Monday, September 3, 2012

Cekodok ikan bilis

Saja letak tajuk yang bukan main lagi macam chef chef gittew. Padahal beza antara sengkuang dan lengkuas masih teragak agak. Semalam maklong buat open house. Dan aku tertangkap satu adegan di mana ada satu budak kecil bukak bukak peti ais maklong dan hambek kek lapis sarawak yang aku rasa tu mesti maklong simpan untuk makan sendiri. Angkat kek tu dan tuju ke mak nya. Minta dipotong. Mak dia tengok sekilas dan mintak mak mentua dia potong kan.

Moral di sini bukan nak kata akak ni mendera orang tua nya. Tak tak. Tak kuasa. Tapi kalau aku lah kan yang selak peti ais tu dan ambil kek tu dan mintak mama potong, sekejap lagi kau boleh nampak lebam merah bawah ketiak. Mama kutil kutil.

Oh ye hari tu aku buat cekodok bilis. First try out yang agak nya jadi lah kot. Haha. Nasib kau lah chef anis nabilah. Bisnes cekodok bilis pun aku dah sapu. Hahaha.

Campur je apa yang mahu, asalkan masa menggaul tu, curah air panas. Gaul. Kalau nak gaul pakai tangan pun boleh. Tambah sikit sikit air suhu biasa lepas tu.

Kan? Memang macam gaya anis nabilah kan?

No comments: