Showing posts with label momok. Show all posts
Showing posts with label momok. Show all posts

Friday, January 20, 2012

mengesot


Berdedai peluh aku macam galak bermain badminton je gaya. Padahal main macam main dekat pagar rumah pukul bola lambung bola tersangkut kat atas bumbung okay dah malas nak main dah. Ha elok lah dah jumaat. Tapi kenapa setiap kali jumaat harus up status twit cakap pasal khamis malam jumaat dengan lucah sekali. Setiap kali. Tahukah kau selagi masih bujang eloklah kiranya cakap khamis malam jumaat ialah malam penuh keberkatan jika adanya bacaan yassin dan solat hajat. Hal yang berkisar bilik tidur biar yang dah berkahwin sahaja bercerita. Tak ada lah nampak kemaruk sangat. Ye tak. Tak pun, cerita lah pasal keliwon ke. Hantu aci ni pun boleh tahan serem weh.



Mata mengantuk tapi tak boleh tidur sebab otak dah merewang rewang sampai untuk plan malam esok. Ma, maafkan kakak esok kakak sampai lambat sikit sebab nak meliar. Haha. Kalau nak sampai johor esok sebelum malam habis memang tak dapek lah. Dah lama dah mengidam nak makan ondeh ondeh seringgit dapat tiga, dan aku nak cuba segala macam makanan esok. Aku tekad. Makan sampai nak berjalan pun tak boleh lalu hanya mampu mengesot.

Ah ye. Kepada penyokong bola sepak yang fanatik. Sempena musim bola ni, tak kisah lah kau sokong kelab ke negeri sendiri ke nagara ke, jangan ikut kan sangat emosi. Sana sini dimaki. Berduyun duyun lah berbalah pendapat pasal skill tendanglah sepaklah benteslah ah apa apa lah sampai nampak seperti peperangan. Errr gaya sembang macam main je. Main ke ? Hehe sorry abang abang, cik adik semak pulok.

Okaylah bai. Kaki aku dah semut semut.


p.s: u are the reason i smile, sayang.

Saturday, May 8, 2010

hari ni sayang banyak mana, sayang banyak gila, sayang sampai esok

Lepas aku fikir lama, dan atas nasihat kawan, dan sebab permintaan seseorang sejak lama dah yang aku sangat rapat dan hargai setiap kehadiran dia , aku nak letak something yang agak penting dalam life aku kat blog poyo aku ni.

Dengan baik aku mula dengan dia dan perkenalkan dia kepada semua dan kepada blog, dengan baik juga aku cerita pasal dia, aku describe pasal apa apa yang buat aku jatuh cinta kat dia, dengan baik aku cerita macam mana aku curahkan sayang aku kat dia, maka dengan baik jugak lah aku harap aku akan bagitahu yang semua yang baik tu dah habis. Dah berakhir.

Memang tipu lah kalau kata aku tak sedih. Aku sedih. Gila ke apa, putus cinta tu tak sedih. Tapi, tak apa, sekurang kurangnya, aku tak menyesal sebab aku play role aku as girlfriend dia selengkapnya dan aku cuba sesempurna mungkin sepanjang tempoh 'baik' tu. Sumpah aku kata, aku sentiasa cuba nak jadi the best untuk dia. Cuma mungkin dia tak berapa faham lagi. Jadi, dia belum tahu macam mana nak gayakan biar nampak menghargai. Kalau dulu, aku rasa dia keutamaan dan kesayangan aku, sekarang dia adalah bekas kekasih hati. Ha, cukup lah tu. Tak baik cakap yang bukan bukan.

Terima kasih kepada ecah norman nani shuze dan wanita sebab kebelakangan ni dan sepanjang tempoh tenat aku, aku perasan korang selalu ada dekat. Korang buat aku tak lalu nak cerita benda sedih tu lama sangat. Azmi fendi shahmie dan bad, korang buat aku rasa aku sangat penting dan aku rasa kuat ceh ceh ceh sekuat korang, yelah selalu lepak dengan korang makanya aku nampak macam jantan. Kena minum kopi jantan.




p.s: hari ni kereta aku senyap je tak ada penumpang macam selalu. kesian je aku tengok beliau.

Thursday, March 4, 2010

Assalamualaikum kum kum

Dari sejak kecil, aku dah dimomok momokkan dengan cerita seram oleh orang sekeliling aku. Sampai besar pun, aku lebih suka dengar atau tonton atau baca cerita berunsur mistik. Rasa macam mencabar minda gila kalau tengok cerita seram weh. Yelah, kau kena sentiasa berjaga jaga bila agaknya hantu tu nak terkejutkan kau. Mencabar.

Dulu, aku ingat lagi, kawan aku Ella ada cerita hantu kat aku. Hantu tu nama dia hantu kum kum. Aku tak tau lah korang pernah dengar ke tak. Hantu ni spesies islam aku rasa.

Masa tu musim mak mak suka sangat kumpul Tupperware. Lumba siapa ada dulu keluaran paling terbaru dan siapa paling banyak. Nanti boleh tayang tayang masa berkelah sama sama. Setiap kali nak borong Tupperware terbaru, anak tak boleh ikut, nanti ganggu konsentrasi. Oleh sebab mak aku pengumpul sejati Tupperware dan aku pula masa tu masih tunggal, adik aku belum lagi keluar ke dunia, aku konfem akan tinggal kat rumah seorang diri.


Jadi, Ella pesan, kalau kau takut tinggal sorang, kena baca kuat kuat ayat kursi. Aku pun angguk je. Aku tau nak baca macam mana. Sebab mak aku ada baca kat aku dan aku tulis dalam bahasa rumi.

Lepas tu, kalau ada orang bagi salam kat pintu, intai dari tingkap dulu siapa yang datang dan kalau boleh pasang telinga betul betul. Kalau dia bagi salam 'Assalamualaikum kum kum'. Jangan buka atau jangan jawab salam pun. Kalau buka, akan ada seorang perempuan bawak baby nak jual kain Cindai dan nak mintak sikit air untuk minum. Bila kau bagi air, nanti dia suruh pegangkan bayi dia sebab dia nak minum. Kau sedar sedar je, dia dah hilang dan tiba tiba kat tangan kau ada batu nisan. Sungguh seram. Kalau kau tak bukak pintu tapi dah terjawab salam pun bahaya. Sebab bila dah terjawab, tengok tengok, dia dah ada kat belakang. Bengong, seram sejuk tengkuk aku sekarang.


Tak lah seram sangat. Tapi, kalau dengar cerita macam ni masa umur baru 4-5 tahun, tidur boleh ngigau ngigau tu. Lagipun, Ella cakap (cis, asyik asyik percaya cakap ella) dah ada budak terkena. Nama dia Ananthi. Dia budak India. Dulu aku percaya bulat bulat. Baru sekarang aku terfikir, macam mana Ananthi tu boleh kena kacau hantu yang bagi salam? Boleh tahan jugak sewel bila aku nak fikir balik.

Aku masa kanak kanak macam budak terbiar je gaya



p.s: Aku tak senang duduk bila ada orang kena aniaya tapi aku tak pandai nak selamatkan..

Thursday, November 5, 2009

pause

Kepada sesiapa yang sedang bercinta, belajarlah tunjuk menghargai pasangan. Tunjuk. Jangan cakap je. Jangan kata sayang je, tapi tak nampak sayang. Jangan kata rindu je, tapi tak nampak rindu. Jangan cakap ambil berat je, tapi tak buat apa-apa. Jangan cakap menghargai je, tapi tak ada tanda ucapan terima kasih. Bukan apa, sebelum pasangan korang mula tak percaya apa yang kau rasa. Tak percaya apa kau kata. Tak percaya kau dah.


'Action speaks louder than words'

Saturday, July 18, 2009

selama ni aku hanya tengok dalam buku sejarah

Kalau nak tau, betapa jahilnya aku, aku tak tahu pon TUGU NEGARA MEMANG WUJUD!!!!
hahahahah. Sumpah weh. Aku ingat dulu tugu negara tu tugu yg dibina masa perang, yg diambil gambar masa perang dan dah termusnah masa perang. Aku ingat mmg dah jadi kenang-kenangan. Terima kasih pada zaid sbb bawak aku jalan2 ambil gambar kat situ. Kalau tak, mmg sampai mati pon aku ingat TUGU NEGARA HANYA ADA DALAM BUKU SEJARAH!!!

Kat bawah ni semua hasil kerja Zaid. Kalau kau agak nak sokong aku kata dia berbakat, cepat angkat tangan!!!! (gambar TUGU NEGARA aku belum dapat)


Monday, June 22, 2009

'wolverine'

Banyak gila kerja lately ni. Berat kepala otak aku. Tambah2 lg runsing pasal grad-tak-grad ni. Haha. Shit gila bila tiba2 rasa mcm tak grad je?? Kerja bukan main. Siap dah ada akaun mcm2. Bil dah banyak kena fikir. Berangan nak belanja mak ayah makan lazat lagi. So, mesti lah haru bila tak jadi grad. (aku suka berfikiran negatif). Hm, sementara nak lupakan sekejap pasal risau aku tuh, aku nak korang tenung 'wolverine' aku. Haha. Jangan jatuh cinta!


