Thursday, January 3, 2013

Happy new year 2013

Halo. Azam tahun baru 2013 macam malas nak rancang yang baru. Kalendar bakal penuh tahun ni dengan macam macam event kawan kawan nampaknya. Kehidupan akan semakin sibuk. Tidur akan semakin kurang. Tapi makan akan tetap makin banyak. Ha ha ha.

Azam besar macam mana pun, yang penting pilih. Pilih makan apa yang sihat. Pilih baju yang elok sikit. Pilih tempat yang terang untuk dating. Haha. Pilih hari yang sesuai cuti kalau tak akan jadi cuti kecemasan. Pilih cerita yang bukan umpat untuk dengar setiap hari. Pilih jalan tak ada jem. Pilih parti politikphdhdbxys yang menjanjikan keterjaminan. Pilih kawan yang bermulut manis hati manis yang bukan kutuk mengutuk tolak menolak kompelin kondem ~€<£#*~¥+*%. Pilih pasangan hidup yang boleh bermotivasi. Yeay. Semua dalam hidup adalah berunsur pilih. Yang penting azam aku tahun ni nak pilih cerita yang gembiwa sahaja nak cerita kat sini. Hak gembira hak kita kan.

Tak ada tempat lain lebih best dari enjoy duduk rumah. Tapi hari tu countdown kat dataran merdeka pun cool juga. Lampu dia mak aih. Cuma ramai sangat er mas joko di sana bercintaan di belakang khemah di jalan raya di padang di bawah pokok. Sakitin mata guwe aja.

Oh, mak sempat bergambar ber background kan fireworks ye uols. Ha ha ha.


suka bangunan ittewwwww!
ada love kuning rasa macam sayangku berunsurkan lemon. berlemon lemon.

No comments: