Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Gunung Angsi, Kuala Pilah

Walaupun dah berlalu 3 hari dah kejayaan menawan gunung berketinggian 825 meter itu, tapi bisa urat nya masih terasa. Ah ha tak kisah lah kan. Cerita mesti kasik best je. Kalau tahun lepas aku pung pang berlagak sampai gunung broga, tahun ni nak sambung berlagak lagi. Aku dah sampai puncak gunung angsi. Amacam ? Haha.

Percutian yang dirancang rapi bersama rakan sekerja aku dan mendapat sokongan berganda ganda dari bos aku yang sungguh comel harap dia baca dan bagi aku bonus 8 bulan tahun hadapan haha berjalan dengan lancar sekali. Siapa sangka di sebalik santun aku ni sebenarnya aku gadis lasak. Helo helo helo, ni bukan setakat mendaki gunung tau tapi harus tambah sedikit di belakang nya mendaki gunung yang beronak berliku dengan akar pokok yang menjalar dan tanah liat yang basah bersudut 90 darjah dari permukaan tanah dan lutut boleh bertemu dagu bila memanjat. Fuh semput membacanya lagi semput kalau mengalami sendiri keindahan puncak gunung angsi eh itu kalau sampai atas lah. Ha ha ha.

Pendakian bermula sekitar jam 7 pagi berpengkalan di air terjun ulu bendul, kalau nak masuk bayar rm5 dan HARUS daftar nama di pejabat pengurusan untuk pemberitahuan dan sebarang kes kecemasan. Perjalanan pada awal nya memang mendatar dan halangan yang satu satunya mencabar masa itu adalah dahan pokok perkasa yang menghalang jalan kau dan mampu mengoyak kan seluar sesiapa pun. Haha. Lepas je Tangga Batu ni kira check point untuk kau fikir balik berulang kali sama ada nak terus kan atau pun tidak, laluan dah jadi semakin menggila. Gila menyesal sebab pilih untuk teruskan pendakian. Bukan sahaja pokok yang menghalang semakin besar, tapi sudut tanah tinggi pun dah semakin curam dan ada bahagian yang kau perlu ada kekuatan tangan lantas melupakan kehalusan tapak tangan gadis sebab kena panjat menggunakan tali. Sob sob.

4 jam masa diambil untuk tenaga sebanyak macam aku ni untuk sampai puncak. Tapi, apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan kepuasan berada di puncak kan. Haha. Sambil melambai lambai peserta yang tarik diri dan gagal sampai ke atas dari atas, aku makan bekalan nasi berlauk sardin.

Berlagak, sombong dan bongkak dah menjadi sejarah dan telah dibalas dengan kesusahan. Turun dari bukit adalah satu seksa besar kerana kaki aku dah mula terketar ketar dan perut aku dah mula meragam. Susah dah nak fikir secara waras, yang penting ada je tandas di tengah tengah hutan belantara tu. Maafkan saya. Saya manusia biasa. Hehe. Tak cukup dengan tu, dah berapa kali aku terjatuh dan terseret di tali semasa turun. 8 jam naik dan turun memerlukan 4 hari waktu berbaringan untuk rehat.

Walaubagaimanapun, aku dah sampai puncak gunung angsi ya aku tahu ramai dah sampai datok, ledang, jerai, kinabalu, everest tapi boleh lah kan aku gebang kat anak anak aku nanti terutama sekali kepada maria.

tenaga masa ni masih banyak ye
sama ada panjat atau terjun jurang kat tepi tu
mak tak gayat pun
bawak bag berat adalah kesilapan serius

para pemberani sekalian
penjagaan muka masih penting masa ini hahaha


Oh ya kalau teringin pergi dan masih mencari nak bermalam di mana, aku bermalam di kampungstay lamanejo. Sumpah banglo dan halaman dia sungguh menarik. Klik SINI


Bai, caudemau.

p.s: lagi 2 minggu sayang (((:

Monday, April 23, 2012

bukit tinggi yeay yeay

Mak rasa semua tempat tinggi mak dah sampai. Dari bukit broga, bukit fraser, bukit ampang, bukit genting, bukit cameron, bukit cinta kat um tu, dan tak lama lagi mak nak main panjat gunung pulak, gunung angsi. Berlagak kan mak. Padahal mencungap jugak lah sedangkan menapak dari kerusi mak ke mesin printer pun mak rasa berat mata memandang berat lagi bontot dipikul.

Hari tu, dengan tak semena mena bukit tinggi yang selama ni aku anggap berada di perak ke pulau pinang ke oh rupanya di pahang sahaja telah mak dan ehem ehem mak daki. Bukan daki kerak hitam tu ye. Haha. Lawa gila. Perjalanan dari kl ke bukit tinggi yang hanya memakan masa lebih kurang sejam setengah sebab aku gatal nak singgah beli mc flurry ho ho horlicks itu memang sangat mengujakan.

Tak ada lah sejuk mana seperti bukit lain, alah macam lah bukit cinta tu sejuk pun haha tapi dengan bayaran rm12 di pintu masuk dan disambut pakcik yang speaking bapak nya fluent bernama maliki memang satu permulaan yang menarik. Leher aku lenguh terpusing pusing sebab kagum dengan seni reka bina bangunan kat colmar tropicale. Alangkah indah nya kalau aku ambik architecture dulu, boleh jugak aku goreng hafiez kata bangunan ni diperbuat dari apa ke dulu orang perancis buat bentuk ni sebab nya apa ke. Haha eh tak baik main tipu tipu. Jimat pun jimat sebab kat sana tak ada bayaran masuk dah dan ada perkhidmatan bas shuttle, maka kereta awak semua boleh berteduh di situ.
cantik, tambahan pulak aku memang genius nak crop crop gambar perasan kreatif di sini

Kalau masa masih panjang dan tak ada agenda lain, nescaya selain animal garden dan japanese tea house, aku juga singgah bermain paintball tak pun flying fox tak pun golf. Haha. Okay lain kali harus menang apa apa peraduan yang hadiah nya percutian 3 hari 2 malam di sini.

ini lah japanese tea house. tinggi gila panjat. tak apa lah aku minum teh tarik kat william pun cukup lah. gemuk pun gemuk lah.

Okay lah. Nak google gunung angsi pulak. Bos gua dah sembangat gila nak pergi. Dia terlupa broga hari tu beliau dah hampir menyerah di kaki puncak pertama.

lemak terbakar sekejap je sebab lepas tu jana balik lemak, makan malam tapi pura pura makan sedikit.


p.s: best jugak buat buat tak tahu ni

Friday, July 29, 2011

Tanah tumpahnya darahku

Apa barang semangat bola tapi lu harap tiket free. Haha. Ha tengok macam aku bongkak. Merayau rayau kat sekeliling ofis, collect satu kepala seringgit. Lepas satu tiket. Tak kisah lah beratur di tengah tengah lautan lelaki semuanya. Nak tengok rimau punya pasal.

Sepanjang minggu jiwa tak tenteram. Fikir plan macam mana nak gerak dari ofis macam mana. Mana jalan tak jem. Mana jam tak lambat supaya aku sempat lekat sticker kat pipi. Haha. Semua lagu patriotik aku dah hafal. Apa ada hal. Apa guna sekolah dulu kalau tak reti lagi lagu jalur gemilang, ye tak ?

