Thursday, June 13, 2013

Cara hantar borang permohonan nikah di Johor

Sebelum hantar borang permohonan nikah, ada beberapa perkara yang perlu dititik berat which yang aku rasa terlepas pandang pada awal nya dan sebagainya (yang sebagainya ---- macam cikgu dulu sikit sikit 'yang sebagainya') hahaha tiba tiba sangat.

Okay okay, lepas settle kursus kahwin, ujian HIV, dapat surat pengakuan bujang (kalau majikan islam sahaja yang boleh, kalau majikan cino, mintak ketua kampung buat kan surat), sila online untuk daftar mohon nikah. Lepas daftar tu, activate akaun tu dengan cara call mana mana jabatan agama islam johor untuk akses page seksyen borang seterusnya. Terus terang aku rasa rumit di situ. Lepas isi borang secara online (bahagian adress tak payah letak ',' dan bahagian ic jangan letak '-') nampak sangat tu antara jenis kesalahan aku buat, sila print semua borang yang dia suruh print, dan check. Sediakan seperti yang diperlukan dalam borang di print tu. Contoh nya, sijil nikah ibu bapa perempuan (yang ori pun mahu), copy ic wali, ic 2 orang saksi lelaki untuk calon lelaki, dan, copy ic 2 orang saksi untuk calon perempuan. Aku tak tahu perempuan perlu, jadi borang yang aku print tu aku abaikan sahaja yang menganggap mungkin programmer website dia ke apa ke tersalah attach dan aku yakin sekali lepas berbincang dengan kak ikan, kak aku perlu ke kak, tak tak kau tak payah. Hahahaha.

Lepas siap pegawai tu cek berdasarkan checklist yang kau akan dapat dari website yang kau print tu juga, dia akan suruh kau pergi kaunter yang mana kat situ kena standby RM35 untuk dapatkan buku pink tulisan jawi. Kira dah nak selamat untuk nikah lah tu. Haha. Acah mat labu. Sebab sebenarnya kau kalau duduk johor atau nak kahwin di johor harus ada sesi interview. Banyak juga antara soalan bocor yang aku dapat, dalam kereta mulut terkumat kamit ye hafal maksud surah al-fatihah. Yang nampak sangat masa solat, pakai baca je tanpa tahu apa maksud tiap bait ayat. Beristighfar aku sebentar.

Kalau bernasib baik macam aku, akan dipanggil berdua dengan pasangan dan lebih bernasib baik, hanya pasangan aku sahaja disoal jawab yang mungkin sebab muka aku dah cukup para ustazah agaknya. Hahaha. Lepas ambik buku pink tu kan, nanti pegawai tu suruh masuk jumpa pegawai lain kat dalam untuk interview. Benda pertama dia suruh adalah, lafaz dua khalimah syahadat, baca al-fatihah, rukun negara islam, rukun nikah, dan doa qunut.

Standby untuk soalan lain juga, macam rukun iman, terjemahan surah alfatihah, terjemahan doa qunut, doa hadas besar, rukun solat, hal hal cerai dan rujuk dan standby juga untuk disoal seorang demi soarang.

Lepas tu boleh lah hubungi imam yang dia cadangkan untuk dihubungi. Ni untuk booking masa dan hari untuk dinikahkan.

Yang aku bold dan underlined tu yo yo o macam nota cikgu.

p.s: minggu ni ada larian kitar semula. oh mungkin jalan kitar semula sebab aku cuma jalan sahaja. 

Masa wedding sue and pojie

1 comment:

Hanis Tang said...

tergelak baca part rukun negara tu. haha! :D