Friday, April 24, 2009

sejauh mana kau sayang laptop kau?

Oleh sebab aku belum bekerja lg, so aku tak ada duet banyak, dan harta sendiri pon belum ada.
Jadi, apa2 yg orang kasik adalah kira harta aku la.
Laptop aku walaupon dari pelbagai sisi nampak buruk gila, nak2 bila aku dah konon2 modified, tampal sticker sana sini, calarkan sana sini, tp aku tetap sayang.
Kalau takda laptop ni, kerja2 sangat tak boleh selesai, assignment, tesis.
Surfing, stalking, blogging, facebooking pon tak boleh.
Tahap sayang pada laptop boleh kata sama sayang pada zaid (zaid lebih sikit je).
Kira sayang gila la kan?

Bila aku dah simpati dan murah hati nak bagi pinjam, silalah jaga.
Kenapa letak sepah2 atas meja, ternganga luas pulak tu.
Bukak pintu mmg boleh terus nampak tersedia. "Sila ambil saya".
Kalau perompak ada, jd senang kerja dia.

Susah ke nak kau tau dgn jelas yang hak pinjam tu aku tarik balik sbb aku dah simpan sendiri laptop dlm bilik dan kunci bilik (aku tak pernah kunci sebelum ni, sbb takut2 ada apa2 jd, org lain boleh tolong selamatkan jugak barang2 aku). Lagi daring, pecah masuk bilik dan 'pinjam' laptop aku bawak pergi kerja, ada 'presentation'?. Aku msg tanya tak reply pulak tuh.

Bengang tak bengang sgtlah bila balik, tgk laptop ghaib kena 'curi'. Penambah bengang adalah bila tgk laptop aku kejung sejuk, dan kau buat muka manis tak bersalah. Beruntunglah time pulang tu, aku still pakai telekung baru lepas sembahyang. Mungkin kali ni kau selamat.

No comments: