Wednesday, November 24, 2010

nak bersara awal ke

Sekarang ni aku risau betul kalau kalau ramai orang dapat hidu aku tak ada kerja di ofis. Macam tu lah manusia, kalau masa sibuk, asyik mengeluh tak ada masa nak mengangkang. Memang gampeng. Kalau lapang pun mengadu bosan jugak. Memang kena bersara awal lah nampaknya kalau bos tahu kegiatan aku. Tapi, sekurang kurang nya aku ketuk ketuk papan kekunci.

Walau macam mana pun, aku tak sia sia kan duit syarikat dengan saja saja bukak internet secara berpanjangan sebab tak ada kerja. Aku tak ada lah sikit sikit bukak fesbuk, youtube, main poker tanpa henti siap roger orang lain weh cepat lah masuk lepas tu berlagak cakap kuat kuat kata kau ingat kita kerja sok sek sok sek macam ni je pun sehari dapat 80 hinggit tau. Gila kau. Dah lah bersalah, nak berlagak lagi. Ni kalau barua, memang sedap. Dah lah sahkai kata twitter untuk artis artis sahaja. Oh, dulu pernah kata pakai baju belang sangat kodi sebab selalu sama dengan orang lain. Ya ya, handbag guess sungguh common. Tapi tak ada lah beli senyap senyap di mudah dot com.

Ramai je penumpang melebihi pengemudi. Semua nak harap orang lain punya usaha memang tak tahan lah kan. Daripada kerja sampai ke masalah peribadi nak tunggu orang lain fikirkan. Seolah olah pergi kerja semata mata untuk tambah kerja pada orang lain. Seolah olah, kau adalah awek, padahal lelaki jambu kegilaan ramai yang seharusnya menjadi hero.

Aku pun pantang duduk diam setempat lama lama. Selalu je hilang. Sekejap sekejap ke jamban, tak pun pantry buat air, tak pun mesin printer ke fotostet ke, tak kira lagi aku hilang lama sikit kat luar. Tapi aku tetap ada rasa sekelumit rasa bersalah dalam diri. Wah, puitis sekali.

kadang kadang bosan, aku menempek kat meja shahmie, main curik curik henset

p.s: malas nak mengeluh ngeluh ni, kang terbau mulut busuk

No comments: