Wednesday, September 30, 2009

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Pada pagi syawal.

Aku: Dik, kau ada sampul duet raya cantik x? Aku nak kasik atok.
Adik: Kau nak kasik berapa?
(aku tak malu weh, aku mengaku kat korang, aku kasik RM20 SAHAJA)
Aku: 20 je weh. Aku takde duet. Belum gaji lagi. Takpe ke?
Adik: Yang penting kau ikhlas.

Ye, aku mmg ikhlas. Tekad sgt nak bagi atok dan nenek aku rasa duet gaji aku walaupun sikit. Dan aku sebenarnya tekad, dapat duet gaji aku nak tambah duet raya yg aku bagi tu. Kalau nak tau, perasaan masa aku hulur duet raya kat atok aku masa tu mmg gila membanggakan. Seronok sgt weh...Aku nampak dia letak duet aku yg dalam sampul hijau tu masuk poket baju dia..

Syawal ke-10 atok yg aku br je tinggalkan tak sampai seminggu, dah tinggalkan aku selama-lamanya. Aku admit, aku tak berapa rapat dgn atok, tp aku masih cucu atok. Sayang kat atok pon akan sama dgn org lain yg ada atok. Tak banyak masa yg aku spend dgn atok. Sbb aku jarang balik kampung. So, bila mama call bagitau atok dah tak ada, aku bingung gila. Mcm mana nak balik? Bila kebumi? Sempat ke aku cium atok? Masa hidup dia, aku kurang peluang2 nak manja2 dgn atok sendiri. Ingat nak jumpa atok selagi sempat. Aku tak nangis. Aku ingat aku tough. Tapi bila kenang2 balik, sebenarnya ada byk benda aku terkilan. Hari2 terakhir atok, aku tak sedar pun......Kalau setiap tahun raya, aku suka ambil gambar sama2 dgn atok. Tapi raya kali ni, aku tak bergambar pun dgn dia. Aku tak ada gambar terakhir dgn atok. Lagi, aku dah kerja almost 5 bulan, tp satu apa pun aku tak belikan untuk atok. Tak sempat nak bagi dia rasa hadiah aku pakai gaji aku. Masa hari raya, aku nampak atok tak selera makan. Tapi, aku tak pujuk pun atok makan. Aku tak hidang pun depan dia. Aku cuma ajak dia dr jauh je sbb aku ingat atok bergurau tak selera makan. Tambah terkilan, bila sebenarnya raya keempat yg aku bertolak dr rumah atok adalah hari terakhir aku salam cium tangan atok. Aku tak sempat jumpa atok sebelum kebumi. Tak sempat weh....Sumpah aku sedih. Tak tahu lah dah keberapa kali aku nangis masa buat post ni. Aku sampai2 je, cuma boleh nampak ayah dan mama yg masih bengkak mata. Especially ayah. Aku tahu ayah sgt sayang atok. Byk benda yg ayah went through untuk atok. Dan aku tau semua tu. Bila salam ayah, aku ambil kesempatan untuk peluk dia jugak. Dgn harapan aku dapat kurangkan sikit sedih ayah. Sebak, ayah nangis lagi masa aku peluk dia. Tak apa lah, tak dapat jumpa atok. Sekurang2 nya aku dapat bg ayah rasa aku ada dekat dgn dia masa dia kehilangan. Walaupun sekejap. Aku kena balik KL hari ni jugak.

Sebelum balik, aku singgah masuk bilik atok. Bergenang2 mata aku. Aku tak ada lah tough mana. Nangis lah jugak. Tengok barang2 atok, aku ternampak baju yg dia pakai masa hari raya. Elok je gantung. Bila pegang baju tu. Aku nampak ada banyak sampul duet raya dalam poket tu. Ada terselit sampul raya yg sama dgn yg aku bagi dia hari tu. Cek2, mmg sampul yg aku bagi pun. Dalam tu, masih ada RM2o aku. Atok tak sempat pakai pun....Masa aku bagi duet tu sebenarnya aku ada cakap kat atok.