Stadium bukit jalil gila ramai orang. Tak sia sia kerajaan bina stadium yang satu tika dulu kena bantah sebab katanya pembaziran. Kat sini lah rupanya kegunaannya. Masing masing pakat pakai jersi malaysia. Bawak bendera. Tiup semboyan. Serius. Meremang remang bulu roma tengok semua macam nak berperang. Tu kau tak tengok lagi, depa conteng muka, pakai rambut palsu hitam kuning, pakai topi. Tahniah rakyat malaysia. (tepuk tangan)

Aku tak reti sangat nak komen gaya pengulas sukan. Tapi, aku berpuas hati dengan permainan harimau malaya. Sumpah. Tak tipu. Serba serbi bertenaga. Tak ada lah membazir 30 ringgit aku. Dah lah. Tak habis habis rasa berdebar lagi sejak semalam. Walaupun tak menang, tapi harimau malaya tetap memenangi hati. Aum. (garang tak ?).




Sekian saja untuk hari ni. Sibuk sangat ni. Babai.

p.s: sakitnya tekak aku gara gara menjerit semalam.

Tuesday, June 21, 2011

best bro broga hill

Masa kaki aku nak menapak ke tempat yang lebih tinggi sikit, aku tergelincir. Tambahan pagi tu hujan selebat lebatnya. Aku ingat, perancangan panjat broga hill tunda tak pun cancel terus. Tapi, sebab semangat kesukanan yang tinggi dalam diri masing masing, acara tetap diteruskan. Bahana nya, aku yang menanggung akibat.

Tergelincir yang aku maksudkan kali ini, agak ganas. Bukan setakat tersasar ke tepi sikit. Malah aku tergelincir terus ke dalam gaung. Ya gaung. Di lereng bukit broga tempat kami memanjat tu memang terusan ada gaung kat sebelahnya. Tak ada papan peringatan, tak ada tali atau kayu penghadang tanda sempadan. Sengaja buat macam tu supaya kita manusia biasa ni terlatih untuk jadi lebih berhati hati. Jangan melencong dari tujuan hidup sebenar.

Nasib baik cuma sekali dua jerit minta tolong, ahli pasukan aku yang lain terperasan ada seekor pelanduk sunti tersangkut dalam semak di gaung bawah. Kasihan aku kan. Walaupun dalam hati berdebar masyarakat bapak cuak kau tau manalah tau tiba tiba keluar apa apa binatang liar dari dalam gaung tu aku ni macam mana. Tapi aku kawal. Muka tak ada lah pucat mana. Suara pun tak ketar. Dengan bantuan tali yang mereka bawak sama, aku ikat kuat kuat kat badan. Di hujung satu lagi aku lambung biar tersangkut kat pokok kuat. Nak harapkan dorang tarik, memang semua mungkin terpalit sama nasib macam aku. Nasib baik juga dalam poket, aku ada sempat selit glove. Harus pakai takut tangan luka nak paut kat tali tampung berat badan sendiri.

Berkat ketenangan dan doa dalam hati, aku berjaya sampai atas. Perjalanan diteruskan. Ramai yang menepuk bahu aku tanda bangga aku berjaya selamatkan diri sendiri tanpa merengek. Pasukan selain dari pasukan aku pun turut sama nak bergambar kenangan sebab gembira dapat saksikan sendiri aksi fear factor depan mata.

Nah gambar. Agak agak kau percaya cerita aku berdasarkan gambar kat bawah ni maksudnya, aku memang ada ciri penipu besar.

pandai remaja sekarang ni bergambar

abang pancit ye adik adik

budak kecil pun dah sampai, lu orang bila lagi

satu, satu je perempuan ? ceh ceh ceh


adik, kalau awak single, kakak ada 2 calon pakwe untuk awak

ar simbolik tak awek separuh muka ni

Kalau kau tak pernah naik broga lagi, kau tak hip. Ok lah, sampai sini sahaja nampak nya kali ni. Ada lagi report yang belum siap. Esok ada mesyuarat menteri menteri. Sebelum berangkat, cuba teka siapa gerangan pakwe yang menyambut tanganku ini. Oh sayang bawalah daku pergi berlari atas pelangi menuju mentari.

Haha. Caudemau.

p.s: nak balik johor lah, sembang dengan mama dan ayah dan fikah dan ciko.