Monday, April 23, 2012

bukit tinggi yeay yeay

Mak rasa semua tempat tinggi mak dah sampai. Dari bukit broga, bukit fraser, bukit ampang, bukit genting, bukit cameron, bukit cinta kat um tu, dan tak lama lagi mak nak main panjat gunung pulak, gunung angsi. Berlagak kan mak. Padahal mencungap jugak lah sedangkan menapak dari kerusi mak ke mesin printer pun mak rasa berat mata memandang berat lagi bontot dipikul.

Hari tu, dengan tak semena mena bukit tinggi yang selama ni aku anggap berada di perak ke pulau pinang ke oh rupanya di pahang sahaja telah mak dan ehem ehem mak daki. Bukan daki kerak hitam tu ye. Haha. Lawa gila. Perjalanan dari kl ke bukit tinggi yang hanya memakan masa lebih kurang sejam setengah sebab aku gatal nak singgah beli mc flurry ho ho horlicks itu memang sangat mengujakan.

Tak ada lah sejuk mana seperti bukit lain, alah macam lah bukit cinta tu sejuk pun haha tapi dengan bayaran rm12 di pintu masuk dan disambut pakcik yang speaking bapak nya fluent bernama maliki memang satu permulaan yang menarik. Leher aku lenguh terpusing pusing sebab kagum dengan seni reka bina bangunan kat colmar tropicale. Alangkah indah nya kalau aku ambik architecture dulu, boleh jugak aku goreng hafiez kata bangunan ni diperbuat dari apa ke dulu orang perancis buat bentuk ni sebab nya apa ke. Haha eh tak baik main tipu tipu. Jimat pun jimat sebab kat sana tak ada bayaran masuk dah dan ada perkhidmatan bas shuttle, maka kereta awak semua boleh berteduh di situ.
cantik, tambahan pulak aku memang genius nak crop crop gambar perasan kreatif di sini

Kalau masa masih panjang dan tak ada agenda lain, nescaya selain animal garden dan japanese tea house, aku juga singgah bermain paintball tak pun flying fox tak pun golf. Haha. Okay lain kali harus menang apa apa peraduan yang hadiah nya percutian 3 hari 2 malam di sini.

ini lah japanese tea house. tinggi gila panjat. tak apa lah aku minum teh tarik kat william pun cukup lah. gemuk pun gemuk lah.

Okay lah. Nak google gunung angsi pulak. Bos gua dah sembangat gila nak pergi. Dia terlupa broga hari tu beliau dah hampir menyerah di kaki puncak pertama.

lemak terbakar sekejap je sebab lepas tu jana balik lemak, makan malam tapi pura pura makan sedikit.


p.s: best jugak buat buat tak tahu ni

1 comment:

Budak Letrik said...

Yea ! Lemak dah terbakar. Haha