Wednesday, March 9, 2011

Persiapan bercuti ke Dungun


Berdebar debar kan nak pergi dungun. Entah apa lah agaknya musim kat sana sekarang. Takut tak biasa, kang balik kolumpo demam. Hawau je.

Selalunya, nak berjalan jauh ni, aku mesti persiapkan diri dengan rapi. Supaya kat sana tak ada lah termangu mangu tak tau nak buat apa dan nampak macam kera sumbang mahram. Tak ada lah kekok nak ikut budaya dan adat sana. Macam macam aktiviti dah dibuat sebagai persiapan diri dari segi ukhuwah bersama SGF. Mana tau nanti segan segan masa ice-braking lagi.

Nah lah, beberapa tips ke dungun. Pergi kenduri suhaida spears sambil bercuti di pantai apa aku tak pasti. Asal kan berseronok.

1. Sebelum pergi, sekurang kurang standby 200 dalam wallet. Kalau tak cukup, sepelet 50 dalam wallet pakwe.

2. Kereta mesti dalam keadaan mantap. Tak payah kereta kena seksi dan bersuara husky husky. Asalkan boleh jalan dan selamat dibawak jalan. Kesian, masa ke bandung dulu awak tak boleh ikut. Tiket awak mahal sebab aku gemuk debbok. Sekarang, awak boleh. Nanti kita cari kopok lekor ye.

3. Pernafasan kena konsisten. Kan nak jalan jauh. Kalau bernafas pendek pendek, memang sah nanti muntah. Nasib baik malam malam 2-3 bulan ni aku banyak berlari setempat.

4. Hafal segala mala ayat hafazan. Ayat kursi. 3 qul. Kita nak bergerak malam kawan kawan. Aku tak nak ada elemen seram. Angker. Mistik. Tak larat nak tulis post mortem nanti.

5. Bawak baju cukup. Baju kenduri. Baju tidur. Baju mandi laut. Alamak, aku terlupa nak ajar kawan kawan berenang. Cis, kena standby je lah ni. Mana. Mana dia costume pamela anderson aku. Kena bawak ni.

6. Peta terengganu. Gugel siap siap. Senang nanti tak ada lah terbabas ke oversea. Haha. Nasib baik aku dah hafal lagu salem iklim tu. Senang lah nanti nak tawar menawar kat terengganu. Yahuuu.

Apesal. Teringin ke nak pergi terengganu tapi tak cekap dan takut jadi rusa masuk kampung nanti. Ha, cepat. Masuk kandang kambing mengembek. Masuk kandang rimau, mengaum. Hafal lagu ni sekarang.


p.s: kamon SGF, kita hafal bahasa terengganu sekarang.


No comments: