Monday, October 17, 2011

Perfect Weekend

Semoga apa yang aku rasa sekarang berkekalan. Perasaan gembira. Gembira tengok ain kejar kejar dengan macy, gembira menadah telinga dengar nenek bagi nasihat, gembira perut kenyang, gembira menikmati aircond dan tv serentak, gembira teringat balik apa yang terjadi selama dua hari hujung minggu ni. Hehe.

Dari jumaat hari tu, hidup aku dah start luar biasa punya aktif. Selama ni memang aktif, cuma kali ni kena lebih aktif. Paklong aku buat kenduri hari raya untuk staf damini. Aku haruslah bertindak sebagai wakil tuan rumah supaya majlis lebih meriah. Dari makan, birthday surprise party, pasukan koir yang dikendalikan aku haha, sampailah tengok bola kelantan lawan terengganu. Semua pun ada. Azmi fendi shahmie kak ikan gafar rosdi, semua ada.

Sabtu bermula dengan tak berapa aktif. Sebab semua keliru tak tahu mana arah nak pergi. Haha. Sampai berkeliaran lah adik adik saudara aku. Dari nenek paklong maklong mama fikah paksu maksu dan semua adik saudara aku ada. Bising gila weh. Dah macam pasar borong. Makan malam yang agak lewat tapi masih ada tenaga pergi ict ye. Kalau malam masih panjang aku rasa semua permainan budak budak ni main.

Tak cukup dengan ni semua, hujung minggu aku rasa lengkap betul bila sgf datang sebab aku tak sempat singgah markas. Haha. Pantang terlepas sangkar, dengan aku aku sekali terpalit memakai lampu liplap kat kepala. Baru ict weh. Haha. Berpinar mata aku sebab ketawa tengok masing masing dah macam lampu disko bergerak.

Esok kerja. Tapi aku tak gusar pun. Sebab cukup dah adrenalin yang aku dapat hujung minggu ni. Haha poyo kau sayda. Poyo.

p.s : seronok betul main edit edit gambar. Ke aku jakun ?

No comments: