Monday, February 21, 2011

haru biru

Di tengah kesesakan haru biru kota metropolitan macam ni, siapa yang tak ada masalah memang terbaik. Jiwa suci murni dan entah entah pasang bodyguard dan spy merata supaya tak ada siapa berani nak usik. Bertuah lah aku perantau yang jauh dari ibu bapa di johor mengharapkan ihsan insan bernama manusia supaya aku terus berasa selamat.

Jangan lah rasa runsing dengan permasalahan aku. Sebab tak seberat mana pun. Tugas yang tak mencabar itu di samping boleh menggunakan logikal akal dan kewarasan pemikir. Tak ada aktiviti pengkamiran, pembezaan mahupun punca kuasa dua.

Entah lah. Silap menjadi seorang perempuan adalah apabila kau terlalu memikirkan masalah yang ditakuti bakal menjadi beban seumur hidup. Anggapan buruk je lebih. Padahal, mengikut kajian 80% adalah masalah yang ditakuti tu tak terjadi pun. Nah, salah kan bisikan jahat saitannirrajim.

Apa kan daya, perempuan pemikir masalah ni lah jugak yang sebenarnya kental menghadapi masalah tanpa terfikir sedikit pun nak mengungkit inisiatif yang telah diambil kira. Dan perempuan yang sibuk jadi pemikir ini lah sebenarnya lebah keras di dalam walaupun menceceh air mata di luar.

perempuan perempuan bawah umur yang belum rasa masalah makcik macam aku



p.s: u deserve me at my best, if u can handle me at my worst

Friday, February 18, 2011

muhasabah diri

Kalau ini lah dugaan maha besar dalam hidup aku, Kau kuatkan lah aku. Kalau ini lah ujian hidup maha hebat dalam hidup aku, Kau tabah kan lah aku. Kalau ini lah keputusan yang maha sukar untuk dibuat dalam hidup, Kau berikan lah petunjuk padaku. Kalau ini lah balasan atas segala dosaku masa lalu, Kau pelihara lah aku dari melakukan sebarang kesalahan sekali lagi. Amin.

Strengthen me so that i can withstand the storm

Tuesday, February 15, 2011

sempurna

Bukan main lagi masa kecil masa belum laku ada boifren nak kat kiteww, kiteww selalu berangan masa valentine nak buat apa. Gatal kan.

Kiteww selalu berangan setiap kali valentine, kiteww nak dengar suara boifren kiteww pagi pagi. Hai puteri cantik, happy valentine sayang. Breakfast untuk u, i dah siapkan. Kek coklat bersalut emas. Auww, bestnya. Sepanjang hari akan kiteww biarkan kesan comot coklat tu kat mulut kiteww.

Lepas tu kiteww selalu terberangan, tengah sibuk sibuk buat kerja, ting tong ada bunga bapak besar datang. Wangi. Wangi sangat sampai ada kumbang dan tebuan. Lalu kiteww kena sengat di hidung. Kemaruk sangat nak bau ros. Rupanya boifren kiteww yang hantar. Auww suwitnya. Lagi suwit boifren kiteww puji kiteww, hidung u comel lah walaupun kena sengat.

Lepas tu boifren kiteww bawak kiteww bawak pergi makan kat restoran mahal. Yes yes. Rupanya ada seprais lagi. Ish letihnya. Boifren kiteww belikan rantai mak datuk labuhnya. Sakit leher kiteww. Sambil makan ketam nipah, ada orang kat tepi main biola lagu lambada. Auww romantik sangat.

Sebelum kena hantar balik rumah, boifren kiteww bagi lagi seprais. Kenapa kiteww tak alert dari tadi rupanya boifren kiteww bagi kucing comel ala mucuk mucuk. Di leher kucing tersebut ada kad valentine besar bagak tulis, i love u sayang, hanya tuan puteri cinta ku sampai syurga. Dan kiteww pun mengalirkan air mata.

Walhal, aku cuma mampu berangan. Selamat tinggal angan angan palsu. Selamat tinggal boifren kiteww. Aku tak meraikan pun valentine. Was was dengan status valentine.

Lagipun, bukan nya 364 hari yang lain bukan hari kasih sayang kan. Lagipun, dia dah sangat sempurna. Setiap hari. Tak payah tunggu hari valentine. Berdiri tegak pun aku rasa dia macho. Kalah kau fahrin ahmad.

menjengkelkan tak mulut ikan aku. (gambar hiasan)


p.s: selain tikus, petir, kapas dan habuk, aku takut sibuk

Monday, February 14, 2011

percuma tapi harum

Di kala mata aku dah nak karam, hiruk piruk pun dah tak mampu nak angkat kelopak atas, kecoh kecoh kain pelikat ni lembut lah kaler tak ceria lah, aku tak nak ambil pusing. Aku tetap malas nak balik ke tempat aku. Aku nak layan jugak sasau ngantuk.

Sedap sedap delete berderet spam email masuk telefon bimbit, sekalian dengan mms free bunga mawar merah dari maxis, rasa nak emo pun ada. Tak nak tak nak. Free pun tak nak. Kalau dapat bau ok jugak. Ni hapak weh tadi tercampak ke kasut kak ikah. Si ikan gemuk ni langgar jalan pengkor kaki sampai terpelanting telefon bimbit aku.

Nasib baik hari ni hari kasih sayang. Sekali teeet bunyi polifonik telefon bimbit aku berbunyi. Siut ada lagi ke email berantai. Dengan acuh tak acuh, aku skrol cari option delete message on mailbox and handheld, cis sekali tak ada. Rasa nak bentes je yahoo. Apesal apesal. Oh, rupanya ar rahman forward mms sekuntum bunga merah tadi. Haha. Sungguh mengharukan. Sob sob. Wangi sayang bunga awak bagi. Setulus cintamu.

Ok, lah bai. Tak suka buang masa.


p.s: rupanya awak ada perasaan yang sama (:

Sunday, February 6, 2011

first birthday present

Tengah syiok syiok skodeng apa lagi gaya terbaru bergambar selain memuncung kan bibir dan membulat bulat kan mata siap hoi ada teknik teknik pudaran gambar nampak suci je., maklong aku sergah dari belakang. Mal, buat apa tu? (Nama manja aku di kalangan keuarga adalah jamal, aneh kan) Aku pun jawab sopan santun, tengah carik bahan untuk jual secara online. Sambil senyum senyum harap dia percaya.

Nah, hadiah hari jadi. Maklong bagi awal sebab takut nanti takut dah terbeli. Oh sayang nya maklong. Nampak sangat aku anak saudara kesayangan sampai hati maklong bagi seprais macam ni awal awal. Huhu terharu terharu sangat.

Kotak dah lah bapak besar. Beriben riben. Cuba kau teka apa maklong bagi. Seluar jeans korang. Awww terharu untuk sekian kalinya. Jeans yang aku tak sure apa brand nya. Tapi aku yakin hanya boleh dijumpai di butik mahal sebab tak ada pun tulisan cong ceng cong ceng.

Dan di bawah seluar tersebut, ada cd dan buku kecil. Tajuk nya 'how to wear a jeans'. Nasib baik terbangun. Dah pukul 7 suku rupanya. Nak maghrib. Lebih satu jam dah tidur. Syaitan berlegar legar memanipulasikan mimpi impian dan hobi aku. Sebelum tidur, aku sibuk youtube macam mana nak pakai make up. Lame kan.

Oh ya tak ya, ni semua gambar masa birthday party kab. Si kaya natali belanja kek sedap sahaja, dan paksa semua sgf ikut serta aktiviti ice braking.


alalala, comelnya nadiaw.

kabir, tak suka dipeluk jantan.

oh oh, adakah ini gohsip liar


ecah joyah manakala aku fokus





p.s: tak sabar nak masuk kerja esok nak jumpa kengkawan, eh nak memajukan kampeni

Tuesday, February 1, 2011

khurafat

Macam mana aku nak feel tengok cerita hantu kalau sepanjang scene malam director dia pakai cahaya bulan bintang. Dah terpaksa mengisi masa kosong masa tengok khurafat tadi dengan berbalas bbm dan sms kawan kawan. Tengok timeline twitter. Balas komen gambar facebook.

Sedar sedar je, adik saudara aku tutup mata dan telinga. Bila tengok skrin, ah kantoi suara kerbau aku. Haha. Ah, aku benci lah cerita hantu. Lain kali pasang lah lampu. Kalau cerita nur kasih tu sumber cahaya melebih lebih sampai silau aku tengok tudung tiz.

Adakah ini balasan cuti tanpa sengaja aku. Lepas kantoi menjerit suara rabak, aku terpaksa cover macho jalan jalan kat jusco dan rembat selai dua sotong dan selipar baru. Selipar tangkuban perahu 14 rupiah aku dah menipis. Siut sakit tapak kaki aku dapat rasa batu batu jalan saiz apa semua.

Terboik lah cerita hantu melayu. Memang serem. Ni malam ni aku nak tidur kang aku tertengok tengok tingkap siapa nak bertanggung jawab. Tak apa tak apa, aku nak redakan kesereman dengan stalk adik aku punya facebook. Oh dah macam sembilu kasih. Malas ah belanja kau topap.

Tu awek gemuk pakai overall tu lah adik aku. Dulu comel. Sekarang tak. Sebab dia sekarang lebih penting kan picit henfon dari melayan cerita aku. Ah, soda lah dik.




Esok balik kampung yeah. Boleh bergurau dengan ciko. Dah lama tak timang dia tinggi sampai cucur atap.


p.s: adik manis, jadi lah diri sendiri. jangan asyik cedok idea orang. mak cik sebelah rumah tengok macam musibat tau.