Di
 sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang Ustaz sedang
 mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an.  Mereka duduk melingkar 
& berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin 
menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum
 menempatkannya di satu kelompok, Ustaz itu ingin tahu kemampuannya. 
Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk 
tadi, “Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya.” jawab anak itu singkat.
“Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?” pinta Ustaz. Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya.
Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, Ustaz itu bertanya lagi, “Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
“Ya.” jawabnya lagi, dan segera membacanya dgn baik & lancar.
Ustaz
 itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya
 lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. Dia pun cuba bertanya 
lebih jauh, “Kamu hafal surat An-Nahl?”.
Ternyata
 anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya
 semakin bertambah. Lalu Ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah 
yang lebih panjang. “Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak
 kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan.
 Dan Ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya.” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika Ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah.”
Setelah
 hari itu menjelang maghrib, sebelum Ustaz tersebut menamatkan kelas 
mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya, “Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapamu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok
 harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama 
ayahnya, seperti pesan Ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut,
 si Ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang 
alim, terhormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya
 tahu, mungkin Ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak
 ini. Tapi rasa hairan Ustaz akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak
 kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya 
masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak 
perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal 
juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si Ustaz tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya. “Ibu
 mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing 
anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan 
itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada
 mereka, ‘Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan 
malam ini’, ‘Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang 
berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti’. Itulah yang 
selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan 
berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang 
hafalan Al-Qur’an mereka” jelas si ayah memuji isterinya.
Ya,
 perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & 
perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, 
adalah tidak mudah. Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang 
perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah 
tangganya. Dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika 
anak-anaknya baru belajar bercakap. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya 
telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan 
Al-Qur’an semasa mereka masih janin. Dalam keadaan kehamilannya yang 
berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca 
Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada di rahimnya, dalam keadaan 
berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu 
pulangan yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi
 kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai 
belajar bicara.
Sebuah
 keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya 
seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita
 anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. 
Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak 
itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu 
kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa 
kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan, “Di sebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuatannya sama dengan seribu lelaki.”
Credit to : yanchor.wordpress
Surah al-Fatihah : Untuk memperoleh anak yang terang hati dan kuat ingatan nya
Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak cantik rupa dan budi pekerti.
Surah Hujurat : Untuk banyak kan susu ibu dan memperoleh anak yang berhati hati.
Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati
Surah at-Taubah : Untuk membersih jiwa dan memelihara diri dari maksiat.
Surah ah-Nahl : Untuk memperoleh anak yang berdisplin
Sharing is caring.
 
No comments:
Post a Comment