Tuesday, October 9, 2012

Checklist Kahwin Part 2


Okay, abang ku ceh abang gitu, sungguh romantis kan haha gatal kau sayda, gatal. Hafiez dah bagi hint pergi kurusus kahwin. Dari cari tempat pergi kursus kahwin terus aku gelabah baca checklist yang hari tu aku buat. Berdebar debar nya! Baru ada kemajuan sedikit sahaja! Haha. Terus buat checklist seterus nya untuk majlis resepsi pula. Ada tak mana mana button yang berfungsi menjerit jerit remind aku countdown dan apa lagi benda belum buat untuk aku pacak kat blog aku ni? Haha!

Jom aku kongsi senarai semak majlis resepsi pula.

MAJLIS RESEPSI PEREMPUAN

1. Tarikh Resepsi
2. Tempat
3. Warna Tema
4. Jumlah Jemputan
5. Khemah / Meja / Kerusi
6. Catering
7. Kad Kahwin / Bunting / Banner
8. Doorgift
9. Bunga Telur
10. Pelamin
11. Pintu Gerbang (lorat)
12. Baju Kahwin Lelaki
13. Baju Kahwin Perempuan
14. Mekap
15. Hand Bouquet (haha nak juga!)
16. Kompang
17. P.A system
18. Photographer
19. Videographer
20. Bunga Manggar
21. Kek
22. Makan Beradab
23. Centerpiece (Mahu! Mahu!)
24. Pengapit Lelaki & Pengapit Perempuan
25. Baju Keluarga Lelaki & Baju Keluarga Perempuan
26. Penanda Arah
27. Dekorasi Bilik Pengantin

Bila diteliti balik, amboi lorat kau. Haha. Tak apa lah kan. Yang mampu, diteruskan. Yang tak mampu, hmmm, nanti mama urus kan. Hahahaha.

Sekarang, yuk cari tempat nak kursus kahwin! ---- tempat kursus kahwin


2 comments:

мyΞ'™ said...

nak join kursus kawin!!!!

sayda dino said...

jom! nanti aku whatsapp kau