Wednesday, May 9, 2012

amarah

Panas betul hari ni. Maksud aku cuaca yang panas. Dah mandi pun peluh melunjur meluncur laju keluar. Hamboi. Panas panas macam ni sebenarnya senang je buat hati jadi panas kan. Dari sebesar besar hal sampai lah seremeh remeh ayat pun mampu bikin hati panas. Mudah je nak marah. Kalau nasib tak baik, yang lalu lalang tu dapat lah sebaris kata kata manis. Woi tibet, boleh tak jangan mundar mandir, kata ku kepada kak ika. Haha.

Selain cuaca dan suhu yang panas, kalau tengah banyak kerja pun senang je nak mengamuk. Ye, mungkin tak mengeluarkan marah tu secara jelas, tapi kalau dah mula dengan sedikit bunyi emosional seperti, adoiiii, sakit nya mata aku tengok monitor ni dari tadi dok mengadap buat report. Lepas aku, aku lagi buat kerja ni. Ha, kata tak marah, tapi dah serupa posmen punya marah peringkat pertama bila ada orang malas nak pergi pejabat pos, kirim sahaja pada dia.

Tengah sakit pun kadang kala adalah antara susur galur utama kepada kemarahan. Tengah menderita sakit cagu kan, tiba tiba si gemuk lalu tanpa sedar terpijak jari kaki kau. Elok elok sebelum ni mulut manis lembut gigi dari lidah tidak bertulang, terlepas jugak marah yang sekaligus berunsurkan maki. Hmm, faham faham sendiri lah apa jenis kutukan itu. Aku pernah terkena sebab bontot gajah ku ini pernah terhempap jari kawan. Dapat sebiji gemuk. Siye. Bontot aku je lah gemuk. Aku tak gemuk aku tak gemuk. Okay, itu marah.

Kalau tak cukup rehat pun boleh menyebab kan marah. Cuba bayang kan dengan tak cukup rehat nya, tak cukup mengangkang kan kaki nya, tak cukup masa tutup mata nya, tak cukup mengular mengambil-angin-makan-goreng-pisang-hisap-rokok-mundar-mandir-sana-sini nya, sebagai orang terdekat, jangan lah gatal tangan nak main tarik tarik tudung aku. Tak marah kat mulut, mana tahu lagi laju tangan aku menampar kau. Padan muka.

Masalah. Otak bila dah dibebani masalah, masalah yang tak tertanggung dan tak nampak jalan penyelesaiannya, tak ada cahaya petunjuk nya, marah secara automatis nya terjemput sama. Nak nak sekeliling dah tak ada dah dahan nak berpaut, dah tak ada dah bumbung berteduh. Ha, puitis gitu. Dari kata kata, tak apa, bersabar, bertahan lah, its okay, im okay, haha aku biasa cakap macam ni biar nampak cool dan diidola oleh adik adik di ofis, tapi boleh je jadi mampus tak layan, whatever, so what, ada aku kisah, ah peduli lah, boleh blah, shut the f**k up, sh*t, blah blah blah sila isi apa sahaja kata kata carutan di sini --- haa, tak ke itu amarah. Bukan main tadi duduk setempat pek pek pek tekan papan kekunci gaya nya buat kerja tapi pasang telinga berwap wap rasa nak menyampuk. Masuk je kereta pang pang pang menyumpah seranah. Ah tapi tiru lah gaya marah aku supaya tiada siapa terluka. Basah stering kereta kena tempias tak apa.

Sesungguh nya, marah itu hasutan syaiton. Dan sebaik marah itu sampai, jauh kan diri dari apa apa penerima musibat nya.

Sebenarnya banyak kali aku berharap, cubitan dan pulasan yang akak ni buat adalah sejenis urutan untuk bayi.






Remember, a moment of anger, could be a lifetime punishment. 

p.s: penyakit study adalah mata aku sangat mengantuk -,-"

No comments: