Wednesday, September 26, 2012

Elak ragut

Jumaat lepas ada kes ragut kat area ofis aku. Kes ragut yang tak pilih sangat mangsa dan tak pilih masa dan tak pilih tempat. Depan sekolah, waktu tengah hari panas buta dan mangsa adalah awek cantik. Tak ada lah. Bukan aku.

Kes dia simple je. Duduk sebelah pemandu dan buka tingkap besar tapak tangan dia je. Oh tapak tangan dia memang kecil sebab orang nya kecil sahaja. Silap nya dia tengah belek handphone masa kereta berhenti lampu merah.

Kesimpulan nya awek cun sekalian, JANGAN main handphone masa kereta berhenti oh masa kereta berjalan pun JANGAN kalau kau memandu. JANGAN letak handbag di sebelah duduk pemandu. Letak handbag bawah kerusi please. JANGAN bukak tingkap tapi kalau kedekut macam aku jimat minyak taknak bukak aircond, bukak tingkap masa kereta gerak laju je. JANGAN selalu berseorangan sangat JANGAN balik malam.

Tapi, kalau mahu juga pun boleh. Kalau kau spiderwoman lah.

No comments: