Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru 2011



Halo semua. Amacam malam tahun baru ni. Sama tak dengan aku. Aku tengah berbalingan buih dengan kawan kawan ni. Haha. Gila sosial kan. Jangan risau. Tak ada unsur unsur alkohol. Saja berbuihan. Buih pun pakai sabun mandi bukan sabun basuh baju. So parti adalah selamat dan suci.

Sorang sorang kawan aku seperti kerasukan je bersuka ria. Tak lama lagi ada fireworks jadi masing masing dah standby dengan kamera masing masing. Buat video ucapan tahun baru pun beriya gila. Macam mat saleh lah. Dengan semua orang entah yang bukan bukan baju yang dipakainya. Muka dah berconteng conteng design dan font 2011 yang kreatif dan kritis.

Lagu bukan main lagi pasang. Sikit lagi telinga orang orang kl ni nak pecah. Cakap kena terjerit jerit. Dalam kepala otak aku terfikir fikir, nak nyanyi lagu apa masa dah 1haribulan nanti. Ecah dah hilang kawalan. Wanita tak payah cakap lah. Rambut shuze dah macam penyapu je aku tengok. Dengan besah dan mai nya lagi. Natra kalau tak terbongkok bongkok ketawa memang tak sah. Ni affa ni mentang mentang dah berhijrah, lagak nak orang kl je. Hamster lagi tahun baru lagi nak tambah tindik sana sini. Syaf mira dan natali asyik ketawa tunjuk tunjuk orang entah apa silap orang tu. Besah asyik kena marah sebab bercerita pasal kerja hey ni tahun baru tau tak enjoy lah. Nani asyik asyik tengok jam tak sabar nak countdown. Wow elli dengan z mentang mentang baru kenal asyik berdampingan je bergossip. Baling baling buih. Memang gaya hidup bandar.

kalau tak liar tak bandar

ni kalau duduk luar kl dapat tengok kat tv je

Dah lah jangan fikir bukan bukan. Aku yang seperti makcik ni menghadap laptop update cerita imaginasi aku malam tahun baru. Affa dengan siex menghadap tv tapi tangan rancak skrol mouse skodeng facebook twitter semua. Mata masing masing dah kuyu. Siapa cakap asal duduk kl je kau layak countdown sama sama depan fireworks. Dusta semua tu weh. Haha. Selamat tahun baru semua. Selamat 2011. Azam tahun baru, nanti lah sebab banyak sangat.


p.s: ni kat luar ni bunyi fireworks ke bunyi perang perang.


Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya

Hai. Aku bukan lah peminat fanatik bola sepak pun, lagipun aku tendang bola memang cantik punya kalau masih muda dan lelaki pasti aku dalam skuad kebanggaan kebangsaan. Tapi, aku sebenarnya lebih kepada semangat kenegaraan haha dengan harapan semangat je dah cukup tak payah pergi bina tata negara.

Seawal 5.30 ofis aku dah bersih, seawal 7.30 juga jalan raya dah lengang. Gara gara bola. Masing masing beriya tukar gambar profil facebook jadi gambar logo harimau malaya lah, harimau national geographic lah, anak anak harimau lah, rimau permainan anak pun ada. Sana sini status nak aum aum. Ucapan kalau tak berulang ulang tak sah. Mintak mintak bebudak rimau tu sempat baca. Tiba tiba dah ramai mengaku skuad adalah hasil latihan dia.

Haha. Bagus rakyat malaysia. Ni kalau hang tuah ke hang jebat ke masih hidup, memang dia dabik dada bangga tengok kita semua tegar mempertahankan negara. Sopan santun pemain kita pertahan asakan indonesia dan tak sampai hati nak membalas balik asakan. Sekarang kau nampak tak, betapa budiman nya lelaki kat malaysia. Dah dah.Tak payah nak suka lelaki negara asing. Terbukti lelaki malaysia berkualiti, tengok saja skuad kesebelasan kita, walaupun semua warna ada tapi semua warganegara. Tak payah carik luar. Jurulatih pun bukan mata biru.

