Monday, September 12, 2011

bunga-bunga cinta



Esok kerja dan esok adalah hari isnin. Hari yang paling tak disukai ramai orang sebab mood bercuti masih ada saki baki. Mana puas, hujung minggu 2 hari. Letak lah 4-5 hari sepatutnya. Bila tak cukup, selalunya isnin muka aku konfem tak siap.

Terkecuali untuk isnin versi esok pagi ni. Aku rasa sambil aku menaip ni pun hati aku berbunga bunga cinta. Terawang awang bagai pari pari yang baru sahaja menemui cinta sejatinya. Haha. Bajet pari pari nampaknya. Muka aku panas je sebab darahdah letih nak mengalir dari tadi senyum senyum cinta. Tangan aku masih bau bau hangat cinta semerbak kasturi. Geli lah pulak ulang cinta dari tadi. Haha.

Sampai sampai je majlis, aku dah melilau cari kelibat kekasih. Mana dia sang pencuri hati. Hatta nampak je, aku tak membuang masa mengambil kenangan cinta berdua dengan dia. Menunggu sangat saat dia menyanyi lagu yang aku tau senyap senyap dihasilkan khas untuk aku, aku dah mula berdebar debar.

Walaupun halangan batu bata di hadapan masing masing kepak tangan tegar ambil gambar dan video beliau, halangan kenalan baru yang tak sampai 2 minit bersuai kenal dah berlari lari mendapatkan bunga untuk aku beri pada buah hati, halangan mengelak cahaya lensa ke apa tah ke muka aku, aku gigih menyelit untuk sampai ke cinta hati. Harapan bunga yang nak diberi akhirnya ke jinjang haha akhirnya dipelawa untuk menyemat bunga ke poket bajunya.

Tengok lah aku sekarang banyak gila kuasa dan tenaga untuk mengharungi jam jam kritikal sebelum masuk isnin bekerja. Kerana cintamu Anuar Zain, aku tak perlukan kopi.

masa ni tengah line 'ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang'


tengah bertenang selit bunga


bunga bunga cinta ku yang tak akan layu, haha.


semoga kita terus berbahagia, nuar.

Sekarang, aku dah boleh tidur. Ye, aku kuat bergurau. Tapi kadang kadang ada selit serius sebenarnya.

p.s: selamat bekerja semua !


No comments: