Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Walaupun hari dah nak petang baru nak keluar kan post hari ibu, itu tak bermaksud aku terlupa meraikannya. Walaupun dari jauh. Mama tak reti nak skrol post lama twitter aku yang aku buat dedikasi khas untuk nya sempena hari istimewa dia. Hehe. Berbulu dada orang baca asyik mamasays mamasays.

Untuk pertama kali nya aku terperap kat rumah macam ni, mencari bahan untuk presentation esok. Ah, cakap pasal duit yang tak kepuk kepuk. Mama pesan kat aku duit yang ada tu simpan, well pesanan biasa para ibu untuk anak anak nya setiap kali dapat duit. Tapi, mak aku macam biasa lah selalu selit selit pasal emas.

Seingat aku lah, dulu setiap kali raya mesti mak aku paksa aku sarung barang seutas dua rantai ke gelang ke cincin ke. Memandangkan aku masa tu bajet macho, lebih gemar sarung tali hitam apa tah maka aku selalu kasi alasan alergi. Gila tipu.

Sebab sekarang aku tak alergi. Malah sangat alergi. Sikit sikit try cincin sana. Pakai gelang sini. Bukak website azmi tengok harga emas. Bukak website entah apa apa yang cakap pasal emas. Paling teruk, cerita pasal raja midas pun aku dah terhafal.

Ke mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi. Aku sekarang bercita cita untuk tambah stok emas lagi. Tak lah. Bukan berlagak cakap pasal harta. Tapi kan manis kalau jadi perempuan tu pandai mengendali wang sendiri dengan membeli emas daripada mengikis bekas pakwe suruh beli itu dan ini.

yang kiri tu aku, yang kanan tu aku juga di waktu tua nanti.

Ma, terima kasih di atas ciri ciri fanatik emas yang mama turunkan. Happy mother's day mama, love you !

p.s: terima kasih kerana masih sudi dengar cerita aku (:

Monday, March 7, 2011

amboi, mengadap


Hai, sunyi sepi rumah ni sesunyi hening di subuh sunyi. Bila bosan bosan macam ni, memang mata aku melilau. Cari aktiviti nak dibuat. Rasa macam nak pecah je tabung adik sedara aku ni lepas tu kira berapa ada sampai tertidur. Bagus budak budak sekarang, nak nak perempuan, pandai dah menabung. Boleh lah lepas takat nak buat beli cekak rambut bunga ke riben aku pun tak tau.

Kau tengok. Ni anak orang kaya ni. Hidup pun pandai menyimpan. Yang hidup susah ni, dah tua bangka pun tak reti nak menyimpan. Asyik membeli sesuatu di luar jangkauan. Aku cakap pasal aku lah ni. Membeli yang bukan bukan. Stokin baru. Cermin mata padahal tak rabun. Pendakap gigi kaler kaler. Bila telefon nak kena bar, menggagau raba cari buku tabung haji nak keluarkan duit. Susah nak jadi hajah. Sempat menabung 50 ringgit je sebulan. Lagi 300 keluarkan buat melantak kari kepala ikan depan giant lama. Lagipun, ada orang suka rela tinggalkan dompet sebab nak kurang kan penggunaan minyak kereta aku. Yelah, tu kan beban.

Agak agak dah nak sesak tu, makin kuat lah sorok duit kau. Sorok tau bukan kedekut. Buat kering air liur je kalau kemut. Cepat, convert duit kau jadi emas sekarang. Nak nak dah ada trend terbaru, menyimpan perak pula. Mana tau esok lusa bapak kau nak tukar pagar rumah nak pasang alat penggrea semua maklumlah dah ramai mat pit pecah rumah rembat tv kusen pinggan mangkuk arcopal, boleh lah kau jual balik emas kau bagi bapak kau duit. Sejuk perut mak kau.

Ingat tau. Simpan duit. Jangan beli bukan bukan. Kita bukan duduk di brunei.



beruk nak minum air pun sikit sikit. nanti kang haus mana nak tadah air. (gambar hiasan yang tak ingat mana sumbernya)


p.s: rindu lah nak peluk mak aku. dah lah bau bedak avon mak wangi.

Monday, November 1, 2010

Gold is money. That's it.

1.Kenapa nak beli dan simpan dan melabur dalam emas.
  • Simpan duit di pelbagai tempat dan kalau boleh simpan harta dalam pelbagai rupa. Salah satu yang sesuai dengan pendapatan umur baya aku adalah dalam bentuk emas. Yelah, kalau nak mula kumpul hartanah pun boleh tahan jugak tahap kekayaan kau perlu ada.
  • Emas mempunyai kadar peningkatan nilai sehingga 38% setiap tahun. Ni aku ambil kira prestasi emas dunia. Bukan ikut kedai emas punya harga.
Januari 2009 : 858.69 usd/ounce
Disember 2009 : 1134.72 usd/ounce
Peratus kenaikan : 32.15%

Amacam, menarik tak. Kau simpan je harta kau dalam bank jugak, ASB jugak, Tabung Haji jugak dan lain lain yang kau rasa gempak. Tapi, lagi stail, kau sempat selit simpan dalam bentuk emas. Memang sofistikated weh.

2. Apa jenis emas yang sibuk diperkatakan.
  • Emas keluaran PublicGold (tapi, aku bukan agen)
  • Emas 999.9 (gold bars) yang mempunyai tahap ketulinan hampir seratus peratus dan boleh didapati dalam 20g, 50g, 100g dan 500g.
Harga semasa untuk emas 100g 999.9 keluaran PublicGold setakat hari ini ialah RM 15, 140.00. Berdesing desing tak telinga dengar duit macam banyak keluar. Tapi, seperti kira kira di atas, dalam masa setahun nilai dia boleh meningkat sehingga RM19, 984.80. Jadi, boleh agak tak berapa keuntungan. Ok, cepat menangis kesyukuran sekarang.

  • Emas 916 (Emas dinar) yang mempunyai tahap ketulinan 91.6% dan boleh didapati dalam 1 dinar (4.25g), 5 dinar (21.25g), dan 10 dinar (42.5g).

1 dinar emas dengan berat 4.25g dan 91.6% ketulinan boleh didapati pada harga RM631 setakat hari ini. Aku malas nak kira nilainya selepas setahun. Kan dah ajar.


3. Lepas membeli emas, nak buat apa.
  • Simpan di tempat kau rasa selamat. Kat rumah pun boleh. Kat bank lagi lah boleh. Tapi prosidur semua aku malas nak taip sekarang.
  • Simpan untuk anak cucu waris harta pusaka.
  • Boleh jual balik ke PublicGold mengikut harga semasa berdasarkan pasaran dunia. Atau pun kat mana mana kedai emas mengikut harga persatuan diorang. (lagi nampak keuntungan yang jelas abadi adalah selepas lebih kurang setahun usia emas kau. kalau kau jual keesokan hari nya memang lah tak bawak keuntungan apa apa).
  • Kalau ada menghadiri mana mana seminar tentang pelaburan emas, saranan untuk melabur emas dengan cara beli dan jual dan beli balik akan dipelajari.
  • Pajak di Ar Rahnu untuk tujuan sama ada pelaburan atau pun keperluan. (yang ni agak berat untuk ditulis, kang aku rajin, aku tulis lah ok, love u muah muah)

4. Ok, bila dah berminat, kat mana boleh tahu harga jual, harga beli, harga semasa.

Haha. Tepuk tangan ramai ramai sekarang. Bukan sebab pelajaran asas emas baru je tamat tapi sebab mengenangkan emas memang membawa kebahagiaan. Kecing kecing. Bila duit dah menjadi emas, tak ada masa dah kau nak membazir duit. Amacam. Selamat kan tabungan kau? Haha. Haha. Haha. Haha. (stop kau annoying sayda)

p.s: aku bukan suka suka kempen nak promote kawan ke apa. tapi kempen sebab warga belia remaja jelita dan genius seperti aku ni memang selalu terdorong untuk membazir.

Thursday, August 19, 2010

Selangkah ke pelaburan emas

Aku suka betul berkempen pasal emas ni. Sekadar nak ajak ramai kawan sebaya menyimpan dan menabung dari awal. Tak kisahlah apa jenis emas pun. Tapi, lagi seronok kalau dapat emas fizikal. Kau pegang sendiri, kau tentukan sendiri tujuan emas tu.

Ok ok. Kali ni aku tunjuk macam mana nak mula membeli emas. Kalau tak sempat lagi nak jumpa aku atau mana mana agen yang boleh dipercayai, kau kaji dulu. Bacalah mana mana sumber seperti blog blog emas macam brader ni atau brader ni punya atau brader ni punya. Yang lain lain nanti aku tempek. Baca sampai puas hati.



Lepas tu, kau kena sentiasa perhati graf emas tu. Sebagai langkah awal turut serta, kau kena lah selalu tengok harga 'we sell' kat blog tadi tak pun terus tengok kat www.publicgold.com.my. Harga yang tertera adalah secara live bergantung pada harga semasa dunia.



Tengok, kalau graf tengah menurun, dan harga pun sedang elok je dengan wang simpanan kau, kau terus je 'lock'.

Cara 'lock', kau call mana mana agen emas tu, bagitau kau nak beli yang mana. Janji janji lah dengan dia. Nak jumpa ke nak delivery ke suka hati kau. Asalkan kau dan dia betul betul tak tipu. Haha.

Lepas dah beli, kau simpan kat mana mana yang kau rasa selamat. Kat peti besi ke, kat bank ke. Asal selamat bukan bawak ke hulu ke hilir dalam handbag. Maklumlah, perompak kalau nak buat kerja dia cari emas dulu, bukannya tv ke sofa ke meja solek ke. Sambil sambil tu, kau tengok jugak harga semasa emas kau. Contoh dalam tangan kau ada 20gram kan, sentiasa tengok. Analisa kat harga 'we buy' pula. Jangan risau, harga dia tak akan mendadak naik lepas kau beli. Tunggulah sikit. Bergantung pada kau, sama ada nak jual atau pun tunggu lagi. Haha. Selepas setahun dua, aku tau kau pasti terpempan gila bila tengok nilai emas kau dah menaik. Macam mana nak jual, nanti esok lusa aku cerita.

Ni selepas sebulan je harga emas kau beli.


Tapi, hakikatnya kalau kaji lebih sikit, nilai emas sebenarnya meningkat dari semasa ke semasa walaupun ada sikit sikit turun sekejap sekejap.

Betul kan? Lebih kurang 27% kenaikan dari 2009 - 2010. Wowwy, kalau aku, dah terlonjak lonjak.

Kalau nak lagi terperinci dan optimis, boleh jugak tengok graf harga emas dunia, macam graf kat atas. Haha. Kau convert sendiri. Lepas kau sibuk tekan tekan kalkulator lepas tu sikit sikit jeling emas kau, mata kau tak lama lagi silau silau dah. Amacam?

Sedangkan nabi Muhammad pun pernah bersabda akan sampai satu masa tak ada apa yang berguna selain dinar atau dirham.



p.s: duit boleh dicari

Monday, August 9, 2010

kugiran jutawan

Sepanjang malam mulut aku tak henti henti cerita kat sanak saudara pasal dinar sekeping yang aku beli. Mata masing masing bersinar sinar dan ternganga nganga mendengar kepetahan adik sayda menglipur lara. Cohmel. Lagi cohmel, mak aku senyap senyap je tolong simpankan dinar aku dalam bag tangan dia. Haha. Eh, ingatkan kakak lupa.

Badan aku sakit sakit sekarang ni. Kat kampung tadi membersihkan kebun macam esok dah hari raya. Semua jenis alat berkebun aku pegang. Mencangkul, menebas, menggaruk, memotong, mencantas dan semua jenis 'me' aku buat. Paling menyeronokkan, semua pun ringan tulang. Bagus bagus. Sambil membersihkan kebun, sambil minum air kelapa dan makan durian. Oklah, kena taip sikit sikit je. Tangan aku dah ketar habis.

Kerja kerja jugak. Lebih seronok kalau bekerja sambil gurau gurau. Haha.


Lagi lagi lagi seronok kalau masa rehat, sempat main kugiran. Tak peduli mak aku sekodeng dari belakang. Dia selalu kata suara aku yang terkantoi kantoi tu lah yang sedap. Ah, sayang mama.





p.s: cis weekend dah habis


Saturday, July 31, 2010

mulakan meng'EMAS' sekarang

Hai. Sunyi gila kat rumah sekarang. Dengan hujan renyai renyai nya. Sesuai sangat menulis blog. Barulah ada elemen elemen romantis.

Bila usia dah banyak macam ni (usia adalah rahsia), aku selalu terfikir fikir mana duit aku pergi lepas dah kerja lebih 1 tahun. Kenapa macam tak ada saving yang stabil. Sumpah aku cakap dengan korang, duit aku tak dapat dirasa banyak pun. Dalam bank pun tak banyak. Adalah sikit sikit.

Jadi, aku rasa aku dah patut mulakan sekarang. Aku nak mula cari apa yang patut sementara mampu dan bertenang. Aku nak kumpul emas.

Tak adalah segan nak beli emas ni. Walaupun ramai yang cakap, muda muda pakai emas ni nampak macam makcik makcik. Tak apa, nanti aku memang jadi makcik pun. Walaupun ramai cakap, beli emas nak buat apa, bukan boleh buat pegang sendiri pun. Tak apa, aku nak cari emas yang aku boleh pakai atau pegang. Bukan setakat ada dalam bentuk tulisan sahaja.

Walaupun ramai cakap, daripada beli emas, baik simpan kat asb atau pun labur kat unit trust atau pun simpan je dalam bank. Tak apa, aku nak rasa aku simpan harta kat banyak tempat. Walaupun ramai cakap nak beli emas ni kena banyak duit. Tak apa, aku nak mulakan sikit sikit je dulu. Siap aku buat langkah pengiraan sendiri lagi. Tak tahulah formula apa aku tibai. Tapi, tu kira strategi aku untuk sampai dapat memegang 20gram emas 999. Tak adalah tamak sangat kan. Haha. Poyo.

1. Beli 1 dinar bulan ni (lagipun harga tengah turun, aku lock masa RM559).

2. Beli lagi 1 dinar bulan depan dan untuk 3 bulan seterusnya 1 dinar setiap bulan (aku tetap akan consider mana mana komitmen lain yang lebih penting dan harga semasa juga).

3. Bulan ke-6, dengan modal aku nak beli 1 lagi dinar tu dan 5 keping 1 dinar yang aku beli bulan bulan sebelum tu, aku convert kepada 20gram emas 999.



Kesimpulannya, kalau aku kuat untuk sampai dapat rasa sendiri duit aku tu dalam bentuk emas, aku puas. Aku percaya emas sebab emas bersifat sepanjang zaman. Evergreen. Nilai dia tak susut. Stok dalam perut bumi pun dah tak banyak. Jadi, lagi lama simpan, lagi kaya lah kau. Lagipun, kalau aku menyimpan dalam bentuk wang tunai, dah sah sah lah duit aku kejap ada kejap tak ada kejap ada lepas tu tak ada terus. Tau tau je, eh duit aku dah jadi handbag. Memang tak menyimpan.

Sambil sambil aku dapat menabung, aku sebenarnya percaya yang aku tengah menternak nilai dia. Kalau kau berminat, dan memang nak cuba miliki sendiri emas tu baguslah. Muda muda ni lah aku rasa kita kena mula menjaga kebajikan sendiri. Mak aku pun mesti mesti bangga dengan cita cita makcik aku ni.

barulah 'okie dokie'


p.s: dulu aku bengkek betul mak aku taknak belikan aku mainan semata mata nak beli emas.
p.ss: kalau nak beli emas, roger mamat ni --> gold fever

Tuesday, July 27, 2010

cinta baruku

Sayang, sejak aku hilang kepercayaan dalam perhubungan, kau datang membawa harapan baru. Kau buang semua rasa keserabutan hidup aku pergi dengan memberi satu kepercayaan baru. Selamat dan stabil.

Setiap kali aku dengar nama kau, hati aku berkocak gila wahai sayang. Kau memberi nafas baru setiap kali kau bersentuhan dengan aku. Dan saban hari aku melihat kau, hidup aku seakan akan mendapat kembali cahaya nya.

Tahukah kau yang setiap malam sebelum tidurku, aku selalu mencari cari di mana kebenaran cinta kau. Benarkah janji yang kau beri pada aku itu tidak ada dusta. Benarkah nilai kasih sayang kau itu tidak pernah ada surutnya. Dan benarkah harga cinta yang kau beri padaku itu tak akan ada tolok bandingnya.

Ya sayang. Hari ni terbukti semuanya. Aku sebak dan terharu dengan bukti kehebatan cinta kau. Seperti kau yang selalu mengejar mengejar cinta aku selama ini, aku juga akan turut bersama sama memberi cinta aku pada kau. Tak peduli lagi apa tanggapan orang lain. Tak ambil pusing lagi bila aku digelar 'materialistik'. Asalkan aku dapat memiliki kau. Tunggu aku ya sayang. Kini, aku pasti. Semakin lama cinta kau di hati, semakin tinggi nilainya sayang. Cinta aku pada kau tak akan berbelah bahagi lagi. Kau yang terpahat utama dalam sanubari.

x
x
x
x
x
x
x
x
x

sori, gua cilok gambar lu

Kalau nak baca lebih lagi pasal cinta baru yang aku berangan sekarang ni siap buat surat cinta lagi, ha kelik lah sini.


Cintaku tulen setulen nilaimu EMAS.


p.s: aku tengah menuju ke arah itu.

Wednesday, July 21, 2010

hidung bak seludang

Balik kerja, teha sibuk gila nak cerita pasal kawan dia. Aku ingat pasal gossip hangat je. Setakat cerita kawan dia kapel ke aku tak berminat dengar. Atau pun cerita kawan dia break lepas tu kapel balik dengan ex-boifren dia pun aku taknak dengar. Cerita biasa biasa je tu. Alah, cerita budak budak.

Tapi, kali ni cerita dia memang gempak habis. Masa perhimpunan pagi, dia nampak kawan dia dari tepi semacam je. Bukan nampak macam pondan. Tak tak, sebab sekolah dia sekolah perempuan. Tengok lagi eh apasal muka dia nampak lain. Bukan pucat tak tahan berdiri lama. Tapi, dia nampak hidung kawan dia macam terangkat dari soket asal.

Aku mula mula terbayang, ya Allah, kawan dia ni ada ilmu hitam ke apa sampai boleh buat orang nampak hidung dia terapung apung. Haha. Rupa rupanya, kawan dia buat hidung baru ya. Terjatuh dagu aku ternganga dengan mata aku terbeliak beliak terkejut. Aik, apa ke senangnya budak ni boleh repair repair hidung. Mungkin resdung kuat, lepas tu tak tahan sangat bila bersin, hidung longgar. Jadi, baik buat dulu. Tapi, teha cakap budak perempuan ni memang cantik. Dan aku tengok gambar gambar dia. Walaupun baru 15 tahun, tapi gaya dah macam umur aku (umur aku rahsia). Matang. Cantik habis. Nak nak pandai bergaya depan kamera. Macam selebriti lah.

Teha cerita lagi, budak ni pergi buat hidung dengan mak dia. What the? Lagi terbangak bangak lah aku. Mak dia ajak buat hidung. Tak sangka aku perubahan gaya hidup budak budak masa kini rupanya melebihi tanggapan aku. Budak ni setiap kali berjalan depan kawan kawan terpaksa kemam mulut nak adjust position hidung supaya orang nampak aishh mana ada buat apa apa kat hidung aku, cantik semula jadi apa. Tapi, takkan lah teha nampak hidung dia macam terapung apung dari tepi tadi kan.

hush hush baby. hush hush baby. (ni bukan nicole pcd)

xoxoMUAHxoxo

Kalau ada apa apa yang aku berpeluang nak ubah kat sini, satu je. Hati yang dulu dulu. Eceh eceh.


p.s: aku semakin terpikat dengan pesona emas ;) *please please, rezeki menyebelahi aku*