Showing posts with label malam malam. Show all posts
Showing posts with label malam malam. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

partayyy hard, bebeh!

Halo halo halo. Apa macam weekend hangpa semua. Aku punya sumpah best. Best sangat!!! Best yang sungguh yeay yeay. Haha. Bermula dengan seprais hafiez datang membawa aku berjalan jalan dan melakukan semua anak anak muda punya aktiviti. Aktiviti yang sungguh liar. Haha liar lah sangat kalau main bowling tu. Oh ya, hafiez hebat ye. Penat aku berdoa dalam hati semoga semua bola ke longkang atau ke belakang memandangkan aku adalah kaki bangku sama sekali. Main bowling macam lee chong wei eh nicol eh safee eh nampak sangat pengetahuan am gagal. Memang hebat. Nampaknya boleh lah dijadikan sukan keluarga. Yeay !

Keliaran diteruskan lagi dengan partay partay partay untuk bakal sang perantin. Minggu depan dah nak kawin, tak sabar rasanya nak tengok dia dengan baju pengantin dan veil. Bachelorette party untuk echah sesungguh nya sungguh rawr. Liar sebab dah lama tak berjumpa. Masing masing tak nak kalah. Terkinja cucuk langit nyanyi lagu jahat, that's not my name, nenekku pahlawan, apa saja, hit me babay one more time, bingung ku bingung bingung jadinya aku tak tahu tajuk dia apa, beribu sesalan dan sebagai nya. Nyanyi dengan penuh kebuasan. Kalau mak aku nampak, memang kena pelangkung. Semua sekali di situ kena juga hahaha. 

let's partay hard bebeh !

paling crispy adalah bahagian kaki

Tambah tambah memandai nak jadi liaq sangat depa dok pakai baju animal print. Paling ikut tema affa. Kata nya uniform penjaga zoo. Diikuti seet, tema safari terus. Hamster cuma liar di skarf nya. Shuze nadiaw natra natali memang selamat pakai kuda belang. Wanita, ambil haiwan bersisik sesuai dengan nya yang lidah bercabang, ular. Nasib baik aku menepati tema. Binatang yang jarang jarang difikirkan nak jadikan inspirasi. Iguana. Haha. Lain kali aku harap tema nya adalah lebih mudah. Polka dot ke stripes ke batik ke warna kulit ke.

masih dalam kawalan

dah mula buas tak duduk setempat

tengah bergembira, tertangkap satu entiti ecah di belakang. seremmmm


kan ? buas kan ? haha. mama, itu bukan kakak.
bukan. bukan aku yang diraikan.
selamat ecah! sayang kamu dari dulu, sehingga surga.
Baik lah kawan kawan, kita akan sambung bersuka ria lagi minggu hadapan. Kali ni dengan uniform. Dan lagi penuh lagi kedatangan. Besah, zack, syaf, nani, mira, mai, adhel, azeela, wajy, dan pedorn.  Harap harap aku dan semua beringat agar tak rabak pakaian kita kelak. Lagipun tu majlis kawan kita. Jangan dengan echah sekali baju jadi compang camping. Maklum lah, liar. Haha. Echah, sayang lu !

love u supergirlfriends !


p.s: thank u shuze and nadiaw, plan mu sungguh teliti :p
p.ss: thank u sayang, membenarkan i mengalami zaman muda yang meriah (: oh suwit gitu ayat aku


Monday, September 12, 2011

bunga-bunga cinta



Esok kerja dan esok adalah hari isnin. Hari yang paling tak disukai ramai orang sebab mood bercuti masih ada saki baki. Mana puas, hujung minggu 2 hari. Letak lah 4-5 hari sepatutnya. Bila tak cukup, selalunya isnin muka aku konfem tak siap.

Terkecuali untuk isnin versi esok pagi ni. Aku rasa sambil aku menaip ni pun hati aku berbunga bunga cinta. Terawang awang bagai pari pari yang baru sahaja menemui cinta sejatinya. Haha. Bajet pari pari nampaknya. Muka aku panas je sebab darahdah letih nak mengalir dari tadi senyum senyum cinta. Tangan aku masih bau bau hangat cinta semerbak kasturi. Geli lah pulak ulang cinta dari tadi. Haha.

Sampai sampai je majlis, aku dah melilau cari kelibat kekasih. Mana dia sang pencuri hati. Hatta nampak je, aku tak membuang masa mengambil kenangan cinta berdua dengan dia. Menunggu sangat saat dia menyanyi lagu yang aku tau senyap senyap dihasilkan khas untuk aku, aku dah mula berdebar debar.

Walaupun halangan batu bata di hadapan masing masing kepak tangan tegar ambil gambar dan video beliau, halangan kenalan baru yang tak sampai 2 minit bersuai kenal dah berlari lari mendapatkan bunga untuk aku beri pada buah hati, halangan mengelak cahaya lensa ke apa tah ke muka aku, aku gigih menyelit untuk sampai ke cinta hati. Harapan bunga yang nak diberi akhirnya ke jinjang haha akhirnya dipelawa untuk menyemat bunga ke poket bajunya.

Tengok lah aku sekarang banyak gila kuasa dan tenaga untuk mengharungi jam jam kritikal sebelum masuk isnin bekerja. Kerana cintamu Anuar Zain, aku tak perlukan kopi.

masa ni tengah line 'ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang'


tengah bertenang selit bunga


bunga bunga cinta ku yang tak akan layu, haha.


semoga kita terus berbahagia, nuar.

Sekarang, aku dah boleh tidur. Ye, aku kuat bergurau. Tapi kadang kadang ada selit serius sebenarnya.

p.s: selamat bekerja semua !


Friday, April 22, 2011

seputeh dan awangsa

Entah. Tajuk aku tak berapa tepat.

Dalam runsing esok ada bowling yang tak berhabis tu. Aku baru perasan. Bukan main tadi kat rasta gelak ibarat tak cukup oksigen. Ternganga mulut mendongak curik nafas. Sakai betul. Mak aku padahal sebelum keluar dah pesan. Kak keluar tu baik baik. Jangan hu ha hu ha sangat. Macam biasa. Terliar pulok. Hey kau tau tak ni parti hari jadi. Bukan parti orang selfish cerita lawak lame. Haha.

Sembur sembur nadiawani sebelah aku. Sakit jiwa bila kena ulang lawak wanita sembur mee kat natali dan z. Oh ya, mira esok tak kerja. Dia bawak zaneq. Rambut dah tak tebal. Mungkin sebab dah tua. Natali gagal membawa pulang tangan gajah nya, dan kabir sibuk panggil abe nak order air abe. Pokya makan tak kenyang kenyang mungkin sebab dia baru lepas berak berak. Aku pulak dari semasa ke semasa terpaksa kenalkan eli ni kawan matriks kitorang. Ya shuze paling lambat sampai. Degil. Rindunya pada yang tak datang. Ecah noman besah affa nani mai syaf hamster awan natra pali ped azeela.Tak kira minggu depan kau semua kena ada.

Dah, cekidaut.
ni birthday celebration untuk shuze dan wanita, bukan z.


wanita, sorry aku malas nak edit.


shuze (:

wanita (:

nadiawani sekarang suka twit mention justin bieber, tapi bieber tak pernah reply, mahupun retweet.

doktor mira sumpah kedekut tak nak kasik aku mc ikhsan.



kau rasa z kenapa. dia sakit gigi sakit telinga sakit semua dia sakit. alasan nak balik awal. gatal kau.


tu dia pemilik tangan gajah, bukan wanita. wanita pemilik leher gajah.

kabir seputeh dan pokya awangsa. sinonim kan.


last but not least. sila tengok gaya aku menyampai gosip artis. sempat ambil imej kabur je sebab gerakan rawak aktif sangat. nadiaw pulak haha kagumnya kau weh.


Sekian. Aku kerja esok. Bravo.


p.s: apa guna kalau diguna.

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya

Hai. Aku bukan lah peminat fanatik bola sepak pun, lagipun aku tendang bola memang cantik punya kalau masih muda dan lelaki pasti aku dalam skuad kebanggaan kebangsaan. Tapi, aku sebenarnya lebih kepada semangat kenegaraan haha dengan harapan semangat je dah cukup tak payah pergi bina tata negara.

Seawal 5.30 ofis aku dah bersih, seawal 7.30 juga jalan raya dah lengang. Gara gara bola. Masing masing beriya tukar gambar profil facebook jadi gambar logo harimau malaya lah, harimau national geographic lah, anak anak harimau lah, rimau permainan anak pun ada. Sana sini status nak aum aum. Ucapan kalau tak berulang ulang tak sah. Mintak mintak bebudak rimau tu sempat baca. Tiba tiba dah ramai mengaku skuad adalah hasil latihan dia.

Haha. Bagus rakyat malaysia. Ni kalau hang tuah ke hang jebat ke masih hidup, memang dia dabik dada bangga tengok kita semua tegar mempertahankan negara. Sopan santun pemain kita pertahan asakan indonesia dan tak sampai hati nak membalas balik asakan. Sekarang kau nampak tak, betapa budiman nya lelaki kat malaysia. Dah dah.Tak payah nak suka lelaki negara asing. Terbukti lelaki malaysia berkualiti, tengok saja skuad kesebelasan kita, walaupun semua warna ada tapi semua warganegara. Tak payah carik luar. Jurulatih pun bukan mata biru.

Sebab safee sali lah kedai mamak boleh buat sale, customer ramai kena tambah meja segala, sebab khairul fahmi lah semua awek kat luar sana bersatu padu mengaku fahmi, u are the man, sebab kunalan lah rakyat malaysia semakin kuat memberi sokongan padu kepada skuad malaysia tanpa membalas tohmahan laser, semakin menebal perasaan sayangkan negara dan sebab harimau malaya ni lah kita semua dapat cuti hari jumaat ni. Yabeda bedu.

hero yang menyumbang kepada idea jumaat adalah cuti.


Jadi, apa kata, aku sebagai wakil kepada wakil rakyat menyeru kepada semua cintai lah negara (kenapa kerja aku asyik nak berkempen kempen je ni). Macam macam cara boleh tunjuk. Bermula dengan esok apa kata kat jalan raya nanti kau jangan bawak kereta macam bukan rakyat malaysia. Aku bawak dah lah memang cermat.


p.s: aku memang cuma batu peloncat je agaknya.

Thursday, November 11, 2010

menyombong tak tentu pasal

Sikit masa dulu kan, tak ingat masa umur berapa, ha tingkatan 2 kot. Sebelum tidur, mesti naik katil slow slow ye. Kalau tak, kena jeling. Awal awal masuk dorm tersebut, wah bukan main lagi akak tu kecil kecilkan mata, cebik bibir, dan menyenaraikan amaran amaran jika nak duduk satu dorm dengan dia. Kita tak nak pun sama dorm dengan dia. Tapi, warden paksa. Kita nak duduk dengan prefect.

Dari sombong tak tentu pasal, aku pun tak perasan sejak bila entah, akak tu jadik rapat gila dengan aku. Sampai hari hari terakhir dia di sekolah tu, nak rak nangis sebab nak berpisah dengan aku. Gila lagenda budak setan. Cis sebelum lupa, sebenarnya akak tu suka sangat bercerita tentang kehidupan dia. Indah nian hidup dia. Sangat teruja kaki aku hentak katil sebagai tanda aku sangat kagum dengan kisah dia. Semua kedengaran macam puteri punya alkisah je. Setiap hari ada sahaja update. Hari hari tau.

Jadi, aku nak ikut lah nasihat besah. Jangan kisah sangat orang tipu tipu ni. Sebab penipuan mereka tak secergas penipuan yang pernah dialami oleh ramai mangsa sebenarnya. Tinggi tu tahap mampu nak potong cerita dia. Haha. Nak menyombong tak tentu hala pun biar sahaja asalkan hari hari boleh menghadap muka common ecah tak pun norman tak pun ha dah sah sah lah ar rahman. Tengok macam aku. Dah dapat bergambar dengan siti masa tu lepas kitorang ada show nyanyi duet ha tak adalah nak berlagak mana.


p.s: SGF, gua nak korang sentiasa di sekeliling pinggang gua. Tapi, gua ramping.