Friday, September 14, 2012

Checklist Kahwin Part 1



Dah sesuai sangat masa nya untuk aku plan dan buat checklist kahwin. Kahwin mau, tapi persediaan nya tak mau. Haha. Tak lah. Sebenarnya, mak aih cuak nya bila fikir fikir apa yang perlu disediakan untuk majlis perkahwinan nanti. Kenapa langsung tak sama macam majlis hari raya? Majlis hari jadi syafikah? Majlis kenduri kesyukuran cukur jambul? Majlis ulangtahun perkahwinan mama ayah? Baik lah. Nampak nya dah harus pergi sana sini haha padahal google sahaja, tak, kali ni dah harus bangun dan jalan kan survey dan mencari cari apa apa yang patut. Masa ni lah aku selalu berangan ada kakak dan beliau bagi tolong tunjuk ajar. Hehe.

Terlampau banyak jenis dan versi checklist yang dijumpai memang membingungkan. Haha. Ni lagi rumit dari matematik tambahan uolss. So, aku buat checklist ikut hari hari nya lah kot lagi mudah. Bermula dengan senarai semak hari nikah.

NIKAH

1. Tarikh nikah
2. Tempat nikah
3. Tok kadi (tempahan / upah nikah)
4. Wali
5. 2 orang saksi
6. Dokumen penting ( ic / borang nikah / HIV test / etc)
7. Duit hantaran
8. Duit mas kahwin
9. Barang kemas
10. Barang hantaran pihak lelaki
11. Barang hantaran pihak perempuan
12. Pakaian nikah lelaki
13. Pakaian nikah perempuan
14. Mekap
15. Photographer
16. Jamuan ringan selepas majlis nikah

Ada apa apa lagi ke yang aku miss? ke ada apa apa ke yang salah?


p/s : Hari ni dah 8 kali sebelum sempat malam lagi. Haha.

3 comments:

мyΞ'™ said...

bagus..ak nak copy..hahahahahah...

sayda dino said...

mai: copy lah. mana gambar tunang kau?

мyΞ'™ said...

sayda : hehehe.nanti aku tunjuk kt kau eh..eh..