Aku: atok, mamal ada duet raya nak bagi. tp sikit je lah. tak boleh buat shopping pun. tp atok boleh buat minum2 kopi kat warung tu.

Atok: terima kasih. atok nak simpan duet mamal bagi ni lg bagus. buat kenang kenangan.

Aku rasa atok macam melawak, tp aku nampak mata dia mcm dah nak menangis. Aku ingat biasalah..mode raya. Mestilah syahdu kan salam2 maaf2 dgn semua org. Rupanya mungkin atok tau, tu raya terakhir atok dapat sambut sama2 dgn kitorang. Atok ada ckp banyak kali, arwah nenek ajak dia jumpa. Betul lah tu. Duet raya aku bg tu mmg betul jadi kenang-kenangan aku pernah bagi atok.


Atok, semoga roh atok ditempatkan bersama-sama org yg mulia. Org yg dijanjikan nikmat. Al-Fatihah....

Monday, September 28, 2009

raya woiiii

His silence was an indication that he wasn't really feeling me. Biasalah, bila diam, aku mulalah buat assumption. Kau taknak cakap, tp aku jenis yg suka open communication. Tak suka, cakap. But, you aint talking, and i was thinking to leave you. Betul ke apa aku buat ni. Kalau betul, siutlah. Kenapa aku kena go through phase2 gila mcm ni? Adoi, aku belum puas lagi weh. Belum puas nak enjoy, gurau, ketawa, lepak, bercerita dgn kau. Banyak lg benda aku nak buat sama2 dgn kau. Belum masanya lagi. Because i'm not ready yet. Maybe sudah tamat tarikh experiment. So I still have to face it. Anyways, kau still berjaya bagi aku such wonderful memories. Such great veryyyyyyy short vacation of mine. Tikus putih, thank u, u cry my eyes out and that made me realized now, i really fall for you. Shit.

...........................................................

Raya kali ni, aku tak tau nak explain rasa dia mcm mana. Haha. Seronok dapat bagi duit raya kat adik2 saudara. Tp, malu sbb aku masih lagi dapat duit raya dr ayah. Oh, nenek pun bagi juga. Kalau tgk gambar2 aktiviti raya aku kat bawah ni, korang tekalah sendiri aku punya tahap gembira raya takat mana.


family potrait




cuzins





cuzins lagi



jangan tiru aksi di bawah.....


sedia..



lompat



lompat lagi


konon2 buat gambar jangan-pandang-belakang tp si hitam abang sedara aku overrrrr!!!

nanti aku nak tambah lagi gambar raya sampai semua org pun akan rasa "weh, sudah2 lah nak upload gambar raya korang" haha. bye!

Thursday, September 17, 2009

HARI RAYA AIDILFITRI

Untuk semua yg singgah baca blog aku, aku ada reka kad raya untuk korang. Takde lah lawa, tp saja suka2 nak jadi kreatif. wtf?! Hehe. Sempat lagi nak kasik kad raya kan, lagi 2 hari nak raya. Yahuu! Haa, jangan baca je. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
buat semua pembaca
MAAF ZAHIR BATIN
terkasar, tercarut, tertampar, terkutuk, sengaja atau tak sengaja, maafkan atau tak dimaafkan, aku mintak maaf kali ni. Ikhlas.


Tuesday, September 15, 2009

Duit raya untuk adik2 saudara

Kecil ke besar ke, aku rasa sama je perasaan teruja nak beraya tu. Lebih2 lagi la kali ni aku beraya sudah tak dapat duet raya, malah kena bagi lg. wtf?? hahaha. Semua budak kecil tak elok pegang duet banyak2. Lagipun, nanti takut kena culik pastu penculik tu untung dapat sekali duet raya yang aku kasik tu. Berdebar2 menanti saat2 perlu bagi duet raya kat budak2 ni, buat aku tak tenteram bekerja. Berapa perlu bagi? Macam mana gayanya ah? Aku taknak la bila sudah mula bagi duet raya aku nampak mcm makcik2 la pulak. Perlu bersalam dan diorang ckp kata2 mintak maaf ke? Aiseh, lepas tu nak bagi sorok2 ke terang2? Kalau bagi sorok2 kata aku minah kedekut pulak taknak bagi 'stranger' duet raya. Ah, dah sah2 la aku perlu kedekut. Kalau bg terang2 takut diorang bukak sampul duet raya terus kutuk sbb isinya sikit. Malu lah aku dpn makcik2 dan pakcik2 aku. Hahah. Bingung gila weh..Isu duet raya yg buat aku nervous (merepek gila). Aku perlu nampak cool dpn adik2 sedara aku yang lain. Diorang semua kecil lagi, so aku perlu nampak 'indah' sentiasa dpn diorang. Bukan nampak atau di'cop' kedekut. Hina gila. Tp, dalam masa yg sama aku nak berjimat sbb aku nak beli jacket TOPSHOP. Ye, itu sebenarnya yg buat aku sakit kepala ni.

Aku hope gila diorang kata "Mamal, tak payah bagi la, kitorang tak suka duet." Yahuuuu!!


p.s: Aku nak bagi sorang RM5 je. Cakap banyak aku ambil balik. Fullstop.

Monday, September 14, 2009

forgive or forget?

Dah 2-3 malam aku tak boleh letak-kepala-saja-terus-tidur. Ceh, aku tak suka betul rasa tak cukup tidur mcm sekarang. Mata aku yg dah sedia ada eyebag makin menyerupai panda. Benci betul. Tapi tak apa, aku tau byk benda yg keep on bothering aku sekarang ni. Lagi2 dah nak hari raya dan lagi2 dah 2 tahun lebih bersama. Lagi2 juga aku sudah pandai gila hidup berdikari. (apsal mcm poyo?)

Bila ada orang buat salah, aku sebenarnya tak sure 'aku dah lupa dan maafkan' atau 'masih ingat tapi sudah maafkan' atau 'sudah lupa tapi tak maafkan pun'. Kadang2 aku rasa mcm dah maafkan sekali dgn mcm dah lupa. Tapi, bila buat lagi salah sama, aku jadi nak mengungkit. Automatically, aku jadi bukan pemaaf. Ok, aku pun pening. Haha.

Sekarang, aku dah penat. Penat gila. Tak kuasa dah nak jaga sebab selama ni aku rasa aku over do it.

Wednesday, September 9, 2009

tak tahu lagi bila masanya

"kita tak boleh mcm ni."
"kenapa?"
"tak boleh lah."
"then, oklah, lepas ni stop lah. aku percaya aku boleh buat."actually, aku tak sure boleh buat ke tak..(gambar hiasan)


ntah bila masa yg sesuai ntah. i find it hard for me. am afraid of the time that i have to leave all this.


p.s: just stay with me, ok?

Tuesday, September 8, 2009

Rahsia kaki bengkak

Minggu lepas aku berbuka puasa kat KGPA. Walaupun tgh off (bukan saja2 tuang) tp aku makan mmg mengalahkan org yg berpuasa. Aku kira2 ada lah jugak dalam 14 kali aku bangun untuk ambil makanan. Weh, kalau kau nak belanja aku makan buffet mmg tak rugi. Kau bayangkan, dalam masa tak sampai setengah jam lepas waktu berbuka, tinggal kurang daripada 5 stall je lagi aku tak sempat singgah out of 200++ jenis makanan yg ada. Hebat tak hebat la. Aku cuma tolak kambing dan ketam je. Lain semua aku telan.

Bila dah makan banyak gila, aku seperti biasa akan terus ke toilet. Sistem perkumuhan aku mmg terlampau dan melampau lancar. Tak tau la ni consider normal ke tak. Lepas beristinjak (sedap sikit dr berak), on the way nak turun tangga (kau boleh imagine tak tangga kat KGPA mcm mana?..ala, dia ada 2 tangga menghadap), ok sambung, ada 1 makcik ni MEMANG LAWAK. Dia pakai tudung dan dia punya brooch ada yg sepatutnya ada bawah dagu tertarik ke tepi pipi.

Mungkin lebih kurang mcm ni la fesyen tudung makcik tu.

Macam belum ada lg je kan fesyen tu. So, aku ketawa la sorang2 sbb makcik tu gila selamba, takdela pulak nak adjust2 tudung ke apa. Takkan la dah syok sgt melantak, tudung dia sampai tertarik ke tepi. Tgh syok2 gelak, aku mmg tak perasan ada berapa banyak tangga lagi aku kena turun. Haha, tp dalam hati aku ada rasa mcm kejap lagi jatuh je kan. Dan, mmg instinct aku mmg selalu betul pun. Aku terjatuh. Ada lah dalam 6-7 anak tangga aku terjelepok, terperusuk dan apa2 lah lagi yg kau boleh letak supaya jatuh aku nampak buruk. Kasut sebelah kanan aku tertinggal 4 tangga kat atas dan sebelah lagi 2 tangga kat bawah. Ni, kalau zaid nampak, mmg dia gelak tak cukup angin. Dalam tahan2 sakit (konfem la saket, aku jatuh kat atas kaki kiri aku sendiri) aku sempat juga la pikir, nak ambil kasut kanan dulu yg kat atas atau yg kiri dulu yg ada kat bawah. Kira aku masih boleh berfikir lagi secara waras. Takdela aku dah jd gila sbb aku terjatuh tangga. Sebelum nak bangun, aku cek line dulu. Ada org nampak tak. (aku cuma risau budak2 damini nampak aku jatuh mcm nangka je, org lain nampak aku tak kisah) Kalau lah fendi ke azmi yang nampak, sah2 lah aku kena gelak weh. Diorang bukannya nak tolong pun. So better aku tipu.

Kaki aku selepas seminggu aku tak buat apa2 pun. Nampak tak bengkak pada warna biru keunguan tu? Kalau kau nak tau, aku punya buku lali sampai tak nampak sbb bengkak.

Aku bgtau diorang aku sakit kaki. Tapi, apa yg aku tipu, aku cakap aku tak tahan nak buang, aku tendang pintu toilet. Lantak lah, nanti raya aku mintak maaf lah sbb menipu. Dan sekarang, aku tgh menderita, menderita gila. Kaki aku bengkak mcm kaki org pregnant. Aku pernah jugak bengkak kaki lebih kurang mcm ni kat kaki yg sama. Tp tu sbb aku tertendang salah benda. Benda 'halus'...Bengkak gila. Bengkak sampai tak muat kasut. Bengkak kali ni pun melampau juga. Tak muat kasut juga. Jadi, takde lah aku nak bergaya dgn kasut tumit tinggi, ceh mcm tajuk drama kat astro je. Kasut penyebab aku jatuh pun aku taknak pakai langsung dah. Kalau kau nak rasa betapa bisanya kaki aku sekarang ni, try lah gelak kan org tua dan jatuh gaya aku jatuh.

Kasut yg membuat onar


p.s: lain kali, kalau nampak fesyen org tu aneh sikit, biar je lah. jgn gelak.

Bila bukan hari kerja

Kita sedar kita suka diorang, enjoy bekerja dgn diorang dan kita bukannya sedar kadang2 bila kita lunch sama2, minum sama2 lepas balik kerja, kita dah jadikan hari kerja adalah hari yang ditunggu2...

Having a fun crowd kat office buat hidup aku sgt enjoyable which mmg bagus lah kan sbb buat hari2 bekerja kita semakin bersemangat siapkan task2 yang bertimbun..tssskk..Gila kan? Aku workholic atau suka berkawan saja? Eh, geli jek workholic. Hahaha. Workholic tak baik untuk kesihatan. Workholic is a health hazard. Weh, siut jek, aku rasa kerja dah mcm overshadow life aku pulak. Yelah, bila tiba hujung minggu aku jadi hilang arah..



p.s: nak jumpa tikus putih