Monday, April 18, 2011

rancangan ke universal studio, singapore part 1

Oleh sebab hal hal perbincangan tentang percutian ke Universal Studio, Singapore tak boleh dibawa dalam thread inbox fesbuk, maka aku bawak ke sini. Bukan apa. Baru nak berbincang serius, seorang demi seorang dah mula keluar topik lain dan masing masing malas nak baca balik dari awal dan aku pun terganggu nak tengok mentor.

Jadi, kali ni aku cuba bentangkan BAJET belanjawan untuk TRANSPORT sahaja dari johor ke Universal Studio. Tak payah payah carik kalkulator. Aku siap siap kira. MANJA KAU SGF.


1. Stesyen Bas Larkin, Johor, Malaysia - MRT Kranji, Singapore = (RM 1.80 - bas)
Tips di sini, simpan tiket sehingga betul betul sampai train Kranji. Dari larkin singgah ke Bangunan Sultan Iskandar iaitu Imigreson Malaysia untuk cek paspot. Dah selesai, naik bas tadi singgah pulak Woodlands untuk isi borang blah blah blah dan cop paspot. Naik balik bas tadi untuk pergi MRT Kranji.


2. MRT Kranji - Harbour Front (Vicocity) = (SGD 2.20 / RM 5.72 - train)


Tips kali ni, jangan buang tiket jugak sebab nak dapat kan refund SGD1 nanti. Oh, sebab mula mula kau kena bayar SGD 3.20. Lepas dua kali tukar train, Jurong East dan Outram Park sekarang dah sampai Harbour Front.


3. Harbour Front - Universal Studio, Resort World of Sentosa = (SGD 2 /RM 5.20 - bas)

Aku tak tau apa tips kali ni, cuma behave je lah jangan buang tiket. Eh kat sana mana boleh buang sampah rata rata kan. Sebenarnya sekentut je nak sampai, nak berjalan kaki lima minit je pun tapi aku takut risiko hitam.


4. Universal Studio, Resort World of Sentosa = ( SGD 77 / RM 200.20) - YIP YIP YIPPIEEE.


5. Universal Studio, Resort World of Sentosa - Harbour Front = free (aku tahu semua paling suka ni siap naik monorel lagi)


6. Harbour Front - MRT Kranji = (SGD 2.20 / RM 5.72 - train)


Perjalanan sama macam tadi. Jangan buang tiket.


7. MRT Kranji, Singapore - Stesyen Bas Larkin, Johor, Malaysia = ( RM 1.80 - bas)

Ok, kesimpulannya, untuk transport sahaja dari larkin ke universal studio dan tiket masuk dan balik ke larkin semula, RM 222.24. Ni aku ambil currency rate paling mahal setakat ni dan harga tiket masuk maksimum sebab kan semua nak pergi sana masa krismas kan.

Gambar kartun di atas saja aku letak nak tarik perhatian semua lagipun aku tak tahu lagi tahap apakelajuan bas atau pun train di sana nanti. Haha. So, bantai letak gambar tu train pakai arang cap motokar tu.

Ha, amacam. Lain kali aku kasik bajet harga makanan dalam sana. Tak pun, mungkin kita bawak makanan dari malaysia je. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.


p.s: jom lah please korang, please please.

4 comments:

absyaB3$h said...

perjalanan jauh mcm ni, kena gerak lepas subuh.. utk elak trafik.. ingat kita pergi xmas eve.. ini serius!

Pintas A! said...

aku nk ikot aku nk ikot

sheilazrien said...

mase kak sheila pegi last year kan, turun2 train nampak board 'SOLD OUT'.. pegi kat kaunter tanye hari yg available, die ckp utk next 4days xde.. :(

kechiwa giler2 xdpt tix, and nak kasik cukup syarat dtg singapore, kitorang gi tangkap gambar jek..
xtau nak cakap lucky ke tak, last2 ade 'ulat' tegur kitorang offer ticket masuk 72 dollar (include 10$ baucer makan) .. kitorang xpk panjang, terus beli jek !! sbb mmg nak masuk kan ?!

:P

try tanye kawan2 yg baru jek pegi..ticket senang dapat ke x..ngee..kalau di sarankan beli awal, better booking awal..

notakaki:panjang plak bebel ek.. :P enjoy yer triP~

sayda dino said...

besah: hahaha habis subuh nak kat manaaaaa?

kama: jom jom. nanti details aku inform kau (:

kak sheila: thanx kak sheila!!