Showing posts with label haiwan peliharaan. Show all posts
Showing posts with label haiwan peliharaan. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Jangan ejek gagak



Tengah sedap sedap menjamu selera kat kantin sekolah kebangsaan pasir gudang 2, dengan air sirap 20 sen nya, dan tangan aku sibuk menyauk makanan diyana kat sebelah aku ni, mata aku tertangkap kat satu ekor burung gagak. Burung gagak ni betul betul bertenggek kat atas pagar depan kelas aku dan sebelah kantin. Dalam hati risau jugak kalau gagak ni terbang dan membawa lari keropok lekor aku.

Aku pesan kat diyana jangan ajuk burung gagak. Aku yang gelojoh gila menyuap keropok lekor sebab jam boy london yang sedikit masa dulu bapak terkenal dah menunjukkan lagi 5 minit je lagi rehat nak habis. Lagipun, yelah risau kang tak pasal pasal gagak tu sempat rembat sebatang dua dan aku ditanya lagi. Ajuk macam mana. Jangan aaak aaak aaak sangat lah bila nampak gagak. Kang cuping telinga kau koyak. Aku pun tak ingat siapa menyebar pantang larang ni kat aku. Hernawati agaknya.

Diyana ni degil boleh tahan. Padahal aku dah ingatkan dia bahaya nya sama dengan bahaya kalau kau tunjuk pelangi kat langit pakai jari telunjuk kau. Nanti kudung. Kena tunjuk pakai ibu jari tangan.

Diyana pun mengejek gagak tu. Aaak aaak aaak.

Lantak kau lah diyana. Aku tengah sibuk pula usha hafiez akib yang baru je lepas makan ni lalu lalang depan kitorang. Weh, adakah dia perasan aku selalu tengok dia gelecek bola masa dia kat padang. Pakal je sombong. Kalau tak aku mesti dah hantar surat ke biodata ke (masa dulu aktiviti hantar surat macam ni memang glamor). Haha. Darjah 6 lagi aku dah gatal.

Keesokannya masa latihan bola jaring, diyana bisik kat aku. Sai, telinga aku luka lah kat cuping bawah. Ha, kan dah kata.


Aku tak pernah ajuk ciko meow meow, tapi ciko ajuk aku. Panggil mak aku ma ma ma. Ini benar ye.


Hari ni ahad, hujan pula tu. Selesa kalau berselimut dan mengangkang saja kat rumah. Tapi aku bekerja. Sob sob.


p.s: sudahkah awak membeli tiket bas balik johor ? aku belum.



Wednesday, July 6, 2011

ciko

Ye aku tau, of late aku kerap post gambar kucing di wall facebook mahupun di twitter. Kalau dengan tengok gambar kucing boleh buat aku rasa refreshing gila setiap kali bangun tidur setiap kali lapar setiap kali sedih setiap kali bosan setiap kali bosan, mana tahu korang pun rasa yang sama. Hehe.

Bukak mata tengok gambar kucing kat handphone. Pegang garfield yang terlentang lentang miang nak aku usap eh ke nak aku bagi makan bila aku turun nak iron baju. Nak keluar jalan besar bawak kereta perlahan lahan mana tahu terserempak dengan si comel di tepi jalan. Sejuk hati aku memandang.

Kat ofis pantang lepa, aku scroll blog maru semata mata nak tahu kotak mana lagi dia berjaya masuk. Nak tengok tv pun mesti ada lembut. Ye lembut tu sejenis kucing juga. Nama je lembut tapi garang anak dara ni. Mata sentiasa sinis. Rasa nak picit picit.

Haha. Sebenarnya, aku jadi sabar nak balik johor. Aku miss ciko. Dah lama rasanya tak jumpa. Asyik kena tanya mama je dia tengah buat apa. Nak cakap dengan dia aku bukan faham bahasa dia. Mak aku faham lah.

Oklah bai.




kau tengok perangai lembut


senang hati jadi kucing tak kisah tidur kat mana


Last but not least, kekasih hati yang bakal dipeluk setiap hari sepanjang hujung minggu ni. Tengok mata dia. Geram kan.


p.s : i survived and i dont need witness to watch it.

Friday, March 4, 2011

jangang pijok sepok sepok kucing

Maghoh nya aku tengok ramai orang suko sokmo buli kucing. Mung dok tahu ke kucing ni sejenis natang comel lote. Memang dasar taik ayang muna suko punoh jahnang natang dok dosa ni. Tapo kang baru tau.

Aku sepak mung kelecak baghak nanti. Padang muko mung. Dok kesiang ke tengok kucing tu kecok lepah mung sepak sepak. Sampai hati mung. Tadok aghoh natang tu jalang. Kesiang. Aku nangih dok berhenti.

Kucing tu punyo sifat penyayang, anok dio nak kena ketik nyamuk pung ngoyang. Tapi mung bahang natang tu sampai patah riok. Dasar mung ni tubek gembong. Khelloq.

Kat luar tu panah. Panah sang orang kata. Kalau lama berjemur, kang itang lettung. Tu baru panah skek. Kucing tu kena pijok dengan mung, sampai kecok. Soheh dok mung nih. Jangang ingak mung tu bapok gong, mung kuak, mung gemok debbok, besar jeregok, mung boleh buak apa je.

Kan manih leting, mung pakai skirq (skirt), kasut tinggi kalu mung perikemanusiaang. Ok lah, bai. Cau cing cau.

sampai hati ke kau nak sepak kucing secomel macam ni bila tidur. sampai hati kau.



p.s: tengok video ngeri ke seram ke tak apa. asal bukan video kucing kena pukul pijak sepak terajang semua.

Tuesday, November 16, 2010

badan penuh bulu memang seksi

Kembang kempis hidung aku mengawal keseronokan abadi. Padahal tengok gambar je, tapi dah syok sendiri. Berbunga bunga hati bila terpandang mata dia. Macam ada karen. Bila dia menyeringai sumpah, sumpah buat aku rasa bertambah sayang. Ah, rindu lah pulak. Macam dah lama tak peluk cium. Kalau depan mata, dah lama aku gomol dia. Geletek geletek. Suka betul tengok dia manja manja. Miang semacam. Dah lah macho. Berjalan sahaja pun dah macam model tampan kaki silang kangkang, catwalk. Apa lagi kalau masa berlari. Pantas. Tambah tambah pula bulu penuh di badan. Cekci nya.


atas: ciko kalau tido, suka dengkur.
bawah: maru kalau dengkur, mana gua tau. dia kat jepun.


atas: power spek ciko boleh tahan jugak. akibat daripada suka baca dalam gelap.
bawah: maru terpaksa pakai sebab tuan dia nak ambik gambar buat kalendar (:


atas: ciko suka berbaring di dada i, memeoww meow (empuk katanya). haha.
bawah: maru tak suka baring dengan tuan dia sebab tuan dia berdada rata.


atas: ciko tido tapi tak lupa tutup. malu.
bawah: maru tak malu sangat. biasalah, kucing oversea kan hidup bebas. yelah, gaya western.

Amacam. Walaupun ciko tak komersial sangat, tapi dia sebenarnya kiut juga sama seperti maru. Ni kalau aku betul betul berlagak memperdagang tubuh ciko dan mengiklankan ciko, mesti popular juga sebaris dengan maru. Masa ni aku jerit seluruh dunia aku adalah PA ciko. Nama pun dah tukar, bukan sayda. Mungkin Casey. Nah promote sikit belog maru <-- kelik sini. Eleh, ciko pun ada facebook.

Sebab tu lah, aku suka kucing. Selain comel dan mendamaikan, kucing kan haiwan kesayangan rasul.

Nah, hambek gambar ciko beriman, baring pun nak kat sejadah (:


Babai.

p.s: selamat hari raya haji. jangan risau ciko, takkan lah kakak nak sembelih lembu depan awak. takut awak trauma.

Thursday, October 14, 2010

Johnny


Hai. Sejak tangan kiri aku terseliuh aku senang jadi badmood. Semua depan mata nampak salah. Itu lah dia. Masa suka ria tak beringat sampai terpulas pulas tangan. Haha. Ni aku taip pakai kaki ni.


Dulu kan, masa aku suka sangat ikut mak aku pergi tempat kerja dia, aku ada berkenalan dengan Johnny. Masa umur 11 ke 12 tahun aku tak ingat lah. Tapi, aku ingat aku tak ada lah buas mana. Pandai jaga diri. Duduk diam diam kat satu sudut sambil fikir masa hadapan. Kadang kadang congak congak tentang politik negara akan datang.


Ha, berbalik pasal johnny ni, dia tak ada lah sombong sangat. Sebab kalau kena gaya, memang senang je dia nak berkawan dengan kau. Siap ikut ikut. Pantang lepa. Tengok belakang, alamak johnny ada rupanya. Apa yang buat aku tertarik pasal johnny adalah sebab dia sangat manja. Auw, comel sangat. Nak nak bila dia nak makan. Tak kisahlah walau pun bukan daging ke tulang ke haha pernah bahulu pun dia balun jugak. Baik sangat budaknya. Tapi sayang, saya tak boleh pegang awak. Awak sejenis anjing, johny.


Dan, baru baru ni masa balik johor, mama cerita, johnny dah meninggal dunia. Tiba tiba aku rasa kelam sangat pandangan. Johnny, aku akan sangat merinduimu.

p.s: kawan saya ameir dah nak blah, dan dia berlagak. padahal aku bersedih.

Wednesday, October 6, 2010

Ubat gigi pilihan semua

Haha. Gila kelakar. Ada je balong (oh lupa nak bagitau balong ni abang sedara kita tau) aku ni punya cerita dongeng. Rasa nak maki sebab melampau sangat ceritera dia tak sampai hati. Lagipun mimpi je.

Anjing: Farhan, kau kena pilih antara garfield dan lembut, mana yang kau akan korbankan untuk bagi aku makan. (oh ya, garfield dan lembut dua dua pun kucing)

Farhan: Aku takkan pilih mana mana. Dua dua pun aku sayang.

Anjing: Kau kena pilih. Kalau tak nahas lah hidup kau.

Farhan: Baiklah. Kau ambik lah garfield. Makan lah dia.

Padahal, sebelum tu Farhan membelai belai belakang garfield. Tersengguk sengguk garfield sebab asyik sangat dengan usapan Farhan. Seolah olah sayang Farhan hanya untuk garfield sekor. Siapa sangka, bila tiba masa kena buat pilihan yang sangka disayang itu lah jadi pilihan. Padahal Farhan mampu untuk hapuskan sang anjing yang tak ada hati perut tu. Tapi kali ni, Farhan lah yang tak ada perut sebenarnya. Dan aku tengok garfield pun berlalu pergi sebab kecil hati dengar cerita Farhan.

Tak sedar berapa banyak air mata aku keluar sebab mengetawakan cerita haiwan balong. Siap bunyi gung gung ke woof woof masa gayakan anjing tu bersembang dengan dia. Terbawak bawak ketawa aku sehingga ke bilik air. Sambil gosok gigi pun aku masih ada saki baki ketawa. Tiba tiba aku loya. Bukan sebab mengandung. Tak tak. Gua belum bersedia. Aku loya sebab ubat gigi aku rasa menjengkelkan. Tak ada pulak rasa mint ke pedas ke apa. Tak berbuih macam biasa. Sampai ke pagi ni aku dapat rasa pencuci muka dalam mulut aku. Kelat ke payau ke aku tak pasti.


Saja letak gambar aku comel, hadiah sebab dah lama tak update blog diari kehidupan.


p.s: the emptiness is now filled ('',)

Monday, July 5, 2010

Rumah Strawberry

Ni lebih kurang rumusan kepada 2 hari bercuti (ceh ceh padahal cuti hujung minggu je). Sabtu pagi tu, nasib baik lah aku tak sedar orang call call aku. Haha. Kalau tak, buat aniaya je, kena bangun awal teman echah pergi renew passport norman.

Sampai je makbul, aku terus melantak 2 keping roti telur konon sebab saki baki marah malam semalam belum setel lagi, tambah pulak dengan mood masih nak tidur aku. Lepas pergi setel hal felait kat klsentral, gatal pulak nak pergi midval. Memang gatal habis, sebab aku pakai tshirt lopek. Ni semua persediaan nak pergi jauh (jauh sangat). Siap gaduh gaduh pakwe makwe depan aku ni kira duit rupiah. Haha. Sebut juta juta padahal berapa je ada. Duit orang pulak tu.
Balik tu, siap siap terus balik pasir gudang. Wowwy memang best gila sebab tiba tiba je boleh sampai rumah dan jumpa mama dan ayah dan adik dan ciko dan nenek dan semua sedara mara aku. Malam tu sokong German ramai ramai wahh.

macam biasa lah, gambar beramai ramai mesti ada

fika, aku dan mama

Aku sebenarnya ada belikan sesuatu untuk ciko. Sebab nampaknya dia macam sangat behave sepanjang aku di kl. Haha. Tak merengek. Makan tak tumpah tumpah. Beristinjak kat tempat yang betul. Lagipun, kasihan. Garfield dah tak ada (aku sangat rindu garfield).

betul kan aku cakap, dia buang kat tempat yang betul


ni lah hadiah untuk ciko. muah muah.


haha. ciko dapat rumah baru, aku pun tak faham kenapa aku belikan strawberry, padahal ada je design kereta. Strawberry buat ciko nampak macam kucing pondan.



p.s: ah, esok isnin lah pulak.

Sunday, May 30, 2010

Garfield.

Kalau ikutkan sangat perasaan, aku tak nak balik kl lagi. Belum kuat dan belum hilang rasa sedih kat hati. Garfield dah tak ada lagi.

Lepas sembahyang zohor, aku, mama dan fikah bawak garfield pergi klinik. Ayah tak nak ikut sebab dia kata dia tak sanggup. Tak apa lah. Naluri ayah kan. Tengok garfield sakit macam tu memang tersayat gila. Sedangkan ciko pun faham apa garfield rasa, takkan lah manusia yang kaya dengan perasaan tak rasa apa apa.

Lepas masuk air, vitamin semua, aku nampak garfield respon dengan baik. Selincah lincah kucing yang pernah aku jumpa iaitu garfield, dia tak lawan langsung apa yang doktor buat kat dia. Kau tau, sedih dia macam.. Bila garfield dah respon, doktor nak dia stay situ. Nak ambil sample darah. Kalau boleh, nak operate kidney dia. Sepanjang panjang masa garfield kena cucuk tu, aku memang bersama dia. Usap usap dia. Dia respon. Aku cakap aku nak belikan dia rantai baru. Dia respon. Aku cakap, ciko tunggu kat rumah. Dia memang respon. Mengiau lah. tapi, tak sempat nak buat semua tu.

Siapa sangka, tu respon respon terakhir dia. Aku tak nak ingat dah saat saat akhir dia. Aku redha. Mama redha. Ayah aku pun redha. Terbayang bayang gelagat dia dengan ciko lari sana sini. Mama malam malam nangis. Apa yang lagi pilu, bila kami balik, ciko macam faham garfield dah tak ada. Dia ke sana sini. Agaknya, cari garfield. Ciko banyak termenung.

Garfield, kakak sayang garfield. Sayang sangat. Kakak mintak maaf sebab jarang balik. Tapi, kakak terima kasih sangat rupa rupanya garfiled nak tunggu kakak balik baru garfiled pergi. Nanti, kita jumpa kat syurga ya.




p.s: garfiled. kakak rindu garfield.

Sunday, January 10, 2010

bila kena buat pilihan

Aku tak dapat pilih. Sekarang ni aku rasa bersalah sebab terpaksa pilih salah seorang dan bukan dua dua nya sekali. Masalahnya, dua dua aku sayang. Dua dua aku cinta. Kalau boleh, aku memang nak belah hati aku. Biar dua dua pun dapat.

Macam ni lah rasanya bila kau ada dua jejaka yang berjaya curi hati kau. Buat kau jatuh cinta sedalam dalamnya. Tak sangka pulak jadi macam ni. Aku ingat rasa suka kat dua dua tak jadi masalah. Rupanya, aku, dia dan dia sekarang terseksa gila weh. Bukan nak berlagak ke apa bila aku cerita aku ada 2 cinta yang kejar aku sekarang.

Bila aku jumpa yang kat sini, aku pegang, aku belai rambut dia, aku peluk peluk cium cium dia rasa macam terawang-awang. Dia suka aku manjakan dia. Rasa macam kat dunia ni cuma ada aku dengan dia je. Bila aku jumpa yang satu lagi pulak, walaupun agak pasif dan dingin, tapi aku tau setiap kali pun dia sebenarnya cuba ambil hati aku. Aku tau dia sayang aku dan perlukan aku. Pantang dapat tangan aku, cepat je dia nak pegang. Rasa menjalar jalar sayang dia kat aku bila dia pegang tangan.

Malaslah bila kena pilih. Taknak kecil kan hati mana-mana pihak. Tak sampai hati bila kena buat pilihan. Dua dua ada dalam hati aku sekarang. Kat tempat yang kukuh. Tak ada masalah untuk aku kasi kasih sayang seadil adilnya. Jadi, aku tekad untuk tak akan pilih. Aku nak dua dua.

Aku nak Ciko.






Garfield pun aku nak.







p.s: nak ulang balik kenangan nyanyi perpisahan terasing. aku nyanyi sedap gila. cayalah!


Tuesday, November 11, 2008

promises to my cats





  • tak lupe kasik korang makan
  • selalu main2 ngan korang
  • sentiase bawak korang jalan2 jauh
  • tido same2
  • gelak same2
  • tiade rahsie antare kite
  • menerime korang seadenye as korang terime aku
  • selamatkan korang bile korang rase ade ancaman
  • marah balek org lain yg marah korang
  • bg korang duduk kat kusi feveret korang
  • selalu kasik korang tgk tv
  • tak buat bising time korang tido
  • selalu bukakan lampu n ekon sbb korang tak sampai
  • bukakan pintu bilik sbb korang tak reti bukak
  • comfort korang time ade petir
  • tak peluk kucing lain
  • tak cium kucing lain
  • tak bg name kucing lain ciko n gafil
  • tak mandikan kucing lain
  • tak ngurat kucing lain
  • tak dukung kucing lain
  • tak ajak kucing lain jalan2
  • tak amik gamba ngan kucing lain
  • sayang ciko n gafil sampai bile2 n akan selalu miss korang!!


gafil bebaringan


jelingan ciko