Sebab safee sali lah kedai mamak boleh buat sale, customer ramai kena tambah meja segala, sebab khairul fahmi lah semua awek kat luar sana bersatu padu mengaku fahmi, u are the man, sebab kunalan lah rakyat malaysia semakin kuat memberi sokongan padu kepada skuad malaysia tanpa membalas tohmahan laser, semakin menebal perasaan sayangkan negara dan sebab harimau malaya ni lah kita semua dapat cuti hari jumaat ni. Yabeda bedu.

hero yang menyumbang kepada idea jumaat adalah cuti.


Jadi, apa kata, aku sebagai wakil kepada wakil rakyat menyeru kepada semua cintai lah negara (kenapa kerja aku asyik nak berkempen kempen je ni). Macam macam cara boleh tunjuk. Bermula dengan esok apa kata kat jalan raya nanti kau jangan bawak kereta macam bukan rakyat malaysia. Aku bawak dah lah memang cermat.


p.s: aku memang cuma batu peloncat je agaknya.

Wednesday, December 22, 2010

selamat tinggal 2010.

Penat bermain dengan perasaan satu hari ni. Dari aku celik mata, sampai aku nak balik dah ke bantal busuk aku, masih ada yang sampai sekarang pun tergamak nak buat aku terasa. Oh kamon lah, jangan gunakan kemajuan teknologi untuk mengguris hati aku yang sentiasa mengharap cahaya nan indah. Mas (Emas), tolong jangan mainkan perasaan aku, asyik buat aku berdebar debar.

Jadi apakah pencapaian terbaik aku sepanjang 2010 ni. Jangan risau, bukan masa nya nak bukak cerita emas lagi. Haha. Kau asyik ulang je sayda benda yang sama. Memang meluat. Tapi, betul, harus cakap sikit. Sebab aku memang teruja dengan pencapaian aku yang satu ni. Sebab dalam diari 2010 aku, tak ada satu pun azam nak terlibat dengan benda kuning kuning manis tahi ni. Jadi, kau faham tak kenapa aku terkinja kinja bila nak cerita pasal emas. Haha.


Lagi, pencapaian terbesar sepanjang 2010 yang woi woi aku nak bangga ni, sgf semakin ukhuwah. Semakin rapat. Alhamdulillah, lepas lebih 10 tahun kawan, ni lah antara satu benda yang aku tak nak buang sampai bila bila. Ye, budak budak ni selalu gaduh. Tapi, kau tak perasan ke kau gaduh sebab sebenarnya kau care kat setiap orang. Sayang semuanya. Dan sebab sebenarnya kau dah faham setiap orang tu macam mana. Kalau tak, tak ada lah masing masing plan nak pergi bandung lah, deretan pre bandung lah, ali lah, makbul lah, jasima lah, entah mana lagi aku tak ingat. Tak adalah sikit sikit handphone kau berdenting denting setiap isnin ada meeting committee semua. Ah, apesal kau syahdu malam malam buta ni. Sorry sgf. Sadly, you guys are no longer my bestfriends. Because all of u are now my angels.

macam tersentuh kan dengan gaya potongan gambar


Dari aspek kerjaya, aku masih di takuk yang lama. Masih lagi eksekutif ter jelita di damini. Belum berpeluang lagi nak gulingkan pakcik aku. Haha. Tak lah. Aku cuma berharap kerjaya aku berkembang sikit lah. Semoga aku berkesempatan menari dalam video klip miley cyrus yang akan datang. Kau ingat kau sorang boleh jadi gadis mickey. Aku pun boleh *semangat*.

Sahsiah aku not bad lah. Dah pandai bersopan santun. Jalan depan mak mak, aku bongkok sikit. Mama senyum je tengok kemajuan aku. Haha. Nampaknya, aku semakin berakhlak. Bukan sebab perasan baik tiba tiba nak jadi ustazah ke apa. Tapi, haruslah kau sedar, umur dah nak jubli intan, tak payah nak perkata tentang orang (please lah wakil rakyat mana mana terbaca dan menjemput aku pergi dinner).

Ok lah, nanti kalau aku teringat lagi apa kemajuan diri, aku repot. Bai.

p.s: kena hati hati bila bercakap. aku dah terbiasa tersasul.