Wednesday, May 8, 2013

PRU13

Okay saja nak update juga pasal pru13 memandangkan ini kali pertama aku mengundi. Yeay! Rugi pula rasa 2008 haritu tak mengundi. Tak adalah nervous mano. Haha. Tak tahu lah sama ada kali ni punya PRU lebih kontroversi atau aku yang lebih mengambil tahu. Tak tahu. Tak tahu. Sebab fb, twitter, ig semua berpolitik sakan. Yang bukan setakat, 'Undilah Saya' ' Saya mempu membawa anda semua ke arah kemajuan' 'Undi saya terjamin hidup' bla bla bla tapi dah sampai gaduh sana sini, maki memaki, hal agama macam... okay diperkotak katik, hal pemerintah dipersoal, dan sebagainya. Otak dah terlalu negatif untuk terima perkara negatif lain. Jadi, aku sangat muak. Lebih muak bila ada budak ni, cukup umur, pung pang pung pang cakap pasal perkauman, agama, rasuah, makan duit rakyat, tapi, tak mengundi pun. Haha. Ni sumpah lawak sehingga PRU14 nanti. Akan jadi lebih lawak nanti kalau aku dapat tahu kau sekali tak mengundi tapi laga laga orang. Siap kau, aku jumpa mak kau, aku ngadu.

Apa pun keputusan, sama ada benar atau tak benar, adil atau tidak adil, redha atau tidak redha, semoga tak ada perubahan pada rutin seharian kita yang dah normal sangat ni. Bangun, makan, pergi kerja, selamat balik kerja, makan dan tidur. Semoga tak ada tak-tidur-sebab-takut-kena-bom-masa-tidur.

Okaylah, ingat pesan akak ni, nanti bila ada orang provok pasal parti apa apa yang kau tak suka, dan tiba tiba hangin, hempuk dia pakai spenda basah (nani kata) haha, ala senyum je lah dan bayangkan dia pakai spenda terbalik (ni aku kata lah supaya tak extreme sangat kau bayangkan). Hahahahahaha. Bajet, joke of the day lah ni. Tata.




lepas basuh hilang pun tara papa yeah


tangan bangla yang ditangkap

No comments: