Saturday, July 2, 2011

blueberry cheese tart 3 pagi

Di kala remaja lain sibuk plan sana sini sempena hujung minggu macam ni nak pergi mana buat apa, aku insan yang suci duduk rumah sahaja. Tak tak ni bukan ikut resam tua, tapi aku malas nak keluarkan duit jalan sana sini lalu tak sampai hujung bulan, wallet dah tak payah bawak ke mana mana pun tak apa. Kasihan. Beringat sebelum sesak lah kawan kawan, raya dah mampir. Mapan ke kewangan awak nak bagi saguhati dekat adik saudara masa raya kelak yang ramainya macam 4-5 tadika ?

Haha. Padahal aku dah dapat arahan untuk bersiap sedia di rumah. Malam kang ada dinner dengan pakcik makcik aku sekeluarga. Apa yang buat aku lebih taat dengan arahan kali ini adalah kerana ikan bakar. Kalau dah nama ahli keluarga sepupu sepapat darah daging kaum seteru aku, selain sembang pasal kucing kucing kucing, hidangan kegemaran adalah ikan ikan ikan. Sinonim kan.

Okay, tujuan utama tulis kali ini adalah sebab akak nak tanya. SIAPA KATA AKU PANDAI MAKAN SAHAJA, TAK RETI MEMASAK. Ha, bakal ibu mentuaku, malam tadi cek dengan ain buat blueberry cheese tart tau haha bajet mak mentua asal penang. Nama dia blueberry cheese tart 3 pagi. Sedap tak leh nak habaq sini lah hai. Hang tengok gambaq je lah. Resipi tengok buku sudah.


Amacam ? Sumpah sedap der.


p.s: yes, minggu depan balik johor. weehoooo.

No comments: