Thursday, February 14, 2013

rakan muda seh

Sakit sakit badan aku. Sekarang lebih seronok join budak budak office pergi sukan tapi yang tak slim slim ye haha saja nak jadikan lesen boleh makan banyak banyak. Taknak bazir makanan nanti dosa, kekdahnya. Tahun ni plan nya nak pergi panjat gunung tahan lah gunung ledang lah pergi lata kinjang lah marathon lah masuk gua batu maloi lah, plan sahaja ye, plan sahaja, memandangkan semua dah kemaruk nak jadi ahli sukan extreme yakin boleh rakan muda!

Tak lupa juga sukan sukan normal macam badminton futsal bola padang dan bowling. Sekarang cepat kira berapa jenis kasut sukan aku harus ada. Haha padahal dulu setiap kali subjek pjk yang mengelak ngelak ye tertinggal baju lah sakit lah apa lah. Tiba tiba tua bangka nak masuk 27 tahun ni ehem ehem nak hadiah please, nak jadi atlet pula. Hei aku orang seni tahu, orang seni. Bukan orang sukan. Ceh poyo seni padahal berdasarkan hobi mendengar lagu sahaja.

Sebenarnya aku sedang menyesali tak warming up bersungguh sungguh semalam yang menyebab kan urat bisa bisa. Tidur pun tak cukup sebab konon lepas bersukan adrenalin masih laju lalu masih mahu aktif dan tak masuk masuk tidur dan akhirnya asyik terdengar bunyi bunyi hantu di rumah. *letih baca satu nafas sahaja*

nampak tak peluh, meh cium tiak sikit - kataku kepada kak ika

p.s: semalam ada orang mengaruk kat court. sampai merah merah muka.


No comments: