Sunday, August 14, 2011

Jangan ejek gagak



Tengah sedap sedap menjamu selera kat kantin sekolah kebangsaan pasir gudang 2, dengan air sirap 20 sen nya, dan tangan aku sibuk menyauk makanan diyana kat sebelah aku ni, mata aku tertangkap kat satu ekor burung gagak. Burung gagak ni betul betul bertenggek kat atas pagar depan kelas aku dan sebelah kantin. Dalam hati risau jugak kalau gagak ni terbang dan membawa lari keropok lekor aku.

Aku pesan kat diyana jangan ajuk burung gagak. Aku yang gelojoh gila menyuap keropok lekor sebab jam boy london yang sedikit masa dulu bapak terkenal dah menunjukkan lagi 5 minit je lagi rehat nak habis. Lagipun, yelah risau kang tak pasal pasal gagak tu sempat rembat sebatang dua dan aku ditanya lagi. Ajuk macam mana. Jangan aaak aaak aaak sangat lah bila nampak gagak. Kang cuping telinga kau koyak. Aku pun tak ingat siapa menyebar pantang larang ni kat aku. Hernawati agaknya.

Diyana ni degil boleh tahan. Padahal aku dah ingatkan dia bahaya nya sama dengan bahaya kalau kau tunjuk pelangi kat langit pakai jari telunjuk kau. Nanti kudung. Kena tunjuk pakai ibu jari tangan.

Diyana pun mengejek gagak tu. Aaak aaak aaak.

Lantak kau lah diyana. Aku tengah sibuk pula usha hafiez akib yang baru je lepas makan ni lalu lalang depan kitorang. Weh, adakah dia perasan aku selalu tengok dia gelecek bola masa dia kat padang. Pakal je sombong. Kalau tak aku mesti dah hantar surat ke biodata ke (masa dulu aktiviti hantar surat macam ni memang glamor). Haha. Darjah 6 lagi aku dah gatal.

Keesokannya masa latihan bola jaring, diyana bisik kat aku. Sai, telinga aku luka lah kat cuping bawah. Ha, kan dah kata.


Aku tak pernah ajuk ciko meow meow, tapi ciko ajuk aku. Panggil mak aku ma ma ma. Ini benar ye.


Hari ni ahad, hujan pula tu. Selesa kalau berselimut dan mengangkang saja kat rumah. Tapi aku bekerja. Sob sob.


p.s: sudahkah awak membeli tiket bas balik johor ? aku belum.



No comments: