Tuesday, February 26, 2013

Tas tangan

Jadi apakah jenis jenama saiz harga handbag yang menjadi pilihan hati untuk dijadikan hantaran korang. Persoalan yang bermain dalam kepala sejak, hmm sejak aku mula kerja lagi! Haha.

Aku pun tak tahu kenapa. Tapi setiap kali fikir pasal nak cari handbag yang sesuai, mesti aku fikir ah mahal sangat, ala nanti orang kata apa pula, nampak macam imitation je, tahan lama ke ni, tak besar sangat ke dari dulang. Macam tu lah. Jadi apakah yang menjadi pilihan hati?

Kalau saya haha tiba tiba sopan, kalau aku, aku nak yang tak mahal, cantik, saiz boleh buat kepit taknak kotak sangat taknak gedoboh sangat bukan sling bag nak pakai selalu boleh pakai untuk sangat lamaaaa lepas kahwin dan turunkan pada anak pula haha cerewet tak kaknam.

Ni ada beberapa tips. Kalau suka handbag ramai orang pakai dan nak rasa dalam group, sila ambil coach. Kalau nak besar sangat dan macam sazzy falak, boleh ambil micheal kors, kalau nak lain dari yang lain sila ke kate spade pergh memang omel sangat tapi kenapa mahal sajo dan macam ah taknak lah, kalau nak kualiti kulit bagus dicadangkan braun buffel. Ada pilihan lain juga macam dior ke longchamp ke burberry ke gucci hdwejfhljhsdhedf. Sila google juga anya hindmarch untuk pilihan yang cantik dan jarang dinampak di banyak tempat. Nampak nya baru setakat itu aku dah jadi sangat badmood yang penyudahnya membentak dalam hati alaaaa macam lah lepas kahwin dah tak boleh shopping handbag kannnn.Yang penting, tepuk poket tanya duit.

Tengah sibuk sibuk google handbag dan dok compare harga setara dengan citarasa dan kualiti, aku tiba tiba yang diverted ye untuk buka dealmates. Omg omg banyaknyoooo barang best! Haha!

tengok spendar pun rasa woi teruja nak beli nak beli! haha
nampak tak benefits tu. tak ada kat malaysia ye. harap maklong.
Okay bai. Chow da mow.

No comments: