Monday, February 21, 2011

haru biru

Di tengah kesesakan haru biru kota metropolitan macam ni, siapa yang tak ada masalah memang terbaik. Jiwa suci murni dan entah entah pasang bodyguard dan spy merata supaya tak ada siapa berani nak usik. Bertuah lah aku perantau yang jauh dari ibu bapa di johor mengharapkan ihsan insan bernama manusia supaya aku terus berasa selamat.

Jangan lah rasa runsing dengan permasalahan aku. Sebab tak seberat mana pun. Tugas yang tak mencabar itu di samping boleh menggunakan logikal akal dan kewarasan pemikir. Tak ada aktiviti pengkamiran, pembezaan mahupun punca kuasa dua.

Entah lah. Silap menjadi seorang perempuan adalah apabila kau terlalu memikirkan masalah yang ditakuti bakal menjadi beban seumur hidup. Anggapan buruk je lebih. Padahal, mengikut kajian 80% adalah masalah yang ditakuti tu tak terjadi pun. Nah, salah kan bisikan jahat saitannirrajim.

Apa kan daya, perempuan pemikir masalah ni lah jugak yang sebenarnya kental menghadapi masalah tanpa terfikir sedikit pun nak mengungkit inisiatif yang telah diambil kira. Dan perempuan yang sibuk jadi pemikir ini lah sebenarnya lebah keras di dalam walaupun menceceh air mata di luar.

perempuan perempuan bawah umur yang belum rasa masalah makcik macam aku



p.s: u deserve me at my best, if u can handle me at my worst

No comments: