Tuesday, May 8, 2012

arjuna

I just unlocked the "Bookworm" badge on  for checking in at bookstores and libraries!  
"Yeay! I dah unlock lagi satu badge!! Yuhuuuu!!" sambil angkat angkat kening, kataku dengan berlagak sekali. Jakun. Sambil mata aku merenung benda alah putih yang berteknologi tinggi tu. Badge mana lagi gua belum unlock ah. 


Kebiasaan nya, setiap kali memerut, aku sibuk scroll timeline, sibuk tengok gambar gambar baru model tak model sangat lah ah separa model sebab upload gambar sendiri yang diambil sendiri dari pelbagai angle. Sambil tu, boleh jugak bagitahu hafiez aku memerlukan 2-3 minit lagi untuk menyelesai kan misi ni. Cepelup cepelup. Kali ni aku tak ada pun selak selak handphone. Pelik kan.


Murah jugak berurut dengan cara macam ni. Lepas penat menapak 3-4 bangunan hari ni aku pelawa hafiez untuk sama sama menikmati seringgit untuk 3 minit berurut di kerusi urut. Selalu nya, aku mesti nak ambil gambar sebab nanti sama sama boleh gelak tengok gelagat masing masing yang aneh. Tapi kali ni ah malas lah. Pelik betul.


Mata aku tertangkap satu kedai jual casing handphone. Selama ni, aku yang terkenal dengan kedekut nya, ya aku sangat tangkai jering hatta sepasang stokin pun aku sewa dari seseorang nak dekat setahun dah tak pulang pulang, setakat casing mahal nak mams tu tak ada nya aku nak singgah. Tapi kali ni lancar je aku cakap, eh okay jugak kan pakai yang blink blink macam tu. Sesuai dengan baju raya mak aku nanti. Tapi tak terseluk pun bag tangan murah aku tu untuk keluarkan telefon bimbit bijak tu. Pelik pelik.


Leya. Ye tu konfem leya. Tak ada lah minat pun tapi yelah kalau dapat bergambar boleh lah aku berlagak dengan kak ikan kat ofis esok. Kak aku ada bergambar dengan artis. Nak hantar kat mama juwie lah. Tapi tak pantas pulak kali ni tangan aku nak meraba handphone yang sekali gus adalah camera aku, adobe photoshop aku, alarm pagi aku, calculator aku, unit convertor aku, maybank2u aku, tempat booking tiket wayang aku, map aku yang amat berguna sebab aku sungguh buta jalan, period tracker ehem ehem, peta one utama, azan pemberitahu waktu solat, ayat ayat quran yang boleh aku dengar, segala mala permainan, blah blah blah. 


Tu lah. Semua tinggal kenangan. Akal terlalu bebal untuk tafsir hint hint sebegitu. Dan berteknologi tinggi, smart macam mana pun, kalau hilang, memang tak ada nya bijak pandai balik sendiri. 


Ah tapi, kehilangan tu tak setanding dengan ada nya seseorang yang sangat penting dan dapat menyejuk kan hati di masa masa mata dah berlapis lapis dengan air mata. Sejuk air mineral dan oligo oligo oligo oligo coco tu, sejuk lagi hati aku dipujuk sebegitu.




RIP, arjuna ku.




p.s : paling ralat bila aku terpaksa susah kan hafiez ):





No comments: