Friday, July 23, 2010

ikhlas

Leganya dah mandi. Sehari suntuk ni, aku menghadap komputer tanpa kelip kelip (harap harap bos aku baca dan puji dalam hati). Penat dan tambah tambah lagi la hari ni hari kedua paip bocor. Sakit betul pinggang aku. Lagi spesifik, dari tengkuk ke pinggang. Adui. Patutlah sehari dua ni aku angin semacam.

Semalam aku ganti puasa. Ha, siapa suruh lengah lengah ganti. Sekarang baru menyesal. Kenapalah dulu aku tak puasa enam je. Kenapalah aku malas puasa isnin dengan kamis. Dah nak dekat ramadan, baru gatal nak ganti. Lagi haru, puasa aku semalam batal.

Allah maha mendengar. Agaknya aku kurang ikhlas mengganti puasa semalam. Dan dan lah pagi semalam ada breakfast nasi lemak lauk paru. Kak ika pulak ngada ngada nak bawak karipap buat sendiri. Kecur kecur air liur aku. Dalam hati aku nak nak nak. Azmi suruh aku cek kan kerja dia. Bila aku datang kat meja dia, tup tap keluar page Tony Roma's. Apa lagi. Aku sumpah seranah. Memang dasar. Tapi, dalam hati nak nak nak. Fendi suruh ambikkan buah jambu dalam peti ais. Aku ingkar. Tapi dia datang ke meja aku sambil kunyah jambu sejuk yummy yummy dan hirup kuat kuat air strawberry. Aku belasah dia dan maki dia. Tapi, dalam hati masih nak nak nak. Shahmie pun satu hal. Dah makan karipap kak ika diam diam sana sudah lah. Ni lagi nak gigit sikit nak simpan kan aku untuk berbuka. Tapi, dia ngap semua. Cis. Jeling dia tajam tajam tapi dalam hati aku tetap nak nak nak. Sangat ngada ngada bawak perangai budak budak.

Kecewa betul. Lagi 20 minit je lagi. Kenapa. Kenapa. Kenapa.

Hari ni aku masih terkenang kenang kemalangan semalam. Haha. Nak makan pun tak lalu. Dompet tebal. Tapi, dengan duit rupiah. Nak makan apa minggu depan. Kalau dapat puasa kan tersusun je jadual pengeluaran duit aku. Terpaksalah menggunakan tabung dua aku. Tak apa lah. Tak baik mengeluh. Lain kali, memang kena ikhlas walaupun benda tu memang wajib buat.

Nah, tengok video orang senggugut.




p.s: hey, rumah yang kat awan biru. tunggu tau.



No comments: