Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya

Hai. Aku bukan lah peminat fanatik bola sepak pun, lagipun aku tendang bola memang cantik punya kalau masih muda dan lelaki pasti aku dalam skuad kebanggaan kebangsaan. Tapi, aku sebenarnya lebih kepada semangat kenegaraan haha dengan harapan semangat je dah cukup tak payah pergi bina tata negara.

Seawal 5.30 ofis aku dah bersih, seawal 7.30 juga jalan raya dah lengang. Gara gara bola. Masing masing beriya tukar gambar profil facebook jadi gambar logo harimau malaya lah, harimau national geographic lah, anak anak harimau lah, rimau permainan anak pun ada. Sana sini status nak aum aum. Ucapan kalau tak berulang ulang tak sah. Mintak mintak bebudak rimau tu sempat baca. Tiba tiba dah ramai mengaku skuad adalah hasil latihan dia.

Haha. Bagus rakyat malaysia. Ni kalau hang tuah ke hang jebat ke masih hidup, memang dia dabik dada bangga tengok kita semua tegar mempertahankan negara. Sopan santun pemain kita pertahan asakan indonesia dan tak sampai hati nak membalas balik asakan. Sekarang kau nampak tak, betapa budiman nya lelaki kat malaysia. Dah dah.Tak payah nak suka lelaki negara asing. Terbukti lelaki malaysia berkualiti, tengok saja skuad kesebelasan kita, walaupun semua warna ada tapi semua warganegara. Tak payah carik luar. Jurulatih pun bukan mata biru.

Sebab safee sali lah kedai mamak boleh buat sale, customer ramai kena tambah meja segala, sebab khairul fahmi lah semua awek kat luar sana bersatu padu mengaku fahmi, u are the man, sebab kunalan lah rakyat malaysia semakin kuat memberi sokongan padu kepada skuad malaysia tanpa membalas tohmahan laser, semakin menebal perasaan sayangkan negara dan sebab harimau malaya ni lah kita semua dapat cuti hari jumaat ni. Yabeda bedu.

hero yang menyumbang kepada idea jumaat adalah cuti.


Jadi, apa kata, aku sebagai wakil kepada wakil rakyat menyeru kepada semua cintai lah negara (kenapa kerja aku asyik nak berkempen kempen je ni). Macam macam cara boleh tunjuk. Bermula dengan esok apa kata kat jalan raya nanti kau jangan bawak kereta macam bukan rakyat malaysia. Aku bawak dah lah memang cermat.


p.s: aku memang cuma batu peloncat je agaknya.

3 comments:

MomoN said...

lelaki malaysia mmg berkualiti, tp yg gay tu pulak mcm mana? aih T_T
apa2pun tahniah kepada harimau malaya.. seronok lah ko harini cuti ye!

absyaB3$h said...

khairul fahmi..terbaik siut..cm david seaman..haha..haish rasa patriotik pule

sayda dino said...

hazimah: sebab tu lah aku cakap lelaki malaysia berkualiti. yang gay tu seharusnnya bukan dari malaysia.

besah: tak sia sia hafal lagu patriotik masa sekolah dulu kan.