Amacam? Garang tak??

Tak kisahlah mcm mana kau pon, kalau dah tersuka, nak buat mcm mana kan? Padahal aku dulu nak yg mcm 'mata2 sepet'


p.s: jom doa aku grad!

Sunday, June 21, 2009

Heh,kumpul duit banyak2 dulu

Majlis perkahwinan idris dan ida. Kalau boleh close up lg, kau boleh nampak ketiak aku banjir teruk. Bukan main panas lagi. (Siap aku terbuat muka sbb panas sgt)


Majlis perkahwinan rafiq dan aishah. Siot gaya aku sgt kepoci nak bergambar.


Asyik pergi wedding org je. Aku dah lah kekurangan bj kurung. Haha. Ada mulut jahat ckp, "kau patut ada bj kurung byk sikit la sbb dah berapa kali aku tgk kau asyik pakai bj kurung yg konon2 seksi ni". (mulut takde insurans, mcm nak melempang). Ambil berkat punya pasal, bila turn aku weh? Dengan siapa? Serius aku confuse. Yg penting, aku mcm rasa nak enjoy lama sikit sebelum kahwin. Nak ada aset byk jugak. Kumpul duit banyak2, belajar masak lauk best2, baru boleh kahwin. Kan?


Lama tak update blog, busy gila.

Friday, March 20, 2009

Bermula dr benci

Aku sebenarnya dulu tak suka dgn dia.
Suka tepuk,ketuk,pukul kompang kuat2.
Annoying gila!!
Sampai nak bergossip masa break time praktis pun susah.
kena terjerit2. (aku rasa dia sengaja)
Banyak lg yg rasanya buat aku rasa menyampah.



Cuba tgk, rasa geram kan?

Tp, tak boleh nak buat apa dah..
Sbb dia curi hati aku!


p.s: baru terjumpa gambar ni~

Wednesday, February 11, 2009

Tangan Marjerin

Kali ni tak payah baca byk2.
Kita tgk gamba saje ok?
Aku ingat nak rakam saat2 romantik,tp jadi gamba seram,macam ada entiti pulak.
Gambar ni aku amek dlm kereta.
Gila gegar2,
tangan aku tak boleh statik,lembik,
besides,kamera aku pon cap ayam jek.
hahaha.



Kan?zaid nampak ala2 macho,tp malangnya tangan aku hopeless.




Ni lagi satu bukti gambar "sweet" yg dirosakkan oleh aku. Sumpah nampak seperti calar-balar. Dahsyat bukan?




p.s: miss "oversea student", aku bukan saja2 nak tayang bf tau
p.ss:nani, plz ajar aku amek gambar?



Sunday, November 23, 2008

GAMBUS

gambus is one of the musical instrument in our country.
hmm..
it is usually used as to accompany song and dance especially in traditional song,
mcm zapin, ghazal, joget.
(yg len2 aku tak sure sgt).

originating from Middle east, malaysia punye version ade 9-12 strings.
wajah sebenar gambus


gambus mcm gitar,
and as well as gitar, we jz have to pick the wire string,
but ofkos with some unique technique and method,
(tak same mcm gitar).

after putting penyendal, bole terus main dgn jari or permenting.

hehe.gambus zaid


jgn panik,
bukan aku yg main gambus,
aku petik gitar pon tergagap2..
ape lg petik gambus.
haha!

tp aku sgt sokong org yg still ingat and apreciate bnd2 nih.
plus aku menari pon diiringi gambus ,
(aku penah menari traditional tau),

so, if ade sesape yg interested ngn gambus,
gtau la aku, bole share 'likes' ngn aku,
tak perlu bermain2 gambus bersame2,
cukup sekadar korang gtau ok?
pastu aku tau la nak proceed korang ke mane,
hahahaha!
takde la,

actually, aku mcm plan nak bukak satu akademi,
(bajet mcm akademi fantasia la)

aku nak kumpul org2 yg pandai men gambus, rebana, seruling,
so that nanti bole teros cr penari2 yg bukan professional menari bersame.
hehe.
suke2 je,sbb aku mcm dah jd mat gian nak menari,
lame tak menari traditional,
dapat sedas lagu joget ke, zapin ke jd la kan?



p.s: tetibe teringat aku penah menari zapin dpn org china