Thursday, February 26, 2015

HadiSaif : Puisi

Assalamualaikum,

Hai, makin malas nak update tapi sebenarnya tersangatttt lah sibuk dan penat sekarang. Maklum lah hadi makin bijak sekarang. Ada saja perkejaan dia weyy. Sama ada tak buat apa apa teman dia main atau buat kerja sambil dukung dia. Pilih pilih. Kalau duduk teman dia main maksud nya satu kerja apa tak buat dan rumah pun waaaarghhhh. Kalau sambil buat kerja dukung dia atau aku gendong dia, mau berpeluh peluh jantan. Haha aku sendiri tak selera dengan diri sendiri. Apa lagi orang lain. Adakah sekarang orang faham kenapa perempuan lepas beranak satu ni macam bibik rupa dia. Hahahahah. Jadual aku macam ni. Bangun subuh, panaskan bubur hadi, buat susu, mandi siap siap, tukar pampers hadi, hantar pergi pengasuh, kerja, balik kerja, panjat rumah hantar barang basuh baju masak (yang kadang kadang aku cuti masak sendiri) turun balik untuk ambik hadi, teman hadi main, tidur kan hadi, masak bubur hadi, lipat baju, jemur baju, gosok tudung (dulu satu set baju aku gosok, sekarang tudung saja) kemas dapur sebab tadi masak, sembahyang then tidur. Tengah malam bagi susu. Tak campur kelas aku hujung minggu. Aku cuma ada hari ahad. Hectic gila kan. Kau bayang kan aku dah lama tak gosok lidah masa gosok gosok gigi dan dah lama tak sikat rambut yang sampai hujung tu. Mekap pun lama tak pakai, kalau pakai pun sama ada lepas siap tu peluh peluh kat hidung atau lukisan eye liner aku macam harem. Busuk. Busuk gila aku sekarang.

Banyak tak aku merungut?

Tapi, sejujurnya, aku ikhlas jaga hadi. Ikhlas, seikhlas ikhlas nya. Kalau boleh taknak lepas sesaat pun mata aku dari hadi. Nak tengok semakin hari adakah dia semakin sayang aku dan dah kenal aku mak dia. Nak tengok harini dia berak macam mana, makan macam mana, tidur macam mana. Gembira bila bangun tidur nampak hadi sihat, nak makan nak susu, hidung tak sumbat, tu maksunya sihat. Ye, asalkan hadi sihat. Nak tahu apa yang dia tengah suka sangat sampai ketawa tutup mata. Nak pujuk apa yang dia beriya sangat nangis nak peluk tu. Nak dukung apa yang dia nak ikut aku sangat tu. Kalau boleh, seluruh gaji aku memang untuk hadi. Seluruh masa aku untuk hadi. Seluruh doa aku untuk hadi. Kalau nak doa untuk hadi maksud nya kena sembahyang cukup. Jadi kalau boleh aku nak jaga solat. Sebab kalau tak, aku akan miss doakan hadi. Padahal aku nak hadi dilindungi-Nya. Tapi aku tak pergi berdoa. Jadi hadi macam mana. Kan.

Puisi pendek untuk Hadi Saif

Hadi,
Kalau tangan mami panjang,
Akan mami capai kan bintang dan bulan,
Kalau mata mami tajam tembus,
Akan mami ramalkan jalan mana yang hadi harus ikut,
Kalau badan mami kebal tajam berduri,
Akan mami lindung hadi dari bahaya,

Tiba tiba tak jadi puisi aku, nak terkencing aku ketawa tiba tiba jadi kokping hahahahahahaha.

Kalau diberi umur panjang,
Janji ku agar kau selamat selalu anak,
Janji ku agar semua harta kekayaan milik kita,
Janji ku agar ada doa selalu kutitip di setiap sujud ku,
Janji ku agar kau tahu menghargai kegembiraan,
Janji ku agar kau tahu atasi kesedihan dan kesusahan,
Janji ku agar kau cukup ilmu dunia akhirat,
Janji ku agar sayang ku pada mu sentiasa ada,
Janji ku agar tidak lupa janji ku padamu anak.

Okay bye nak feeling.



Hai, ada puisi untuk kita ke mami??




3 comments:

absyaB3$h said...

boleh gulung tikar fynn jamal.. hahaha

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Clara Cutez said...

seasonbet77 agen bola online
Seasonbet77 bonus depo awal 30%
eBET
Bandar Sbobet
Agen Sportbook
Bandar Judi
Agen Sbobet
Agen Bola
Bandar Bola
AgenSeasonbet77
Seasonbet77 bonus depo awal 30%