Saturday, July 17, 2010

Bandung- hari kedua

Seawal jam 8.30 pagi waktu indonesia, beda sejam lewat dari waktu malaysia, kitorang dah siap siap untuk aktiviti seterusnya. Malam tadi, sebelum beredar, pak amir ada bagitau plan untuk hari ni. Hari kedua adalah hari untuk bershopping! Yabeda bedu!!Pak amir ada bilang, kalau pengen pergi pasar baru, seawal jam 8.30 pagi sudah harus terpacak di sana karna kemacetan jalan rayanya nanti. Sampai sampai je, amir pesan, kalau jalan jangan berseorangan. Masa tu riuh lah masing masing, wey sayda jalan dengan aku. Wey, jalan dengan aku. Wey, kita jalan sama tau. Wey, kau kena jalan dekat dekat dengan aku.


Pasar Baru memang seronok tuan tuan dan puan puan. Tempat dia sama macam kedai kedai yang ada kat Masjid India. Banyak jualan kain dan telekungan (mulut aku masih tersebut sebut dialek Indonesia, udah terbiasa barang kali, maafin yaaa). Aku mula mula hilang arah lah juga. Mana kedai aku nak serbu dulu. Budak budak ni masing masing aku tengok dah tak dapat dikawal. Haha. Comel sangat diorang tssk tssk rindu diorang =(
---------------------------------------------

Aku mula dengan membeli telekung untuk ahli keluarga. Beli telekung berharga Rp 80, 000.00/RM 28.00 mama, aku dan fikah. Aku bajet nak buat sembahyang terawikh sama sama nanti. Untuk makcik makcik adik adik saudara dan jiran jiran rapat mama aku belikan juga. Harganya tak mahal. Tak silap aku bila campur semua termasuk satu telekung strawberry untuk mira bersamaan dengan Rp 550, 000.00. Untuk ayah dan pakcik aku, aku rembat 2 helai baju bapak bapak indonesia. Ah, sungguh sinetron mereka nanti. Aku jugak sempat beli beberapa pasang kebaya untuk dole tersayang.

Lepas tu, aku tak tahulah kenapa dari berantai rantai kawan kawan masa awal awal sampai tadi, sekarang tinggal aku dan absya je. Haha. Semua sudah lupa diri. Dengan tangan penuh dengan bag bag bag, aku gigih jugak ya nak cari t-shirt murah murah untuk kawan kawan di malaysia. Maklumlah, pergi belajar eh berlibur takkan lah tak ada ole ole selain keychain murah yang aku sempat beli juga. Aku wish aku ada troli satu masa tu.

Boifren ecah yang udah capek kapan sih ceweknya mau selesai shopingan. Haha.


Ok, malas cerita panjang, setelah semua pun shopping macam tiada lagi hari esok, kitorang menjamu selera kat Simpang Raya, Istana Ayam Pop. Makanan dah siap terhidang. Konsep dia, kau pegang, kau bayar. Hah, macam tu lah. jadi, semua orang pun, weh kau nak tak ni, aku nak sentuh ni. Haha. Comel gila pedon tenung tenung ayam kari tu. Makanan padang tu berpatutan gila harga. Lebih kurang satu kepala kena bayar Rp33, 000.00/RM12 je.

Lepas tu, kitorang sambung perjuangan. Membeli belah di Jln Riau. Tempat tu memang lumayan banget. Mall nya kok berderetan sih. Dari satu kedai ke satu kedai kitorang singgah. Beli baju yang dikirim oleh kawan. Dan sekali lagi aku terlibat dengan pembelian t-shirt bandung dan beberapa lagi longgokan keychain. Hah, masa jalan jalan kat sini lah aku terjumpa satu misteri kucing di sana. Emang beneran, kucingnya bisa ngomong jawa? Ngiawwwwwwwwkok. Ngiawwwwwwdong.

Bersama dengan 2 jenglot dan 1 kelinci haiwan perliharaan guwe.


Lepas tu, Amir ada janji nak bawak kami makan kat fine dining. Gaya orang orang kaya makan lah. Tempat nya atas gunung. Boleh lihat suasana kota bandung dari atas pada waktu malam. Dan tempat dia sangat ekslusif. Nama tempat tu Sierra Cafe&Lounge. Tapi, guwe kok kebingungan. Ngapain sih, temen temen guwe gak behave. Berlari larian untuk cop meja. Oh my bandoengers, mereka sungguh comel. Ya, lupa nak bagitahu, aku sempat berkaraoke malam tu. Dan kantoi, perut ku kok gak selim?? Haha.


Oleh sebab kepenatan yang amat sangat, aku dan ecah pergi berurut di bawah hotel kitorang. Murah aja dong mas. Sekalian satu badan selama satu jam coma Rp135, 000.00. Servisnya pas bangat. Jangan pikirin yang gak gak dong. Bukan yang itu... Haha. Memang selesa korang. Hilang penat aku sehari tu pada harga yang sangat murah.

Balik je bilik, aku kemas kemas bag. Sebenarnya taknak sesakkan lalu lintas di bilik maka kena kemas barang di shopping siang tadi. Cis, nasib baik try kemas barang. Memang tak muat. Tu pun dengan bantuan shuze, wanita dan natali. Memang seksa. Bag aku tak muat. Memang tak ada gaya dapat shopping lagi hari esok. Cis cis. Nak tambah luggage aku sendiri tak larat nanti nak heret satu satu bag.

Sebelum beredar, aku nak tunjuk benda yang aku teringin nak makan. Tapi kawan kawan gua tak kasik. Keji betul. Nak nak nak.



p.s: sepanjang aku berada di bandung, aku asyik ketawa je. sekarang dah ada garis garis bekas ketawa.

4 comments:

ecah said...

kan aku dah cakap, kat ou ada eskrem durian tu. nak jugak makan tepi jalan.

mulut jahat said...

ntahnya. kang kalau cirit birit ke taun ke apa ke macam mana? degil betul la dia ni

hakuakari said...

eh,disebabkan mi kocok cilaka tu aku cirit birit 2 hari eh,aku memang sumpah mi kocok tu,emangnya mi kocok tu amat brengset

sayda dino said...

ecah: aku saja nak rasa durian sana. mana tau lepas makan sendawa burrppppkok.

nani: atleast aku tak makan bak mi atau bakso. haha (hamster kok sempet makan mi kocok?)

hamster: kau makan keli kepala besar sebenarnya yg cirit birit