Monday, December 31, 2012

selamat tinggal 2012

Sebenarnya aku masih hutang dengan diri sendiri satu entry yang aku rasa syok sendiri punya rasa best ah tapi nanti lah cerita sebab gambar tak cukup.

Sebelum berakhirnya 2012, rasa nak flashback sahaja apa yang berlaku pada diri sendiri dan sekeliling dan gosip artis dan politik dan sukan dan flora fauna. Tapi mungkin berdarah jari aku nak menaip satu satu apa yang berlaku. Sungguh hyperbola ye sampai berdarah. Taklah, paling ovahhh pun mungkin sendi jari bengkak dan cincin tak dapat dikeluarkan balik. Hahahaha!

So far, selama 3 tahun lebih kerja kat sini, aku rasa benda paling best adalah friendship. Haha tak habis nak berkawan je kerja aku. Banyak kali aku dah cakap dengan sendiri walaupun ada ijazahndshkrwhedkwhfwh tapi aku rasa aku macam terlahir untuk seni. Hidup mati ku adalah seni. Ha ha ha. Ayat nak bajet macam artis rakaman. Selain buat kerja kira kira dan asyik mereport je kerja aku tentang situ dan site ini rasanya aku banyak habiskan masa 8 jam dengan buat kerja kesenian. Macam deko deko eric lah projek aquarium lah koregraf tarian lah mc sana sini lah design itu lah ini lah. Haha omg sayda kau sungguh bajet. Di samping itu juga, aku adalah bajet ahli sukan selama bekerja kat sini. Tahun ini sahaja dah berapa kali pinggang aku sengal pegal dan ngilu gara gara futsal, badminton, panjat terjun gunung dan masuk gua. Bak tengok sikit tangan aku. Berketul kalah fahrin ahmad.

Perihal kawan kawan pula, aku sangat bersyukur kerana seorang demi seorang kawan yang aku sayang sepenuh hati dah betul betul berubah jadi wanita. Seorang demi seorang ye. Macam dirancang. Mula dengan zack dah beranak satu dan sekarang sudah mengandung anak kedua woi sungguh cepat produksi beliau, dan ecah yang selamat berkahwin dan sudah pun mengandung, wanita dan natrah yang juga sudah bertunang dan baru baru ni natali pun selamat kahwin. Dengar kabar nya, tahun depan kena book cepat cepat tarikh sesama sendiri sebab umur 27 mungkin umur sesuai kawin untuk anak dara gelak kuat macam kitorang. HA HA HA.

Tahun 2012, juga adalah tahun aku saksikan seperti tahun sebelumnya mama dan ayah sihat walafiat. Alhamdulillah. Gembiwa je macam baru lepas kahwin haha macam lah aku pernah nampak dorang lepas kahwin dulu macam mana. Ye lah sekarang adalah pasangan sejoli memandangkan syafikah dah berhijrah ke bangi dah tak dapat cabut uban mama dah sebab kena belajar kos hmm yaAllah apa ke tak bergunaya aku adik sendiri belajar apa pun tak pasti. Tahun yang aku rasa best juga sebab kucing kucing aku tumbuh dengan sihat nya. Ciko dah bukan lagi si kesunyian keranan ada bubu yang subhanallah ni kucing apa ni asyik memanjat je siang malam.

Dan tak terlupa, aku sendiri cukup bersyukur dengan apa yang terjadi pada diri sendiri. Lepas tak berjumpa hampir 14 tahun dengan aku-rasa-dia-pakwe-aku-masa-sekolah-tapi-dia-tak-tahu, haha dan kami telah pun bertunang. Bersyukur. Kalau kau boleh nampak betapa menyengih nya aku sekarang nescaya akan muntah berkahak. Haha. Ni agak rahsia, tapi kalau dengan dia yaAllah comel nya rasa nak pecet sahaja pipi hafiez.Omel omel omel! Dan dia sungguh redha bila aku boleh berubah jadi maha gedik dan tiba tiba jadi mak lawak dan tiba tiba kaknam dan tiba tiba diam tertidur dan tiba tiba obses dengan bola manik handphone lampu sinchan dan tiba tiba tiba tiba haha bertabahlah sayang menerima kekasih mu yang janggal ini. Maka tahun 2013 adalah tahun berhempas pulas untuk kami berdua. Doakan please ((((:

Baiklah selain dari atas ni semua, macam jalan sana sini tengok wayang window shopping ke ambil gambar secara berlebihan dan asyik nak peluk kucing sehingga terbersin dan punya lah banyak kasut tapi apesal aku asyik pakai selipar dan obsesi aku terhadap gadget asyik berpusing sahaja jari kat handphone dan sikit lagi cap jari nak pudar dan tetap takut pada petir dan geli pada tikus dan tension tahap spm week bila memandu seorang cari jalan dan kelajuan mandi tak lebih 10 minit dan suka baring tangan belakang kepala dan tak putus asa hafal lagu anuar zain sebab berharap anuar zain sudi menyanyi di telinga ku nanti dan keupayaan ketawa dan bergembira walaupun lawak hambar dan ketagihan melihat lampu malam blah blah blah adalah tak pernah berubah sama sekali. Tetap sayda dino yang sama. Tengok. Dah tua bangka pun masih mau letak nama dino. Kan tak matang langsung tu.

Haha. Okaylah bye 2012.



I was ultimately grateful to Allah SWT, for allowing all this to happen to me.
Syukur alhamdulillah, i can't even give words to describe how grateful i am!



1 comment:

мyΞ'™ said...

HAHA..lawak le ko sayda.