Macam nak buat buat sibuk, tapi otak aku tak larat. Nak baring je mana mana dan berdengkur.

Aku malas fikir banyak, aku kemas meja, tutup komputer canggih, capai kunci kereta, aku blah. Dalam kereta, aku pasang radio, keluar pulak lagu sedih. Mata aku berair air. Bingung betul aku. Sedih ke apa aku tak faham.

Aku tekad. Aku nak jugak hilangkan rasa aneh tu, aku pergi Midvalley. Selalunya, kalau aku tengah tak gembira, aku pergi jalan jalan. Lepas tu mesti ok. Tapi, cubaan aku rupanya melalut.

Balik dari Midvalley, aku lepak kat taman tun. Lepak depan Maxis. Entah apa sebab aku pun tak tau. Duduk dalam kereta, tengok orang lalu lalang. Macam macam kerenah. Selalunya, kalau tengok orang ramai legar legar depan aku, aku akan ok. Tak jugak.

Bingung bengong. Aku drive balik. Rasa rasa leher dan dahi sendiri. Panas. Sah lah aku demam. Agaknya aku gundah gulana sebab tak sihat kot. Singgah stesen minyak. Aku beli air badak cap kaki tiga. Minum sampai mabuk. Aku ingat aku dah ok dan waras. Tak jugak.

Tak boleh jadi ni. Aku terus balik rumah lepas sorang kawan baik aku sound sound aku suruh balik jangan buat kerja gila. Sampai rumah, tanpa sempat buat apa apa. Aku memerut. Lama lah jugak. Yes. Rupa rupanya rasa merepek repek aku tu sebab aku tak tunaikan hajat. Sekarang, aku dah lega sebab berjaya selesaikan satu masalah rumit.

Lega.


p.s: sesak dada aku. sebak jugak.

Tuesday, December 15, 2009

boleh tak?

Semak-semak...Seperti nak cabut sekejap ke alam fantasi dan bila dah dapat ke'sukaria'an, barulah aku nak balik semula ke dunia realiti. Ewah, berangan tak hengat.

1. Boleh tak aku nak rumah yang aku boleh duduk sendiri tak payah bayar sewa ke apa dan cukup dengan perabot indah mahal segala?

2. Boleh tak nak dapat rumah yang walau kena bayar sewa tapi bapak murah (range harga RM20-RM50 sebulan). Murah-murah pun tapi aku still nak lengkap (atau sikit-sikit pun boleh) dengan perabot moden kontemporari dan orang gaji juga? Jadi, malam-malam tak payah fikir nak masak apa. Hujung minggu tak perlu susah hati fikir nak basuh baju buat berapa kali trip. Bibik buat semua.

3. Boleh tak nak duduk rumah yang selamat dari segala jenayah? Kalau ada pun sikit-sikit je macam buang sampah tepi jalan dan memijak rumput. Dan selamat sebab ada abang polis yang sikit punya hensem tak boleh blah jaga kawasan kejiranan. Tak nak pakgad myanmar, bangla, indon, dan semua yang imported mengawasi kawasan rumah aku malam-malam round pakai motor yang ada lampu pusing-pusing dan cota panjang sehasta??? Ha, bagilah senjata api hebat sikit. Bolehlah aku tidur berdengkur dengan aman.



4. Boleh tak dapat rumah yang jiran-jirannya terdiri daripada artis-artis terkenal? Tak payah lah aku nak berharap sangat terserempak dengan artis masa jalan-jalan kat shopping complex. Senang-senang bolehlah mintak autograph masa tukar-tukar juadah, lepas tu bergambar dan mengambil tahu hal semasa artis lain. Macam..gosip lah.

5. Boleh tak agaknya aku nak ada rumah yang free parking? Lupa, free tapi sangaaaaaaaat selamat ditinggal macam tu saja. Malas lah malam-malam balik kerja aku kena berhempas pulas nak pasang besi berat kat stereng.

6. Boleh tak nak dapat rumah yang walaupun bukan free parking tapi sekali masuk kena bayar? haha. Tapi, ni bukan aku yang bayar. Tapi management yang bayar. Sekali parking kat kawasan rumah dia, aku dapat bayaran RM5. Kira penghargaan aku nak parking kat tempat dia lah. Hari-hari RM5 selama 2-3 tahun, bolehlah aku beli sebijik lagi kereta baru. Yahuuuu!

7. Boleh tak nak ada rumah (lagi pasal parking) yang ada bumbung parking dan tembok-tembok parking aku dibaluti span agar kereta aku tak tersagat kalau salah estimate. Lagi best kalau tempat parking kereta aku tu ada sensor. Kalau salah masuk, tempat parking tu yang berbunyi. Aku nak suara faizal tahir (berbisik manja sahaja) cakap 'sayda sayang, kanan sikit, u belok lebih sangat tu' hespesyeli ketika masuk reverse parking.

8. Boleh ke tak aku nak ada rumah yang dekat dengan semua tempat? Tempat kerja, shopping mall, LRT, masjid (ecececeh), tempat-tempat percutian....yang tak ada apa-apa 'cas tersembunyi' untuk ke sana.

9. Boleh tak nak ada rumah yang kalau aku tak duduk sorang tapi ada housemate yang kaya raya, banyak makanan lazat, baju-baju hebat, tapi tak kedekut dan tak kisah kalau-kalau aku nak angkut kawan-kawan aku 'karox' kat rumah?

10. Boleh tak nak ada rumah yang sebenarnya sekentut je dari rumah mak bapak aku tapi aku nak kat kl dan mak bapak aku kat johor? Ah, senang cakap, boleh tak kl dan johor jaraknya sekangkang kera saja sebab kalau malam-malam rindu mak boleh balik rumah mak dan tidur bawah ketiaknya.

11. Boleh tak...boleh tak...boleh tak kalau kau cari kan aku rumah sewa baru? Kawasan rumah aku parking mahal nak mampusss tapi kes pecah kereta dan dibawa lari semakin menjadi-jadi. Sewa rumah lagi murah dari kotak parkir. Serabut kepala aku. Rambut pun dah caca marba asyik garu-garu fikir solusinya.


p.s: carikan je lah. Ciri-ciri idaman kat atas tak susah sangat pun.


Friday, October 30, 2009

obsesi

Hah, hanya kerana taksub dan dah menghambakan diri pada teknologi maju, aku dah banyak kali susah. Bukan saja susah malah memalukan. Moral kisah aku..berpada-pada sahaja.

1. Bad suruh pergi tengok website. Kalau sebelum ada benda tu, aku jumpa je tempat tu. Pakai direction mulut-mulut je. Tapi sejak ada alat canggih tu..konon-konon nak pakai GPS (tapi masih jahil) maka aku sesat. Sesat kat tengah2 bangunan2 tinggi yang aku nampak sebelum ni dari jauh je. Poyo pakai GPS..padahal jalan kaki.

2. Ada satu kali tu, lepas balik kerja, nak balik ke arah Universiti, aku tersalah naik train ke Kelana Jaya. Lagi best, sampai2 je rumah bila ingat dah tak akan ada masalah sbb dah naik train yang sepatutnya, aku buka handbag ada kunci kereta Azmi. Ah, sial je kena patah balik naik train semula pergi office. Kalau tak, mcm mana dia nak balik rumah. Semua gara-gara main benda alah tu melampau-lampau.

3. Sebab asyik sangat explore handheld baru tu, masa berjalan-jalan dgn kawan2 aku sesat. Tu memang disengajakan mereka sbb dengki.


Masa ni aku nak cakap "handphone ini canggih". Padahal masa tu aku pegang handphone tu pun still belum betah. (eh, kodinya.."betah"?)

Sekarang, jangan risau dah. Aku dah biasakan diri dah dengan kemajuan teknologi. Tak akan sesat dah. Dah tak akan jakun lagi. Aku masih suka handphone yang lama.

Tuesday, October 6, 2009

wangi

aku senang tertarik pada benda2 yg wangi. orang yg wangi pun sepatutnya berhati2. aku senang melekat pada benda yg harum. haha. amacam? seram x?


p.s: baru2 ni aku beli perfume baru, org kata bau mcm cempedak la, bunga cengkih la..

Thursday, October 1, 2009

red flag

Menjelang hari2 datang bulan, aku mudah terasa. Jalan kengkang ke, cakap penuh dgn kata2 kasar ke, suka dgr lagu rock ke, aku tetap perempuan. Sensitif mesti ada. Sesiapa yg tgh dekat dgn aku mmg kena tempias. Aku perasan aku emo tak tentu pasal, tp benda tu uncontrollable. Sorrylah. Aku mintak maaf ni. Nanti aku cubit diri sendiri ye????




p.s: let me fix it.

Tuesday, September 8, 2009

Rahsia kaki bengkak

Minggu lepas aku berbuka puasa kat KGPA. Walaupun tgh off (bukan saja2 tuang) tp aku makan mmg mengalahkan org yg berpuasa. Aku kira2 ada lah jugak dalam 14 kali aku bangun untuk ambil makanan. Weh, kalau kau nak belanja aku makan buffet mmg tak rugi. Kau bayangkan, dalam masa tak sampai setengah jam lepas waktu berbuka, tinggal kurang daripada 5 stall je lagi aku tak sempat singgah out of 200++ jenis makanan yg ada. Hebat tak hebat la. Aku cuma tolak kambing dan ketam je. Lain semua aku telan.

Bila dah makan banyak gila, aku seperti biasa akan terus ke toilet. Sistem perkumuhan aku mmg terlampau dan melampau lancar. Tak tau la ni consider normal ke tak. Lepas beristinjak (sedap sikit dr berak), on the way nak turun tangga (kau boleh imagine tak tangga kat KGPA mcm mana?..ala, dia ada 2 tangga menghadap), ok sambung, ada 1 makcik ni MEMANG LAWAK. Dia pakai tudung dan dia punya brooch ada yg sepatutnya ada bawah dagu tertarik ke tepi pipi.

Mungkin lebih kurang mcm ni la fesyen tudung makcik tu.

Macam belum ada lg je kan fesyen tu. So, aku ketawa la sorang2 sbb makcik tu gila selamba, takdela pulak nak adjust2 tudung ke apa. Takkan la dah syok sgt melantak, tudung dia sampai tertarik ke tepi. Tgh syok2 gelak, aku mmg tak perasan ada berapa banyak tangga lagi aku kena turun. Haha, tp dalam hati aku ada rasa mcm kejap lagi jatuh je kan. Dan, mmg instinct aku mmg selalu betul pun. Aku terjatuh. Ada lah dalam 6-7 anak tangga aku terjelepok, terperusuk dan apa2 lah lagi yg kau boleh letak supaya jatuh aku nampak buruk. Kasut sebelah kanan aku tertinggal 4 tangga kat atas dan sebelah lagi 2 tangga kat bawah. Ni, kalau zaid nampak, mmg dia gelak tak cukup angin. Dalam tahan2 sakit (konfem la saket, aku jatuh kat atas kaki kiri aku sendiri) aku sempat juga la pikir, nak ambil kasut kanan dulu yg kat atas atau yg kiri dulu yg ada kat bawah. Kira aku masih boleh berfikir lagi secara waras. Takdela aku dah jd gila sbb aku terjatuh tangga. Sebelum nak bangun, aku cek line dulu. Ada org nampak tak. (aku cuma risau budak2 damini nampak aku jatuh mcm nangka je, org lain nampak aku tak kisah) Kalau lah fendi ke azmi yang nampak, sah2 lah aku kena gelak weh. Diorang bukannya nak tolong pun. So better aku tipu.

Kaki aku selepas seminggu aku tak buat apa2 pun. Nampak tak bengkak pada warna biru keunguan tu? Kalau kau nak tau, aku punya buku lali sampai tak nampak sbb bengkak.

Aku bgtau diorang aku sakit kaki. Tapi, apa yg aku tipu, aku cakap aku tak tahan nak buang, aku tendang pintu toilet. Lantak lah, nanti raya aku mintak maaf lah sbb menipu. Dan sekarang, aku tgh menderita, menderita gila. Kaki aku bengkak mcm kaki org pregnant. Aku pernah jugak bengkak kaki lebih kurang mcm ni kat kaki yg sama. Tp tu sbb aku tertendang salah benda. Benda 'halus'...Bengkak gila. Bengkak sampai tak muat kasut. Bengkak kali ni pun melampau juga. Tak muat kasut juga. Jadi, takde lah aku nak bergaya dgn kasut tumit tinggi, ceh mcm tajuk drama kat astro je. Kasut penyebab aku jatuh pun aku taknak pakai langsung dah. Kalau kau nak rasa betapa bisanya kaki aku sekarang ni, try lah gelak kan org tua dan jatuh gaya aku jatuh.

Kasut yg membuat onar


p.s: lain kali, kalau nampak fesyen org tu aneh sikit, biar je lah. jgn gelak.

Tuesday, June 2, 2009

Sakit


Kali ini punya post, biarlah aku terus terang kat sape2 yg ada tersinggah baca atau suka baca senyap2 atau yg mmg redha baca blog ni. Aku sebenarnya br dapat tau aku ada sakit. Mula2 aku ingat takde la serius mana. Ingat normal untuk org sebaya aku and ingat juga penyakit ni sekejap je kot. Rupanya tak. Tak ye kawan2... Aku dah sampai tahap tak boleh nak cure. Nothing can cure it. Risau la jugak. Tak tahu dpt survive sampai bila weh. Macam2 ubat dah aku try, mcm tak jalan je. Kurang asam punya doktor, kau tipu je cakap ubat tu boleh buat aku segar balik. Iklan kat tv and suggestion kawan2 terdekat pon dah tak boleh pakai. Aku tahu, iklan mmg nak buat duet je la, tp kawan2 pulak, aku rasa diorang mmg saje nak kasi aku rasa harapan hidup. Padahal dorang tahu susah kot. Baik betul kan? Tp takpe weh. Aku berterima kasih. Parents aku rasanya tahu aku sakit apa. Tp dorang buat2 tak tahu sbb tak mau aku rasa risau dgn sakit sendiri. Zaid jugak maybe tahu. Sbb dia lately takut nak tinggal aku sorang2, sbb takut tak bgn terus. Tak sangka semua org rupanya sayang kat aku. Bila pk2 balik, sayu gak aku rasa. Apa2 hal, aku pun terkejut sebenarnya aku tak boleh baik sendiri sakit tu. Mmg memerlukan bantuan korang jugak. Biar aku boleh terus survive. Sayang yu ol!



Sebenarnya, penyakit yg serius aku nak bg tau tu. Sakit NGANTUK yg terlampau. Vavi, aku dah tak tahan gila dah ni. Mcm mana nak buat kerja weh!!!


p.s: dah, jangan marah2, aku gurau2 je :p

Wednesday, January 7, 2009

Kambing masak kicap pekat

Rumah aku bau kambing?!!
Bengang tol,balek2 dr kelas,umah aku bau kambing.
bukan bau org yg mcm kambing,tp bau daging kambing.
Sori la pada sesape yg suka kambing,atau kepada kambing2 sendiri,tp aku sgt tak bole.
Aku bukan diskriminasi terhadap haiwan yg satu nih.cuma bila terbau..
tekak aku kembang.
mate aku berair2.
pandangan aku kabur2.
rasa loya..
last2 aku hanya memerap dlm bilik.
Tak tahan wooooo...
Siap diajak jamah,konon2 die masak kicap pekat2,aku nampak minyak2 terapung dalam kuali sedap la? tidakkkk..aku terus terbayang...
(takleh gtau,takot ade org kecik hati)
"Akak,lenkali kalau nak makan,beli yg dah siap masak je la,jgn masak di rumah,saye tak tahan,sumpah..."

Bila bau nih nak hilang nih!!!
kau dah tutup ngn tudung periuk pon aku masih bole bau lg dr sini.
Aku jp lagi nak kena pegi training tarian dan kena melalui 'sana' sbb nak kuar umah kena lalu dapur dulu...
"Akak,kalau akak nak buat sepah(kau mmg penyepah pon,gantung undies rata2) saye marah sgt,tp bole blah lg,tp kalau akak buat resipi kambing saye bole pengsan.Akak sampai ht ke?"



p.s: dugaan duduk rumah sewa mmg membiulkan