Sunday, December 19, 2010

Pre- Dungun 2: Lepak tanpa ambil gambar



Dari jumaat sampai hari ni ada sahaja pengisian bersama sama. Perjumpaan berkala yang sepatutnya setiap isnin terpaksa dibawa ke jumaat. Haha, macam apa je kena tukar tempat sebab konon jasima tak mampu nak menampung keriuhan ahli kali ni. Siap dari sarawak pun dijemput sekali. Oh, kawan lama kat kmns dulu pun diwajibkan datang. Bising tak bising sangat lah, tapi makcik goreng pisang siap paksa beli goreng pisang salut madu dia kalau nak pinjam kan mangkuk. Dah lah asyik lalu lalang.

Selalu berebut table dengan pakwe belakang tu kat jasima. Lepas tu makwe nya pasti jeling sebab tertekan dengar budak budak ni ketawa kuat kuat.

Sabtu lepas bekerja paksa, aku bergegas gegas pergi rumah z. Ah, mengada gila suruh datang sebab keseorangan. Dah lah aku kena tipu kata nak datang tinggal makan tapi akhirnya, aku kena masak sendiri dan kena tunggu ecah untuk masak lauk utama sebab lauk sotong masak kicap tanpa niat aku tak menyelerakan. Maka, kena tidur sebentar sebab tau malam tersebut pasti nak all out nak guna sehabis tenaga. Tapi, ah siye cuma duduk rumah tengok bola dan aku tak boleh terima kenyataan ada pengulas kedua oleh z.

Sebab malam tadi kecewa ah sebab kau ecah kata nak karaoke sampai 2-3 pagi tapi terpaksa kansel jadi hari ni, sebaik sahaja selesai sarapan dan makan tengah hari, kitorang jalan laju laju ke mines nak menyanyi merdu merdu. Semua lagu nak larung kenapa tak ada masalah, tapi yang hengkau nak joget joget masa nyanyi lagu hati kama tu yang aku tak tahan. Haha. Zack zack. Oh lupa pulak affa naik hantu bila dapat pegang mikrofon. Dalam hatiku berbisik, agaknya kat sarawak tak ada pusat karaoke.

Saja je nak update diari kehidupan. Mengisi masa terluang. Nak tidur, petang tadi aku dah pulun 2 jam. Tak campur masa aku curi curi tidur dalam kereta masa brader rahman drive. Pandai kan aku berlakon, sebab semua soalan dia aku jawab. Haha. Oh oh adakah esok bekerja. SGF jom kita berkumpul, kita harus berbincang pasal baju warna apa nak pakai nanti. Taknak majlis perkahwinan z porak peranda sebab pilihan warna sangat caca marba (sebenarnya nak bincang nak pakai lagu apa buat video klip kat sana nanti).

Kan seronok kan. Kawan dengan aku seronok kan sebab aku rekod peristiwa pahit manis korang kat sini. Nah, ambik diriku ini sebagai hadiah persahabatan abadi. Ecah dah pakai kan reben lagi.


p.s: SGF, jom jumpa, kita pre dungun 3 mandi air terjun.



Wednesday, December 15, 2010

kan aku cakap, aku taksub duit


Hai. Kalau dulu dulu nak dekat dengan perayaan tahun baru, aku sibuk cari tempat lepak nak sama sama countdown. Kat dataran merdeka ke klcc ke putrajaya ke haha bajet bebas. Padahal kodi tengok tv.

Bila aku fikir balik, wah banyak jugak pencapaian hidup selain berjaya convert duit jadi HUTANG haha aku sempat jugak selamatkan duit aku jadi beberapa keping emas. Oh ya ya. Jadi perak pun sempat jugak. Selain aku rasa bersyukur sebab aku tabah mengerut kening fikir-mana-aku-nak-korek-duit-ni-semua-dah-kena-kerah-bayar-insurans-asb-kutu semua tapi aku masih bertahan. Berkat kesabaran, akhirnya awal tahun depan aku sudah bebas dari cengkaman asb tapi dah beralih pulak ke tabung haji. Ok, sekarang kau bagitau aku, adakah tahun depan aku tak akan berpeluang membeli baju baru lalu pakai baju sehingga rabak sebab lunyai atau pun sudah gemuk. Ha ni lah gara gara taksub dengan don't put all your eggs in one single basket. Amacam. Meremang kan.

macam mana nak menyimpan kalau masing masing togok jus oren lah epal lah bergelas gelas.

Kadang kadang aku rasa macam nak menjerit kuat kuat weh jomlah selamatkan duit. Sebab muda mudi macam aku ni memang suka menabur duit di tempat yang nanti kau cis menyesal aku buat personal loan dan membeli set barang tersebut. Kamon bebeh. Asalkan tak beli bukan bukan (ah shadap u sayda kau lagi lebih, kat kedai alat tulis pun nak membeli belah) haha cari duit tepi tak kisah lah bisnes online ke (ha ni lagi menipu kau punya dole boutique dah bungkus ke apa) haha dan buat spekulasi -_-

Sebenarnya aku nak cerita pasal perayaan awal tahun ni aku nak buat kat mana. Ah biasalah terkeluar landasan. Cerita pasal duit pulak. Dengar ye dengar ye. Duit bukan nya masalah. Tapi, tak ada duit itu lah masalah. Motivasi tak.


p.s: duit senang dimanipulasi, jadi cepat cepatlah tukar duit kau jadi emas ke rumah ke tanah ke.


Sunday, December 12, 2010

Awek sawan ketawa: Habikah Syamimah

Selain kawan kawan sekolah oh yang perempuan lah, nak nak yang pernah kat sekolah selalu menghasilkan gadis gadis yang langsung tak ayu dan bermulut celaka dan tak ada adab. Nak buat macam mana. Kau umpat macam mana sekali pun, budak budak ni tak kan jadi vogue pun.


Habikah Syamimah. Ya baru baru ni, galak benar lah makcik ni ketawa, aku pun kena paksa ketawa, sampai berjujuran air mata. Dah memang pantang dapat gelak sikit, konfem aku high weh. Tak sedar tengah ketawa ketawa, aku keluar kan tangan dari kereta dan lambai lambai pakwe kat luar yang tengah naik motor. Gatal, tadi masa kat ofis, tak ada lah pulak nak beramah ramah, kat atas jalan raya ni lah pulak nak tegur. Ha, agaknya polis ingat aku kena kidnap, maka dia suruh kereta aku berhenti. Ah, keji gila kata dah menjadi rutin harian harus meronda ronda padahal dalam cubaan nak pow aku.

Ha, kalau kau perasan, status kat facebook, twitter, ym, bbm semua berdoa agar hari ahad sangat panjang. Haha. termasuk aku sekali. Semua orang takut isnin. Sebenarnya orang yang suka ahad ni bukan malas tapi orang yang rajin bekerja jadi dia sangat menghargai hari ahad. Kalau masuk isnin kena berpenat lelah balik. Lagi lagi lah, jiran aku kak ikah tak ada, pergi main pong pong pong kat johor. Siyeee tinggal aku.

belakang aku tu ha kak ikah. 


ok, masa ni kak ikah cuma tunjuk dua jari dahulu, bukti diri sebenar tak tinggi. sebab jari sangat pendek.


haha. ni lah kak ikah, berkongsi kerusi dengan aku, tak sedar aku ni behsar ruang yang diperlukan.


p.s: kalau hari hari bermain, celah mana aku nak jadi dewasa.