Sunday, October 23, 2011

13 tahun


Setelah 13 tahun tak berjumpa, selepas 13 tahun aku tak dengar apa apa khabar berita, selepas 13 tahun aku dengan kehidupan aku sendiri, selepas 13 tahun aku cuma ingat dan selalu ingat kan diri sendiri yang kita tak akan berjumpa dah, akhirnya kita berjumpa semula.

Kalau dulu kat kelas aku tak tahu lah kenapa malu malu lebah nak tegur sapa tapi bila dah berjumpa tak sangka mulut aku becok gila. Maklumlah, dah lama gila tak jumpa. Dan masa sama sama dulu kat sekolah pun, bukan menyembang sangat walaupun kantoi banyaaaaak kali kau curi tengok aku. Haha. Sekarang, kau tak payah curi tengok dah. Boleh tengok bila bila kau suka. Amacam ? Tak payah nak cari alasan nak sembang dengan aku, sebab kontrak bercakap pasal apa apa pun dengan aku dah bermula. Kan ? Hehe.

Berjumpa balik dengan kau setelah 13 tahun, memang sesuatu yang terindah lah senang cakap. Terindah. Pakwe, ceh ceh pakwe pulak kan, yelah pakwe yang pertama kali sejak aku kecil aku cakap dalam hati sendiri indah nya ciptaan Tuhan ni. Gatal sungguh aku ni. Ni kalau cikgu samirah ke cikgu halimi ke eriena ke hajar ke mahfuzzah ke hanif ke baca haha memang minta kena gelak.

Tak sangka, rupa nya kau sama perangai macam aku. Sikit sikit ajak aku makan, sikit sikit ajak aku tengok lampu, sikit sikit ajak aku roda roda kotaraya, sikit sikit ajak aku tengok wayang, sikit sikit ajak aku jale jale sikit sikit ajak aku tengok err err pon haha. Padahal tu semua hobi aku jugak. Banyak lagi benda tak buat kan. Dah 13 tahun rugi. Jadi, apa kata sayang balik sini sekarang jugak ? Hehe.

Mohd Hafiez Akib, cepat lah balik. KL rindu lu.



p.s: setiap kali cakap pasal man u, nak berbulu dengan aku.


No comments: