Friday, December 10, 2010

wangi

Hai. Apesal kau tak tidur lagi. Haha. Nak tau tak beberapa perkara yang buat aku sangat tak boleh tolerate kalau tak jaga. Bau. Lebih tepat lagi bau badan. Haha. Kan aku pernah bagi tau dulu, aku senang terpikat dengan orang yang wangi (yes syg, u sangat wangi weeeeee).

Haha. Macam anjing lah pulak suka hidu hidu. Tapi, aku rasa ok kot daripada kau nak kena merasa kat lidah, baik bau dulu. Nak wangi wangi ni tak susah rasanya.

1. Mandi. Sumpah aku tak tipu, dulu aku tahan tak mandi sampai 72jam. Sengit bertanding dengan rakan sebilik. Tapi semakin tua, semakin kerap mandi. Kalau kau malas mandi, daki mana nak hilang, maka mungkin bau buhsuk tu terperangkap bawah daki. Ha, logik tak logik tak.

2. Pakai semua deodorant, losyen ke body mist yang ada. Rembat mak punya kalau nak bau feminin. Tapi kalau nak bau kacak sikit, selet sikit bapak kau punya body spray kat badan kau. Jangan pakai campur semua. Entah apa apa bau nanti.

3. Oh ya, jauhkan dari memakai bedak, minyak bayi. Please jangan. Memang bau bayi sangat suci. Tapi, tak sesuai dengan hormon dewasa untuk imbangkan bau badan sebenar dengan bauan si kecil. Kalau kau nak jugak, ok lah duduk diam diam di rumah.

4. Pakai baju baru. Bukan baru beli. Tapi, jangan ulang ulang sangat pakai baju yang dah pakai. Kesian baju lain. Lagipun, nanti bau busuk susah nak terhapus kalau malas basuh baju.

5. Jangan pakai pakaian yang masih lembap. Sebab loya weh pakai baju separa kering gara gara dengan baju tersebut kau nampak hensem. Tapi, kepam kan.

6. Sembur minyak wangi. Agak agak lah. Kat tangan sikit. Kat leher sikit. Siku ke pinggang ke. Kalau aku, aku selalu jugak spray di rambut. Tahan lama sikit bau wangi tu. Kan kan.

7. Lepas tu, kalau bukan sebab nak beriadah, tak payah gatal gatal nak memeluhkan diri. Jangan melompat lompat. Jangan terkinja kinja. Ketawa tanpa henti pun tak boleh. Ok, kalau dah terpeluh, cepat cepat cari sumber angin dan kawal pergerakan supaya aura busuk kau masih dalam kawasan.

Jangan tiru aksi ni kalau kau punya jurugambar tak cekap. Kang hapa hapa hasil nanti.


Tadi sebenarnya aku dah tidur. Tapi termimpi aku ditabur bunga rampai. Haha. Nasib baik bukan bunga kalung. Cuak cuak.

p.s: u are the only reason.

Wednesday, December 8, 2010

Percutian di Sabah

Semakin menghampiri akhir tahun ni, semakin banyak pula plan yang harus dilaksanakan dan banyak jugak pencapaian hidup yang harus dikenang. Haha. Seperti mengikut plan dalam kepala otak aku dan mengikut diari rahsia aku yang sumpah aku akan sorok daripada pengetahuan rakan rakan yang sibuk cari bahan untuk membahan aku, haha aku perlu ada akaun asb dengan amaun di dalamnya memuaskan hati dan perlu sambung untuk simpan telur telur emas aku di tempat lain jugak. Haha. Sebelum bermula ada 2011, aku dah berjaya mula menyimpan di tabung haji pula. Seronok tak seronok lah, dengan penyimpanan 300 ringgit sebulan, ofis aku kasik hadiah rm45. Menarik tak. Ha, cepat berhenti kerja dan hantar resume kat tempat aku. Ok ok. Aku bukan nak bercerita secara berlagak dengan pencapaian aku ni sebab ada banyak lagi dugaan sampingan yang aku nak tulis tapi tu nanti nak dekat dekat penutup tahun baru aku tulis. Tapi sekarang, meh aku cerita tentang percutian terbaru aku di Sabah. Wowowowowowwy.

Hari tu, aku ambik felait ke kota kinabalu bersama sama ar rahman seperti yang dirancang. Kasihan. Beriya aku canang nasi lemak pak naser air asia, malang sekali pak naser punya nasi lemak tak tahan sampai malam. Maka, air asia taknak jual benda basi. Kang imej terjejas. Sampai je kota kinabalu, terus rembat nasi goreng kat restoran terdekat dan terus tidur. Hehe. Orang tu masak nasi antah.

Keesokan hari oh mak kau aku terkejut tengok alarm aku dah pukul 6.30 tapi cuaca dah terang. baru nak carut alarm aku buat hal oh rupanya di sabah memang cepat siangnya. Dan aku sedang 'bercuti'. Haha. Siap siap terus pergi nikah kawan norman. Kenapa pengapit sampai lagi awal. Jadi, terpaksa buang masa di kedai ikan masin tepi jalan. Malam tu pemandu pelancong bawak kitorang pergi menikmati angin pantai apa aku tak ingat tapi ramai muda mudi lah. Ramainya yang bermuka macam stacy.

Selesai je dengan kerja mengapit pengantin, aku rahman dan ecah yang melonjak kegembiraan. Sebab tak sabar nak berjalan. Walaupun sedar, alah dengan masa yang terhad dan tenaga yang dah menipis, mana je kau sempat pergi. Tapi dengan kebijaksanaan pemandu pelancong, kami dibawa ke 1B. Haha. One Borneo. Ajaib gila ya, pukul 8.30 dah tak sabar nak pulang sebab rasa macam dah lewat malam sangat.

Seawal 5 pagi aku dah bangun dan menggegar orang yang liat nak bangun sebab nak kejar pasar tamu. Felait balik kl pukul 945. Maka harus mula berjalan sebelum 7 pagi. Pasar tamu memang menarik. Tak menang tangan aku nak menikmati jualan kucing arnab dan hamster di situ. Menjejeh jejeh air liur aku tengok kucing yang dijual. Baka parsi dan bermuka rata dan aktif kau lari sana sini.

Amacam. Ringkas gila kan penceritaan di sabah. Kalau ada masa dan duit lebih, konfem aku nak pergi sana dan memanjat gunung seperti yang dicadangkan pemandu pelancong. Oh lupa nak kenalkan pemandu pelancong. Kakak ecah. Walaupun tengah mengandung anak keempat, kebajikan tetamu sangat terjaga.


kat belakang adalah golongan remaja tepi pantai

gambar untuk poskad ni kawan kawan
semua boleh beli kecuali yang si awek

tengah pilih kukis

ha ni lah perangai 24 tahun. asl plz.



Ok. Malas nak susun gambar. Pandai pandai lah tau.

p.s: seronoknya melepak (:

Wednesday, December 1, 2010

Lukisan antik pada kereta

Ala tak apa agaknya bawak ke hulu ke hilir kereta aku ni. Semat je lagi. Laju pun boleh tahan je. Break pun makan lagi. Bukan berkesan sangat pun fendi conteng apa kat kereta aku ni. Walaupun menjengkelkan, tapi, tak kisah lah weh bukannya kereta aku tak ada minyak ke apa. Gurau kawan kawan je pun.

Pagi bangun awal, sembahyang subuh, baca doa mintak mintak hidup hari ni penuh keberkatan. Indah kan hari ni. Kesan semalam hujan buat tingkap kereta aku penuh kesan kondensasi.

Mata masing masing macam lebih terarah kat kereta (tak mungkin pandang aku pun sebab tudung aku tak bergosok siap ada kesan terbakar) Alamak. Pehal ah. Aku lupa kenapa. Hm, mana tau kain baju kurung aku tersangkut ke. Padahal gua pakai kemeja hari tersebut. Kereta belakang pun macam nak cium bontot kereta aku je. Rapat rapat.

Sampai sampai je ofis, aku lantas keluar dan cek keseluruhan kereta. Dah tumbuh apa apa ke kat kereta aku. Mana tau, kepak ke sisik ke. Oh, rupanya lukisan fendi semalam memang macam haram. Terpaksalah lupakan je niat nak basuh kereta selepas musim tengkujuh sebab kereta aku dah bertattoo terlampau. Kesian awak adik, kakak akan bersihkan awak. Lepas ni, menyusur membelah KL laju laju tau.


Sebenarnya, lukisan belakang tak boleh letak sini. Biadab sangat. Haha. Sebab ada hidung ba alip ba ya pa alip kaf alip ya ba wau nga alip ra alip ya.

p.s: i will win everytime.